Total Pageviews

Thursday, December 31, 2009

Pemasaran Produk Institusi Pengajian Tinggi

Pengenalan
Pentadbiran UUM boleh menggunakan konsep Audit Pemasaran perkhidmatan yang ditawarkan untuk bersaing dengan sektor pendidikan tinggi yang kompetitif pada masa kini. Di antara konsep pemasaran yang dimaksudkan ialah sasaran pasaran, konsep “positioning” untuk membolehkan produk diingati, perhubungan jaringan dengan stakeholder dan pembinaan “value delivery system”.

Pendekatan yang boleh digunakan ialah melihat apakah perancangan yang telah dibuat dan berjalan untuk mencapai keempat-empat Pelan Strategik UUM dari segi Akademik, Pembangunan Pelajar, Pengantarabangsaan dan Menjana Kekayaan. Kejayaan untuk mencapai strategi yang dirancang adalah bergantung kepada sumber, keadaan pasaran pendidikan tinggi yang ada, dan kekuatan dan kelemahan yang perlu di pertimbangkan dalam membuat keputusan.

Terdapat 5 langkah dalam membuat Audit Pemasaran iaitu:
i) Menganalisis kejayaan pemasaran setiap produk,
ii) Mengkaji keadaan pasaran,
iii) Mengenalpasti kelebihan,
iv) Menilai Perancangan Pemasaran dan Objektif, dan
v) Mengkaji sumber manusia dan struktur organisasi.

i) Menganalisi kejayaan pemasaran setiap produk – produk yang hendak dikeluarkan oleh UUM ialah perkhidmatan penyelidikan, perundingan dan penerbitan, selain dari perkhidmatan yang biasa bagi sesebuah Universiti iaitu pengeluaran graduan di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Graduan di peringkat Sarjana Muda tidak menghadapi masalah kerana permintaan sentiasa melebihi penawaran kerana setiap Universiti Awam di Malaysia sememangnya menjadi tumpuan utama pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi untuk menyambung pengajian. Akan tetapi untuk Program Sarjana dan Ph.D. kebiasaannya akan berlaku persaingan untuk mendapatkan pelajar yang berkualiti dari dalam dan luar Negara.
Pihak pengurusan UUM dalam menilai pencapaian dalam bidang perkhidmatan penyelidikan, perundingan dan penerbitan perlu sentiasa berusaha menjawab soalan-soalan berikut:

a) Adakah UUM dapat bersaing dengan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam mencapai sasaran yang ditetapkan?
b) Adakah pesaing UUM mengeluarkan strategi baru, seperti mengujudan Pusat-pusat Kecemerlangan Akademik yang baru seperti “The Institute of Malaysian and International Studies” (IKMAS), di UKM; Pusat Penyelidikan Dadah, dan Basic Education Research Unit (UPPA) di USM; atau Pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan (RU) yang diperolehi oleh UM, UKM dan UPM; dan APEX Universiti oleh USM menjejaskan strategi pemasaran penyelidikan dan perundingan UUM?
c) Adakah UUM tidak berjaya melaksanakan perancangan yang dibuat dengan efektif? atau
d) Adakah matlamat yang hendak dicapai terlalu sukar untuk dicapai?

ii) Mengkaji keadaan pasaran – langkah ini meliputi penilaian terhadap kedudukan keadaan pasaran dan menjangka tren masa hadapan. Contohnya UUM diiktiraf sebagai Universiti yang dibuat dalam bidang pengkhususan tertentu, iaitu Bidang Pengurusan. Universiti yang mendapat pengiktirafan sebagai Universiti Penyelidikan (RU) dan Universiti APEX mempunyai program Sains, Sastera dan Pengurusan. Nampak dalam keadaan pasaran masa kini, Universiti yang menawarkan pelbagai program, lebih menonjol berbanding dengan Universiti yang khusus dalam bidang tertentu. UUM perlu melobi dan terus berusaha untuk mendapatkan program-program baru yang bercorak Sains. Program Sains Pengurusan Perniagaantani mungkin boleh menjadi pelopor kepada program-program baru yang bercorak sains. Kebanyakan peluang penyelidikan dan perundingan yang bernilai tinggi pada masa kini menjurus kepada program-program sains. Ianya bererti “positioning” produk yang hendak ditawarkan sama ada tertumpu kepada pengurusan sahaja, atau mahu melibatkan program baru dalam bidang sains perlu dikaji dengan teliti.

iii) Mengenalpasti kelebihan – langkah ini melibatkan kajian terhadap apa yang kita nampak UUM lebih menonjol berbanding dengan pesaing. Bidang pengurusan memang menjadi tunjang kekuatan UUM. Program MBA yang dikendalikan oleh UUM sendiri atau syarikat-syarikat swasta yang membuat perjanjian kerjasama seperti Rezzen dan Angkasa Training Centre (ATC) memang telah lama berjalan. UUM sebenarnya mempunyai ALUMNI yang ramai dari sektor kerajaan dan swasta hasil dari program MBA. Memang kajian memperbaiki perlaksanaan program MBA perlu diteliti lagi, tetapi hubungan yang boleh dibuat dengan bekas pelajar MBA sebenarnya boleh digunakan untuk mendapatkan projek-projek penyelidikan dan perundingan yang baru.

