Total Pageviews

Monday, November 17, 2008

Karya sepanjang zaman – sajak dan senikata lagu

Sekarang bulan November. Aktiviti di Universiti pada masa kini ialah aktiviti pensyarah memeriksa kertas jawapan peperiksaan untuk peperiksaan akhir semester dan menyiapkan penyelidikan-penyelidikan yang belum disiapkan lagi. Sepanjang bulan November ini juga saya tidak menulis apa-apa artikel ekonomi walaupun terfikir untuk menulis berkaitan Krisis Kewangan Dunia yang berlaku sekarang. Tahniah diucapkan kepada dua tokoh ekonomi dari Malaysia, Dr Jomo dan Dr Zeti yang diberi kepercayaan oleh Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyertai kumpulan pemikir kaedah memperbaiki keadaan ekonomi yang berlaku masa kini. Terfikir juga kesan perbelanjaan terhadap barang Tarafiat dan Kamaliat berbanding dengan penumpuan sumber-sumber ekonomi yang sepatutnya lebih tertumpu kepada pengeluaran barangan Hajiyyat (keperluan) dan Dharuriyat (pelengkap). Negara-negara di dunia sebenarnya membiayai perbelanjaan mewah pengguna-pengguna di Amerika Syarikat dan Eropah sehinggakan kebanyakan mereka tidak mampu lagi membayar balik pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk kehidupan mewah mereka.

Lupakan sebentar permasalahan ekonomi. Saya sebenarnya tertarik dengan karya Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang yang mengkritik orang yang berjiwa hamba. Beliau telah mengingatkan masyarakat tentang kemerdekaan tanah air yang hanya dapat dicapai sekiranya rakyat bersemangat perjuangan. Beginilah bunyi sajaknya:

Berpusing roda beralihlah masa,
berbagai neka hidup di bumi,
selagi hidup berjiwa hamba,
pasti tetap terjajah abadi.
Kalau hidup ingin merdeka,
tiada tercapai hanya berkata,
ke muka maju sekata, maju kita,
melemparkan jauh jiwa hamba.
(Utusan Zaman, 27 Mac 1949)

Begitu juga dalam bidang penciptaan lagu, saya sebenarnya sangat tertarik dengan beberapa lagu yang mempunyai tarikan tersendiri, terutama dari segi senikatanya yang menarik. Di antara senikata lagu yang menarik dan berjaya kekal sebagai di antara lagu yang ’evergreen’ ialah lagu Widuri:

WIDURI
Di suatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Diremang cahaya sinar mentari
Lalu engkau tersenyum

Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu
Dengan mengusap titik air mata
Engkau bisikkan deritamu
Tersentuh aku dalam keharuan
Setelah tahu apa yang terjadi

Sekian lamanya engkau hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu

Widuri...eluk bagai rang bulan...oh sayang
Widuri...indah bagai lukisan....oh sayang
Widuri...bukalah pintu hati untukku
Widuri...ku akan menyayangi

Sayangku...keranamulah...senja bersedih
Ku lihat keindahanmu
Sekian lamanya engkau....
Hidup seorang diri...

Ulang Widuri....

Ps.....Artikel kali ini seperti ingin menunjukkan ahli ekonomi juga meminati seni selain dari meminati pengkajian terhadap tingkahlaku manusia.