Seperti biasa, harga ayam di
musim perayaan kini telah mencecah kepada RM9 sekilogram, dan menjadi kebiasaan
juga pihak media pergi ke pasar-pasar bertanya kepada penjual dan pembeli. Dua
tiga hari kemudian mulalah operasi pemeriksaan pegawai penguatkuasa di
pasar-pasar berkenaan. Peniga pasar dengan selamba pula akan menjawab mereka
menjual berdasarkan margin tertentu dari harga borong yang diberikan oleh
pembekal. Pembekal pula meletakkan harga selepas mengambilkira margin tertentu
dari bekalan yang diperolehi di peringkat ladang dari penternak. Peniaga kecil
ayam hanya menerima harga borong yang ditetapkan oleh penternak dan pemborong,
dan jualan mereka dalam jumlah yang kecil sahaja. Perkara ini memang menjadi
isu dikalangan pengguna dan pihak kerajaan. Peruncit hanya memindahkan kenaikan harga ayam di peringkat borong kepada pengguna yang membeli ayam di peringkat runcit.
Sebenarnya harga sesuatu barang
dipengaruhi oleh faktor seperti keadaan permintaan, keadaan penawaran,
perkhidmatan pemasaran dan kos dan campurtangan kerajaan. Penternak
kecil-kecilan sukar bersaing dengan penternak besar, dan pada masa kini lebih
tertumpu untuk menjalankan perniagaan secara "contract farming" dengan pasaran runcit besar
seperti Kentucky Fried Chicken dan Ayamas. Faktor seperti bekalan anak
ayam, makanan ayam, ubat-ubatan dan kos pembinaan reban ayam berubah-ubah
mengikut masa. Kebiasaannya musim perayaan menjanjikan keuntungan yang tinggi
kepada penternak kecil-kecilan untuk menampung kerugian di luar musim perayaan.
Penternak besar-besaran pula sentiasa dapat menyesuaikan keadaan harga dengan
penawaran kerana mereka mengeluarkan sendiri anak ayam, makanan ayam dan
ubat-ubatan yang diperlukan dalam industri penternakan. Pada masa sekarang
pula, diketahui 12 penternak utama menguasai melebihi 80 peratus dari pasaran
ayam di Malaysia. Keadaan perniagaan ayam menjadi seperti organisasi perniagaan
bercorak Oligopoli apabila penternak-penternak besar ini berjumpa dan
berbincang menentukan penawaran, penentuan harga pasaran yang sesuai dan
berbincang dengan kerajaan. Pusat persatuan penternak ayam ini adalah di
Selangor. Pada setiap bulan pengusaha penternakan ayam yang utama dari setiap negeri
akan berbincang untuk menentukan harga ayam dan lain-lain isu berkaitan dengan
penternakan dan pemasaran ayam.
Dalam artikel saya yang lalu saya
ada menyebut tindakan yang perlu dibuat oleh kerajaan untuk mengelakkan
penguasaan pasaran oleh beberapa penternak besar ini. Di antaranya ialah
galakan kepada penduduk luar bandar untuk meningkatkan penternakan secara
kecil-kecilan terutama ternakan ayam kampung atau ayam organik. Peningkatan
bekalan ayam dari kawasan luar bandar tentunya akan mengurangkan tekanan
permintaan yang boleh menaikkan harga ayam. Langkah memboikot mungkin sukar
dilakukan kerana ketidakanjalan permintaan harga bagi ayam. Faktor kedudukan
ayam sebagai barangan keperluan isirumah dan tidak mempunyai pengganti yang
hampir menjadikan permintaan ayam tidak anjal harga. Harga barang pengganti
yang hampir seperti daging pun sudah mencecah RM22 sekilogram. Begitu juga
harga ikan yang turut mengalami peningkatan harga yang ketara. Persoalanya
adakah penduduk luar Bandar tahu bagaimana menternak ayam? Anak-anak muda
sekarang sudah ramai yang tidak tahu pergi ke sawah, ladang dan berkebun lagi.
Program-program di Universiti asal ada nama pertanian sudah tidak popular di
kalangan pelajar. Kementerian pendidikan sepatutnya mewajibkan setiap sekolah
ada persatuan pertanian dan penternakan. Pelajar-pelajar sepatutnya dilatih
mengenai pertanian di peringkat sekolah mengenai teknik-teknik menanam sayur,
buah-buahan dan menternak. Kawasan pertanian perlu ada di setiap sekolah.
