Membuat keputusan yang berisiko
memerlukan pelbagai strategi yang perlu dipertimbangkan, dan kebangkalian kesan
dari strategi yang dipilih tersebut sebelum keputusan dibuat. Proses membuat
keputusan tersebut boleh diberikan kepada beberapa langkah:
- Mengenalpasti keadaan (situasi) yang memungkinkan berlakunya risiko,
- Mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan hasil yang akan terjadi dari pilihan yang dibuat, seperti jika berlaku perubahan permintaan, harga dan cuaca,
- Menyenaraikan alternatif strategi yang ada,
- Mengira kesan dari pilihan alternatif yang telah dibuat, dan
- Menganggarkan risiko dan jangkaan pulangan dari setiap strategi, dan menilai perbezaan kesan dari setiap pilihan.
Sebagai contoh, andaikan penternak
lembu secara ‘feed-lot” memerlukan jagung sebagai makanan yang dapat
menggemukkan lembu yang diternak sebelum dijual di pasaran. Kos jagung yang
dibeli oleh penternak ini akan mempengaruhi keuntungan penternak. Harga jagung
pula dipengaruhi oleh keadaan cuaca semasa penanaman jagung. Sekiranya keadaan
cuaca baik, pengeluaran jagung meningkat, dan harga jagung di pasaran lebih
murah. Harga jagung yang murah itu pula akan mengurangkan kos pembelian jagung oleh penternak lembu 'feed-lot' dan boleh meningkatkan keuntungan kepada mereka. Sebaliknya jika cuaca tidak baik, seperti musim hujan atau kemarau,
pengeluaran jagung akan merosot, dan harga jagung di pasaran menjadi lebih tinggi
(Langkah pertama, iaitu mengenalpasti keadaan (situasi) yang memungkinkan
berlakunya risiko). Maksudnya
pengeluaran jagung dipengaruhi oleh keadaan cuaca, sama ada baik, sederhana
atau buruk. Jika keadaan cuaca baik, harga jagung murah, kos penternakan lembu
lebih rendah, dan keuntungan penternak meningkat. Sebaliknya, jika keadaan
cuaca buruk, harga jagung tinggi, kos penternakan lembu lebih tinggi, dan
keuntungan penternak merosot. Jangkaan cuaca yang berbeza-beza ini akan
mempengaruhi keputusan penternak lembu untuk membeli berapa ekor lembu pada
sesuatu masa.
Andaikan kebangkalian untuk tiga
keadaan ini ialah 20% cuaca baik, 50% cuaca sederhana dan 30% cuaca buruk. Maksudnya kebangkalian untuk cuaca baik ialah 0.2, cuaca sederhana 05, dan cuaca buruk 0.3 (Langkah Kedua, iaitu mengenalpasti
kemungkinan-kemungkinan hasil yang akan terjadi dari pilihan yang dibuat ). Jangkaan
yang dibuat ini adalah berdasarkan kepada pengalaman penternak pada masa yang
lalu. Jika terlalu sedikit lembu yang dibeli untuk diternak, dan keadaan cuaca
adalah baik, maka keuntungan penternak akan merosot kerana telah membuat
keputusan yang salah. Sebaliknya jika terlalu banyak lembu yang dibeli untuk
diternak, dan keadaan cuaca adalah buruk, harga jagung adalah tinggi dan ini
menyebabkan keuntungan penternak akan jatuh. Kemungkinan yang ketiga ialah
keadaan cuaca yang sederhana, dan harga jagung juga adalah sederhana tingginya.
Penternak lembu membuat tiga
kebangkalian pilihan: membeli 100, 200, atau 300 ekor lembu (Langkah
ketiga). Maksudnya penternak telah
menenaraikan alternatif yang ada. Kemungkinan tiga keadaan cuaca boleh berlaku
dari tiga pilihan bialngan lembu yang dipilih untuk diternak. Sekarang
penternak akan menganalisis kesan dari pilihan dari alternatif yang dibuat
dengan menggunakan ‘decision tree’.
