Total Pageviews

Friday, October 3, 2008

Penggunaan Penyata Kewangan - Penyata Aliran Tunai

PENYATA ALIRAN TUNAI

Penyata aliran tunai merupakan satu penyata yang menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar kesetaraan tunai. Dengan melihat penyata ini, kita mendapat maklumat mengenai factor-faktor yang menyebabkan perubahan baki tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhir sesuatu laporan kewangan. Terdapat tiga elemen penting dalam penyata aliran tunai, iaitu:
a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian – merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perusahaan dan aktiviti lain, selain dari aktiviti pelaburan dan pembiayaan.
b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang, serta pelaburan lain.
c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi modal ekuiti dan pinjaman perusahaan.

Polisi perakaunan dan nota penjelasan (explanatory notes)
Nota penyata kewangan perusahaan perlu:
a) Membentangkan maklumat mengenai asas penyediaan penyata kewangan dan dasar perakaunan tertentu yang dipilih dan digunakan untuk urus niaga dan butiran penting.
b) Mendedahkan maklumat yang dikehendaki oleh piawaian perakaunan yang tidak dibentangkan di mana-mana tempat dalam penyata kewangan.
c) Menyediakan maklumat tambahan yang tidak dibentangkan pada muka penyata kewangan, tetapi ia perlu bagi pembentangan yang saksama.

Borang Penyata Aliran Tunai
Jadual 7.7 menunjukkan contoh belanjawan aliran tunai. Semua aliran masuk tunai yang diunjurkan daripada kedua-dua punca, iaitu lading dan bukan lading dicatatkan pada 13barisan yang pertama. Oleh sebab pendapatan dan perbelanjaan bukan lading juga mempengaruhi kedudukan tunai sesuatu perniagaan berbentuk lading, butiran tersebut harus dimasukkan dalam Penyata Aliran Tunai. Setiap jenis pendapatan yang dijangkakan harus dijumlahkan untuk tahun berkenaan dan diisi pada ruangan jumlah yang terdapat pada boring tersebut, dan jumlah ini kemudiannya dibuat mengikut bulan bila pendapatan tersebut diterima.

Sekiranya jumlah aliran masuk tunai untuk bulan tersebut adalah lebih besar daripada jumlah aliran keluar tunai, jumlah ini boleh digunakan untuk membayar sebahagian atau semua hutang jangka pendek yang baru dibuat pada awal tahun. Baki tunai akhir untuk bulan tersebut dimasukkan sebagai baki tunai awal untuk bulan berikutnya. Proses ini berulang untuk bulan seterusnya.

Jadual 7.7 Penyata Aliran Tunai Syarikat Perniagaan ABC

PERKARA

Januari Februari …. Disember

1. BAKI TUNAI AWAL
2. Jualan tanaman
3. Jualan Ternakan
4. Keluaran Ternakan
5. Jualan Ladang yang lain
6. Pendapatan dari modal
7. Ternakan Baka
8. Jentera dan Peralatan
9. Pendapatan bukan lading
10. Upah dan gaji
11. Pelaburan
12. Lain-lain
13. JUMLAH ALIRAN TUNAI MASUK
14. Benih
15. Baja
16. Bahan kimia
17. Perbelanjaan tanaman yang lain
18. Gas dan minyak pelincir
19. Upah Buruh
20. Sewa alat Jentera
21. Bijirin dan Makanan Ternakan
22. Ternakan Induk
23. Perbelanjaan Ternakan
24. Pembaikan Alat Jentera
25. Pembaikan bangunan dan Pemulihan
26. Sewa tunai
27. Bekalan
28. Cukai harta
29. Insurans
30. Kemudahan pejabat
31. Kenderaan ladang
32. Pelbagai Perbelanjaan Ladang
33. Jumlah Perbelanjaan Tunai (Perbelanjaan Modal)
34. Jentera dan Peralatan
35. Ternakan baka
36. Belanja sara hidup keluara
37. Cukai pendapatan
38. Bayaran hutang - pokok
39. Bayaran hutang - bunga
40. JUMLAH ALIRAN KELUAR TUNAI
41. BAKI TUNAI AKHIR
(Rujuk laporan tahunan PNK untuk lihat maklumat sebenar)

