Kebelakangan ini ramai pelajar yang membuat penyelidikan di peringkat Sarjana dan PhD mencadangkan tajuk penyelidikan yang berkaitan dengan konsep
kehidupan lestari yang melibatkan hubungan modal sosial (social capital), modal manusia (human
capital), modal fizikal (physical
capital), modal kewangan (financial
capital) dan modal semulajadi (natural
capital). Faktor ini mungkin disebabkan oleh isu kehidupan lestari
merupakan suatu pengukuran baru dalam menentukan kesejahteraan hidup dan kajian
terhadap isu ini dapat memberi suatu sumbangan baru kepada pengetahuan dan
menjadi matlamat sesuatu kajian di peringkat Sarjana dan Ph.D.
Saya akan membincangan isu kepentingan modal sosial kepada kehidupan
masyarakat, di mana tanpa modal sosial, masyarakat sukar untuk menikmati pertumbuhan
ekonomi (economic growth) dan
kesejahteraan kehidupan (human well-being).
Secara umumnya, modal sosial mewakili hubungan sosial di antara pasangan
suami isteri, ahli keluarga, masyarakat setempat dan masyarakat dalam negara
keseluruhannya. Hubungan tersebut boleh mengujudkan faedah seperti membolehkan
perhubungan di antara indidvidu dan masyarakat, toleransi, kesediaan membantu
di antara satu sama lain, dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu yang memberi
faedah bersama (common goods).
Keadaan tersebut membolehkan mereka mempercayai individu atau masyarakat lain,
dan institusi (seperti kerajaan) yang terlibat dengan kehidupan mereka.
Kepercayaan ini seterusnya dapat memberikan kesan positif dalam bentuk
kesejahteraan individu dan keluarga, pekerjaan, kesihatan dan kawalan tehadapa
tingkahlaku jenayah.
Pengukuran modal sosial adalah penting untuk menentukan keadaan modal
sosial di sesuatu kawasan yang dikaji. Lima aspek modal sosial yang penting
ialah hubungan personal (personal
relationships), sokongan rantaian sosial (social network support), penglibatan sivik (civic engagement), kepercayaan (trust)
dan norma-norma kerjasama (co-operative
norms). Kajian yang telah dibuat di United Kingdom mendapati hubungan personal
boleh mempengaruhi kegembiraan seseorang, kesihatan fizikal dan kesihatan
mental.
Dalam doa selepas sembahyang juga kita selalu berdoa “Ya Allah, berilah
kesejahteraan kepada Agama kami, berilah kesihatan tubuh badan (fizikal) kami,
berilah ilmu pengetahuan (fikiran) dan murahkan rezeki yang halal”. Ini
menunjukkan kita telah lama diajar untuk berusaha mendapatkan kesihatan fizikal
dan kesihatan mental (fikiran) dalam kehidupan seharian kita.
Satu kajian yang telah di buat di United Kingdom (UK) pada tahun 2011/12
mendapati kebanyakan penduduk di UK (95%) melaporkan mereka mempunyai
sekurang-kurangnya seorang rakan, tetapi 11% dari mereka masih menyatakan
mereka masih kesunyian dalam separuh dari masa harian mereka.
Modal sosial juga boleh dilihat kepentingannya dalam bentuk sokongan
yang diterima dari keluarga, rakan dan jiran apabila kita menghadapai
kesusahan, seperti masalah ekonomi. Ukuran kebolehharapan masyarakat di UK
mendapati mereka boleh berharap kepada pasangan (83%), ahli keluarga (62%) dan
cuma 45% dari rakan apabila menghadapi seuatu masalah yang serius. Maksudnya
pasangan lebih sedia membantu berbanding dengan ahli keluarga dan rakan rapat.
Dari sumbangan kepada masyarakat pula, didapati masyarakt UK lebih
sanggup menyumbang wang (67%), berbanding dengan masa kepada badan-badan
kebajikan. Lebihkurang 1/3 dari mereka (34%)
melaporkan terlibat dalam aktiviti politik, yang biasanya melibatkan
tandatangan petisyen terhadap sesuatu isu yang menjadi perhatian mereka.
Malangnya hampir 1/4 dari mereka juga
(23%) tidak berminat dengan isu-isu berkaitan politik. Begitu juga 2/3 dari
masyarakat UK (69%) tidak mempercayai kerajaan pusat mereka. Faktor kemerosotan
kepercayaan kepada kerajaan adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian oleh
pemerintah, terutamanya apabila maklumat mengenai tingkahlaku menteri-menteri
dalam kerajaan mudah diperolehi dari internet dan akhbar-akhbar. Kedudukan
taraf hidup dan situasi keadaan ekonomi penduduk sangat mempengaruhi
kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
Pemimpin negara perlu menunjukkan nilai-nilai kejujuran, toleransi dan
menggalakkan perpaduan di antara ahli-ahli dalam sesuatu masyarakat. Dasar yang
boleh merenggangkan hubungan antara masyarakat perlu dihapuskan dan kefahaman
untuk memahami budaya masyarakat yang berbeza perlu di pertingkatkan.
Usefull links: