Total Pageviews

Saturday, October 11, 2008

PENCEMARAN MARIN 2 –KESAN KEPADA ALAM SEKITAR

Pencemaran Marin berlaku apabila berlaku tumpahan cecair ”petroleum hydrocarbon” alam laut atau persisiran pantai akibat dari aktiviti manusia. Minyak boleh dibahagikan kepada beberapa kategori termasuklah minyak mentah, produk petroleum yang telah diproses (seperti petrol dan diesel), minyak engine atau buangan minyak yang telah digunakan. Minyak apabila tumpah ke laut mengambil masa berbulan-bulan untuk dibersihkan. Sebenarnya kebanyakan pencemaran minyak berlaku akibat dari aktiviti di daratan, tetapi tumpuan umum dan peraturan masa kini lebih tertumpu kepada kapal tangki di laut.

Kesan kepada alam sekitar dari tumpahan minyak adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis dan jumlah tumpahan. Kebiasaannya produk petroleum yang telah diproses seperti petrol dan diesel lebih mudah bercapur dengan lapisan permukaan air dan lebih toksid kepada hidupan marin, tetapi lebih mudah terpelewap dan tidak kekal lama dalam persekitaran berlakunya tumpahan. Sebaliknya minyak mentah, walau pun tidak begitu toksid bebanding minyak yang telah diproses, akan tinggal lebih lama di permukaan air dan boleh terdampar di pesisiran pantai lebih lama. Sebagai contoh, tumpahan minyak dari kes Exxon Valdez dan Peperangan Teluk (Peperangan di Iraq), masih kekal di pesisiran pantai walau pun setelah beberapa tahun berlakunya tumpahan tersebut. Sebaliknya tumpahan petrol di Shetland Island pada tahun 1993 dan tumpahan di Milford Haven pada tahun 1996 tidak lagi meningggalkan kesan kepada alam sekitar, walau pun kedua-dua tumpahan tersebut lebih dua kali ganda besarnya dari tumpahan minyak mentah Exxon Valdez.

Dengan keadaan ramai penduduk yang tinggal dan bergantung hidup kepada kawasan persisiran pantai, seperti aktiviti penangkapan ikan dan pelancungan, kesan tumpahan minyak kepada penduduk persisiran pantai boleh menjadi serius. Keadaan tersebut telah menyebabkan berlaku desakan supaya syarikat minyak, pemilik kapal, dan pembuat kapal sama-sama bertanggungjawab untuk mengelakkan kejadian tersebut dari berlaku. Disebabkan minyak lebih rigan dari air dan tidak mudah lupus, ia boleh berada di permukaan air dalam tempoh yang lama. Disebabkan minyak juga boleh terbakar, tumpahan minyak boleh boleh mengakibatkan kebakaran di laut.

a) Burung laut
Apabila terkena minyak, burung tidak akan dapat terbang untuk mencari makanan dan melarikan dir dari pemangsa. Jika termakan minyak pula, akan merosakkan buah pinggang, mengganggu fungsi paru-paru, ketaksbilan metabolisma dan seterusnya boleh menyebabkan kematian. Kebanyakan burung yang terkena tumpahan minyak akan mati jika tidak dibantu dengan membuat pembersihan dan pemindahan ke tempat lain. Insiden tumpahan minyak Amaco Cadiz misalnya telah menyebabkan kematian hampir 20,000 ekor burung dan 9,000 tan tiram. Nelayan yang menangkap ikan di kawasan tersebut pula menghadapi masalah penyakit kulit.

Beberapa kajian yang telah dibuat mendapati burung yang terjejas adalah disebabkan oleh kesan pencemaran secara langsung seperti memasuki kawasan marin yang tercemar, dan bukannya disebabkan oleh rantaian makanan. Walaupun telah dibersihkan, kajian oleh British Trust for Orthinology terhadap kesan tumpahan kapal tangki minyak Sea Empress mendapati kebiasaaanya burung yang telah termakan minyak hanya boleh bertahan selama tujuh hari sebelum mati. Ada di antara burung yang suka berhijrah tidak akan datang langsung ke kawasan yang telah tercemar.