iv) Menilai Perancangan Pemasaran dan Objektif – strategi ini memerluaka penialian setiap masa strategi yang telah ditetapkan. Ini memang ada dibuat melalui penilaian KPI setiap unit. Selain dari itu analisis juga perlu dibuat terhadap keadaan pasaran pendidikan tinggi Negara masa kini, dan menilai semula kekuatan UUM dalam bidang pengurusan. Perancangan yang baik tidak akan berjaya jika tidak dilaksanakan dengan berkesan. Menggunakan strategi pemasaran seperti konsep “Universiti Pengurusan”, “Profesor Adjung yang berkaliber”, Penglibatan Alumni, dan bekas pensyarah-pensyarah UUM yang telah berkhidmat di Kuala Lumpur atau Putrajaya adalah strategi yang boleh dirancang untuk dilaksanakan. Maksudnya pembinaan jaringan dengan “stakeholder” adalah penting.

v) Mengkaji sumber manusia dan struktur organisasi – menyedari pensyarah dan struktur organisasi penting dalam proses pemasaran, bahagian sumber manusia dan struktur organisasi perlu juga dilihat oleh UUM. Adakah pembentukan Expert Group yang tidak dijenamakan atau diberi “branding” yang sesuai boleh berjaya meningkatkan penyelidikan dan perundingan di UUM? Khidmat sokongan dan nama baik kumpulan penyelidik tertentu adalah strategi yang baik untuk dilaksanakan. Projek penyelidikan dan perundingan yang diperolehi perlu disiapkan mengikut masa yang ditetapkan, dan dapat memenuhi kehendak pelanggan. Kepuasan pelanggan dan “value delivery system” adalah perlu dikekalkan.

Kepentingan Belanjawan Kepada Ekonomi Malaysia

Pengenalan
Malaysia mengamalkan sistem ekonomi campuran di mana kerajaan dan pasaran secara bersama memainkan peranan masing-masing dalam perlaksanaan asas ekonomi seperti apa, berapa banyak perlu dikeluarkan, bagaimana ia dikeluarkan dan untuk siapa ia dikeluarkan. Campurtangan kerajaan dalam urusan ekonomi boleh digolongkan kepada dua kumpulan iaitu:-

a) Mengadakan peraturan-peraturan untuk memperbaiki mekanisme pasaran. Di dalam keadaan ini, pemerintah menyediakan dasar sosio-ekonomi tertentu agar mekanisme pasaran berjalan dengan cekap. Pada asasnya ia bertujuan untuk menghindarkan gejala pertandingan yang tidak sempurna daripada ujud dalam pasaran misalnya peraturan menghadkan monopoli dan menyekat pengeluaran barangan tertentu yang tidak baik kepada masyarakat umum.

b) Campurtangan secara langsung dalam urusan menyediakan barangan awam, keluaran barangan strategik dan mengawal kestabilan ekonomi. Dalam konteks ini kita boleh melihat penglibatan pemerintah dalam aspek-aspek mendapatkan hasil untuk negara dan menjalankan dasar belanjawan serta jalankan perusahaan-perusahaan awan untuk keluarkan sebahagian daripada barang yang disebutkan.

Alasan Mengapa Belanjawan Penting dalam Pengurusan Kewangan Negara
Dasar Belanjawan merupakan satu perancangan tahunan yang mempunyai kepentingan tersendiri untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dan agihan pendapatan yang adil dalam rangka kewangan yang mantap. Ia mengandungi perancangan ekonomi, kewangan dan sosial untuk pertumbuhan berterusan serta menjamin agihan kekayaan negara dengan adil. Objektif dan kepentingan Dasar Belanjawan adalah untuk:
1. Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap
2. Pertumbuhan ekonomi
3. Mencapai kestabilan harga
4. Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setara

1. Ke arah pengurusan ekonomi yang cekap
Pengurusan ekonomi yang cekap bertujuan untuk mencapai matlamat pembangunan. Ia memainkan peranan penting dalam menjamin kedudukan kewangan dan imbangan pembayaran yang kukuh. Oleh itu, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang baik, pihak swasta dan persendirian perlu memainkan peranannya sebagai jentera pertumbuhan manakala pihak kerajaan adalah penyokongnya. Sebagai contoh, untuk menggalakkan perkembangan ekonomi, keperluan infrastruktur yang baik diperlukan. Oleh yang demikian pada pembentangan belanjawan peruntukan tertentu diberikan untuk pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan pelabuhan. Begitu juga dasar pencukaian misalnya boleh digunakan untuk mengarah kegiatan ekonomi, contohnya untuk mengelakkan penggunaan barangan yang boleh menjejaskan kesihatan seperti rokok dan minuman keras, cukai ke atas barangan tersebut dinaikkan. Sebaliknya pengeluaran barangan makanan adalah penting untuk menjamin kestabilan ekonomi negara, dengan demikian banyak insentif cukai dan pemberian subsidi diberikan kepada pengeluaran padi, ikan, sayur-sayuran dan hasil ternakan.

2. Pertumbuhan ekonomi
Kerajaan perlu menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi yang dicapai melalui aktiviti-aktiviti dalam sektor pertama, kedua dan ketiga akan memberikan pendapatan dan pekerjaan kepada penduduk. Untuk membiayai pelaburan dalam ekonomi, tabungan diperlukan. Oleh yang demikian usaha menggalakkan tabungan persendirian dikalangan penduduk perlu diberi perhatian. Dari segi dasar belanjawan pula, dibuat perbelanjaan ke atas kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan komunikasi dan pentadbiran awam. Bagi menggalakkan kemasukan pelabur asing ke Malaysia, insentif pengecualian cukai boleh diberikan kepada pelabur baru. Begitu juga bagi pengusaha sektor perindustrian dan pertanian, pembelian jentera dan lain-lain kelengkapan untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran boleh diberi insentif cukai.

