Total Pageviews

Sunday, February 27, 2011

Perkembangan aktiviti sukan di sekolah

Pada hari Sabtu yang lalu saya menyaksikan satu permainan bola baling di Kangar Perlis. Pertandingan itu dibuat di dalam kawasan gelanggang Futsal. Walau pun jarang melibatkan diri dengan aktiviti sukan di sekolah, tetapi disebabkan anak saya mewakili sekolahnya sebagai pemain pertahanan dan beliau begitu mendesak kami menyaksikan permainannya, maka kami sekeluarga berkumpul digelanggang menyaksikan pertandingan tersebut. Saya memuji pihak penganjur, iaitu bahagian sukan sekolah-sekolah rendah di Negeri Perlis kerana berjaya menganjurkan pertandingan tersebut. Nampak dari gaya pakaian para pelajar yang menyertai pertandingan begitu bergaya dan kemas sekali. Setiap sekolah mempunyai jersi pasukan yang berbagai warna dan tercatat nama sekolah yang diwakili. Penyokong dari kalangan murid dan guru juga ramai, tetapi dari kalangan ibu-bapa agak sedikit bilangannya. Sepatutnya ibu-bapa lebih terlibat sama dalam aktiviti sebegini kerana selain dari menaikkan semangat anak, ianya juga boleh memberi idea bagaimana sesuatu permainan itu patut dijalankan. Pasukan sekolah anak saya mendapat naib johan, dan saya dapati pasukan yang menjadi johan didapati bermain dengan lebih baik dan patut pun memenangi pertandingan tersebut. Anak saya pula nampak tersenyum lebar dan berpuas hati kerana berjaya menunjukkan kebolehannya dalam permainan tersebut. Saya tidak tahu perasaannya dengan kehadiran kami, tetapi nampaknya dia gembira dengan kedatangan kami. Anak-anak ini juga ada pelbagai perangainya. Anak sulung masa bersekolah rendah dahulu, tidak begitu suka kami menyaksikan permainannya. Gemuruh katanya bila ada ibu-bapa.

Melalui sukan, selain menghasilkan badan yang sihat dan otak yang cerdas, budaya disiplin di kalangan anak-anak dapat dibentuk, contohnya budaya menepati masa, kerja berpasukan dan merasai perasaan kalah dan menang. Guru pula perlu benar-benar memahami strategi permainan dan tahu bagaimana memotivasikan setiap pemain di dalam pasukannya. Sebab itulah pada masa kini Universiti-universiti tempatan seperti UiTM, UM dan UPM menawarkan program Sains Sukan. Lulusan Sains Sukan ini boleh menjadi guru terlatih dan mengendalikan pasukan-pasukan di Sektor Kerajaan atau Sektor Swasta dengan baik. Begitu juga kursus ini memberi peluang kepada bekas-bekas atlit untuk mendapatkan segolong ijazah bagi menjamin masa depan mereka. Kursus di peringkat Universiti pula meliputi pelbagai aspek, sama ada pengendalian acara, tenik permainan pelbagai jenis sukan, psikologi, sosiologi, matematik, ekonomi dan sebagainya. Kurikulum itu pula mengikut kulikulum sepertimana universiti-universiti ternama di Negara Maju.

Saya mengetahui pada masa kini, anak-anak kita begitu banyak disogokkan dengan kelas-kelas tuisyen. Tuisyen ini sama ada dibuat oleh pihak sekolah atau phak swasta di luar. Ada yang sanggup menghabiskan wang untuk tuisyen personal pula. Bayaran kelas tuisyen ini juga berbeza-beza mengikut jenis kelas. Memang zaman saya tiada kelas tuisyen jadi saya memang tidak begitu berkenan dengan kelas tuisyen yang terlalu banyak ini. Saya lebih suka kanak-kanak belajar sendiri dan dapat berfikir dengan sendiri menyelesaikan masalah. Tetapi sylibus kanak-kanak sekolah pada masa kini juga saya dapati agak berbeza dan banyak yang perlu dipelajari. Saya juga berpandangan aktiviti luar kelas seperti aktiviti berpersatuan, kelas berdebat, kelas bahasa Arab, Persatuan Agama Islam, melukis, lawatan sambil belajar dan aktiviti pertukangan perlu digalakkan. Jika boleh kelab-kelab pelayaran, menembak, memanah, berkuda juga diwujudkan di sekolah-sekolah. Cuma mungkin kos mewujudkan kelab-kelab itu agak mahal dan memerlukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang kukuh atau ada Firma-firma dari sektor swasta sanggup membuat penajaan. Pembentukan peribadi kanak-kanak bukan hanya di kelas, tetapi melalui aktiviti luar kelas dan kekukuhan dalam institusi keluarga.