Kegunaan Belanjawan Aliran Tunai
Kegunaan belanjawan aliran tunai adalah untuk menentukan masa dan jumlah pinjaman yang diperlukan untuk sesuatu perniagaan dalam sesuatu tahun serta pembayaran baliknya. Selain itu, kegunaan dan kebaikan belanjawan tunai adalah seperti berikut:
1. Sesuatu rancangan pinjaman dan pembayaran balik pinjaman boleh dibentuk mengikut kesesuaian sesuatu perniagaan lading. Belanjawan ini boleh menghalang pinjaman yang terlalu banyak atau terlalu cepat. Begitu juga pembayaran hutang dengan cepat dapat mengurangkan kos pembayaran bunga.
2. Belanjawan aliran tunai dapat memberikan cadangan tentang cara untuk mengatur pembelian dan pembayaran balik hutang supaya pinjaman dapat dikurangkan. Sebagai contoh, perbelanjaan modal boleh dibuat apabila aliran masuk modal dijangka besar.
3. Belanjawan aliran tunai boleh digunakan untuk urusan perniagaan atau untuk tujuan peribadi atau kedua-duanya sekali.
4. Berasaskan laporan belanjawan aliran tunai yang lengkap, bank atau institusi kewangan akan dapat memberikan nasihat kewangan yang lebih mantap dan mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sesuatu perniagaan itu.
5. Dengan membuat perancangan kehadapan, kita boleh mengetahui bila keperluan tunai akan mencukupi dan ini akan membolehkan seseorang peladang atau pengurus ladang membeli keperluan ladang secara diskaun dengan membuat pembayaran tunai yang segera.
6. Belanjawan aliran tunai juga boleh digunakan untuk merancang pembayaran cukai dengan lebih berkesan dengan menentukan pembelian, jualan dan sebagainya pada masa yang tepat.
7. Sekiranya ketidakseimbangan antara pinjaman jangka pendek, pertengahan dan jangka panjang, belanjawan aliran tunai juga boleh mengenalpasti dan seterusnya mencadangkan cara-cara untuk membaiki keadaan tersebut. Sebagai contoh, terlalu banyak pinjaman jangka pendek berbanding dengan pinjaman jangka panajang akan menimbulkan masalah aliran tunai.

Walaupun terdapat beberapa kelebihan penyata belanjawan aliran tunai, maklumat dari belanjawan aliran tunai tidak boleh digunakan untuk keadaan tertentu. Kesilapan sering berlaku dengan membuat anggaran keuntungan perniagaan atau pendapatan bersih berdasarkan anggaran aliran tunai. Anggaran keuntungan tidak boleh dibuat dengan merujuk penyata belanjawan aliran tunai kerana beberapa butiran bukan tunai seperti susut nilai dan perubahan nilai inventori yang turut boleh mempengaruhi keuntungan tidak dimasukkan penyata belanjawan aliran tunai.

19 comments:

Anonymous said...

103110

assalamualaikum dr.

secara umumnya,penyata aliran tunai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam penyata kewangan yang mana ia menerangkantentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan tunai. melalui penyata ini, aliaran kendalian, pelaburan, dan pembiayaan dapat dikenalpasti secara lebih jelas.hal ini kerana, penyata ini menjelaskan tentang faktor-faktor yang menyebabkan berlaku perubahan baki tunai yang dimiliki syarikat bermula dari tempoh permulaan sehingga ke tempoh akhir dalam sesuatu laporan yang dibuat.

Dari segi kegunaan aliran tunai, ia berfungsi menentukan masa dan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik pinjaman. Dalam masa yang sama, pengusaha perniagaan dapat mengawal jumlah pinjaman agar tidak terlalu banyak dan terlalu cepat. selain itu, ia membantu perniagaan untuk membayar hutang dengan cepat agar dapat mengurangkan kos kadar bunga pinjaman. Melalui belanjawan aliran tunai, perniagaan dapat dimajukan dengan berpeluang untuk mendapatkan bantuan khidmat nasihat daripada pegawai dari institusi kewangan dengan mudah. hal ini kerana, belanjawan aliran tunai yang lengkap dan jelas akan dapat memudahkan pegawai institusi kewangan untuk mengenalpasti kaedah terbaik untuk membantu memajukan perniagaan tersebut. walau bagaimanapun, belanjawan aliran tunai tidak dapat dijadikan rujukan bagi membuat anggaran keuntungan yang bakal diperoleh kerana ia tidak menyatakan susut nilai dan nilai inventori yang dimiliki syarikat.