3. Mencapai kestabilan harga
Kestabilan harga dan kawalan inflasi turut diberi penekanan. Hasil daripada kekukuhan ekonomi, peningkatan pendapatan berlaku. Akibatnya permintaan dalam negeri meningkat dan jika ia tidak diikuti dengan tambahan penawaran barangan, harga barangan akan meningkat (ditunjukkan oleh angka indeks harga pengguna yang meningkat). Ini memberikan satu kesan yang tidak baik terhadap ekonomi sesebuah negara. Pembendungan inflasi dapat dibuat melalui kawalan ke atas tingkat harga supaya wujud kestabilan harga di pasaran serta menggalakkan tabungan di kalangan penduduk. Dasar kewangan yang ketat seperti syarat pinjaman ketat serta pengeluaran dan penggunaan kad kredit yang lebih terkawal juga dapat membantu dalam mengawal inflasi.

4. Sebagai mekanisme pengagihan yang lebih setara
Disebabkan manusia mempunyai kebolehan, kemahiran, kecekapan, kesihatan, kekuatan semangat dan sebagainya yang berbeza-beza, sudah tentu pendapatan yang diterima oleh mereka juga berbeza-beza. Untuk mengurangkan perbezaan agihan pendapatan tersebut, kerajaan perlu membuat dasar belanjawan yang sesuai untuk mengagihkan semula pendapatan dari golongan yang kaya kepada golongan yang miskin. Contoh dasar yang boleh dibuat ialah mengenakan cukai dan menggunakan hasil cukai tersebut untuk memberi biasiswa kepada anak-anak orang miskin, menyediakan rumah yang bersesuaian dan mengujudkan peluang-peluang perniagaan.

Melalui peruntukan belanjawan dalam sektor-sektor tertentu seperti peruntukan projek-projek pelaburan baru bagi meningkatkan peluang pekerjaan, pendidikan dan kesihatan boleh juga memperbaiki keadaan pengagihan kekayaan di kalangan penduduk di Malaysia.

Secara keseluruhan, peruntukan belanjawan kepada sector-sektor tertentu boleh memberi kesan pada:-
a) Tenaga manusia - menambah kecekapan dan daya pengeluaran melalui pendidikan dan latihan,
b) Menghasilkan modal yang lebih sesuai, cekap dan produktif,
c) Meninggikan pengetahuan sains dan teknologi melalui penyelidikan dan pembangunan (P&P),
d) Dapat usahakan hasil-hasil bumi seperti perlombongan, pembukaan tanah baru dan mewujudkan pengairan.

Jenis-jenis Belanjawan
Belanjawan negara merupakan penyata hasil dan perbelanjaan kerajaan bagi satu tahun tertentu. Belanjawan negara boleh berlaku dalam 3 keadaan iaitu:

i. Belanjawan kurangan - berlaku apabila jumlah perbelanjaan melebihi jumlah hasil bagi satu tahun fiskal tertentu. Keadaan seperti ini berlaku apabila kerajaan meningkatkan perbelanjaan atau mengurangkan cukai-cukai, atau kedua-duanya sekali. Apabila wujud belanjawan ini, pembiayaannya adalah melalui pinjaman.

ii. Belanjawan lebihan - apabila jumlah hasil kerajaan melebihi jumlah perbelanjaan bagi satu tahun fiskal tertentu. Keadaan ini berlaku apabila kerajaan mengurangkan perbelanjaan, menaikkan cukai atau kedua-duanya sekali.

iii. Belanjawan terimbang - berlaku apabila jumlah perbelanjaan adalah sama dengan jumlah hasil bagi tahun fiskal tertentu.

Hasil Sektor Awam
Bagi menampung kos perbelanjaan, sektor awam mengutip hasilnya melalui hasil cukai, hasil bukan cukai, serta pinjaman dan penggunaan harta kerajaan. Sepintas lalu, hasil Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari tahun ke tahun. Ini bersesuaian dengan pertumbuhan ekonomi negara yang meningkat dengan kadar lapan peratus setahun pada masa kini.

i. Hasil cukai
Hasil cukai terdiri daripada cukai langsung dan cukai tak langsung, yang dikenakan di bawah pelbagai undang-undang seperti Akta Cukai Pendapatan 1947 dan Akta Kastam 1967 dan lain-lain.
a. Cukai Langsung - terdiri daripada cukai pendapatan korporat, cukai pendapatan petroleum, cukai pendapatan individu, cukai harta pusaka, cukai spekulasi tanah dan cukai atas keuntungan harta benda.
b. Cukai Tak Langsung - terdiri daripada duti eksport, duti import, duti eksais, cukai jualan, cukai perolehan, cukai perkhidmatan, cukai perjudian dan lesen-lesen selain daripada pengangkutan jalanraya.

ii. Hasil Bukan Cukai dan Penerimaan
a. Hasil Bukan Cukai - mencakupi bayaran lesen kenderaan bermotor, faedah dan perolehan pelaburan (dari Kumpulan Wang Matawang Lebihan dan keuntungan Bank Negara Malaysia) dan royalti ke atas petroleum.
b. Penerimaan - terdiri daripada bayaran balik bagi perbelanjaan, kredit antara jabatan, pulangan balik bayaran lebihan atau bayaran tersilap dalam tahun fiskal yang lepas, penerimaan daripada agensi kerajaan yang lain dan hasil daripada Wilayah Persekutuan dan Labuan.

