Kebolehan
mengatasi risiko dan sikap
Pengusaha
atau firma yang mempunyai modal ekuiti lebih berkemampuan untuk menghadapi
kerugian sebelum perniagaan mereka ditutup. Sebaliknya firma yang yang mengalami keadaan nilai hutang lebih tinggi berbanding aset (tinggi “leverage”), lebih
mudah menghadapi kemungkinan kehilangan ekuiti, kerana perlu mencapai tahap pengeluaran yang tinggi berbanding dengan modal. Kebiasaannya firma yang menggunakan
terlalu banyak aset tetap berbanding dengan aset berubah akan menghadapi
keadaan sebegini. Firma ini juga mudah terjejas apabila kadar bunga meningkat.
Pengusaha
yang terlalu banyak komitmen aliran tunai juga mudah menghadapi risiko perniagaan.
Komitmen ini termasuklah komitmen dalam perbelanjaan harian, perbelanjaan
pendidikan, dan kos rawatan perubatan. Mereka yang terlalu banyak komitmen sepertimana yang disebutkan mudah menghadapai kesukaran, terutama apabila berlaku kejatuhan dalam hasil dan seterusnya
pendapatan. Sebaliknya pengusaha yang mempunyai aset cair yang banyak seperti
akaun simpanan, ternakan atau hasil pertanian yang telah dituai dan sedia untuk
dipasarkan, dan pekerjaan di luar pertanian, atau ada rakan yang sedia membantu
ketika kesusahan, lebih bersedia untuk menghadapi risiko dalam aktiviti yang
mereka jalankan.
Ada
dikalangan pengusaha tidak mahu menghadapi risiko walau pun mereka tidak
mempunyai hutang dan mempunyai aliran tunai yang kukuh. Faktor umur, ekuiti, komitmen kewangan, saiz keuntungan dan
kerugian yang dihadapi, pengalaman kewangan masa lalu, komitmen keluarga,
kebiasaan dalam aktiviti berisiko, kesihatan, nilai budaya, dan sifat yang
sedia ada dalam komuniti boleh mempengaruhi kesediaan seseorang pengusaha untuk
menghadapi risiko. Perbincangan seterusnya akan menganalisis bagaimana risiko dikira dan bagaimana risiko boleh dikurangkan kesannya.
1 comment:
assalamualaikum w.b.t
Terima kasih atas perkongsian ilmu ini yang sedikit sebanyak boleh membantu kami.
Seperti yang kita sedia maklum bidang pertanian akan menjadi sektor yang penting kepada negara kita.Akan tetapi bidang ini juga memberikan pelbagai macam risiko dan ketidakpastian yang tersendiri.
Antara risiko yang dijangka akan berlaku adalah:
1. Pengurusan yang tidak teratur
2. Tindakan kerja yang tidak teratur
3. Kurang kemampuan dalam melaksanakan strategi perniagaan
4. Bencana di luar jangkaan seperti penyakit tanaman, banjir dan kemarau
5. Kelewatan dalam penerimaan pembayaran setelah selesai melaksanakan projek
Berdasarkan risiko dan keadaan yang mungkin berlaku seperti di atas, pihak pengusaha pertanian perlu memikirkan alternatif atau tindakan yang bersesuaian bagi mengatasi masalah tersebut.
Antara langkah-langkah yang boleh digunakan adalah:
1. Merancang aktiviti atau projek-projek dengan sebaik mungkin dan mengenalpasti masalah-masalah yang bakal terjadi
2.Mamastikan bentuk pembiayaan dan pinjaman yang bersesuaian semasa dan sebelum merancang sesuatu projek.
3. Sebaiknya meminta khidmat bantuan professional
4. Mendapatkan nasihat dari pelbagai aspek sebelum melaksanakan sesuatu urusan atau aktiviti perniagaan yang berkaitan pertanian.
Sekian, terima kasi
Norazimah Mohd Nur (204720)
Post a Comment