tag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post3003802695008359180..comments2024-01-24T17:47:35.411+08:00Comments on Happy Day: Penyata Kewangan - maksud Aset, Liabiliti, Nilai Bersih dan Analisis NisbahProf. Dr. Jamal Alihttp://www.blogger.com/profile/10117135240089388269noreply@blogger.comBlogger11125tag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-6929175421767438982008-10-25T19:00:00.000+08:002008-10-25T19:00:00.000+08:00salam dr..106088Kunci kira-kira ialah gambaran pen...salam dr..
106088

Kunci kira-kira ialah gambaran penyata kewangan syarikat pada masa tertentu. Jika kunci kira-kira bertarikh, setakat 31 Disember 2001, bermakna pada hari itu, pada tahun itu, itulah penyata kewangannya. Penyata ini berbeza pada hari seterusnya, atau tahun berikutnya. Kunci kira-kira mendedahkan nilai aset syarikat. Dengan membandingkan aset semasa dan liabiliti semasa, hasil lebihan merupakan petunjuk kepada kecairan syarikat dan kemampuan untuk membayar bil pada masanya. Walau bagaimanapun, syarikat boleh memanipulasikan pengkategorian liabiliti dan aset hinggakan syarikat yang mengalami masalah kewangan pun sering melaporkan nisbah semasa (aset semasa/liabiliti semasa) yang kukuh.
Mengapa penting mengetahui angka-angka ini? Nisbah antara pelbagai sumber kewangan penting dalam menaksir risiko yang diambil oleh pengarah untuk membiayai syarikat. Cara paling mudah untuk memahami ialah peratusan ekuiti pemegang saham tambah kepentingan minoriti menghasilkan jumlah pembiayaan. Ini dipanggil nisbah ekuiti dan ia menunjukkan kepada pemberi pinjam dan pembekal berapa banyak yang ada dalam bentuk pendanaan pemegang saham. Nisbah ekuiti yang melebihi penerimaan minimum umum sebanyak 40% menunjukkan bahawa syarikat itu mempunyai penggearan rendah dan oleh itu tidak mengambil risiko kewangan berlebihan. Semakin rendah nisbah ekuiti, semakin tinggi penggearan dan semakin besar risiko kewangan yang diambil oleh syarikat. Walau bagaimanapun, penting untuk membuat perbandingan dengan perkembangan semasa dalam perniagaan. Bagaimana prestasi syarikat lain dalam perniagaan? Adakah syarikat-syarikat lain juga sama rendah atau tinggi penggearannya?
Mengkaji aset
Harta tanah, loji dan peralatan yang digunakan untuk menghasilkan barangan yang biasanya menyebabkan kos yang tinggi seperti susut nilai dan penyenggaraan, dan jika peratusan aset tersebut daripada jumlah aset menghasilkan angka yang tinggi, ini bermakna perniagaan syarikat akan dipengaruhi oleh turun naik dalam kitaran perniagaan.
Pelaburan jangka panjang ialah pelaburan syarikat dalam perniagaan lain dalam bentuk saham, pinjaman dan instrumen kewangan lain dan ia menjadi tunai terikat. Umumnya, peningkatan jumlah yang besar dalam pelaburan jangka panjang memerlukan penyiasatan lanjut mengapa syarikat ini memperoleh aset sedemikian.
Aset lain (atau inventori), penghutang dan bayaran terdahulu merupakan aset hari ke hari yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan. Tahap berlebihan saham dan penghutang menunjukkan bahawa syarikat mempunyai masalah dagangan dan pungutan. Angka ini perlu dibandingkan dengan hasil tahunan. Jika hasil tahunan jatuh berbanding tahun sebelumnya manakala saham dan penghutang meningkat, mungkin terdapat masalah aliran tunai. Jumlah besar lebihan tunai boleh memberikan pelbagai gambaran, salah satu daripadanya ialah syarikat telah meminjam wang daripada institusi kewangan seperti bank. Apa kegunaan wang tersebut?
Umumnya, maklumat daripada kunci kira-kira memberi kita gambaran tentang penggearan syarikat. Adakah syarikat beroperasi melalui terlalu banyak wang pinjaman? Berapa banyak aset terikat dan berapa banyak kecairan? Adakah saham dan penghutang lebih banyak berbanding hasil diterima?Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-71804821168037960612008-10-25T17:07:00.000+08:002008-10-25T17:07:00.000+08:00104290salam...dr,terima kasih di atas artikel dr b...104290