b)Habitat di dalam air
Pencemaran akibat tumpahan minyak juga boleh membunuh ikan, mikroorganisma, tumbuhan laut dan hidupan air yang lain. Minyak yang terdampar ke dasar laut pula akan merosakkan terumbu karang dan segala hidupan yang bergantung kepada terumbu karang untuk hidup dan mendapatkan makanan. Maksudnya rangkaian sistem pemakanan boleh terjejas akibat tumpahan minyak. Tumpahan minyak yang terkena kawasan batu-batuan di laut pula boleh merosakkan lumut yang hidup di atas batu dan merosakkan lagi sistem ekologi.

c)Kesan kepada marin
Kebiasaannya pihak berkuasa akan melarang sebarang tangkapan ikan di kawasan tercemar setelah berlakunya pencemaran. Selain dari ikan, hidupan marin yang lain seperti udang, sotong, kerang dan ketam akan turut terjejas.

d)Kesan kepada hidupan di darat dan sayur-sayuran
Kajian yang dibuat terhadap hidupan di darat termasuk ditebing-tebing bukit berhampiran laut mendapati hidupan tersebut tidak terjejas dengan pencemaran. Beberapa kajian terhadap rumput dan ternakan kambing juga mendapati tahap hidrokarbon dalam kedua-dua hidupan tersebut adalah normal. Saintis mendapati 40% dari tumpahan minyak – termasuk yang toksid kepada hidupan laut akan terpelewap (evaporated) dengan segera selepas berlakunya tumpahan. Kajian juga mendapati hanya jika kadar kandungan udara mengandungi minyak terpelewap tidak melebihi 9 ”parts per million” (ppm). Sekiranya kandungan udara mengandungi pemelewapan minyak melebih 50ppm barulah penduduk dinasihatkan supaya duduk daloam rumah dan tidak melakukan aktiviti di luar rumah. Kerja-kerja pembersihan seperti penyemburan ”chemical dispersants” yang memecahkan molikul-molikul minyak dan memudahkannya sebati dengan air dan penyedutan semula minyak oleh ”recovery vessels” membantu mengurangkan kesan pencemaran yang berpanjangan.

e)Kesan kepada nilai pemandangan atau keindahan alam sekitar
Pencemaran minyak memberi kesan kepada nilai keindahan alam dengan beberapa cara. Minyak boleh kelihatan di pantai dan laut dan mengujudkan bau yang tidak selesa kepada penduduk yang tinggal di kawasan sekitar. Kawasan terumbu karang seperti di Pulau Payar boleh terjejas teruk dengan pencemaran minyak. Apabila ini berlaku hidupan ikan yang mencari makanan di kawasan batu karang tersebut jug akan terjejas. Kajian-kajian penialaian nilai Alam Sekitar seperti Contingent Valuation Model (CVM) dan Travel Cost Method (TCM) boleh dilakukan untuk melihat kesan pencemaran sebelum dan selepas berlakunya pencemaran. Kesan nilai keindahan alam ini pula berkait dengan kesan ekonomi iaitu industri pelancungan.

Artikel seterusnya akan membincangkan Kesan Pencemaran marin kepada Ekonomi

14 comments:

Anonymous said...

dari 104774..

Sy ingin menambah artikel Dr dalam bab ini iaitu pencemaran marin in juga memberi kesan kepada diri manusia sendiri. Dimana apabila manusia sendiri yang makan hidupan laut yang telah dicemari secara tidak langsung akan memberi kesan kepada kesihatan manusia sendiri.

malahan kesihatan manusia juga terjejas jika air yang tercemar tersebut digunakan untuk mandi dan minum...

Anonymous said...

102110

assalamualaikum...dr,

seperti yang kita ketahui, pencemaran terhadap alam sekitar telah lama berlarutan sehinggakan ia mengundang bencana kepada diri manusia sendiri..banyak akta-akta telah di buat bagi menangani masalah atau isu pencemaran aklam sekitar.. contohnya akta alam sekitar yang telah diguna pakai hingga hari ini..
penggubalan akta tersebut jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang penting harus dilakukan bagi mengelakkan masalah pencemaran tersebut berpanjangan...
secara jujurnya saya katakan bahawa pencemaran yang terjadi sememangnya akan mengundang padah pada alam semualajadi dan ia juga akan memberi kesan kepada manusia juga khasnya...
tumpahan minyak yang banyak dilautan menyebabkan hidupan marin terganggu..seperti juga hidupan didaratan..kehidupan sesuatu spisis akan tergugat dan mungkin akan pupus kesan dari aktiviti yang dibuat oleh manusia...
aktiviti-aktiviti manusia perlu di kawal agar mereka tidak membuat sebarang pencemaran yang padaa akhirnya akan mengundang padah pada diri mereka sendiri dan orang lain...
hidupan marin haruslah dijaga agar keindaha dan kecantikan yang dimiliki dan warisan yang ada dapat dilihat pada generasi akan datang.

Anonymous said...

105239
Assalamualaikum Dr..

Jika dilihat pada masa kini,pencemaran alam bukan sahaja memberi bukan sahaja memberikan impak kepada alam sahaja bahkan memberikan impak kepada skop yg lebih luas,
Sememangnya pencemaran alam akan memberikan impak yang besar kepada ekosistem alam dengan tumpahan minyak akan mengakibatkan habitat marin akan mati dan seterusnya akan melupuskan hidupan laut terutamanya ikan yang menjadi sumber makanan kepada manusia.
Kekurangan sumber ikan ini bukan sahaja akan menjejaskan sumber makanan negara bahkan juga kegiatan ekonomi dalam negara terutamanya industi makanan..
kerajaan terpaksa mengimpot makanan dari luar negara terutamanya dari negara jiran.Hal ini menyebabkan negara terpaksa mengeluarkan belanja yg besar utk menampung kos ini yang sudah tentu agak mahal jika ianya di jual dalam negara.Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan akan mengakibatkan msyarakkat menanggung kos yang tinggi untuk mendapatkan sumber makanan ini..
Dari pada aspek lain, bekalan wang keluar yang banyak akibat daripada aktivitiini menyebabkan negara terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk menampung aktiviti ini maka nilai mata wang malaysia akan dinilai lebih rendah brbanding mata wang asing..

Anonymous said...

104800
Pencemaran marin akan memberi kesan kepada alam sekitar. Kita sebagai rakyat Malaysia memang mempunyai tanggungjawab untuk menjaga alam sekitar sebaliknya bukan melakukan sesuatu yang akan membawa keburukan kepada alam sekitar. Pencemarab marin akan menyebabkan kehidupan species laut terjejas dan ada hidupan lain yang menghadapi kepupusan. Kesemua ini adalah tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Tambahan pula kepupusan hidupan laut akan menjejaskan sumber makanan Negara. Selain itu, tumpahan minyak yang berada di dasar laut akan menyebabkan keindahan alam sekitar terjejas dan bau yang busuk. Maka pengubalan akta dahn penguatkuasaan akta perlu dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa untuk mengelakkan pencemaran marin. Selain itu, Kempen seperti “ Cintailah Sungai Kita” perlu dijalankan supaya dapat sentiasa member kesedaran kepada penduduk menhargai kehidupan dan alam sekitar.

Anonymous said...

104191
Saya ingin membuat sedikit tambahan iaitu langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah pecemaran alam sekitar.
Saya berasa bimbang dengan alam sekitar yang semakin dicemari ini. Peningkatan pencemaran ini adalah berpunca daripada kelalaian manusia sendiri. Untuk generasi kita yang akan datang, kita haruslah bertanggungjawab untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.
Usaha-usaha yang boleh diambil seperti:
Mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan alam sekitar di kalangan masyarakat- melalui seruan kerajaan, slogan-slogan yang memberangsangkan seperti ‘ Negara Bersih Rakyat Sihat’.
Kepesatan pertumbuhan industri perlu dihadkan- ini kerana pencemaran marin banyak berpunca dari kilang-kilang yang mengeluarkan bahan buangan yang mencemarkan alam sekitar.
Kempen-kempen kebersihan perlu diadakan di merata-rata tempat di seluruh negara- rakyat diberi penerangan tentang penyakit berbahaya yang berpunca daripada keadaan yang tercemar dan kotor.
Undang-undang yang ketat harus digubal- Hukuman yang berat dan tegas seperti hukuman penjara dan denda dapat mendisiplinkan individu agar sentiasa menjaga alam sekitar.
Sebagai kesimpulan, kesedaran dan kerjasama daripada semua pihak amat diperlukan demi memelihara alam sekitar.

Anonymous said...

good everning DR jamal..
106143
pencemaran marin bukan saja membawa kesan kepad manusia juga haiwan-haiwan...
Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki.Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan .

Anonymous said...

salam...