Perbelanjaan Sektor Awam
Perbelanjaan sektor awam adalah perbelanjaan oleh kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (PABK). Perbelanjaan kerajaan ini terbahagi kepada dua iaitu:

i. Perbelanjaan mengurus
Meliputi perbelanjaan pembayaran gaji untuk kakitangan kerajaan (emolumen), pencen dan ganjaran, bayaran khidmat hutang dalam dan luar negeri, pemberian kepada kerajaan negeri, bekalan dan perkhidmatan dan lain-lain perbelanjaan.

ii. Perbelanjaan pembangunan
Meliputi perbelanjaan barang-barang modal untuk sektor-sektor ekonomi seperti perkhidmatan ekonomi, perkhidmatan sosial dan keselamatan. Perbelanjaan ini akan dapat dilihat hasilnya dalam jangkamasa panjang dan sangat penting kerana ia akan menaikkan tingkat sosioekonomi dan pembangunan ekonomi negara.

a) Perkhidmatan Ekonomi
Perbelanjaan Perkhidmatan Ekonomi penting untuk meninggikan pembangunan ekonomi Malaysia. Diantara perkhidmatan-perkhidmatan ekonomi tersebut ialah pertanian dan pembangunan luarbandar, kemudahan awam (bekalan elektrik dan air), perdagangan dan perindustrian, pengangkutan, perhubungan dan pentadbiran awam.

b) Perkhidmatan Sosial
Untuk perkhidmatan sosial, peruntukan ditumpukan pada perkhidmatan pendidikan, kesihatan dan perumahan. Keperluan perkhidmatan ini sendiri meningkat apabila semakin ramai bilangan penduduk.

c) Keselamatan
Di Malaysia, perbelanjaan keselamatan sangat dipengaruhi oleh keadaan yang berlaku di Asia Tenggara. Semakin tidak stabil keadaan politik semakin banyak perbelanjaan keselamatan. Angkatan tentera Malaysia juga pada masa kini sedang giat membuat pembelian kelengkapan ketenteraan bagi menggantikan peralatan sedia ada dan memodenkan angkatan tentera seperti pembelian kapal selam dari sebuah syarikat di Perancis.

Monday, October 5, 2009

Potensi Perkembangan Sektor Pelancongan di Malaysia

Apabila kita membincangkan sumber pendapatan negara, kita sering kaitkan sumbangan sektor pertanian, perindustrian, perlombongan, pemborongan dan runcit, kewangan dan pelancongan. Kepelbagaian pergantungan ekonomi negara terhadap pelbagai sektor ini telah membantu negara menghadapi keadaan turun-naik ekonomi kesan dari prestasi ekonomi negara-negara yang banyak berdagang dengan Malaysia. Negara kita pula tidak boleh bergantung kepada pasaran tempatan sahaja, kerana saiz penduduk Malaysia yang berjumlah 26 juta orang adalah kecil berbanding dengan potensi pasaran global yang memberikan peluang pasaran mencecah 7 bilion orang.

Kelmarin semasa saya berada di Kuala Lumpur kerana satu tugas rasmi, saya berkesempatan bertemu dengan beberapa orang pelancong luar negeri yang melancong di Malaysia. Pertemuan pertama dengan satu keluarga pelancong dari Rusia, yang terdiri dari ibu dan dua anak gadisnya. Saya bertanya apakah pengalaman menarik mereka melancong di Malaysia. Mereka dengan segera menjawab sangat menarik kerana kepelbagaian budaya dan banyaknya tempat menarik di Kuala Lumpur. Seterusnya semasa menaiki Monorail dari Stesen Chow Kit, satu pasangan yang telah berumur dari Amerika Syarikat meminta saya menunjukkan cara untuk pergi ke KL Central. Secara kebetulan sememangnya saya hendak ke KL Central, saya mempelawa mereka mengikuti saya ke sana dengan menaiki Monorail. Di dalam Monorail, saya dapati bahagian kerusi untuk orang-orang kurang upaya dan berumur diduduki oleh orang-orang muda, dan tidak ada keinginan pula golongan muda ini untuk mempelawa mereka yang telah berumur ini menduduki kerusi tersebut. Setibanya di Stesen Tun Sambanthan, pasangan berumur ini menghadapi kesukaran untuk membawa turun beg mereka kerana di Stesen tersebut tidak ada kemudahan lift atau eskalator. Saya mempelawa mereka untuk membantu membawa salah satu beg mereka. Pada permulaan mereka keberatan, tetapi di pertengahan jalan, bila mereka memang merasa sukar untuk turun, mereka membenarkan saya membantu. Apa yang ketara, mereka nampaknya merasa agak ragu-ragu untuk menerima pertolongan dari orang yang tak dikenali di Malaysia. Semasa sampai di bawah, saya memberitahu kerjaya saya sebagai pensyarah dan mereka memberitahu mereka bekas guru.

