Total Pageviews

Tuesday, March 23, 2010

Pengasingan Murid di Sekolah Rendah

Apabila pergi kerja dari Arau ke UUM, Sintok yang mengambil tempoh masa perjalananan selama setengah jam, saya sentiasa memerhatikan dan berfikir apa yang berlaku di persekitaran saya. Dalam perjalanan, saya sering kali ternampak pelbagai tingkahlaku manusia yang melakukan pelbagai aktiviti ekonomi. Terfikir sumbangan setiap orang dari mereka kepada kehidupan kita seharian, tidak kira pengangkut sampah dan pengawal keselamatan bank, pemandu bas, buruh, sehinggalah kepada pensyarah Matrikulasi dan UiTM, Pemilik Mini Market, Jurutera JKR, peniaga di tepi jalan dan sebagainya.

Dari aktiviti persekolahan pula, apabila ada kelapangan, saya sendiri akan menghantar dua orang anak saya ke sekolah mereka di Sekolah Rendah Tengku Budriah, Arau. Apa yang menarik dalam sistem persekolahan di tempat anak saya belajar ialah selepas tamat Darjah Satu, murid-murid akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut keputusan peperiksaan Darjah Satu mereka. Kebiasaannya mereka dipecahkan kepada tujuh kelas,dan setiap kelas terdapat secara purata 35 orang murid. Alasan yang diberikan oleh guru ialah memudahkan pengajaran diberikan kepada anak murid yang mempunyai prestasi yang baik, sederhana baik, dan kurang baik.

Terfikir saya pernahkah kajian dibuat keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah pengasingan murid mengikut keputusan peperiksaan sebegini. Apakah latar belakang murid yang berada di kelas A, B, C, D, E, F, dan G tersebut? Pendapatan ibu-bapa mereka, tahap pendidikan keluarga, jenis rumah yang diduduki, persekitaran tempat tinggal, tahap pemakanan dan sebagainya. Saya khuatir dasar pengasingan murid dari darjah satu lagi ini telah membawa kepada keadaan penentu masa depan mereka – untuk menjadi mereka yang berjaya dalam kerjaya, dan mereka yang akan menjadi buruh kasar, peniaga kecil-kecilan atau mat rempit yang merempit pada waktu malam. Memang matlamat utama pengasingan baik, iaitu memudahkan guru menumpukan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid, tetapi jika pengasingan dari darjah dua lagi telah dibuat, murid yang lemah terus-menerus bergaul dengan murid yang lemah. Begitu juga guru, persepsi mereka terhadap murid yang baik dan lemah tentu berbeza. Mereka tentunya berminat mengajar di kelas A berbanding dengan kelas F dan G. Kajian boleh dibuat kemanakah perginya murid yang berada di kelas yang lemah tersebut, latar belakang keluarga mereka dan peratusan yang berjaya ditingkatkan prestasi mereka apabila mereka berada di darjah enam.

Saya berpandangan, pengasingan mengikut keputusan peperiksaan baik dibuat untuk kelas yang pertama sahaja, kelas kedua hingga ketujuh biar dicampurkan murid yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik, sederhana dan lemah. Strategi ini bagi menggalakkan persaingan berterusan murid-murid tersebut. Perkembangan prestasi murid diandaikan akan berubah apabila mereka dapat bercampur gaul di antara murid berprestasi baik, sederhana dan lemah. Diketahui juga murid boleh berubah-ubah prestasinya dari masa ke semasa. Faktor pemakanan, persaingan, latar belakang keluarga, persekitaran, dan persepsi guru semasa mengajar boleh mempengaruhi prestasi murid berkenaan. Kajian boleh dibuat untuk menentukan keberkesanan kaedah ini.