salam...dr,terima kasih di atas artikel dr berkaitan item-item yang terdapat dalam penyata kewangan.ia telah memberikan saya maklumat yang lengkap tentang penyata kewangan.tq
104290Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-50420065899071560902008-10-25T12:43:00.000+08:002008-10-25T12:43:00.000+08:00100849Jumlah asset semasa seperti akaun belum teri...100849
Jumlah asset semasa seperti akaun belum terima (account receivable) terhasil kerana pelanggan telah diberi kemudahan pembelian secara kredit. Pada pendapatsaya,ini adalah satu cara untuk menarik pelanggan yang tidak mampu membayar terus secara tunai dalam jumlah yang besar. Namun, sekiranya terlalu banyak jumlah akaun belum terima pasti akan mendatangkan masalah kepada firma seperti kekurangan aliran tunai dan hutang lapuk, oleh itu salah satu cara yang boleh dilakukan untuk menggalakkan pelangan membayar dengan cepat ialah dengan pemberian diskaun sekiranya mereka membayar dalam tempoh tertentu. Contohnya 2/10, n/30, ia bermaksud pelanggan akan mendapat diskaun 2% dari jumlah pembelian sekiranya bayaran dibuat dalam tempoh 10 hari.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-35486745834058702572008-10-25T12:39:00.000+08:002008-10-25T12:39:00.000+08:00100849salam Dr.Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah le...100849

salam Dr.

Nisbah hutang-ekuiti atau nisbah leveraj menunjukkan perkaitan di antara modal yang dipinjam dengan modal yang dimiliki.Nisbah hutang-ekuiti juga menunjukkan pemilikan bagi sesebuaah perniagaan. Sekiranya 60 % pembiayaan bagi sesebuah perniagaan itu datangnya dari pembiayaan hutang ( contohnya bank), maka 60% dari perniagaan itu dimiliki oleh pihak bank sehinggalah hutang tersebut dijelaskan. Sekiranya firma mengalami masalah dan rugi teruk dan tidak mampu membayar hutang, maka pihak pemiutang (bank) boleh mengambil alih perniagaan tersebut.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-72887137824488949672008-10-25T01:52:00.000+08:002008-10-25T01:52:00.000+08:00Nilai bersih adalah amat penting dalam menentukan ...Nilai bersih adalah amat penting dalam menentukan segala yang sepatutnya dimiliki pemilik perniagaan tersebut. Nilai bersih yang disemak hanya setahun sekali haruslah dilakukan dengan sangat cermat kerana sekiranya data yang tidak betul dimasukkan dalam kunci kira-kira, maka equiti pemilik akan berlainan. Harga asal barangan dicatatkan. Ini adalah mengikut “Historical cost principle”. Tujuan utama nisbah-nisbah yang dinyatakan dalam artikel Dr. adalah penting untuk menentukan sama ada syarikat mempunyai tunai di tangan. Tunai di tangan membolehkan syarikat tersebut membayar hutang. Dalam perniagaan tani, inventori barangan yang banyak kuantitinya adalah tidak begitu menggalakkan. Hal ini kerana barangan perniagaantani adalah perishable. Hal ini akan merugikan pengeluar sahaja. Tetapi jika ada perancangan yang betul, maka dapatlah jimat banyak kos pembaziran.

105971Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-2218114496514686722008-10-24T11:51:00.000+08:002008-10-24T11:51:00.000+08:00assalamualaikum..dalam akaun perniagaan terdapat d...assalamualaikum..

dalam akaun perniagaan terdapat dua jenis item iaitu aset dan liabiliti.aset terbahagi kepada dua iaitu aset semasa dan tetap dan liabiliti juga terbahagi kepada dua iaitu liabiliti semasa dan liabiliti jangka panjang.

aset dan liabiliti melambangkan sesebuah perniagaan itu mempunyai cagaran sekiranya berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini. oleh itu, sesebuah firma yang ingin memulakan perniagaan haruslah mengambil kira aset dan liabiliti sebelum sesuatu perniagaan itu ingin dijalankan..

..101766..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-12976230687200155742008-10-22T10:49:00.000+08:002008-10-22T10:49:00.000+08:00dr..seperti yang kita ketahui aset boleh dijual u...dr..seperti yang kita ketahui aset boleh dijual untuk mencipta tunai @boleh digunakan ntuk mgeluarkan barangan yang boleh dijual bg menghasilkan pendapatan pada masa hadapan...105503Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-73043703172226442512008-10-21T15:46:00.000+08:002008-10-21T15:46:00.000+08:00salam Dr...(105829)Aset boleh dijual untuk mencipt...salam Dr...(105829)

Aset boleh dijual untuk mencipta tunai.ia boleh digunakan untuk mengeluarkan barangan yang boleh dijual bagi menghasilkan pendapatan tunai pada masa hadapan. Terdapat dua jenis aset iaitu aset semasa dan aset tetap. Aset tetap kurang cair dan tempoh hayatnya lebih dari 10 tahun. Contoh aset tetap ialah tanah.
Bagi liabiliti pula, terdapat dua jenis liabiliti iaitu liabiliti semasa dan liabiliti jngka panjang. Bagi analisis nisbah, kunci kira-kira kerap dianalisis dengan menggunakan analisis nisbah untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan.Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-76490646198109401352008-10-21T15:25:00.000+08:002008-10-21T15:25:00.000+08:00salam... ( 106096 )aset merupakan harta yang dimil...salam... ( 106096 )

aset merupakan harta yang dimiliki oelh individu atau organisasi yang mana ia berfungsi sebagai pegangan semasa dan masa depan. aset dibahagikan kepada aset semasa, aset pertengahan, dan aset tetap.
Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang kemas, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti rumah atau hartanah.