Disebabkan perkhidmatan monorail, tidak seperti perkhidmatan Putra dan LRT, yang perkhidmatannya terus ke KL Central, saya terpaksa berjalan sejauh lebih kurang satu kilometer ke situ. Saya ditegur pula seorang pelancong dari Sudan yang mahukan bantuan untuk ke KL Central, dan seterusnya ke Genting Highland. Beliau memberitahu beliau sedang meneliti tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur, dan bercadang membawa pelancong dari Sudan ke Malaysia. Di dalam perjalanan, berjumpa pula pelancong dari China yang agak berumur. Pelancong dari Sudan ini berbicara dengan pelancong dari China ini dalam bahasa China. Beliau memberitahu saya beliau telah biasa membuat lawatan pelancongan ke China.

Apa yang saya perhatikan dalam perjalanan saya di Kuala Lumpur kelmarin, kemudahan pusat informasi untuk pelancong masih tidak mencukupi. Sebaik-baiknya ditambah pusat-pusat informasi di tempat-tempat strategik untuk kemudahan pelancong-pelancong ini. Begitu juga pelancong lebih berminat menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Sebagaimana diketahui, selain dari membeli tiket teksi di kaunter, kita biasanya terkena dengan caj perkhidmatan yang mahal dari sebilangan kecil pemandu teksi yang tidak jujur. Mungkin satu kaedah seperti di Hadyaai, Thailand, bila kita menaiki Toot-Toot, dikenakan bayaran 20 Baht tidak kira berapa jauh perjanan di bandar Haadyai perlu difikirkan. Begitu juga, pelancong ini biasanya membawa wang untuk dibelanjakan di sektor pengangkutan, peruncitan, makanan, perhotelan dan sebagainya. Pusat informasi yang lebih banyak dan baik perlu disediakan oleh stakeholder atau pihak yang berkepentingan. Kita mempunyai ramai graduan yang mana, jika diberi sedikit latihan, mereka boleh menjadi pegawai yang bertugas di tempat-tempat informasi yang diketahui menjadi tumpuan pelancong. Tidak seperti di negara-negara jiran, sebenarnya banyak potensi Malaysia untuk menjadi pusat tumpuan pelancongan. Kestabilan politik, bebas dari bencana besar seperti taufan dan gempabumi, dan keupayaan ramai penduduknya berbahasa Inggeris sepatutnya digunakan dengan sebaiknya untuk memperkembangkan sektor pelancongan, dan seterusnya sumber pendapatan ekonomi negara.

Tuesday, August 4, 2009

Kesan Kemiskinan kepada Individu dan Masyarakat

Sebenarnya kemiskinan boleh disebabkan oleh faktor kebudayaan, personaliti, demografi dan kekurangan teknologi moden. Budaya tidak mahu bekerja kuat dan mencari peluang yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi peluang mencari rezeki dan mengurangkan masalah kemiskinan. Begitu juga kesan demografi, sebagai contoh jika sekumpulan penduduk tinggal di kawasan terpinggir dari arus pembangunan dan tidak mempunyai tanah yang subur untuk bertani tentulah sukar untuk mendapatkan pekerjaan untuk memperolehi pendapatan berbanding dengan penduduk yang tinggal di kawasan yang maju dengan arus pembangunan dan mempunyai kawasan tanah yang subur. Ada juga sebahagian ahli ekonomi yang mengatakan hukum warisan di dalam pemilikan tanah juga boleh menyebabkan tanah masyarakat petani menjadi tidak ekonomik, kerana saiznya menjadi semakin kecil dari satu generasi ke generasi yang lain.

Di antara kesan kemiskinan yang ketara ialah wujudnya satu golongan masyarakat yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, kekurangan kuasa sosial, kekurangan pendidikan dan ketidakupayaan memiliki faktor-faktor pengeluaran.

Kemiskinan Dari Perspektif Islam
Dalam Islam, hubungan yang berbentuk menegak di antara manusia dengan Penciptanya akan menentukan pula hubungan mendatar di antara manusia dengan manusia di muka bumi ini. Dengan cara inilah juga kejayaan (falah), iaitu kesejahteraan dan kemewahan di mukabumi dan di Akhirat akan kita nikmati.

Sistem Ekonomi Islam membahagikan golongan miskin kepada dua golongan iaitu fakir dan miskin. Golongan tersebut adalah 2 daripada 8 asnaf yang layak menerima hasil zakat. Mengikut Imam Shafie fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap; atau ia mempunyai sedikit harta dan juga mempunyai pekerjaan tetai pendapatannya hanya cukup untuk memenuhi separuh daripada keperluan asasnya. Jelaslah bahawa istilah golongan termiskin yang digunakan oleh Kerajaan sekarang iaitu mereka yang mempunyai pendapatan tidak lebih dari 50% dari Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sejajar dengan istilah fakir yang digunakan oleh Imam Shafie.

Kedua-dua kumpulan asnaf yang berhak menerima hasil zakat, iaitu fakir dan miskin mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. mereka yang tidak mempunyai sebarang harta atau sebarang sumber pendapatan;
2. mereka yang mempunyai harta atau sumber pendapatan tetapi tidak mencapai tahap memerlukan mereka membayar zakat;
3. mereka mempunyai pendapatan yang hanya cukup untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan-keperluan asas kehidupan;
4. mereka yang menghadapi kesusahan secara sementara atau secara berterusan dan tidak mempunyai sebarang keupayaan untuk menyara hidup yang secukupnya;
5. mereka yang tidak dapat bekerja disebabkan oleh kecacatan anggota atau akal atau sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka tidak boleh bekerja.