ALGAE BLOOM...

talking about marine pollution, i wanna share about algal bloom.
An algal bloom is a rapid increase in the population of algae in an aquatic system. Algal blooms may occur in freshwater as well as marine environments. Typically, only one or a small number of phytoplankton species are involved, and some blooms may be recognized by discoloration of the water resulting from the high density of pigmented cells. Although there is no officially recognized threshold level, algae can be considered to be blooming at concentrations of hundreds to thousands of cells per milliliter, depending on the severity. Algal bloom concentrations may reach millions of cells per milliliter. Algal blooms are often green, but they can also be yellow-brown or red, depending on the species of algae.

Bright green blooms are a result of blue-green algae, which are actually bacteria (cyanobacteria). Blooms may also consist of macroalgal, not phytoplankton, species. These blooms are recognizable by large blades of algae that may wash up onto the shoreline. "Black water" is a dark discoloration of sea water, first described in the Florida Bay in January 2002.

Algal blooms are the result of an excess of nutrients, particularly phosphorus. Excess carbon and nitrogen have also been suspected as causes, but research has shown that this is not the case. [5] When phosphates are introduced into water systems, higher concentrations cause increased growth of algae and plants. Algae tend to out-compete plants under these conditions, and many plant species may begin to die. This dead organic matter becomes food for bacteria that decomposes it. With more food available, the bacteria increase in number and use up the dissolved oxygen in the water. When the dissolved oxygen content decreases, many fish and aquatic insects cannot survive. This results in a dead area.

Blooms may be observed in freshwater aquariums when fish are overfed and excess nutrients are not absorbed by plants. These are not generally harmful for fish, and the situation can be corrected by changing the water in the tank and then reducing the amount of food given.

HEALTH IMPACT

Algal blooms may also be of concern as some species of algae produce neurotoxins. At the high cell concentrations reached during some blooms, these toxins may have severe biological impacts on wildlife. Algal blooms composed of phytoplankters known to naturally produce biotoxins are called Harmful Algal Blooms, or HABs.


p/s: 101583

Anonymous said...

104290
salam...dr,saya bersetuju dengan artikel dr,seperti di malaysia juga,Kerajaan telah mengemukakan beberapa undang-undang bagi mengawal ancaman pencemaran . Satu daripadanya ialah penggubalan Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974. Akta ini memberi asas undang-undang untuk menyelaras kesemua aktiviti berkaitan dengan kualiti alam sekitar di Malaysia. Seksyen 27 dalam Akta ini adalah mengenai pencemaran minyak dan bahan yang bercampur menyak ke dalam perairan Malaysia.

kerajaan Malaysia telah menyaman lebih daripada 10 buah kapal tangki minyak yang telah mencemar Selat Melaka!.Selain dari itu, laporan kesan terhadap alam sekitar akibat daripada aktiviti yang dirancang mesti dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar. Ini adalah mengikut Seksyen 34(A) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) dan Undang-Undang Malaysia Akta A636(Pindaan) 1985 yang masing-masing berkuat kuasa pada 9 Januari 1986. Pendekatan ini bertujuan untuk memastikan setiap projek pembangunan mengambil kira akibat daripada pembangunan tersebut dan mengambil langkah-langkah kawalan yang sewajarnya.

Peraturan untuk Kumbahan dan Eluen-Efluen Perindustrian 1970 telah digubal untuk melarang pembuangan/pelepasan sisa(efluen) tertentu seperti cecair /pelarut berbahaya, tar,buangan binatang, jirim-jirim pepejal, sampah,hampas,atauhabuk gergaji. Kes terkini adalah pembuangan yang dijumpai di Kelang, Selangor.Tindakan dapat diambil oleh pihak kerajaan dengan adanya laporan berbentuk foto oleh orang awam yang menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

Perundangan antarabangsa untuk mengawal pencemaran marin juga digubal antara lain seperti Law of the Sea ,MARPOL dan LondonDumping Convention. Ini adalah untuk menentukan kualiti persekitaran laut terkawal.Aktiviti kawalan pencemaran melibatkan sektor swasta, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,Jabatan Alam Sekitar bertanggungjawab sebagai penyelaras bagi aktiviti kawalan berkenaan. Anda semua juga terlibat dan memainkan peranan penting dalam memastikan keadaan lautan dan persisiran pantai dijaga dan dilindungi dengan sempurna.