Graduan lepasan Institut Latihan Pertanian di Bukit Tangga atau Institut
Latihan Pertanian yang lain boleh diserap untuk menjadi tenaga pengajar di
setiap sekolah. Ini kerana graduan tersebut dengan latihan pertanian yang
begitu intensif sekali tentunya menjadi tenaga pengajar di bidang pertanian yang sesuai di sekolah-sekolah. Dengan adanya pengetahuan dan kemahiran bertani dan
berternak barulah pelajar tersebut apabila dewasa mudah menjalankan
projek-projek yang bercorak pertanian. Pada masa kini setahu saya kemahiran
pertanian diajar kepada pelajar yang tidak berkebolehan dari segi akademik
sahaja. Sepatutnya program pendidikan pertanian ini diajar kepada semua pelajar
yang berminat. Diketahui umum sekarang ramai lepasan sekolah yang tidak
berpengalaman langsung dalam bersawah, berkebun dan menternak. Sudah tentu
apabila dewasa, lepasan sekolah yang tidak ada pengetahuan asa pertanian dan
penternakan tidak akan terlibat langsung dengan aktiviti pertanian dan
penternakan. Seterusnya sukarlah untuk menggalakkan aktiviti pertanian di
rumah, terutamanya dalam aktiviti sampingan pengeluaran makanan seperti
sayur-sayuran, ayam dan itik dan sebagainya.
Strategi
mengimport ayam dari negara lain bukan penyelesaian terbaik kerana harga ayam
di Negara pengeksport sendiri boleh berubah-ubah mengikut kos pengeluaran serta
keadaan permintaan dan penawaran di Negara tersebut sendiri, di samping isu
halal yang menjadi isu utama kepada umat Islam di Malaysia. Dalam hal
pemakanan, kita bukan hanya melihat kepada produk makanan tersebut, tetapi juga
perlu dilihat apa yang digunakan untuk menghasilkan produk tersebut. Dalam kes penternakan
ayam, perlu dikaji juga makanan dan ubat-ubatan yang digunakan untuk
membesarkan ayam tersebut perlu dari sumber yang halal. Bolehkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memastikan ayam diimport memenuhi standard halal yang ditetapkan?
6 comments:
Kenaikan harga barang bukan berlaku di musim perayaan sahaja, apabila musim perayaan sudah habis, harga barang tidak turun seperti dahulu. Oleh itu, sukar untuk meyelesaikan masalah kenaikan harga. Sebagai contoh, Sekretariat Majlis Harga Barangan Negara (SMHBN) telah mengemukakan Laporan Analisa 400 Harga Barang Keperluan Prngguna Bagi Bulanan Januari 2013. Laporan ini menganalisa 400 jenis barangan keperluan pengguna meliputi 112 barangan basah (ayam dan telur, daging, hasil laut, sayur-sayuran, buah-buahan), 257 barangan kering/berbungkus (barangan berbungkus/botol/tin/pek, makanan dan barangan bayi, rempah ratus) dan 25 barangan kebersihan di 89 pusat pungutan di Semenanjung, 1pusat pungutan di Labuan, 27 pusat pungutan di Sabah dan 12 pusat pungutan di Sarawak pada Januari 2013. Secara keseluruhan daripada laporan ini, purata harga barangan telah meningkat 0.5% pada Januari 2013 berbanding Disember 2012 dan perbandingan tahun ke tahun merekodkan kenaikan sebanyak 2.05%.
Puah Hooi Li 211395
Kenaikan harga ayam pada musim perayaan adalah satu perkara yang amat biasa. Ini adalah kerana semasa perayaan, kebanyakan orang akan membeli ayam untuk sembahyang dan makan. Pada masa itulah harga ayam akan meningkat dan orang ramai tidak boleh membuat apa sebab mereka juga memerlukan ayam pada masa itu. Walaubagaimanapun, kenaikan harga ayam bukan sahaja akan berlaku pada musim perayaan. Sebagai contoh, harga petrol kini telah meningkat dan ini turut menyebabkan banyak barang juga meningkat harganya. Saya bersetuju bahawa pelajar-pelajar sepatutnya dilatih mengenai pertanian di peringkat sekolah mengenai teknik-teknik menanam sayur, buah-buahan dan menternak. Mereka dapat mengunakan teknik yang telah mereka pelajari untuk menternak secara kecil-kecilan dan menyebabkan bekalan ayam akan bertambah. Tindakan ini dapat meningkatkan bilangan ayam yang dapat ditawarkan dan dapat mengelakkan harga ayam meningkat secara mendadak. Selain itu, kerajaan juga dapat memainkan peranan dalam mengatasi kenaikan harga ayam semasa musim perayaan. Kerajaan boleh menetapkan satu tingkat harga yang maksimum yang boleh dikenakan oleh penjual ayam pada masa itu dan penjual yang melanggari peraturan itu akan didenda. Ini dapat menjamin semua orang dapat membeli ayam dengan harga yang berpatutan dan penjual ayam juga akan mendapat untung mereka. Cara ini adalah sementara dan akan dapat mengelakkan penjual meningkatkan harga sesuka hati.