10 comments:

Masakan Cinta said...

Assalamualaikum Dr Jamal!
Menarik topik yg Dr utarakan ni….penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anak – anak di sekolah sebenarnya amat penting.Di samping menyuntik semangat pada anak – anak kerana mereka tau kita sebagai ibu bapa prihatin dengan aktiviti mereka….ianya juga dapat menjalin hubungan yang mesra antara guru dan ibu bapa.Hubungan yang mesra sudah semestinya akan memberi impak positif kepada guru ke atas anak jagaan kita…..

Saya sebagai ibu yang bekerja Dr. ….seboleh mungkin cuba untuk meluangkan masa utk memenuhi setiap aktiviti yg memerlukan penglibatan ibu bapa….tapi tak semuanya dapat saya penuhi…sama spt Dr., bila anak – anak nampak kelibat kita dlm program mereka…senyum lebar sampai ke telinga…( depa tak tau jenuh jugak mak nak adjust time mak depa nih….huhuhu…)

Saya memang amat menggalakkan anak saya menyertai setiap aktiviti yg sekolah anjurkan.Kalau ada lawatan - lawatan yg dianjurkan oleh sekolah seperti ke Pusat Sains Negara, Pertandingan Robotik , Lim Kok Wing Universiti, Universit Putra Malaysia dan macam – macam lagilah yg berkaitan dengan hal akademik memang saya selalu bagi ‘green light’….anak – anak pun ada juga terpilih utk mewakili sekolah dlm pelbagai program , kita patut bagi peluang pada anak – anak melihat dunia luar….biar mereka banyak bergaul dengan orang lain dan belajar sendiri menilai dan mengutip pengalaman tu….tapi perlu ada pengawasan jugak anak – anak ni.

Betul tak Dr.???

LINDA/UUM/808560

Anonymous said...

Dr Jamal, i feel that schooling life in urban area is different from suburb. I stayed in urban area. My daughter was suffering depression when she was in the top class last year. Reason being all her classmates are super smart, they have full tuisyen schedule and smaller social scope. All the teachers are demanding good grade from the class. If they failed to answer the question in the class, they will be humiliated by doing all sorts of act, eg. frog jumping along the corridor, etc.
I feel that in order for the teacher to continue to show good performance & carry on to teach the best class, they often use "fear" to achieve the results.
And now, my daughter is in 1 of the few bottom classes, but she is happier. She has a wider social life, less stress and enjoy going to school.
What does it tells???
"Fear" factor may no longer effective for Generation Y. The new generation is way smarter than our generation. They are connected via social network, exposed to abundance of informations via internet and their maturity develope far faster than the the earlier generation. With this, i wish the education ministry can seriously look into not just the quality of the materials & teaching, but also the style of teaching. The learning ability and the style of learning have changed from generation to generation. But our education teaching method has not been catching up with the needs.

Michelle 808563

hariyani said...

Prof,

The way I developed my sons more on reality. Honestly all my sons don't like to go for tuition. The feedback always, the teacher failed to communicate with them. Class not interesting..too academics..not giving reality example.Maybe they think like me. I'm too not an excel student during those day but I'm very active and supportive to the school activities.Alhamdulillah with this I learnt a lot. I also remind my sons to do what they like.choose what can give them the best result.Normally I don't give them full support because I want them to learn to be more independent and polish their talent.I have 3 sons with different interest.First son interested in politics and sales,second more on computer gadjet and the youngest like to cook.if our school can tailor the activities according to the student interest it will be better as it developed confidence.the problems maybe lack of talented teacher in this area.well sometimes difficult to address when our education minister is not sending their childrens locally.majority studied in overseas.as such to me they are not efficient in designing the curriculum to suit this 2020 generation.
Hariyani 807774

Assoc. Prof. Dr. Jamal Ali said...

Normally students should know how to think and be more creative instead of too much depending on tuition classes and their teachers and parent. I'm quite impress with the way you developed your sons Puan Hariyani.

hariyani said...

Dear Prof Jamal,

I like the word "creative". To me to survive now days you have to think outside the box. Thanks for acknowledge the way I developed my sons. I also like those day styles, where parents normally want their childrens to be more independent and give more respects and power to the teacher and encourage for good social relationship.Normally students with this type of exposures have success life in career and family.Although being busy with works, business and studies I'm very much intact with my children. Spending 20 minutes at dining table is really worthy as it trained for fast decision.
Prof if you can write on the impact of earthquake to economics which recently heat NZ and Japan I love to read on this.
Hariyani
807774

Anonymous said...

