Total Pageviews

Friday, October 3, 2008

Penyata Kewangan Sebagai Petunjuk Prestasi

Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan (profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan (liquidity ratios).

Analisis Seluruh Perniagaan Ladang
Analisis seluruh ladang memerlukan beberapa maklumat penting untuk meningkatkan atau membaiki sesuatu perniagaan. Kebiasaannya analisis menggunakan ringkasan kewangan yang utama: penyata pendapatan (penyata untung rugi), kunci kira-kira dan penyata aliran tunai.

Penyata pendapatan penting untuk menunjukkan prestasi perniagaan sepanjang tahun tersebut. Daripada penyata ini, gambaran tentang pulangan pelbagai sumber setelah ditolak semua perbelanjaan akan diperolehi. Kunci kira-kira merupakan maklumat yang penting untuk membandingkan perubahan yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun. Penyata aliran tunai pula dapat membantu analisis dengan menunjukkan punca-punca dan kegunaan tunai sepanjang tahun. Ianya juga dapat membantu bila keperluan tunai diperlukan.

Analisis Perbandingan
Dengan menggunakan kaedah ini, keputusan yang diperolehi dibandingkan dengan suatu standard atau piawai yang telah ditetapkkan. Salah satu contoh standard ialah objektif belanjawan semasa merancang belanjawan.
Sekiranya keputusan yang diperolehi tidak mencapai matlamat yang ditentukan, ianya menunjukkan masalah sehingga menjejaskan prestasi perniagaan tersebut. Piawaian lain yang boleh digunakan ialah membandingkan pencapaian perniagaan dengan ladang-ladang lain yang hampir sama dari segi jenis dan saiz.

Analisis Arah Aliran
Bagi membolehkan analisis arah aliran, peladang perlu merekodkan rekod kewangan perniagaan mereka untuk beberapa tahun. Daripada analisis tersebut, peladang boleh mengenalpasti sama ada prestasi ladangnya menaik atau menurun. Untuk prestasi yang menunjukkan aliran menurun, kajian lebih terperinci perlu dilakukan.

Proses membuat analisis dan Jenis analisis
Sepertimana melakukan penyelidikan, analisis seluruh ladang dimulakan dengan mengenalpasti masalah, diikuti dengan mendefinisikan masalah, dan mencari alternatif bagi mengatasi masalah tersebut. Di antara analisis seluruh ladang yang boleh dibuat ialah analisis kewangan, keberuntungan, saiz ladang, kecekapan dan bidang kuasa.

Analisis Kewangan
Analisis kewangan tertumpu kepada kedudukan modal perniagaan termasuk kemampubayaran, kecairan, dan perubahan nilai bersih perniagaan tersebut. Di antara analisis kewangan yang kerap digunakan ialah Nisbah Semasa, Nisbah modal operasi, Nisbah hutang-ekuiti, nisbah modal bersih, dan nilai bersih.

Analisis keberuntungan
Perniagaan yang mempunyai kemampubayaran dan kecairan yang baik tidak semestinya merupakan sebuah perniagaan yang menguntungkan. Keberuntungan boleh ditentukan dengan mengkaji rekod Penyata Pendapatan (atau akaun untung rugi). Ukuran keberuntungan yang boleh dilakukan ialah pendapatan ladang bersih, pulangan buruh, pulangan pengurusan, modal dan ekuiti. Kritikan terhadap kaedah ini ialah ianya hanyalah ukuran pulangan faktor dan bukannya pulangan sut. Sebagai contoh, kadar pulangan modal ialah purata kadar pulangan semua modal yang dilaburkan dalam perniagaan dan bukannya pulangan sut bagi ringgit terakhir yang dilaburkan.

Analisis Saiz
Masalah pendapatan dan keberuntungan mungkin wujud pada sesuatu musim disebabkan oleh cuaca yang buruk yang menjejaskan hasil tanaman, serangan penyakit, atau harga yang rendah akibat dari peningkatan pengeluaran barangan pengganti. Jika masalah ini berterusan pada musim-musim apabila purata hasil dan harga adalah baik, masalah ini boleh dikesan dengan mengkaji saiz ladang atau operasi ladang tidak cekap.