Anonymous said...

salam dr... ( 106096 )

secara umumnya,penyata aliran tunai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam penyata kewangan yang mana ia menerangkantentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan tunai.
Kegunaan akiran tunai dapat menentukan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pambayaran balik pinjaman. dengan adanya aliran tunai, akan dapat membantu peniaga untuk membayar balik hutang dengan kadar yang segera sekaligus mengurangkan kos kadar bunga meminjam.
Melalui belanjawan aliran tunai, perniagaan dapat dimajukan kerana berpeluang mendapat khidmat nasihatvdaripada pihak institusi kewangan. ini kerana belanjawan aliran tunai yang lengkap akan memudahkan lagi proses urusan antara peniaga dengan pihak bank tersebut...

Anonymous said...

salam...(105829)
Penyata aliran tunai merupakan salah satu komponen yang terdapatdalam penyata kewangan. Bagi penyata aliran tunai, ia menunjukkan aliran masuk dan aliran keluar.Elemen penting yang terdapat dalam penyata aliran tunai dapat merekodkan segala aktiviti yang terlibat seperti aktiviti kendalian, aktiviti pelaburan dan aktiviti pembiayaan. Bagi belanjawan aliran tunai ia adalah penting bagi menentukan masa dan jumlah pinjaman yang diperlukan untuk sesuatu perniagaan dalam sesuatu tahun serta pembayaran baliknya.

Anonymous said...

salam dr jamal
105449
penyata aliran tunai adalah salah satu kompenan dalam penyata pendaptan bg sesebuah perniagaan...
oleh itu kita dapat mengetahui berapa banyak pelaburan yang kita laburkan untuk mendapatkan keuntungan,pergerakan aliran tuani dapat diketahui seperti membuat pelaburan,pembiayaan dan sebagainya...

Anonymous said...

dr..105503
penyata aliran tunai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam penyata kewangan yang mana ia menerangkantentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan tunai...penyata ini penting bagi setiap firma perniagaantani bagi mengetahui berapa banyak pelaburan yang dibuatbg mendapatkan keuntungan...

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr..

Seperti yang diketahui penyata aliran tunai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam penyata kewangan yang mana ia memaparkan tentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan tunai. Penyata aliran tunai berfungsi merperlihatkan masa dan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik pinjaman. Selain itu, pemilik perniagaan dapat mengawal jumlah pinjaman supaya tidak timbul masalah pada masa akan datang seperti kekurangan atau terlebih pinjam. Jadi, penyata aliran penting bagi mengetahui berapa banyak pelaburan yang dibuat dan pergerakan aliran tunai dapat diketahui seperti membuat pelaburan,pembiayaan dan sebagainya.

102534 :-)

Anonymous said...

penggunaan penyata aliran kewangan di dalam sesebuah firma atau organisasi merupakan suatu perkara yang penting jika dilihat dari sudut pengurusannya. ini kerana seperti yang dr tuliskan, penyata kewangan dapat memberi maklumat mengenai faktor-faktor yang menyebabkan perubahan baki tunai syarikat dari tempoh awal hingga tempoh akhir sesuatu laporan kewangan tersebut. ini akan memberi suatu petunjuk kepada pengurusan operasi di dalam sesuatu syarikat. dengan itu, penyata kewangan dapat memberi impak yang positif jika diplikasikan di dalam sesebuah syarikat....

103415

Anonymous said...

Salam Dr.

(106064)

Penzahiran dasar perakaunan bagi menentukan komponen tunai dan tunai setara syarikat pada kebiasaannya tidak menzahirkan dengan lengkap atau gagal menzahirkan dasar perakaunan bagi menentukan komponen tunai dan setara tunai. Amalan ini tidak
memenuhi kehendak, beberapa syarikat telah mengambil kira pinjaman seperti kredit
pusingan, pinjaman jangka pendek dan berjangka, yang biasanya dianggap sebagai aktiviti pembiayaan, sebagai komponen tunai dan setara tunai.