Kesan Kemiskinan
Manusia di dalam keadaan kemiskinan tidak akan mampu melaksanakan tuntutan “amal ma’ruf” dan mengelakkan “nahi munkar’ sama ada untuk dirinya atau bagi kepentingan masyarakat. Islam dalam hal ini memberi perhatian yang berat terhadap kemiskinan yang menimpa umatnya. Di antara bahaya kemiskinan yang dapat dinyatakan ialah:

1. Akidah. Kemiskinan mungkin menimbulkan bahaya besar terhadap akidah terutama di dalam situasi dimana orang-orang miskin berada dalam keadaan tidak menentu sumber pendapatannya sedangkan orang-orang kaya pula tidak bersedia menghulurkan bantuan. Terdapat doa Rasulullah s.a.w yang memohon perlindungan dari Allah dengan ungkapan yang bermaksud:

“Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kemelaratan”.

2. Etika dan Moral. Di dalam situasi seseorang yang miskin berada ditengah-tengah orang kaya boleh mengujudkan perasaan kecewa dan putus asa. Keadaan ini boleh mendorong mereka berhutang, berbohong, mencuri dan sebagainya.

3. Pemikiran. Seseorangan yang berada dalam kemiskinan mudah terganggu pemikirannya dan tidak terteram emosinya.

4. Rumahtangga. Di dalam membina rumahtangga yang aman damai, tanggungjawab dari segi nafkah zahir dan (ekonomi) dan kerohanian amat diperlukan.

5. Masyarakat. Situasi kemiskinan juga mampu menggugat ketenteraman masyarakat serta kemajuan umat. Kecenderungan untuk berlakunya jenayah dan kekejaman akan meningkat sekiranya masalah kemiskinan tidak diatasi. Masyarakat yang ramai dikalangan mereka terdiri dari golongan miskin tidak akan dihormati.

Monday, June 22, 2009

Pengagihan kekayaan dalam Ekonomi Islam 2

Artikel saya pada 20 Jun 2009 (Hari Sabtu) membincangkan langkah-langkah positif yang boleh dibuat oleh kerajaan dalam melakukan aktiviti agihan semula pendapatan atau kekayaan, dari kumpulan yang kaya kepada kumpulan yang berkemampuan. Sempena dengan hari bapa pada hari ini, 21 Jun 2009 (Hari Ahad), ingin saya sentuh berkaitan rencana yang disiarkan oleh TV2 pada hari ini. Selain tersentuh dengan pengorbanan bapa yang berusaha menjaga kebajikan anak-anak mereka untuk menjadi manusia berguna, saya tersentuh juga dengan pengorbanan seorang bapa keturunan India yang berkorban wang ringgit dan masa untuk menjaga dan membesarkan anak-anak orang lain yang tidak berkemampuan agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Harapan bapa ini ialah agar kanak-kanak ini apabila telah dewasa melakukan pengorbanan yang sama sepertinya, iaitu melakukan aktiviti kebajikan kepada orang lain. Sebenarnya selain dari pengorbanan individu, pemerintah boleh melakukan beberapa aktiviti lain seperti menghalang aktiviti-aktiviti yang merosakkan ekonomi, disamping menggalakkan aktiviti moral tertentu seperti memberi Sadaqah, Nafaqah dan Waqf.

Langkah-langkah Menghalang
i) Pengharaman Riba’
Amalan Riba’ mempunyai unsur-unsur penindasan kepada orang yang meminjam. Oleh yang demikian sistem ekonomi Islam perlu mencari alternatif terbaik untuk mengatasi masalah penggunaan sistem kewangan berunsur Riba’. Maklumat berkenaan Bank Islam dan Sistem Perbankkan Tanpa Faedah perlu diberi publisiti yang meluas. Al-Quran melarang amalan Riba’ dengan firman Allah yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba’ dengan berlipat ganda; dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya”.
(Terjemahan al-Quran Surah ali-Imran 3:130)

ii) Larangan Menyembunyikan Harta
Orang yang menyembunyikan atau membekukan hartanya merupakan musuh masyarakat. Harta yang dibekukan boleh menyebabkan perkembangan ekonomi seperti di sektor pertanian dan perindustrian tersekat. Sekiranya harta tersebut tidak dibekukan, harta tersebut boleh digunakan oleh orang yang kekurangan sumber kewangan tetapi mempunyai kesanggupan, idea dan keinginan untuk membuat sesuatu kegiatan ekonomi yang berfaedah. Al-Quran mengutuk amalan menyembunyikan harta dengan firman Allah yang bermaksud:

Sekali-kali janganlah orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari Kiamat”.
(Terjemahan al-Quran Surah ali-Imran 3:180)

iii) Perbelanjaan Yang Membazir
Islam telah melarang perbelanjaan yang tidak membazir dan tidak perlu. Ini kerana ia boleh menyebabkan orang-orang kaya terjerumus ke dalam kemewahan. Keadaan ini juga menyebabkan faktor-faktor pengeluaran seperti modal, buruh dan tanah digunakan untuk mengeluarkan barangan tersebut dan tidak barangan keperluan asasi yang diperlukan oleh orang-orang miskin.