Undang-Undang Pencegahan Penyalahgunaan Air yang diperkenalkan sebelum merdeka (1957), antaranya:
# · Water Enactment Chapter 146 tahun 1920
# · Natural Resourses Ordinance 1949
# · Merchant Shipping Ordinance 1952 dan lain-lain.

sekian,104290.

Anonymous said...

Salam Dr..

Mengenai artikel Dr. mengenai pencemaran terhadap marin, saya memang sudah lama mendengar tentang perkara ini yang sudah berlarutan dari generasi ke generasi. Punca berlakunya permasalahan ini adalah daripada individu-individu mahupun sekumpulan manusia yang tidak mempunyai kesedaran sivik dan tidak mengetahui kesan-kesan yang akan berlaku terhadap generasi akan datang.

Berpunca daripada kumpulan manusia yang tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan kepupusan kepada hidupan marin, di samping menjejaskan pendapatan bagi nelayan yang mencari rezeki bersumberkan lautan.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab mahupun masyarakat umum harus memeainkan peranan dan mengambil tindakan dalam menangani masalah yang kian bernanah kini. Penmcemaran ini harus dicegah dari semasa ke semasa.

Wsslm.. 101371..

Unknown said...

813569
Salam prof..
Saya ingin berkongsi kejadian tumpahan minyak di Teluk Mexico yang mana merupakan kejadian tupahan minyak yang terbesar di AS. Kawasan yang terjejas adalah seluas 6500 km persegi. Bayangkan kawasan yg seluas itu yg didiami oleh ekosistem laut. Kesan segera yang dikenalpasti ialah pencemaran toksik, sisa minyak menjadi racun kepada hidupan marin yang sensitif kepada persekitaran dan substrat organik pantai, menggangu rantaian makanan dimana ikan dan hidupan laut amat bergantung kepadanya. Hidupan liar selain dari ikan seperti mamalia, reptilia, amfibia dan burung yang hidup berhampiran dengan laut akan juga mengalami keracunan disebabkan oleh tumpahan minyak melalui pendedahan atau sentuhan. Ini boleh memberi kesan seperti kerosakan sistem pembiakan mereka. Ini akan menyebabkan populasi hidupan laut akan berkurangan dan selanjutnya akan mengalami kepupusan. Minyak yang membentuk lapisan dipermukaan air laut akan menghalang, cahaya dan gas oksigen untuk memasuki laut. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan plankton sebagai sumber makanan utama hidupan laut. Sesetengah hidupan laut tidak mampu hidup dalam keadaan oksigen yang rendah. Keadaan ini menyebabkan ikan tidak mampu hidup dengan baik.

Unknown said...

813569
Salam prof..
Saya ingin berkongsi kejadian tumpahan minyak di Teluk Mexico yang mana merupakan kejadian tupahan minyak yang terbesar di AS. Kawasan yang terjejas adalah seluas 6500 km persegi. Bayangkan kawasan yg seluas itu yg didiami oleh ekosistem laut. Kesan segera yang dikenalpasti ialah pencemaran toksik, sisa minyak menjadi racun kepada hidupan marin yang sensitif kepada persekitaran dan substrat organik pantai, menggangu rantaian makanan dimana ikan dan hidupan laut amat bergantung kepadanya. Hidupan liar selain dari ikan seperti mamalia, reptilia, amfibia dan burung yang hidup berhampiran dengan laut akan juga mengalami keracunan disebabkan oleh tumpahan minyak melalui pendedahan atau sentuhan. Ini boleh memberi kesan seperti kerosakan sistem pembiakan mereka. Ini akan menyebabkan populasi hidupan laut akan berkurangan dan selanjutnya akan mengalami kepupusan. Minyak yang membentuk lapisan dipermukaan air laut akan menghalang, cahaya dan gas oksigen untuk memasuki laut. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan plankton sebagai sumber makanan utama hidupan laut. Sesetengah hidupan laut tidak mampu hidup dalam keadaan oksigen yang rendah. Keadaan ini menyebabkan ikan tidak mampu hidup dengan baik.

Unknown said...