ENG AI LIAN 212077 BEEA 3123 GROUP A
Kenaikan harga ayam sentiasa berlaku terutamanya musim perayaan. Langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengelakkan kenaikan harga ayam adalah meningkatkan penawaran ayam, penternak boleh menternak lebih banyak ayam sebelum perayaan untuk menyelesaikan masalah lebihan permintaan dan pada masa yang sama ia juga boleh meningkatkan pendapatan para-para penternak . Sekiranya panawaran melebihi permintaan, pengguna dapat menikmati harga ayam yang rendah.
low siew hoay 211578
Jing Ping said:
Peniaga yang memotifkan keuntungan maksimum memang akan menaikkan harga ayam terutamanya pada hari musim. Tindakan peniaga untuk meningkatkan harga ayam sudah biasa berlaku pada setiap tahun tidak kira hari perayaan, hari tahun baru cina ataupun deepavali. Contohnya di Pulau Pinang, harga ayam akan meningkat sebanyak RM 1.20. Sesetengah peniaga yang melampau meningkatkan harga ayam sebanyak RM 2.00. Kerajaan pelu mengambil tindakan untuk mengawal harga ayam supaya dapat menjamin hak pengguna. Harga maksimum perlu dilaksanakan terutamanya hari perayaan. Langkah ini dapat memastikan peniaga tidak mengenakan harga yang begitu lampau dan pengguna juga dapat membeli ayam pada harga yang adil pada hari perayaan.
Lim Jing Ping 211511
Apabila ketibaan musim perayaan, bukan sahaja harga ayam yang meningkat, maka harga segala barang-barang yang diperlukan akan turut meningkat pada masa itu. Hal ini mungkin disebabkan permintaan harga barang terutamnya ayam yang meningkat secara mendadak dan menyebabkan penawaran pasaran yang tidak cukup untuk menampung permintaan yang terlalu banyak pada masa tersebut. Dengan ini, pihak berkuasa harus menjalankan langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah tersebut. Antaranya, pihak kerajaan boleh menjalankan dasar-dasar yang dapat meningkatkan penawaran ayam pada masa tersebut. Contohnya, pihak kerajaan boleh memberi insentif kepada penjual makanan ayam supaya merendahkan kos bagi membela ayam. Selain itu, kerajaan juga boleh menjalankan kempen bagi menyeru penduduk yang tinggal di kawasan kampung supaya membela ayam di kawasan rumah sendiri dan bukanya membelinya di pasaran. Pihak berkuasa juga boleh menjalankan harga kawalan supaya memastikan harga ayam di pasaran tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Dengan ini, penjual tidak dapat meningkatkan harga ayam secara sesuka hati.
BOO ZI JIE 211255
Dalam mengatasi peningkatan harga barangan keperluan dalam pasaran
ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan telah mengambil beberapa langkah bagi menangani
kenaikan harga barangan dan persediaan menghadapi musim perayaan
Hari Raya Puasa 2013.
2. Harga runcit ayam meningkat dengan agak ketara di Semenanjung
Malaysia sejak kebelakangan ini. Trend kenaikan ayam ini mula berlaku
pada minggu ketiga Jun 2013 apabila mencecah ke paras harga purata
RM8.40 sekilogram. Peningkatan ini telah menimbulkan keresahan di
kalangan masyarakat umum kerana ayam merupakan antara makanan
keperluan utama di negara ini.
3. Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya
Puasa 2013 akan diawalkan kali ini bagi menyekat kenaikan harga
barangan yang tidak berpatutan. Skim ini akan bermula dari 26 Julai
hingga 11 Ogos 2013. Tempoh kuat kuasa adalah selama 17 hari
2
berbanding 15 hari pada tahun sebelum ini. Skim ini akan dilaksanakan
di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
4. Semasa pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari
Raya Puasa 2013 ini, Kerajaan telah menurunkan harga ayam standard
dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.
5. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan telah mengenal pasti sebanyak 20 jenis barangan untuk
ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga
SIN KIN MUN 211373
Post a Comment