Contohnya masyarakat Islam dilarang menggunakan bekas emas dan perak, menggunakan perhiasan emas (kecuali wanita), ghairah terhadap hiburan, berjudi, meminum arak, melakukan zina dan menghiasi rumah dengan gambar-gambar dan patung-patung. Penggunaan barang emas dan perak dilarang kerana ianya melambangkan kemewahan dan menggalakkan ujudnya industri-industri yang tidak berfaedah. Judi dan arak pula boleh menimbulkan perasaan benci dan permusuhan di antara anggota masyarakat. Menghiasi rumah dengan gambar-gambar dan patung-patung pula mengujudkan unsur-unsur Syirik (menyengutukan Allah). Al-Quran mengutuk amalan perbelanjaan yang membazir dengan firman Allah yang bermaksud:

“... dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya”.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Isra’ 17:26-27)

iv) Perniagaan Yang Tidak Sihat
Semua bentuk perniagaan yang tidak sihat akan meningkatkan ketidakseimbangan agihan pendapatan dan kekayaan. Jenis kegiatan seperti spekulasi, menipu, menyorok barangan, pasaran gelap dan kegiatan monopoli pasaran barangan.

Amalan spekulasi mengujudkan satu bentuk perniagaan yang memperolehi keuntungan tanpa menggunakan buruh dan tanpa perlu membuat sebarang bayaran. Rasulullah s.a.w. pernah menghalang penjualan buah-buahan sebelum ia masak. Ini kerana jika buahan-buahan tersebut rosak dan tidak dapat diambil sebelum ianya masak, sudah tentu ianya akan menganiayai pembeli. Begitu juga terdapat riwayat yang menyebut Rasulullah s.a.w. pernah menghalang amalan menjual pakaian dengan hanya menyentuhnya sebelum pembeli sempat melihatnya.

Kegiatan menipu dalam perniagaan, contohnya menipu dalam timbangan dan sukatan dengan harapan menerima keuntungan untuk jangka masa panjang dilarang sama sekali. Mereka yang menipu diberi amaran siksaan yang pedih di akhirat kelak. Al-Quran mengutuk amalan menipu dengan firman Allah yang bermaksud:

Sempurnakanlah sukatan dan timbangan dan janganlah kamu kurangkan bagi manusia barang-barang sukatan dan timbangannya dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi sesudah Tuhan memperbaikinya”.
(Terjemahan al-Quran Surah al-A’raf 7:85)

2. Langkah Moral
i) Sadaqah
Orang ramai mestilah mensedekahkan lebihan kekayaan mereka kepada orang-orang miskin. Apabila wujudnya keadaan dalam sesebuah masyarakat di mana orang-orang kaya menyimpan kekayaan dan tidak suka berbelanja dan menderma, kemiskinan akan berkembang dengan pesat dan jurang perbezaan kekayaan akan meningkat. Kekayaan akan hanya dimiliki oleh sekumpulan kecil masyarakat. Ini secara beransur-ansur akan mengurangkan kuasa beli orang awam dan menghancurkan sistem ekonomi. Orang-orang kaya selalunya suka membeli barang-barang yang tidak mengembangkan ekonomi- lihat sahaja minat mereka terhadap perhiasan antik dan barang emas. Sebaliknya orang-orang miskin menggunakan wang mereka membeli barang-barang makanan - kesannya pengeluar barang makanan mendapat keuntungan dan menarik minat mereka untuk mengeluarkan lebih banyak makanan. Al-Quran menggalakkan amalan Sadaqah dengan firman Allah yang bermaksud:

“Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. Orang-orang yang beriman di antara kamu dan menafkahkan (sebahagian) dari hartanya akan memperolehi pahala yang besar”.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Hadid 57:7)

ii) Nafaqah
Nafaqah bermaksud memberi sara hidup kepada orang lain yang ada hubungan keluarga dan persaudaraan. Ia boleh jatuh di bawah hukum wajib, seperti menanggung ahli keluarga. Islam sentiasa menekankan layanan yang baik kepada ibubapa, anak-anak dan saudara mara (lihat surah al-Anfal: ayat 75, al-Nahl: ayat 90, al-Nisa’: ayat 36 dan al-Isra’: ayat 26).

Nafaqah yang dimaksudkan di sini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:
Kategori Pertama - Seorang suami adalah wajib memberi nafaqah kepada isterinya tanpa mengira kedudukan kewangan masing-masing.
Kategori Kedua - Seorang bapa wajib memberi nafaqah kepada anak-anaknya dengan syarat bapa itu berkemampuan dan anaknya masih kecil atau miskin, atau anak yang telah dewasa tetapi tidak berkeupayaan menyara dirinya kerana sakit atau cacat.
Kategori Ketiga - Seseorang yang berkemampuan adalah dianjurkan memberi nafaqah kepada saudara maranya yang miskin sama ada keluarga terdekat atau jauh.

iii) Waqf
Waqf ialah memindahkan harta dari milik persendirian kepada milik ramai yang berfaedah. Waqf tidak diwajibkan oleh syariah tetapi dibiarkan kepada inisiatif sukarela setiap individu. Walaupun demikian, orang-orang Islam telah menerimanya dengan sukarela dan membentuk amalan waqf semenjak zaman Rasulullah s.a.w. sehingga hari ini, untuk berbagai tujuan sosial dan ekonomi termasuk pendidikan, kesihatan, ibadat dan keselamatan sosial. Waqf telah berjaya membawa berbagai perubahan bagi kebajikan mereka yang memerlukan dan berperanan mengagihkan kekayaan dengan berkesan untuk kebajikan ummah.

iv) Al Maniha
Al Maniha juga boleh ditakrifkan sebagai membenarkan kegunaan sesuatu aset yang produktif kepada orang yang memerlukan bagi suatu tempoh tertentu atau pemberian yang khusus. Misalnya, seseorang memberikan tanah kepada rakannya untuk diusahakan buat beberapa lama dan kemudian memulangkannya. Dari takrif ini, kita dapati bahawa institusi ini bukan sahaja boleh membantu seseorang dalam mendapatkan keperluan bahkan ia merupakan suatu pemindahan pendapatan yang besar.