•Pembentangan faedah yang dibayar dan diterima.Faedah yang dibayar dan diterima tidak dibentangkan secara berasingan dan konsisten
dalam penyata aliran tunai sama ada sebagai aktiviti operasi, pelaburan atau pembiayaan. Beberapa syarikat yang didapati mempermodalkan faedah juga gagal untuk menzahirkannya sebagai faedah
yang dibayar dalam penyata aliran tunai.

•Syarikat kerap melakukan kesilapan dalam mengklasifikasikan butiran aliran tunai. Beberapa syarikat didapati tidak mengklasifikasikan urus niaga aliran tunai mereka mengikut dasar dagangan dan dasar bukan dagangan. Pengkelasan ini juga hendaklah dilakukan mengikut tujuannya iaitu sama ada sebagai aktiviti operasi,
pelaburan atau pembiayaan.

•Pengenalpastian aset dan liabiliti subsidiari yang diperoleh atau dijual syarikat juga mempunyai kecenderungan untuk tidak mengenal pasti atau menzahirkan secara lengkap aset dan liabiliti subsidiari yang dibeli/dijual.

•Pembentangan perbezaan tukaran asing yang terhasil daripada terjemahan subsidiari asing.
Kebanyakan syarikat yang mempunyai subsidiari asing tidak membentangkan perbezaan
pertukaran daripada terjemahan subsidiari asing daripada aktiviti operasi, pelaburan dan
pembiayaan secara berasingan.

•Pembentangan aktiviti pelaburan dan pembiayaan.Satu lagi ketidakpatuhan yang didapati ialah pembentangan aktiviti pelaburan dan
pembiayaan sebagai jumlah bersi yang memerlukan pembentangan aktiviti-aktiviti tersebut sebagai jumlah kasar.(106064)

Anonymous said...

Penyata aliran tunai digunakan untuk mengetahui arah aliran keluar masuk tunai bagi perniagaan tersebut. Segala macam bentuk aliran tunai di catatkan di dalm penyata aliran tunai ini. Seperti pembayaran masuk dan pembayaran keluar. Seperti tertulis di dalam blog ini, “Sekiranya jumlah aliran masuk tunai untuk bulan tersebut adalah lebih besar daripada jumlah aliran keluar tunai, jumlah ini boleh digunakan untuk membayar sebahagian atau semua hutang jangka pendek yang baru dibuat pada awal tahun. Baki tunai akhir untuk bulan tersebut dimasukkan sebagai baki tunai awal untuk bulan berikutnya. Proses ini berulang untuk bulan seterusnya”. Dengan ini tindakan pembetulan boleh di ambil andai sebarang masalah terhadap aliran tunai dapat di kenalpasti.
-101007-

Anonymous said...

salam dr,
Penyata aliran tunai ini adalah perlu bagi sesebuah perniagaan yang dijalankan dan ia dapat memberikan kita gambaran tentang kedudukan kewangan perniagaan yang kita jalankan.dengan adanya penyata aliran ini segala proses-proses keluar masuk kewangan dapat kita ketahui kerana semua aktiviti yang dilakukan akan direkod dan ini aktiviti kewangan akan dapat dikawal...103721

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WBT

kali ini saya suka untuk berkongsi maklumat mengenai kepentingan analisis penyata kewangan yang mana penyata aliran tunai (cash flow statement) adalah terangkum didalamnya


THE IMPORTANCE OF FINANCIAL STATEMENT ANALYSIS

Financial statement analysis is merely reporting dollars and cents, which may not give any meaningful interpretation. Therefore, an analysis of financial statement is significant for the interested users to make economic decisions. First, financial statement analysis indicates the trend of the business for certain period of time. For example, a company might be interested to know its performance for the past five years.

At the same time, financial statement analysis helps a company to compare its financial position and performance with other companies in the same industry. This analysis can be the benchmark for the company to evaluate its performance. As there are various users of financial statement with different types of decision making, the analysis to be carried out might differ. For example, creditors might be focusing on company’s profitability. In this case, different financial analysis tools would be used. In short, it is highly important for decision makers to perform the systematic financial statement analysis to forecast about the future performance and position of the company.