Strategi
|
Keadaan cuaca
|
Kebangkalian
|
Pulangan (RM)
|
Nilai Jangkaan (RM)
|
|
Baik
|
0.2
|
x
|
10,000
|
2,000
|
|
100
|
Sederhana
|
0.5
|
x
|
5,000
|
2,500
|
Buruk
|
0.3
|
x
|
3,000
|
900
|
|
RM5,400
|
|||||
Baik
|
0.2
|
x
|
13,000
|
2,600
|
|
200
|
Sederhana
|
0.5
|
x
|
7,000
|
3,500
|
Buruk
|
0.3
|
x
|
0
|
0
|
|
RM6,100
|
|||||
Baik
|
0.2
|
x
|
17,000
|
3,400
|
|
300
|
Sederhana
|
0.5
|
x
|
7,500
|
3,750
|
Buruk
|
0.3
|
x
|
-5,000
|
-1,500
|
|
RM5,650
|
Rajah 1: Decision
tree untuk contoh penternak lembu
Decision tree
Decision tree menunjukkan beberapa
kemungkinan yang mungkin berlaku berdasarkan strategi pengurusan yang
berbeza-beza. Sekiranya dibeli 100 ekor lembu, keadaan cuaca baik, maka
pulangannya ialah RM10,000 dengan keadaan cuaca yang baik, RM5,000 dengan
keadaan cuaca sederhana baik, dan RM 3,000 dengan keadaan cuaca buruk (Langkah
ke 4 - mengira kesan dari pilihan alternatif yang telah dibuat).
Seterusnya di kira pula kebangkalian
untuk berlakunya keadaan tersebut dan di darabkan dengan jangkan pulangan
tersebut (Langkah ke 5 - menganggarkan risiko dan jangkaan pulangan dari setiap strategi, dan menilai perbezaan kesan dari setiap pilihan). Dengan mengambilkira nilai jangkan setelah didarab
kebangkalian dengan nilai pulangan, didapati strategi membeli 200 ekor lembu
dijangka memberi pulangan tertinggi, iaitu RM6,100. Walau bagaimanapun langkah
ini hanya mengambilkira purata jangkaan terbaik dari pilihan yang ada.
Payoff Matrix
Dengan menyusun semula maklumat ke
bentuk Jadual 2, dapat dilihat kesan perubahan cuaca kepada peputusan penternak
lembu dalam bentuk Payoff Matrix.
Jadua 2: Payoff Matrix ntuk penternak lembu
Pulangan
dari setiap strategi pembelian
|
||||
Keadaan
cuaca
|
Kebangkalian
|
Beli 100
|
Beli 200
|
Beli 300
|
Baik
|
0.2
|
RM10,000
|
RM13,000
|
RM17,000
|
Sederhana
|
0.5
|
RM5,000
|
RM7,000
|
RM7,500
|
Buruk
|
0.3
|
RM3,000
|
0
|
RM-5,000
|
Nilai Jangkaan
|
RM5,400
|
RM6,100
|
RM5,650
|
|
Nilai Minimum
|
3,000
|
|||
Nilai Maksimum
|
10,000
|
17,000
|
||
Julat (range)
|
7,000
|
13,000
|
22,000
|
Decision rule
Dengan mengambilkira peraturan yang
berbeza-beza bersesuaian dengan keadaan perniagaan akan mempengaruhi cara
keputusan akan dibuat oleh pengurus perniagaantani strategi bilangan lembu yang
akan diternak. Di antara peraturan tersebut ialah sikap pengurus kepada risiko,
seorang yang suka mengambil risiko atau pun tidak, keperluan aliran wang tunai
(cash flow requirements) dan lain-lain faktor individu. Di antara aturan keputusan yang boleh dibuat ialah melihat pertimbangan-pertimbangan berikut:
a) Most likely outcome
Aturan keputusan menggunakan kaedah
ini mengenalpasti hasil yang paling tingi kebangkalianya akan terjadi dan
memilih pilihan tersebut. Jadual 2 menunjukkan kebangkalian tertinggi ialah
0.5, dan keputusan membeli 300 ekor lembu memberikan nilai jangkaan terbaik
iaitu RM3,750. Kaedah ini mudah untuk diputuskan tetapi mempunyai kekurangan
kerana tidak mengambilkira kemungkinan-kemungkinan lain yang boleh terjadi.