Begitu juga selepas tamat Darjah Enam, kebanyakan ibu-bapa masa kini berlumba-lumba menghantar anak mereka ke Sekolah Berasrama Penuh, terutamanya ke sekolah Berprestasi Tinggi yang diwujudkan sekarang. Mengikut pengalaman saya sendiri, sepatutnya murid yang dipilih ke sekolah berasrama penuh tersebut majoritinya ialah murid luar Bandar, latar belakang keluarga yang mempunyai pendapatan rendah atau sederhana, di samping peratusan yang kecil dari keluarga yang berpendapatan tinggi. Biarlah sebilangan murid yang terpilih mempunyai keputusan peperiksaan 3A 2B dan 4A 1B, atau mungkin 4A 1C. Murid luar Bandar yang menghadapi keadaan serba kekurangan seperti kemudahan tuisyen tambahan tentulah lebih memerlukan kemudahan tinggal di asrama yang serba lengkap berbanding murid Bandar dan murid yang mempunyai latar belakang keluarga yang berkemampuan. Strategi ini boleh dicuba dengan mengambil beberapa buah sekolah berasrama penuh sebagai projek perintis. Pengalaman saya dengan sistem sekolah berasrama penuh yang serba lengkap, seperti kemudahan kelas yang berhampiran dengan asrama, makanan yang berkhasiat dan baik, sistem kelas waktu petang dan malam, kemudahan pusat sukan dan sebagainya memang boleh membentuk murid untuk berjaya dalam proses pembelajaran mereka. Majoriti dari mereka akan berjaya memasuki Universiti Awam.

Walau apa pun, apa yang saya cadangkan ini perlu dikaji dan dibuat beberapa percubaan dahulu sebelum dilaksanakan. Apa yang diceritakan hanya dari pengalaman dan pemerhatian saya sahaja, dan belum dibuat kajian saintifik lagi.

15 comments:

The Unsung History of Life said...

Salam Dr,

Masalah utama saya lihat dalam sektor pendidikan asas di Malaysia adalah lebih kepada mendidik murid untuk lulus exam dan memuaskan hati sebilangan pentadbir.

Matlamat utama pendidikan iaitu melahirkan modal insan yang akan memenuhi tuntutan hidup iaitu dari segi pembentukan sahsiah dan hala tuju hidup tidak pernah diambil kira.

Perlumbaan untuk melihat keputusan peperiksaan yang bagus akan berterusan dengan sekolah akan mengumpulan murid yang pandai dalam satu kelas, dengan guru yang bagus dan sebagainya supaya hasilnya, sebilangan murid tersebut akan mencatat keputusan yang baik dalam peperiksaan sekaligus mengharumkan nama sekolah. Ini kerana orang bercakap mengenai rekod dan catatan, bukan lagi mengenai kualiti keputusan itu sendiri.

Saban waktu kita akan melihat kesan perlumbaan ini dimana, kalau tahun lepas ada orang mencatat keputusan 18A1 dalam SPM, tahun ini mesti kena ada dua orang mencatat 18A1 atau seorang mencatat 19A1 sedangkan itu tidak memberi banyak impak kepada halatuju murid tersebut sebenarnya.

Apa yang kita ingin lihat adalah suatu pembaharuan dalam sistem pendidikan dimana semua murid diberi peluang yang sama untuk berjaya. Dalam satu kelas ada yang pandai dan yang kurang. Persaingan akan sentiasa ada untuk naik ke kelas yang lagi bagus di tahun hadapan. Bukan seperti sekarang yang mana kalau dah kelas Angsana, Angsana la sampai ke tua.

Saya lebih berminat kepada sistem pendidikan yang lama (sebelum KBSR) dimana saya lihat persaingan yang sihat akan mendorong lebih ramai murid untuk berjaya berbanding sekarang yang semenjak darjah dua lagi murid sudah dilabelkan samada bagus atau tidak.......

Assoc. Prof. Dr. Jamal Ali said...

Sepatutnya kita telah mula memulakan sistem pelajar bersaing dengan diri sendiri bukannya dengan orang lain. Sistem pengasingan perlu dikaji semula kesesuaiannya.

The Unsung History of Life said...

Salam Dr,

Dari pandangan saya, persaingan kendiri ada buruk dan baiknya. Bagaimanapun tidak salah untuk pihak berkenaan mencuba sistem sebegini. Yang penting adalah mereka yang terlibat perlu mahir dan pandai untuk mengendalikannya. Kalau tidak, apa sistem sekalipun tidak akan mendatangkan kesan positif.

Saya melihat aspek pendidikan di negara kita kurang untuk mendidik sahsiah diri murid atau pelajar itu sendiri. Ini perlu difikirkan oleh pihak yang berkenaan. Kita akan mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 (jika wawasan itu masih ada), bagaimanapun kita masih kekurangan tenaga pakar dalam banyak sektor. Ini sepatutnya menjadi end target kepada mereka yang terlibat dalam sektor pendidikan. Bukannya melambakkan pasaran dengan graduan suatu bidang khusus yang mungkin terlebih, tapi terkurang dalam bidang lain.

