Surah
al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 83)
وَأَيُّوبَ إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥۤ أَنِّى
مَسَّنِىَ ٱلضُّرُّ وَأَنتَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٲحِمِينَ (٨٣)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika dia berdoa merayu kepada
Tuhannya dengan berkata: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah
sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani. (21:83)
Surah
al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 84)
فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ
فَكَشَفۡنَا مَا بِهِۦ مِن ضُرٍّ۬ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ أَهۡلَهُ ۥ وَمِثۡلَهُم مَّعَهُمۡ
رَحۡمَةً۬ مِّنۡ عِندِنَا وَذِڪۡرَىٰ لِلۡعَـٰبِدِينَ (٨٤)
Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang
menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: Keluarganya, dengan seganda lagi
ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi
orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik).
(21:84)
Surah al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 87)
وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبً۬ا
فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ
إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى
ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ (٨٧)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Yunus,
ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan
dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan;
(setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan
yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat
menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan
aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang
menganiaya diri sendiri. (21:87)
Surah al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 88)
Surah al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 88)
فَٱسۡتَجَبۡنَا
لَهُ ۥ وَنَجَّيۡنَـٰهُ مِنَ ٱلۡغَمِّۚ وَكَذَٲلِكَ نُـۨجِى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
(٨٨)
Maka Kami kabulkan permohonan doanya dan Kami selamatkan dia
dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebagaimana Kami menyelamatkannya, Kami
akan selamatkan orang-orang yang beriman (ketika mereka merayu kepada Kami). (21:88)
3.
Doa untuk mendapatkan zuriat:
Surah al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 89)
وَزَڪَرِيَّآ
إِذۡ نَادَىٰ رَبَّهُ ۥ رَبِّ لَا تَذَرۡنِى فَرۡدً۬ا وَأَنتَ خَيۡرُ
ٱلۡوَٲرِثِينَ (٨٩)
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika dia merayu kepada
Tuhannya dengan berkata: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang
diri (dengan tidak meninggalkan zuriat) dan Engkaulah jua sebaik-baik yang
mewarisi. (21:89)
Surah al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 90)
Surah al-Anbiya (Surah ke 21: Ayat 90)
فَٱسۡتَجَبۡنَا لَهُ ۥ وَوَهَبۡنَا
لَهُ ۥ يَحۡيَىٰ وَأَصۡلَحۡنَا لَهُ ۥ زَوۡجَهُ ۥۤۚ إِنَّهُمۡ ڪَانُواْ
يُسَـٰرِعُونَ فِى ٱلۡخَيۡرَٲتِ وَيَدۡعُونَنَا رَغَبً۬ا وَرَهَبً۬اۖ وَڪَانُواْ لَنَا
خَـٰشِعِينَ (٩٠)
Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya)
Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan
anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah
kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan
dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan
mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. (21:90)
(Kaedah – sebaiknya berpuasa 3 hari, tidak banyak bercakap dalam tempoh
tersebut dan berdoa Bersama pasangan – dengan izin Allah SWT jua).