(sumber: dipetik dari buku ACCOUTING, A MALAYSIAN PERSPECTIVE 3rd EDITION)

AMIR SYAFFIQ HAMZAH
105744
SAINS PENGURUSAN PERNIAGAANTANI

Anonymous said...

salam.....105255
sabagai student economic mahupun "agribusiness" sudah tentu tahu apa itu penyata aliran tunai...
di sini suka saya kongsikan sedikit maklumat yang saya perolehi dalam (http://www.min.com.my/bm/html/rencana_jun4b.html) yang menceritakan secara ringkas apa itu penyata aliran tunai...
penyata aliran tunai menunjukkan pergerakan tunai, dari mana sumber wang itu dan untuk apa ia dibelanjakan. Terdapat tiga bahagian dalam penyata aliran tunai - aliran tunai daripada aktiviti operasi, aliran tunai daripada aktiviti pelaburan dan aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi tidak termasuk pendapatan yang dihasilkan daripada aktiviti bukan operasi lain seperti penjualan aset. Jika aktiviti operasi menunjukkan defisit tunai, ini penunjuk utama bahawa syarikat itu menghadapi masalah kewangan. Lebihan atau defisit aliran tunai daripada aktiviti operasi merupakan ukuran penting prestasi kewangan syarikat.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi dan pelaburan menunjukkan keperluan pembiayaan dan pencapaian lebihan dalam tahun tersebut. Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan menunjukkan wang dibelanjakan atas aset dan perkara lain yang diperlukan oleh syarikat dalam menjalankan operasinya. Wang diperoleh daripada pelupusan aset turut ditunjukkan di sini. Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan menunjukkan cara penjanaan dana yang diperlukan oleh syarikat.

Anonymous said...

salam dr...
106088

Tujuan penyata aliran tunai adalah untuk mengenal pasti aktiviti utama dalam satu tempoh perakaunan yang menyumbang kepada aliran keluar dan masuk tunai. Di samping itu, kedudukan tunai penting untuk mengetahui keadaan semasa syarikat. Kebijaksanaan dalam menguruskan aliran tunai akan dapat melancarkan segala aktiviti perniagaan serta perancangan masa depan sesebuah perniagaan itu. Kedudukan tunai yang menyebabkan syarikat dapat diteruskan dan tunai adalah ukuran yang paling baik untuk menentukan kedudukan kewangan syarikat. Tunai bukan merupakan entiti berbentuk keuntungan kerana tunai masuk dari pinjaman atau pelaburan. Tunai tidak ditunjukkan dalam penyata pendapatan dan perbelanjaan. Jualan akan direkodkan apabila syarikat menjual barangan dan perkhidmatan. Untung akan direkodkan setelah ditolak kos dan perbelanjaan dari hasil. Tunai tidak bertukar tangan kerana pelanggan diberi masa 30 hari atau lebih untuk untuk membayar jumlah hutang tersebut. Untung akan bermula dari hasil yang diperolehi dan ini melibatkan jumlah pembayaran yang dijanji oleh pelanggan untuk dibayar. Aliran tunai masuk melibatkan urusniaga tunai yang kita perolehi.

Anonymous said...

salam...
1o4o81

penyata aliran digunakan untuk menunjukkan tentang aliran keluar masuk pendapatan akibat daripada sesuatu aktiviti urusniaga..contohnya imbangan pembayaran negara yang menrekodkan aliran keluar masuk pendapatan negara akibat aktiviti ekonomi terbuka..
Dalam penyata aliran tunai, terdapat elemen penting iaitu;
a) Aliran tunai daripada aktiviti kendalian – merupakan aktiviti utama pengeluaran hasil perusahaan dan aktiviti lain, selain dari aktiviti pelaburan dan pembiayaan.
b) Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada pemerolehan dan pelupusan aset jangka panjang, serta pelaburan lain.
c) Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan – Aliran masuk dan keluar tunai daripada aktiviti yang menyebabkan perubahan saiz dan komposisi modal ekuiti dan pinjaman perusahaan.