Untuk menghasilkan tenaga pakar yang setara dalam semua bidang, sesuatu perlu difikirkan oleh pihak berkenaan, bukannya di tangga univertiti tapi mesti sedari mereka ini di sekolah rendah. Kecenderungan tertentu mesti dipupuk dan diasah untuk memastikan hasil yang berpadanan boleh dicapai apabila mereka sudah mencapai tahap kematangan dan bersedia untuk memenuhi tuntutan pasaran....

Wan Zamzahidi Wan Zahid
The Unsung History of Life

EX said...

Salam Dr Jamal,

Pada pandangan saya, persaingan asalnya adalah untuk memudahkan guru-guru memikir atau menentukan apakah approach atau pendekatan yang sesuai untuk murid-murid bagi setiap kelas yang mana murid-muridnya dibuat pengasinagn tadi. Murid-murid kelas A (kelas bijak) memerlukan approach yang berbeza dengan murid-murid kelas E (kurang bijak). Setiap murid ini juga mempunyai kebolehan serta kekuatan/strength yang berbeza. Guru-guru lah juga yang berperanan menentukan apakah kecenderungan murid-murid di bawahnya. Sepatutnya, pengasingan bukan untuk membezakan tahap kepantasan akademik murid-murid. Maka, di sini saya melihat bahawa peranan guru-guru itu sendiri kurang berkesan dalam menentukan arah tujuan serta matlamat murid-murid di bawahnya. Guru-guru perlu melalui suatu proses tranformasi.

Sekian. Wassalam. 803649 ATC Seremban.

lee chai ling said...

dear DR,
berdasarkan isu pertama tentang pengasingan kelas,pada pandangan saya, jika murid sekolah tersebut ramai, cara ini juga nampak boleh diterima. Walaupun dikatakan kebiasaan cikgu akan memilih kelas yang lebih cemerlang untuk diajar, ini perlu bergantung pada pengagihan pihak sekolah. Sesetengah sekolah meletakkan cikgu yang lebih cemerlang di kelas yang mutu murid adalah sederhana. Ini adalah kerana diharap mereka boleh ditarik ke pencapaian yang setanding dengan kelas A. Selain itu, di dalam kelas boleh agihkan pelajar yang baik duduk sebelah pelajar yang teruk.
Bagi perkara yang kedua, setuju untuk memberi keutamaan bagi pelajar luar bandar untuk mendapat peluang masuk ke sekolah berasrama penuh. Tetapi sesetengah budak luarbandar kena menolong keluarganya menyara hidup.Walaubagaimanapun, jika boleh sediakan sekolah sebegini lebih banyak lagi. untuk budak bandar pun patut digalakkan memasuki sekolah berasrama, kerana remaja sekarang tidak tahu menyiapkan diri terutama bagi budak perempuan yang tidak tahu membasuh, menyapu,dan sebagainya. Selain itu, peratus budak bandar jadi jahat pun tinggi akibat kurang perhatian daripada ibubapa mereka.

Putri Nurul Izza Rusli said...

Salam Dr.,

Pada pandangan saya, pengasingan murid ini perlu dihapuskan. Namun seperti apa yang Dr. katakan kajian perlu dijalankan untuk melihat keberkesanan kaedah ini. Jika dilihat dari sudut positif, pergaulan antara pelajar kurang pandai dan pandai membantu mereka lebih berdaya saing antara satu sama lain sama ada dalam akademik mahupun bukan akademik. Saya juga kurang gemar apabila pelajar sering dilabelkan antara kurang pandai dan pandai. Itu hanya dari konteks akademik. Pernah seorang pelajar di mana pada anggapan pertama saya dia ini adalah pelajar yang kurang pandai dalam pelajaran. Namun ketika berjumpa dengannya sewaktu latihan perindustrian, anggapan saya berubah tatkala dia dapat bercerita dengan saya tanpa henti selama satu jam tentang selok-belok perniagaan iaitu bisnes jual kereta kerana mempunyai pengalaman luas dalam perniagaan keluarga.