28 comments:

Anonymous said...

103110

asslmlkm dr.

secara relatifnya, setiap penyata kewangan dalam setiap syarikat akan menjadi salah satu rujukan utama bagi para pelabur dari dalam dan luar negara untuk mereka mencari syarikat yang paling berpotensi untuk mereka melakukan pelaburan atau menanam modal. yang mana,jangkaan pulangan yang tinggi akan diperoleh apabila pelaburan dilakukan. hal ini kerana, secara kebiasaannya, setiap pelabur hanya akan melakukan pelaburan ke atas syarikat ynag dapat memberi pulangan keuntungan yang paling lumayan kepada mereka. penyata kewangan ynag menunjukkan prestasi yang merosot atau kurang memberangsangkan secara relatifnya akan diabaikan oleh para pelabur. hal ini kerana, penyata kewangan merupakan salah satu struktur yang mengandungi kunci kira-kira, penyata pendapatan, penyata pergerakan di dalam ekuiti, penyata aliran tunai dan polisi perakaunan dan nota penjelasan yang berfungsi menerangkan kedudukan kewangan semasa dalam sesebuah ekuiti perniagaan. maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan adalah aset, liabiliti, ekuiti, untung dan rugi,dan aliran tunai.

Dalam perniagaantani, untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam perniagaan, setiap hasil dan tindakan yang wujud dalam syarikat perlu dianalisis dengan menggunakan Analisis Seluruh Perniagaan Ladang, Analisis Perbandingan, dan Analisis Arah Aliran. Dalam analisis seluruh ladang, kerja-kerja analisis dilakukan dalam aspek analisis kewangan, keberuntungan, saiz ladang, kecekapan dan bidang kuasa.

Anonymous said...

102110

assalamualaikum dr.

penyata pendapatan sebagai penunjuk prestasi perniagaan adalah benar. pada pendapat saya, melalui penganalisisan data-data kewangan yang berlangsung di sepanjang tempoh perniagaan. maka, segala perbelanjaan dan hasil yang diperoleh dapat kita ketahui melalui data yang telah diterbitkan. selain itu juga, data-data tersebut boleh kita rumuskan pada tempoh-tempoh tertentu iaitu seperti tempoh penghujung bulan atau tahunan kita dapat mengenalpasti bahawa perniagaan yang dijalankan memperoleh keuntungan atau pun tidak. data-dat yang lebih tersusun tersebut adalah lebih memudahkan jika dibandingkan dengan pengurusan perniagaan pada masa dahulu. melalui aliran kewangan yang kumpul, segala permasaalahan serta penyelesaiaan dapat dibuat berdasarkan data yang diperoleh.

selain itu dr, bagi saya. analisis kewangan bukan sahaja dapat mengukur prestasi perniagaan yang kita jalankan. malah, ia juga dapat digunakan oleh pemilikperniagaan bagi memperoleh pinjaman kewangan ataupun pembiayaan oleh sesuattu pihak. petunjuk kewangan yang ada dapat memastikan keyakinan pihak pemberi pinjaman untuk menghulurkan modal bagi perniaghaan tersebut. maka, analisis kewangan adalah penting bagi memastikan potensi perniagaan dapat ditingkatkan serta demi kepentingan sesebuah perniagaan.

Anonymous said...

salam....
memang tidak dinafikan penyata kewangan amat penting dalam perniagaan mahupun di dalam sesebuah syarikat.kita dapat mengetahui untung atau rugi dalam perniagaan kita ia mampu menarik pelabur dari luar mahupun dalam negara untuk melabur di negara kita.Analisis kewangan amat penting bagi memastikan potensi perniagaan maju dan dapat meningkatkan pendapatan negara mahupun individu.

Anonymous said...

salam....(105449)
memang tidak dinafikan penyata kewangan amat penting dalam perniagaan mahupun di dalam sesebuah syarikat.kita dapat mengetahui untung atau rugi dalam perniagaan kita ia mampu menarik pelabur dari luar mahupun dalam negara untuk melabur di negara kita.Analisis kewangan amat penting bagi memastikan potensi perniagaan maju dan dapat meningkatkan pendapatan negara mahupun individu.