Anonymous said...

salam...
103118

Seperti yang kita ketahui penyata aliran tunai merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam penyata kewangan yang menunjukkan tentang pergerakan aliran masuk dan aliran keluar keserataan tunai. Penyata aliran tunai berfungsi merperlihatkan masa dan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik pinjaman. Selain itu, pemilik perniagaan juga dapat mengawal jumlah pinjaman supaya tidak timbul masalah pada masa akan datang seperti kekurangan atau terlebih pinjam. Jadi, penyata aliran penting bagi mengetahui berapa banyak pelaburan yang dibuat dan pergerakan aliran tunai dapat diketahui seperti membuat pelaburan,pembiayaan.

Anonymous said...

102110

assalamualaikum dr,

seperti yang sedia maklum.. penyata kewangan adalah penting pada masa kini..dengan penggunaan penyata kewangan ini, data2 yang diperoleh adalah lebih bersistem dan memudahkan juga bagi melihat aliran keluar masuk kewangan. pada zaman ini, semua syarikat haruslah mempunyai penyata kewangan syarikat mereka masing2.. hal ini kerana, penyat kewangan ini bukan sahaja diperlukan oleh pelabur, malah ia juga diperlukan oleh kerajaan bagi meganalisis keuntungan syarikat bagi cukai yang akan dikenakan..

hal ini menunjukkan betapa peri pentingnya penyata kewangan tersebut.Penyata aliran tunai sebenarnya berfungsi melihat masa dan jumlah pinjaman yang diperlukan dan pembayaran balik pinjaman. pemilik perniagaan dapat mengawal jumlah pinjaman supaya tidak timbul masalah pada masa akan datang seperti kekurangan atau terlebih pinjam. Jadi, penyata aliran penting bagi mengetahui berapa banyak pelaburan yang dibuat.

Anonymous said...

104290


salam....dr,saya setuju dengan artikel dr tentang kepentingan penyata aliran tunai.Seperti yang kita tahu,Tujuan penyata aliran tunai adalah untuk mengenal pasti aktiviti utama dalam satu tempoh perakaunan yang menyumbang kepada aliran keluar dan masuk tunai. Di samping itu, kedudukan tunai penting untuk mengetahui keadaan semasa syarikat. Kebijaksanaan dalam menguruskan aliran tunai akan dapat melancarkan segala aktiviti perniagaan serta perancangan masa depan sesebuah perniagaan itu. Kedudukan tunai yang menyebabkan syarikat dapat diteruskan dan tunai adalah ukuran yang paling baik untuk menentukan kedudukan kewangan syarikat.sekian.
104290

Anonymous said...

Assalamualaikum...

Saya ingin memberi buah fikiran mengenai panyata aliran tunai. Penyata aliran tunai penting dalam kehidupan seharian tidak kira setinggi mana tahap perniagaan kita. Sebagai pelajar juga, kita boleh menggunakan penyata aliran tunai dalam merancang perbelanjaan kita sehari-hari. Terdapat pelbagai tujuan utama penyata aliran tunai. Dengan penyata aliran tunai, kita boleh menjangkakan aliran tunai masa hadapan selain menilai keputusan-keputusan pihak pengurusan terhadap operasi firma. Penyata aliran tunai juga dapat menentukan kemampuan syarikat untuk membayar dividen kepada pemegang saham dan kemampuan membayar faedah serta pokok kepada pembiaya firma. Penyata aliran tunai juga dapat menunjukkan hubungan antara untung bersih dengan perubahan tunai dalam perniagaan.

100998

Anonymous said...

Salam Dr..

Saya amat bersetuju dengan artikel Dr. mengenai kepentingan penyata aliran tunai tersebut, seperti yang diketahui umum, kedudukan tunai merupakan aspek utama yang menjadi tiang kepada kekukuhan sesebuah syarikat. Tujuan penggunaan penyata aliran tunai adalah berperanan untuk mengenal pasti aktiviti utama dalam sesuatu tempoh perakaunan yang menjadi penyumbang kepada aliran keluar masuk tunai.

Selain itu, kedudukan tunai adalah penting untuk mengetahui situasi semasa syarikat. Kebijaksanaan dalam menguruskan aliran tunai akan dapat melancarkan segala aktiviti perniagaan serta perancangan masa depan sesebuah perniagaan itu.

Kedudukan tunai merupakan prospek penting bagi syarikat supaya dapat diteruskan. Kedudukan tunai adalah aspek utama dalam menentukan kestabilan kewangan dalam sesebuah syarikat tersebut.


101371..