Selain itu, jika dibandingkan sistem persekolahan di luar negara memang amat ketara dengan corak pembelajaran di Malaysia yang lebih berorientasikan peperiksaan. Pengalaman belajar pada tahun satu di sekolah rendah di luar negara ternyata berbeza di mana mereka lebih menekankan aktiviti-aktiviti riadah kepada pelajar –pelajar “kecil” mereka. Sesi bermain piano, membaca buku cerita, membuat kraftangan, mengenali tumbuhan dan haiwan, berkhemah, ke hutan ke pantai, memasak, berenang dan macam-macam lagi membuatkan pelajar tidak pernah bosan atau penat apabila ke sekolah setiap hari walaupun sesi persekolahan dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Sebenarnya penerapan pembelajaran di dalam setiap aktiviti riadah sebegini didapati berkesan meningkatkan lagi pemahaman seseorang pelajar. Contohnya mengenai pentingya seseorang itu mempunyai ilmu, pentingya sesebuah kehidupan kepada setiap manusia atau apakah yang dimaksudkan sesebuah kejayaan. Juga, mempunyai guru-guru yang bersikap penyayang, tahap kesabaran yang tinggi melayan pelbagai karenah pelajar perlu di ambil kira.

Cuma di Malaysia, guru sekolah kita dibebani pelbagai tanggungjawab seperti terpaksa melakukan pelbagai kerja-kerja pentadbiran yang kadang-kadang tidak masuk akal atau perlu melibatkan diri dalam pelbagai acara sekolah termasuk ketika hari minggu. Apatah lagi jika sekolah itu sebuah sekolah bestari atau berprestasi tinggi. Ibu saya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah bestari sebegini dibebani dengan perkara-perkara sebegitu menyebabkan guru-guru kini hilang motivasi diri dan merasakan mereka bekerja seumpama “buruh kasar”. Ini semua semata-mata untuk menaikkan nama sekolah tersebut atau mungkin untuk megharumkan nama pengetua sehingga meminggirkan kebajikan guru-guru yang lain. Jadi tidak hairanlah jika ada kes di mana ada guru yang hilang sabar sehingga memukul pelajar. Apabila perkara sebegini berlaku, masyarakat sering melabelkan guru tidak bermoral dan gurulah punca kepada semua masalah.

Pelbagai perancangan telah dibuat oleh kerajaan untuk membantu guru-guru kita harus dipuji. Namun, pihak sekolah harus bertimbang rasa dalam memberi tugasan kepada guru seperti mengurangkan acara sekolah di hari minggu kerana ketika itu sahaja mereka dapat meluangkan masa untuk bersama keluarga.

Yang ikhlas,
Putri Nurul Izza Binti Rusli
(801701)
SEEG5013: Managerial Economics
MBA student, Melaka
P/s: Maaflah Dr. panjang pula komen saya nih. ;)

Putri Nurul Izza Binti Rusli (801701)
SEEG5013: Managerial Economics
MBA student, Melaka
P/s: Maaflah Dr. panjang pula komen saya. ;)

p/s: Dr., saya ada banyak lagi nak tulis, tapi tak muat pula, ada error.

Putri Nurul Izza Rusli said...

Salam Dr.,

My second post...

My third and last post...

Cuma di Malaysia, guru sekolah kita dibebani pelbagai tanggungjawab seperti terpaksa melakukan pelbagai kerja-kerja pentadbiran yang kadang-kadang tidak masuk akal atau perlu melibatkan diri dalam pelbagai acara sekolah termasuk ketika hari minggu. Apatah lagi jika sekolah itu sebuah sekolah bestari atau berprestasi tinggi. Ibu saya yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah bestari sebegini dibebani dengan perkara-perkara sebegitu menyebabkan guru-guru kini hilang motivasi diri dan merasakan mereka bekerja seumpama “buruh kasar”. Ini semua semata-mata untuk menaikkan nama sekolah tersebut atau mungkin untuk megharumkan nama pengetua sehingga meminggirkan kebajikan guru-guru yang lain. Jadi tidak hairanlah jika ada kes di mana ada guru yang hilang sabar sehingga memukul pelajar. Apabila perkara sebegini berlaku, masyarakat sering melabelkan guru tidak bermoral dan gurulah punca kepada semua masalah.

Pelbagai perancangan telah dibuat oleh kerajaan untuk membantu guru-guru kita harus dipuji. Namun, pihak sekolah harus bertimbang rasa dalam memberi tugasan kepada guru seperti mengurangkan acara sekolah di hari minggu kerana ketika itu sahaja mereka dapat meluangkan masa untuk bersama keluarga.