Anonymous said...

assalamualaikum....105255

secara ringkasnya, semua pemilik perniagaan amat mementingkan keuntungan perniagaan masing-masing. oleh itu, bagi memastikan sejauh mana tahap pencapaian perniagaan tidak kiralah samaada pernigaan yang terlibat dengan " agribusiness" ataupun tidak, pemilik pernigaan tersebut perlu menyediakan penyatakan keewangan bulanan mahupun tahunan bagi menganalisa tahap pertumbuhan perniagaan.
bagi individu yang baru menapak dalam bidang perniagaan misalnya, penyata kewangan ini amatlah penting untuk memberi petunjuk kepada kedudukan semasa keewangan syarikat. hal ini amat penting sekiranya syarikat mengalami kerugiaan dimana kos melebihi hasil dalam perniagaan. dengan ini pemilik syarikat boleh membuat keputusan samaada untul meneruskan ataupun berhenti operasi.
dengan penyata aliran keewanagn ini juga, lebih mudah bagi pemilik perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat keewanagn sekiranya mengalami masalan aliran wang yang berlebihan..sekian......wassalam..

Anonymous said...

assalamualaikum....105255

secara ringkasnya, semua pemilik perniagaan amat mementingkan keuntungan perniagaan masing-masing. oleh itu, bagi memastikan sejauh mana tahap pencapaian perniagaan tidak kiralah samaada pernigaan yang terlibat dengan " agribusiness" ataupun tidak, pemilik pernigaan tersebut perlu menyediakan penyatakan keewangan bulanan mahupun tahunan bagi menganalisa tahap pertumbuhan perniagaan.
bagi individu yang baru menapak dalam bidang perniagaan misalnya, penyata kewangan ini amatlah penting untuk memberi petunjuk kepada kedudukan semasa keewangan syarikat. hal ini amat penting sekiranya syarikat mengalami kerugiaan dimana kos melebihi hasil dalam perniagaan. dengan ini pemilik syarikat boleh membuat keputusan samaada untul meneruskan ataupun berhenti operasi.
dengan penyata aliran keewanagn ini juga, lebih mudah bagi pemilik perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat keewanagn sekiranya mengalami masalan aliran wang yang berlebihan..sekian......wassalam..

Anonymous said...

assalamualaikum....105255

secara ringkasnya, semua pemilik perniagaan amat mementingkan keuntungan perniagaan masing-masing. oleh itu, bagi memastikan sejauh mana tahap pencapaian perniagaan tidak kiralah samaada pernigaan yang terlibat dengan " agribusiness" ataupun tidak, pemilik pernigaan tersebut perlu menyediakan penyatakan keewangan bulanan mahupun tahunan bagi menganalisa tahap pertumbuhan perniagaan.
bagi individu yang baru menapak dalam bidang perniagaan misalnya, penyata kewangan ini amatlah penting untuk memberi petunjuk kepada kedudukan semasa keewangan syarikat. hal ini amat penting sekiranya syarikat mengalami kerugiaan dimana kos melebihi hasil dalam perniagaan. dengan ini pemilik syarikat boleh membuat keputusan samaada untul meneruskan ataupun berhenti operasi.
dengan penyata aliran keewanagn ini juga, lebih mudah bagi pemilik perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat keewanagn sekiranya mengalami masalan aliran wang yang berlebihan..sekian......wassalam..

Anonymous said...

assalamualaikum....105255

secara ringkasnya, semua pemilik perniagaan amat mementingkan keuntungan perniagaan masing-masing. oleh itu, bagi memastikan sejauh mana tahap pencapaian perniagaan tidak kiralah samaada pernigaan yang terlibat dengan " agribusiness" ataupun tidak, pemilik pernigaan tersebut perlu menyediakan penyatakan keewangan bulanan mahupun tahunan bagi menganalisa tahap pertumbuhan perniagaan.
bagi individu yang baru menapak dalam bidang perniagaan misalnya, penyata kewangan ini amatlah penting untuk memberi petunjuk kepada kedudukan semasa keewangan syarikat. hal ini amat penting sekiranya syarikat mengalami kerugiaan dimana kos melebihi hasil dalam perniagaan. dengan ini pemilik syarikat boleh membuat keputusan samaada untul meneruskan ataupun berhenti operasi.
dengan penyata aliran keewanagn ini juga, lebih mudah bagi pemilik perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat keewanagn sekiranya mengalami masalan aliran wang yang berlebihan..sekian......wassalam..