813569
Salam prof..
Saya ingin berkongsi kejadian tumpahan minyak di Teluk Mexico yang mana merupakan kejadian tupahan minyak yang terbesar di AS. Kawasan yang terjejas adalah seluas 6500 km persegi. Bayangkan kawasan yg seluas itu yg didiami oleh ekosistem laut. Kesan segera yang dikenalpasti ialah pencemaran toksik, sisa minyak menjadi racun kepada hidupan marin yang sensitif kepada persekitaran dan substrat organik pantai, menggangu rantaian makanan dimana ikan dan hidupan laut amat bergantung kepadanya. Hidupan liar selain dari ikan seperti mamalia, reptilia, amfibia dan burung yang hidup berhampiran dengan laut akan juga mengalami keracunan disebabkan oleh tumpahan minyak melalui pendedahan atau sentuhan. Ini boleh memberi kesan seperti kerosakan sistem pembiakan mereka. Ini akan menyebabkan populasi hidupan laut akan berkurangan dan selanjutnya akan mengalami kepupusan. Minyak yang membentuk lapisan dipermukaan air laut akan menghalang, cahaya dan gas oksigen untuk memasuki laut. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan plankton sebagai sumber makanan utama hidupan laut. Sesetengah hidupan laut tidak mampu hidup dalam keadaan oksigen yang rendah. Keadaan ini menyebabkan ikan tidak mampu hidup dengan baik.

Unknown said...

813569
Salam prof..
Saya ingin berkongsi kejadian tumpahan minyak di Teluk Mexico yang mana merupakan kejadian tupahan minyak yang terbesar di AS. Kawasan yang terjejas adalah seluas 6500 km persegi. Bayangkan kawasan yg seluas itu yg didiami oleh ekosistem laut. Kesan segera yang dikenalpasti ialah pencemaran toksik, sisa minyak menjadi racun kepada hidupan marin yang sensitif kepada persekitaran dan substrat organik pantai, menggangu rantaian makanan dimana ikan dan hidupan laut amat bergantung kepadanya. Hidupan liar selain dari ikan seperti mamalia, reptilia, amfibia dan burung yang hidup berhampiran dengan laut akan juga mengalami keracunan disebabkan oleh tumpahan minyak melalui pendedahan atau sentuhan. Ini boleh memberi kesan seperti kerosakan sistem pembiakan mereka. Ini akan menyebabkan populasi hidupan laut akan berkurangan dan selanjutnya akan mengalami kepupusan. Minyak yang membentuk lapisan dipermukaan air laut akan menghalang, cahaya dan gas oksigen untuk memasuki laut. Ini sudah tentu menjejaskan penghasilan plankton sebagai sumber makanan utama hidupan laut. Sesetengah hidupan laut tidak mampu hidup dalam keadaan oksigen yang rendah. Keadaan ini menyebabkan ikan tidak mampu hidup dengan baik.

Anonymous said...

813361
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,
Laut merupakan salah satu elemen yang berperanan penting dalam memampan haba, gas rumah hijau karbon dioksida dan bahan cemar bagi mengimbangkan iklim bumi seterusnya melindungi manusia daripada perubahan mendadak kenaikan suhu bumi akibat proses pemodenan. Di Malaysia, pencemaran sisa industri yang mengalir ke laut terutama di negeri-negeri perindustrian seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor harus diberi perhatian. Ini kerana pencemaran itu boleh menjejaskan hidupan marin dan seterusnya sumber makanan dan ekonomi nelayan tradisional. Dalam pada itu, semua pihak harus menjalankan tanggungjawab bagi memastikan pencemaran marin tidak berlaku. Bagi pihak kerajaan Malaysia, langkah yang diambil adalah mewujudkan Taman Laut Malaysia sebagai kawasan perlindungan laut sejak 1994 melalui Akta Perikanan 1985. Ianya dilihat sebagai permulaan yang baik bagi usaha pemuliharaan laut. Setakat ini sebanyak 42 pulau-pulau paling kaya dengan biodiversiti laut telah diwartakan sebagai Taman Laut dan beberapa lagi dalam kajian. Pulau-pulau yang telah diwartakan sebagai taman laut adalah Pulau Kapas di Terengganu,Pulau Rusukan Kecil di Labuan, Pulau Lembu di Kedah, Pulau Aur di Johor dan lain-lain lagi. Oleh sebab itu, kepentingan Taman Laut ini ditubuhkan adalah untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Manakala contoh di negara Brazil adalah dengan mengisytiharkan 8 Jun adalah Hari Lautan Sedunia. Pengisytiharan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya laut kepada kehidupan manusia.

Terima Kasih...:-)