Nilai bersih menunjukkan baki jumlah wang yang dimiliki oleh pemilik perniagaan sekiranya semua aset dijual dan semua liabiliti dibayar pada tarikh kunci kira-kira. Nilai bersih diperolehi dengan “jumlah aset tolak jumlah liabiliti”. Maksudnya, nilai bersih ialah wang sendiri yang dilaburkan oleh pemilik dalam perniagaan tersebut, dan nilai itu dicatatkan sebagai liabiliti kerana ia merupakan tuntutan pemilik terhadap perniagaan tersebut.

Nilai bersih perniagaan hanya berubah jika pemilik perniagaan menambah modal sendiri dalam perniagaannya (menambah nilai bersih), atau mengeluarkan modal untuk memenuhi perbelanjaan untuk sara hidup keluarga (mengurangkan nilai bersih), atau jika perniagaan mengalami kerugian (mengurangkan nilai bersih). Kebanyakan urus niaga perniagaan hanya merubah kandungan aset dan liabiliti tetapi tidak nilai bersihnya.

saya bersetuju dengan 105449 , Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna kita masih belum mampu untuk melabur dan bermaksud kita perlulah mengetahui lebih banyak mengenai hal2 berkaitan dengannya.sekian...Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-67631381629694281322008-10-21T13:56:00.000+08:002008-10-21T13:56:00.000+08:00assalamualaikum....105449Aset merangkumi wang tuna...assalamualaikum....105449

Aset merangkumi wang tunai, akaun bank, barang-barang berharga seperti barang kemas atau barangan antik, pelaburan sedia ada seperti saham atau unit amanah dan aset tetap seperti rumah atau hartanah.
Nilai bersih simpanan menggambarkan kedudukan kewangan kita. Untuk mengira nilai bersih simpanan, kita perlu menyenaraikan semua aset dan tanggungan. Kemudian tolak tanggungan daripada aset untuk mendapat nilai bersih simpanan.
Tanggungan pula termasuklah sebarang pinjaman (untuk membeli kereta, rumah, malah pinjaman daripada keluarga dan kawan-kawan), kad kredit dan sebarang hutang lain jika ada.perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak melibatkan perubahan nilai bersih.
Jika selepas dikira, nilai bersih adalah negatif, bermakna anda belum mampu melabur. Lupakan sahaja soal pelaburan buat sementara waktu dan berusaha supaya nilai bersih wang anda bertukar positif. Sebaliknya, jika nilai bersih adalah positif, perlu pula dilihat sama ada ia mencukupi untuk memenuhi semua keperluan akan datang. Mungkin jumlahnya perlu ditingkatkan supaya lebih banyak boleh dilaburkan.
sekian.........Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-2353427366258375078.post-47066193844272453742008-10-08T12:10:00.000+08:002008-10-08T12:10:00.000+08:00103110asslmlkm...Dr.Jamalaset merupakan harta yang...103110

asslmlkm...Dr.Jamal

aset merupakan harta yang dimiliki oelh individu atau organisasi yang mana ia berfungsi sebagai pegangan semasa dan masa depan. aset dibahagikan kepada aset semasa, aset pertengahan, dan aset tetap. aset semasa adalah termasuk barang jualan, pegangan tunai, baki akaun simpanan,saham dan lain-lain. aset semasa merupakan aset yang mempunyai nilai kecairan yang sangat tinggi. bagi aset pertengahan, ia mempunyai nilai kecairan yang sederhana.dari segi tempoh hayat, ia mempunyai tempoh hayat penggunaan antara 7 hingga 10 tahun. contoh aset ini adalah jentera, baka ternakan, dan lain-lain. secara relatifnya, aset ini tidak digunakan untuk dijual tetapi kebiasaannya ia digunakan untuk menghasilkan barangan lain. contoh aset pertengahan adalah jentera. bagi aset tetap, aset ini melibatkan nilaimkecairan yang sangat rendah, dan mempunyai tempoh hayat yang sangat panjang iaitu melebihi 10 tahun.contoh aset ini adalah tanah dan bangunan.

dari segi liabiliti,ia merupakan satu tanggunganatau hutang yang dibuat oleh perniagaan daripada orang lain. liabiliti adalah termasuk liabiliti semasa (dibayar dalam tempoh satu tahun dari tarikh kunci kira-kira), liabiliti pertengahan (dibayar dalam tempoh dua tahun, kadang-kadang mencapai 7 hingga 10 tahun) dan liabiliti jangka panjang (dibayar dalam tempoh melebihi 10 tahun).
perubahan aset dan liabiliti mungkin tidak melibatkan perubahan nilai bersih.

bagi analisis nisbah, ia digunakan untuk mengkaji kedudukan dan kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. nisbah semasa adalah bagi menentukan kecairan perniagaan dan menunjukkan hubungan aset semasa dengan liabiliti semasa. nisbah modal bersih pula untuk menentukan kemampubayaran syarikat. dan nisbah hutang-ekuiti untuk menunjukkan hubungan modal dipinjam dengan modal yang dimiliki.Anonymousnoreply@blogger.com