Unknown said...

assalamualaikum Dr... (105829)
Memang tidak dapat dinafikan penyata kewangan amat penting bagi sesebuah perniagaan. Ini adalah kerana penyata pendapatan penting bagi menunjukkan prestasi sesebuah perniagaan untuk sepanjang tempoh tersebut. Selain itu, penyata kewangan ini dapat menarik pelabur-pelabur asing supaya melabur di dalam negara kita. Dengan ini secara tidak lansung akan meningkatkan keuntungan bagi sesebuah perniagaan yang dilaburi.

Anonymous said...

secara umumnya, penyata kewangan adalah penting untuk setiap syarikat kerana ianya akan menjadi salah satu rujukan kepada pihak pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam syarikat tersebut.penyata kewangan yang positif dan memberangsangkan akan mampu menarik minat pelabur untuk melabur di dalam syarikat tersebut.

bagi individu yang baru melibatkan diri dalam bidang perniagaan misalnya, penyata kewangan ini amatlah penting untuk memberi petunjuk kepada kedudukan semasa keewangan syarikat. hal ini amat penting sekiranya syarikat mengalami kerugiaan dimana kos melebihi hasil dalam perniagaan. Dengan ini pemilik syarikat boleh membuat keputusan samaada untuk meneruskan ataupun berhenti operasi.
Dengan penyata aliran keewanagn ini juga, lebih mudah bagi pemilik perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat keewanagn sekiranya mengalami masalan aliran wang yang berlebihan...

Anonymous said...

salam dr... ( 106096 )

dr, sy komen benda yang sama sebab td trlupa tulis no matrik.

secara umumnya, penyata kewangan adalah penting untuk setiap syarikat kerana ianya akan menjadi salah satu rujukan kepada pihak pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam syarikat tersebut.penyata kewangan yang positif dan memberangsangkan akan mampu menarik minat pelabur untuk melabur di dalam syarikat tersebut.

bagi individu yang baru melibatkan diri dalam bidang perniagaan misalnya, penyata kewangan ini amatlah penting untuk memberi petunjuk kepada kedudukan semasa keewangan syarikat. hal ini amat penting sekiranya syarikat mengalami kerugiaan dimana kos melebihi hasil dalam perniagaan. Dengan ini pemilik syarikat boleh membuat keputusan samaada untuk meneruskan ataupun berhenti operasi.
Dengan penyata aliran keewanagn ini juga, lebih mudah bagi pemilik perniagaan untuk mendapatkan khidmat nasihat keewanagn sekiranya mengalami masalan aliran wang yang berlebihan...

Anonymous said...

assmualaikum...penyata kewangan adalah satu penyata yang penting bukan hanya untuk negara tetapi juga bg sesebuah perniagaan...seperti perniagaan tani penyata kewangan adalah penting bg mengetahui untung rugi sesuatu perniagaan yang dijalankan...selain itu untuk menganalisis perniagaan sesuatu firma..105503

Anonymous said...

salam dr,yg haapy go lucky....
Tanpa asas kewangan yang kukuh,sudah pastinya agak sukar untuk kita berjaya dalam apa-apa perniagaan. Tidak kiralah sama ada perniagaan yang kita ingin jalankan itu adalah perniagaan internet, mahupun perniagaan konvensional. Oleh itu, pengetahuan mengenai asas kewangan perlulah dikukuhkan dahulu sebelum kita menceburkan diri dalam apa-apa perniagaan.dan ini menunjukkan betapa pentingnya asas kewangan sebelum memulakan perniagaan.seperti yang kita tahu,sesuatu perniagaan yang baik mempunyai penyata kewangan yang kukuh dan ini untuk menjamin kebolehan firma terus beroperasi tanpa sebarang kekurangan terutamanya dari segi modal kewangan...103721