Yang ikhlas,
Putri Nurul Izza Binti Rusli (801701)
SEEG5013: Managerial Economics
MBA student, Melaka
P/s: Maaflah Dr. panjang pula komen saya. ;)

Anonymous said...

Salam Dr,

Pada pandangan saya pengasinagn murid sekolah rendah seawal dari darjah dua ini tidak sewajarnya berlaku. Cara ini akan memberi impak kepada motivasi guru-guru dan juga murid-murid yang tergolong di dalam kelas pertengahan dan seterusnya kelas yang terakhir.Guru-guru yang ditugaskan mengajar di kelas yang lemah ini akan terasa beban yang tinggi kerana mereka perlu memberi lebih tumpuan dan pemahaman kepada pelajar terbabit berbanding dengan guru-guru yang ditugaskan mengajar pelajar di kelas-kelas yang pintar atau lebih cerdik.

Terkenang kembali di zaman persekolahan saya dahulu sekitar tahun 1987-1992 dimana pada masa itu kelas kami tidak mengikut abjad A,B,C atau D. Tetapi pihak sekolah menamakan kelas kami dengan nama warna, contohnya kelas 2 Biru.Di dalam kelas saya guru menyusun meja mengikut tahap pencapaian pelajar dan mengikut kumpulan samaada A,B,C,atau D.Oleh itu di dalam kelas tersebut semua pelajar bergaul sesama sendiri tidak mengira yang bijak atau kurang bijak. Setiap persoalan yang guru ajukan kepada pelajar di kumpulan D contohnya tidak dapat dijawap akan dijawap oleh pelajar-pelajar lain. Dengan cara ini pelajar dididik untuk membantu antara satu sama lain di dalam kelas, dan pada pendapat saya guru yang mengajar lebih mudah untuk mendidik anak muridnya kerana semua kelas mempunyai susun atur murid yang sama.Berbanding murid yang bijak dan kurang bijak di asingkan terus mengikut tahap pencapaian masing-masing, dan di namakan pula kelas mereka mengikut abjad A,B,C,dan D, dengan ini murid-murid di kelas D akan merasa diri mereka tidak seistimewa berbanding rakan-rakan di kelas A. Ini akan menambahkan lagi tekanan yang mereka hadapi dan bukanlah contoh yang baik di dalam mendidik anak-anak di peringkat permulaan alam persekolahan mereka.

Pada pendapat saya pengasingan pelajar mengikut tahap kepintaran ini perlu dikaji semula kerana motivasi dan pemikiran pelajar ini perlu ditingkatkan sejak dari awal alam persekolahan mereka,dan bukanlah kita menambah lagi tekanan dan munurunkan tahap motivasi pelaja-pelajar terbabit.

Terima kasih.

Fadzlinah Othman
MBA Student
UUM Rezzen,Melaka

Anonymous said...

Pandangan saya memang sehaluan dengan pandangan Dr. Dasar Pendidikan negara kita terlalu mementingkan peperiksaan berbanding dengan pembangunan potensi seseorang individu. Dalam realiti tahap pencapaian akademik semua pelajar adalah tidak sama tetapi pelajar yang lemah ini tidak semestinya seorang pelajar yang tidak boleh berjaya. Sistem pendidikan yang memberi tekanan pada para guru besar dan pengetua-pengetua sekolah yang menyebabkan mereka membuat kelas pengasingan pelajar untuk memperoleh keputusan yang cemerlang, lebih-lebih lagi dengan sistem NKRA dimana setiap peperiksaan dalam sekolah akan dinilai dan diberi kedudukan atau ”rangking”. Sekolah yang mempunyai ranking teratas akan diberi insentif. Situasi ini yang menyebabkan pihak pengurusan sekolah bertindak seperti di atas. Inilah yang menimbulkan stress yang tinggi dalam kalangan guru-guru.

Pengasingan pelajar sekolah harian biasa pula menjadikan guru lebih stress kerana pelajar yang lemah diasingkan dalam satu kelas yang sama, di mana pelajar yang sama akan mengikuti kurikulum yang sama dan peperiksaan yang sama seperti UPSR, PMR, SPM. Para pelajar menjadi bosan dan mula ponteng kelas dan juga sekolah, keadaan ini menimbulkan lagi masalah disiplin. Guru-guru akan hilang motivasi dengan proses pengajaran dan pembelajaran tidak mencapai objektifnya.