b) Maximum expected value
Aturan keputusan menggunakan kaedah ini mengenalpasti strategi
yang memberikan jangkaan hasil yang paling maksimum setelah mengambilkira
kesemua kebangkalian keadaan cuaca. Berdasarkan Jadual 2, didapati keputusan
membeli 200 ekor lembu memberikan Nilai Jangkaan Hasil paling maksimum, iaitu
RM6,100. Kaedah ini memberikan purata
pulangan paling tinggi pada sesuatu masa. Kelemahan kaedah ini ialah ianya
tidak mengambilkira kebangkalian cuaca buruk yang kebangkalianya berlaku 30%, dan berlaku berulang-ulang pada sesuatu tahun. Jika keadaan ini berlaku,
penternak berkemungkinan menghadapi pulangan sifar dari aktiviti
penternakannya. Pengurus yang mempunyai
kebolehan menghadapi risiko keadaan-keadaan sedemikian boleh memilih kaedah
ini. Di antara penentunya ialah kedudukan kewangan penternak seperti aliran tunai semasa berbanding dengan liabiliti semasa dan sokongan kewangan yang boleh didapati sekiranya menghadapi masalah akibat membuat jangkaan keputusan yang salah.
c)
Risk and Returns Comparison
Pengurus yang mempunyai kebolehan
menghadapi risiko mesti mengambilkira risiko dari pilihan yang akan dibuat. Mereka
dalam kumpulan ini tidak akan memilih pilihan yang memberikan pulangan yang rendah dan risiko yang
tinggi. Berdasarkan Jadual 2, pengurus dalam kategori ini tidak akan memilih memelihara
300 ekor lembu kerana keputusan ini mempunyai
kemungkinan memberikan pulangan hasil yang negatif semasa keaadan cuaca buruk (-RM5,000).
Keputusan membeli 100 ekor lembu juga didapati
memberi risiko yang lebih rendah berbanding dengan pembelian 200 ekor lembu, kerana
semua nilai pulangan dalam kebangkalian yang berbeza sama ada cuaca baik, sederhana dan buruk jika menternak 100 ekor lembu memberikan pulangan yang positif.
Mereka yang tidak suka mengambil risiko berkemungkinan besar memilih strategi penternakan
100 ekor lembu ini.
d ) Safety first
Dalam strategi ini, pengurus perniagaantani
yang menghadapi kedudukan kewangan tidak kukuh, membuat pinjaman yang tinggi dan
terpaksa membayar hutang berdasarkan dari hasil penjualan lembu semata-mata, akan
mengambilkira keadaan pilihan yang memberikan kesan terburuk sebagai pertimbangan
penting. Pengurus dalam kategori ini akan memilih strategi membeli 100 ekor lembu
kerana pilihanya ini hanya member kesan pulangan minimum RM3,000, berbanding kemungkinan
pulangan sifar dalam penternakan 200 ekor lembu, dan pulangan –RM5,000 jika memilih
menternak 300 ekor lembu. Mereka dalam kategori ini tidak boleh menghadapai keadaan
pulangan negatif dalam tahun perniagaan tertentu. Perniagaan bentuk persendirian
atau perkongsian mungkin menghadapi keadaan sebegini, sebaliknya perniagaan berbentuk
koperasi seperti Pertubuhan Peladang dan Syarikat Berhad lebih fleksibel dalam membuat
keputusan kerana kedudukan kewangan yang kukuh dan mempunyai pelbagai aktiviti perniagaan.
,
No comments:
Post a Comment