Anonymous said...

assalamualaikum....
penyata kewangan merupakan analisis yang penting untuk sesebuah firma, syarikat dan sebagainya. ini kerana ia dapat membantu kita dalam menguruskan aset-aset yang ada seperti modal supaya tidak mengalami kerugian. dengan adanya penyata kewangan ini ia dapat membantu dalam mengetahui tentang kedudukan atau kekukuhan firma kita. ini amat penting bagi memastikan firma atau syarikat kita dapat beroperasi dengan jayanya. jika salah satu akaun kita tidak stabil, kita dapat mengetahuinya dengan melihat penyata kewangan tersebut dan seterusnya akan cuba untuk meyelesaikan permasalahan tersebut.


103415

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr. ...
Penyata kewangan penting sebagai petunjuk prestasi dan harus ada dalam sesebuah entiti perniagaan. Ia berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Penyata kewangan bukan sahaja dapat menunjukkan untung rugi sesebuah entiti perniagaan tetapi sesuatu yang sesuai sebagai alat rujukan untuk meningkatkan atau membuat penambahbaikan terhadap sesuatu kekurangan. Ia juga dapat digunakan sebagai alat untuk membandingkan prestasi syarikat dengan suatu standard atau piawaian yang telah ditetapkan. Dari situ syarikat mendapat gambaran akan tindakan yang sesuai untuk melakukan penambahbaikan. Selain itu, setiap penyata kewangan dalam sesebuah syarikat akan menjadi salah satu rujukan utama kepada para pelabur dari dalam dan luar negara untuk mereka melihat syarikat yang berpotensi untuk melakukan pelaburan atau menanam modal. Maklumat yang terdapat dalam penyata kewangan juga dapat menunjukkan arah aliran yang mana memaparkan prestasi syarikat yang meningkat atau menurun. Maka penyata kewangan merupakan sesuatu yang amat penting memastikan kejayaan yang berterusan.

102534 :-)

Anonymous said...

Salam Dr.

(106064)

Suruhanjaya Sekuriti mengingatkan syarikat awam tersenarai - penyata kewangan mesti mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengingatkan syarikat awam tersenarai (PLCs) mengenai
tanggungjawab perundangan mereka untuk mematuhi piawaian perakaunan yang diluluskan dalam penyediaan dan pengemukaan penyata kewangan.Di bawah Peraturan Perindustrian Sekuriti (Pematuhan kepada Piawaian Perakaunan yang
Diluluskan) 1999, setiap syarikat tersenarai, para pengarah dan ketua eksekutifnya hendaklah
menyediakan dan mengemukakan penyata kewangan syarikat mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan bagi tempoh kewangan berakhir pada atau selepas 30 Jun 1999.Peringatan ini diberikan berikutan kajian oleh SC ke atas penyata kewangan 100 buah
syarikat bagi tahun-tahun kewangan berakhir 1998 dan 1999 mengenai pematuhan kepada
Piawaian Perakaunan Antarabangsa - IAS 7 (Penyata Aliran Tunai). Dalam kajian tersebut, SC
memberi tumpuan kepada pematuhan IAS 7 berdasarkan bahawa penyata aliran tunai merupakan kaedah penting bagi menilai kekukuhan kewangan sesuatu perniagaan. Aliran
tunai adalah elemen penting sesuatu perniagaan kerana ia menentukan kecairan dan
kewujudan jangka panjang perniagaan tersebut.Melalui kajian tersebut, SC bertujuan mewujudkan kesedaran di kalangan PLCs akan perlunya pematuhan kepada piawaian perakaunan yang diluluskan di dalam penyediaan penyata
kewangan mereka. Dengan kesedaran ini, adalah diharapkan bahawa PLCs akan dapat menangani kelemahan di dalam menyediakan penyata kewangan mereka yang berikutnya sejajar dengan keperluan piawaian perakaunan yang diluluskan.Hasil kajian ke atas IAS 7 menunjukkan beberapa kelemahan umum, diantaranya, perkara-
perkara berikut:

1)Pelarasan urus niaga bukan tunai

Dalam menggunakan kaedah tidak langsung,IAS 7 mengkehendaki
pelarasan urus niaga bukan tunai kepada keuntungan bersih atau kerugian dalam penyata aliran tunai. Butiran bukan tunai yang tidak diselaraskan termasuk peruntukan hutang ragu, peruntukan stok lembab dan pelbagai peruntukan yang dicajkan atau
dikreditkan kepada penyata pendapatan.Daripada kajian tersebut, 6% syarikat yang dikaji harus dipuji kerana menggunakan
kaedah langsung dalam membentangkan aliran tunai daripada aktiviti operasi, seperti
yang digalakkan oleh IAS 7. Dalam menggunakan kaedah ini syarikat
tidak dikehendaki untuk mengenal pasti dan membuat pelarasan butiran bukan tunai.(106064)

Anonymous said...

Analisis kewangan bagi sesuatu perniagaan adalah sangat penting. Ia penting untuk mengetahui status kedudukan perniagaan kita dari segi kewangan. Adalah sangat penting untuk kita memastikan yang perbelanjaan perniagaan tidak melebihi keuntungan yang diperoleh. Jika ini berlaku, maka perniagaan itu akan mengalami deficit atau pun kerugian.
Analisis perlu dilakukan sekerap yang mungkin agar sebarang masalah yang timbul dapat di atasi segera tanpa member kesan yang teruk pada perjalanan perniagaan. Dalam masa yang sama, etika kerja oleh akauntan perniagaan juga memainkan peranan penting. Kejujuran mereka amat mempengaruhi analisis penyata kewangan sebagai petunjuk prestasi.
-101007-

Anonymous said...

assalammualikum

penyata kewangan merupakan salah satu rekod yang akn dilihat untuk melihat prestasi sesebyah perniagaan itu. para pelabur mahukan penyata ini untuk mengetahu berapa banyak keuntungan atu kerugian yang bakal mereka hadapi. penyata ini juga penting supaya pemilik firma dapat merangka apa yang patut dilakukan pada masa hadapan, sama ada meningkatkan pengeluaran mahupun mengurangkan kos pengeluaran.

sekian ( 104824 )

Anonymous said...

105283

assalamualaikum Dr

seperti yang kita semua tahu penyata kewangan sangat penting untuk kita mengetahui prestasi perniagaan sama ada berkembang mahupun mengalami kerugian. tanpa penyata kewangan kita tidak dapat mengukur sejauh mana firma tersebut bergerak. Maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan adalah seperti Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. dari situ kita dapat mengetahui berapakah liabiti yang ditanggung oleh firma. jika terlalu banyak, tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan keadaan tersebut berterusan. saya bersetuju dengan pendapat Dr yang mengatakan bahawa perniagaan yang mempunyai kemampubayaran dan kecairan yang baik tidak semestinya merupakan sebuah perniagaan yang menguntungkan. hal ini kerana firma memperolehi untung sekiranya jumlah hasil melebihi jumlah kos atau sekurang-kurangnya dapat menampung kos berubah purata. Kunci kira-kira merupakan maklumat yang penting untuk membandingkan perubahan yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk beberapa tahun. saya bersetuju dengan pendapat ini kerana dengan cara tersebut kita dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan firma untuk terus meningkatkan untung firma


sekian..

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WBT

izinkan saya menambah maklumat mengenai penyata kewangan atau financial statement. bahan ini dipetik dari buku Accounting, A Malaysian Perspective (3rd edition)

Financial statement is a communication tool between companies’ management and the external parties. As to fulfill this function, financial statement is expected to provide as much information as possible for interested users to make economic decision about the business. These interested users can be divided into internal parties and external parties. Internal users comprise of the top management of the company itself, existing shareholders as well as the employees. The top management and the existing shareholders may be interested in the financial statement of the company to see its performance. It is significant, as it will influence their decision on future planning to assure a better performance in the following years. Employees at the same time might be interested in the financial statement to assess the stability of the company that they are currently working with.