Sistem pendidikan di Australia pula memberi keutamaan kepada minat pelajar. Pelajar yang tidak berminat dalam akademik akan diajar mata pelajaran teras seperti matematik asas, bahasa komunikasi, seterusnya mereka juga akan memilih pendidikan vokasional yang mereka minati. Mereka akan membuat latihan dan dinilai oleh pelatih seperti “charge man’, “plumber” , “wireman” dan “carpenter’. Di akhir kursus, mereka akan dinilai oleh pelatih mereka dan diberi sijil khas. Corak pendidikan seperti boleh memperkembangkan potensi individu.

Pendidikan berasaskan pengetahuan akan meningkatkan motivasi pelajar lemah berbanding dengan pendidikan berasaskan peperiksaan.

Periannan
MBA Melaka

faizah mahamud said...

Assalamualaikum Prof,

Saya bersetuju dengan pendapat Prof tentang pengasingan untuk kelas pertama sahaja. Matlamat asalnya bagus iaitu supaya pengajaran dalam kelas yang lemah dapat disesuaikan dengan kemampuannya pelajar-pelajar tersebut.
Petang tadi, melalui siaran IKIM, Prof. Dr Sidek Baba dalam slot Keluarga Sakinah juga menyebut berkaitan pengasingan kelas dan mencadangkan usaha yang sepatutnyanya dilakukan oleh guru agar setiap pelajar berpeluang menyerlahkan potensi diri masing-masing. Ternyata tujuan pengasingan ada tujuan dan matlamatnya dan seperti mana-mana peraturan-peraturan yang lain, ianya hanya sekadar matlamat jika tidak ada penguatkuasaan yang serius.
Mungkin para pendidik perlu diberi insentif atas usaha memupuk potensi pelajar sedemikian.

Faizah Mahamud

Irene Eng said...

Masyarakat kini amat mementingkan keputusan anak-anak mereka. Pada pandangan mereka, anak yang tidak mendapat keputusan baik amat susah untuk mencari rezeki dalam masyarakat. Pihak sekolah juga cuba sedaya upaya untuk meningkatkan tingkat keputusan pelajar di sekolah. Dalam sekolah, pelajar akan diasingkan kelas mengikut keputusan yang mereka dapat dalam peperiksaan akhir tahun. Saya setuju dengan pandangan Dr. bahawa pengasingan mengikut keputusan peperiksaan baik dibuat untuk pelajar kelas pertama sahaja. Pihak sekolah tidak ingin pelajar baik ini dipengaruhi oleh pelajar lain yang kurang memuaskan. Para cikgu juga biasanya lebih suka mengajar pelajar di kelas depan berbanding pelajar di kelas akhir kerana pelajar kelas akhir adalah lebih sukar diajar. Oleh itu, pelajar kelas akhir akan menjadi lebih jahat dan mereka hanya akan mencampuri dengan pelajar yang sama dengan mereka. Sebagai contoh di Singapura, standard mereka adalah amat tinggi dan pelajar lagi akan dibezakan antara satu sama lain. Pelajar yang mendapat keputusan yang lebih baik akan disanjungi manakala pelajar yang kurang baik pula akan hidup dengan penuh tekanan. Pada pandangan saya, hal ini sewajibnya dikurangkan dan pelajar baik dan kurang baik boleh dicampurkan untuk belajar bersama. Ini membolehkan pelajar yang lebih baik dapat membatu pelajar yang kurang baik dalam pelajaran manakala pelajar yang kurang baik itu dapat memajukan keputusan mereka.

ENG AI LIAN 212077 BEEA3123 GROUP A

Tang Sueh Ling 211970 said...

Saya amat bersetuju dengan cadangan Prof, dengan mencampuran dari kelas kedua dengan kelas akhir dapat menigkatkan prestasi akademik pelajar. Aggaplah kelas A merupakan kelas golongan cedekiawan, mereka adalah pandai dari segi akademik tetapi tidak semua mereka adalah pandai dari segi sukan atau social. Mereka hendak bercampur dengan individu yang berlatar belakang berbeza untuk meningkatkan ilmu atau melakukan pertukaran ilmu dengan individu yang lain. Pelajar yang tidak pandai belajar tidak mestinya mereka tidak mempunyai kelebihan yang lain. Selain itu, kemungkinan mereka bercampur dengan pelajar yang rajin mereka turut menjadi tekun belajar. Oleh itu, cadangan percampuran pelajar agak dialu-alukan.