Prof,

sekolah sememangnya menerapkan minat sukan dikalangan pelajar.kadangkala yang saya lihat ialah pelajar itu sendiri yang sengaja tidak melibatkan diri. cth tidak membawa baju sukan. Mereka lebih rela bermain video game atau berchatting di facebook. Budaya bersosial secara sihat sememangnya semakin kurang dikalangan pelajar kita. Apatah lagi dengan tahap kesihatan yang semakin membimbangkan!

Nurul-806630
Rezzen

Irnee Safia said...

Dear Prof,
I think sports are very important aspect in life especially for children and adolescent. With abundance of fast food outlets mushrooming in the country, our young generation were seriously threatened by obesity and diseases that it caused. As parents, we are not showing a good example anyway. Many of us especially those working in big cities are always rushing. After working for long hours, we then wasted time in traffic jam. This made us unable to provide home cooked meal resorting to fast food or takeaway food from restaurants or mamak stalls which was prepared with additive, artificial colouring and flavouring. We don’t have time to exercise either let alone spending time performing sports activity with our children. No wonder heart attack is the top killer in Malaysia. Weekends were spent with taking out children to our amazing arrays of mega shopping complex, watching movies and have more fast food.
Parents should spend time to support their children in sports. This at least point them in the right direction to live healthily. However, I would like to see more effort by government and housing developers to provide sports or recreation venues. We don’t see many housing areas with football field anymore these days but we are pointing fingers when our national football team performed disgracefully. I noticed that there are sports complexes developed by government, futsal complexes and gymnasium run by privateers but using these venues costs money. Many people can barely live with their income, how would they afford to spend on something that they don’t even have time to do?

Irnee Safia
Rezzen KL 808553

nor irewan shah said...

Assalamualaikum,

"Sepatutnya ibu-bapa lebih terlibat sama dalam aktiviti sebegini kerana selain dari menaikkan semangat anak, ianya juga boleh memberi idea bagaimana sesuatu permainan itu patut dijalankan". Ya saya cukup setuju prof, dengan kehadiran ibu bapa, ia dapat membantu memberi motivasi dan semangat untuk lebih maju. Tetapi pada pandangan saya yang penting adalah anak tersebut. Sekiranya mereka mahukan sokongan dari ibu bapa, jadi wajiblah kita memenuhinya. Tetapi sekiranya dia tidak memerlukan, jadi tidak perlulah kita melihatnya. Ia bergantung kepada kemahuan mereka untuk memberi sokongan dan dorongan. Sekian,terima kasih dari Nor Irewan Shah Bin Ibrahim 808571

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t Prof Jamal,
Sukan memang patut diambil berat oleh setiap orang. Selain melahirkan insan yang cergas, tubuh badan yang sihat, otak yang cerdas dan susuk tubuh yang tegap dari segi psikologinya pula, insan yang bersukan biasanya lebih berkeyakinan, bersikap kompetetif, dan lebih berdaya saing. Kajian menunjukkan dengan aktiviti fizikal, badan akan merembeskan hormon endorphine dimana hormon ini mengawal emosi gembira dan ketenangan sesorang. hormon ini biasanya dirembes oleh mereka yang turut suka memakan coklat. Oleh sebab itu, aktiviti sukan adalah boleh dikatakan sebagai terapi yang mudah dan percuma bagi mengawal stress. Selain menyihatkan badan, emosi juga sihat.

- Putra M.D Ridzuan Rosli
MBA IKIP, Kuantan
806741

Irene Eng said...

Pada pandangan saya, saya bersetuju bahawa aktiviti sukan perlu dikembangkan di sekolah. Para pelajar yang sering bersukan akan mempunyai otak yang cerdas dan cergas. Ini dapat membantu mereka lebih cepat menyerap apa yang diajar oleh cikgu di sekolah. Pihak sekolah pada masa kini banyak mengadakan acara sukan untuk disertai oleh semua pelajar di sekolah contohnya hari sukan. Hari sukan ini melibatkan semua pelajar di sekolah untuk bersukan dan mempelajari melalui pertandingan. Pelajar yang berbakat pula akan mendapat peluang untuk mewakili sekolah untuk bertanding antara sekolah, negeri mahupun negara. Aktiviti sukan juga dapat mencegah pelajar melakukan aktiviti yang lain pada masa lapang dan digantikan dengan sukan. Selain itu, melalui perkembangan sukan memebolehkan pelajar mengenali leih ramai orang dari tempat yang berlainan dan cuba untuk memajukan diri. Pada hari sukan, sesetangah ibu bapa akan hadir ke sekolah untuk menyaksikan persembahan anak mereka dan ini dapat membatu unutk mengeratkan hubungan mereka. Oleh itu, saya berpendapat bahawa perkembangan sukan di sekolah adalah baik dan akan membawa banyak faedah kepada pelajar, ibu bapa mahupun pihak sekolah.

ENG AI LIAN 212077 BEEA3123 GROUP A