An external user on the other hand, refers to creditors’ potential shareholders and public at large. Creditors such as bank or suppliers use the financial statement as a benchmark to evaluate the credibility and solvency of the company before giving out any loans or credit sales.

The financial statement is also beneficial for the potential shareholders and public at large in their economic decision making. Before investment made, the potential shareholders need to analyze the financial state of the company, as their ultimate goal of investing is to generate income through dividend payment.

As for public at large, the need for financial statement might be driven by other factors such as environmental awareness and social welfare. Apart from dollars and cent, the financial statement also points out their contribution towards environmental situation and social welfare, As a source of information to interested parties, financial statement is seen as a multipurpose report that would be useful for various interested users in their economic decision – making.

AMIR SYAFFIQ HAMZAH
105744
SAINS PENGURUSAN PERNIAGAAN TANI

Anonymous said...

salam sejahtera dr...
106088

Penyata kewangan merupakan satu entiti yang amat penting dalam sesebuah perniagaan. Tanpa adanya penyata kewangan, sesebuah syarikat atau sesebuah perniagaan itu seolah-olah seperti orang buta yang sedang berjalan, tidak mengetahui hala tujunya. Daripada penyata kewangan kita akan dapat mentafsir atau menganalisis taraf kewangan serta mengetahui prestasi syarikat yang sebenar dalam tempoh yang kita kehendaki. Apabila mengkaji penyata kewangan syarikat, kita perlu sedar bahawa ia adalah perangkaan sejarah. Oleh itu, perangkaan itu mungkin tidak boleh digunakan sebagai pertunjuk kepada prestasi masa depan. Umumnya, rekod pulangan baik masa lalu boleh menjadi petunjuk kepada pulangan masa depan, tetapi sesebuah syarikat itu juga harus sentiasa meneliti perkembangan semasa dan mengenalpasti angkubah yang boleh menjejaskan prestasi masa depan. Bagi syarikat yang mempunyai kelebihan persaingan dalam pasaran dan kelebihan teknologi yang boleh menghasilkan produk berkualiti tentulah berada dalam suasana selesa dan margin keselamatan tinggi daripada ancaman pesaing. Kebolehan menilai keberangkalian faktor seperti ini meletakkan sesebuah syarikat itu di depan mengatasi syarikat yang lain.

Anonymous said...

salam..
1o4o8i

Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. maka penyata ini penting bagi merekodkan sesuatu aktiviti sesuatu firma @ perniaagan lain untuk memastikan perniagaan terus maju kehadapan. melalui penyata ini juga sesebuah perniagaan dapat mengenalpasti sesuatu masalah dalam perniagaan dan memikirkan cara penyelesainya. Melalui penyata ini juga kita dapat merancang sesuatu perniagaan tanpa melibatkan berlaku kerugiaan iaitu melalui pengawasan terhadap aktiviti-aktiviti urusniaga bagi mengurangkan beban defisit.

Anonymous said...

salam...
103118

penyata kewangan merupakan adalah satu rekod perniagaan yang penting kepada sesebuah perniagaan itu. daripada penyata ini, kita boleh melihat prestasi perniagaan yang telah dijalankan. daripada penyata ini sesebuah perniagaan itu dapat merangka strategi perniagaan bagi masa hadapan. penyata kewangan merupakan salah satu struktur yang mengandungi kunci kira-kira, penyata pendapatan, penyata pergerakan di dalam ekuiti, penyata aliran tunai dan polisi perakaunan dan nota penjelasan yang berfungsi menerangkan kedudukan kewangan semasa dalam sesebuah ekuiti perniagaan. maklumat yang sering dilihat dalam penyata kewangan adalah aset, liabiliti, ekuiti, untung dan rugi,dan aliran tunai.
penyata kewangan juga dapat digunakan oleh sesebuah perniagaan itu bagi mendapatkan pinjaman kewangan ataupun pembiayaan oleh mana-mana pihak. petunjuk kewangan yang ada dapat menimbulkan dan meninglatkan keyakinan pihak pemberi pinjaman untuk menghulurkan modal kepada perniagaan tersebut. maka, analisis kewangan adalah penting bagi memastikan potensi perniagaan dapat ditingkatkan serta demi kepentingan sesebuah perniagaan.

Anonymous said...

104290

salam...dr,saya sependapat dengan 103110 yang mana setiap penyata kewangan dalam setiap syarikat akan menjadi salah satu rujukan utama bagi para pelabur dari dalam dan luar negara untuk mereka mencari syarikat yang paling berpotensi untuk mereka melakukan pelaburan atau menanam modal. yang mana,jangkaan pulangan yang tinggi akan diperoleh apabila pelaburan dilakukan. hal ini kerana, secara kebiasaannya, setiap pelabur hanya akan melakukan pelaburan ke atas syarikat ynag dapat memberi pulangan keuntungan yang paling lumayan kepada mereka. penyata kewangan ynag menunjukkan prestasi yang merosot atau kurang memberangsangkan secara relatifnya akan diabaikan oleh para pelabur.jadi ini semua haruslah diambil penekanan yang penting oleh setiap pihak.
104290

Anonymous said...

salam,..Dr,
financial report are very important for every company,here i want to add some more information about the financial statement,users of the financial statement can be divide into three categories,first,for internal managers who use this information for making routine decisions in the short term planning and controlling operations.Second,for internal managers who use this information for making non-routine decisions in the long term planning and to formulate overall policies.Third,for external users such as creditors,bankers,investors,government agencies and general public who use this information for making decision.
-105817-

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Penyata kewangan merupakan statement asas yang dilihat oleh pemegang saham dan pelabur bagi mengetahui prestasi syarikat atau firma.Ia juga merupakan penyata kekayaan yang dimiliki oleh firma tersebut. Salah satu caranya ialah membandingkan prestasi kewangan syarikat dengan menganalisis penyata kewangannya dalam prospektus atau laporan tahunan. Penyata kewangan juga penting kepada pelabur dalam membandingkan hubungan antara butiran dalam penyata kewangan tersebut. Contohnya, pelabur perlu mengetahui sama ada syarikat itu mempunyai lebih banyak aset daripada liabiliti atau sama ada ia mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi tanggungjawab dalam urusan perniagaannya. Jika prestasi kewangan firma tersebut adalah tidak memuaskan, para pelabur akan angkat kaki ke firma lain yang lebih menguntungkan. Jadi, Pengurus kewangan perlu bijak mengawal keadaan kewangan syarikat secara berintegriti dan amanah. Kawalan kewangan adalah perlu untuk memastikan program, projek dan aktiviti organisasi dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Pengawalan juga perlu dilakukan bagi mematuhi kehendak akauntabiliti awam, iaitu untuk membuktikan bahawa segala sumber kewangan telah digunakan bagi kepentingan awam serta mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Dalam hal ini, pengukuhan integriti dan kecekapan pengurusan kewangan pastinya dapat meningkatkan ketelusan, dan menghindari rasuah.

100998

Anonymous said...

comment fm: 101371

Penyata kewanagn meaminkan peranan yang khusus dalam sesebuah organisasi khususnya firma-firma perniagaantani. Antara objektif pengwujudan penyata kewangan adalah:
1. Mengekalkan kejernihan & kebertanggungjawapan dalam mendokong kepercayaan umum dan pemegang amanah harta
2. Menyediakan maklumat perakaunan yang berguna untuk pengguna akaun untuk memudahkan keputusan dibuat
3. Mengekalkan imej yang baik dan mengekalkan hubungan baik dengan para pelanggan secara professional

e-pjj uitm 2005117907 said...

assalammualaikum dr.

penyata kewangan sebagai petunjuk prestasi adalah benar, melalui penyata kewanagan kita dapat menilai dan menganalisis sejauhmana prestasi sesebuah perniagaan.penyata kewangan yang kukuh akan dapat memberikan keyakinan kepada para pelabur ataupun sesiapa sahaja yang ingin menyertai sesebuah perniagaan.seperti yang kita sedia maklum sesebuah firma amat mementingkan keuntungan didalam perniagaan.dengan penyata kewangan yang kukuh sesebuah firma itu akan lebih berjaya untuk mencapai objektifnya.

...sekian, wassalam..