RUMUSAN

Terdapat ketidakseimbangan pengagihan pendapatan di antara kaum, kawasan bandar dan luar bandar, dan negeri di Malaysia. Sebenarnya kita perlu berfikir secara kreatif dan bersungguh-sunguh melihat alternatif yang boleh dibuat untuk membetulkan ketidakseimbangan agihan pendapatan yang berlaku di kalangan masyarakat. Sekarang ini telah terdengar program-program ekonomi yang dikatakan bersifat 'pro-poor' sedang giat dilaksanakan.

Saturday, June 20, 2009

Konsep pengagihan kekayaan dalam Ekonomi Islam

Sejak kebelakangan ini banyak diperkatakan isu kemelesetan ekonomi dunia kesan dari krisis kewangan yang melanda negara-negara di Amerika Syarikat dan Eropah. Ramai pihak bertanya kepada saya bagaimana kesan krisis kewangan tersebut boleh sampai ke Malaysia. Jawapannya ialah sebagai sebuah negara kecil yang banyak dari aktiviti ekonomi bergantung kepada permintaan eksport, terutama dari negara Amerika Syarikat dan Eropah, krisis kewangan yang melanda negara-negara maju tersebut membuatkan permintaan barangan oleh sektor swasta dan sektor kerajaan turut merundum jatuh. Seterusnya permintaan barangan perantaraan, barangan pelaburan dan barangan akhir dari luar negara seperti Malaysia turut merosot.

Timbul pula persoalan bagaimanakah krisis kewangan tersebut boleh berlaku. Jika kita teliti laporan-laporan ekonomi, adalah jelas sikap tidak bertanggungjawab pengguna dan eksekutif kewangan di institusi-institusi kewangan di negara-negara tersebut sebagai punca utama. Pengguna hidup terlalu mewah menggunakan kemudahan pinjaman untuk membeli barangan mewah 'kamaliat' dan 'tarafiat' yang diketahui tidak membawa banyak kitaran ekonomi yang berguna kepada sektor pengeluaran. Eksekutif kewangan pula berlindung dari keuntungan di atas kertas dari aktiviti pemberian pinjaman kepada pengguna yang berbelanja dengan keterlaluan tersebut, tanpa mengikut prinsip kewangan yang betul seperti kemampuan peminjam untuk membayar kembali hutang yang diambil. Gaji eksekutif kewangan sangat tinggi. Hutang tidak berbayar bertambah dengan banyaknya dan ini menyebabkan institusi kewangan tersebut menghadapi masalah untuk memenuhi tuntutan penyimpan yang ingin mengeluarkan wang simpanan mereka. Di pihak institusi kewangan pula kekurangan wang untuk memberikan pinjaman baru kepada pelanggan yang hendak meminjam. Berlakulah tekanan kepada instisusi kewangan hingga terpaksa memohon bantuan kerajaan masing-masing untuk memulihkan keadaan.

Dalam perbincangan kali ini juga saya ingin menyentuh berkaitan konsep ekonomi Islam dalam pengagihan kekayaan di antara umatnya. Saya ambil bahan ini dari buku saya bertajuk "Ekonomi Malaysia: Satu Analisis Dasar" yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka pada tahun 2000.

Diketahui umum Islam tidak mengizinkan kebebasan dan hak yang tidak terbatas dikalangan individu untuk memiliki harta persendirian dalam aspek pengeluaran (sepertimana dalam fahaman kapitalis); dan tidak pula mengikat mereka kepada satu sistem yang kononnya adil sedangkan mereka tidak dapat mengeluarkan dan memiliki kekayaan dengan bebas (sepertimana dalam fahaman komunis).

Ekonomi Islam telah mengemukakan langkah-langkah yang tertentu untuk mencapai agihan pendapatan (kekayaan) yang saksama dalam masyarakat (Afzal-Ur-Rahman, 1991). Sistem Ekonomi Islam melarang amalan bunga dan kaedah pembahagian harta pusaka kaedah ekonomi konvensional yang menyebabkan kekayaan beredar dikalangan anggota keluarga yang rapat sahaja apabila seseorang yang kaya meninggal dunia. Beberapa langkah yang positif untuk mngembangkan kekayaan kepada orang ramai telah diambil seperti kewajipan Zakat, Sedakah dan peruntukan bantuan kepada orang-orang yang miskin dari pendapatan negara. Islam memberi hak dan semangat kepada individu untuk memiliki harta disamping memberi peringatan supaya mereka menggunakan sumber-sumber yang mereka warisi dengan cara terbaik.
Orang-orang Islam diingatkan supaya tidak membataskan kekayaan untuk diri mereka sahaja. Selepas memenuhi keperluan mereka secara sederhana, mereka perlu menunaikan tanggungjawab terhadap saudara mara, jiran dan orang lain yang memerlukan dalam masyarakat. Ini menunjukkan adanya perkhidmatan sosial dan pendidikan moral dalam pemilikan kekayaan. Untuk mencapai objektif agihan pendapatan yang lebih adil, Islam menggariskan, (1) langkah undang-undang, dan (2) langkah positif tertentu yang meliputi berbagai cadangan untuk memperbaiki pengagihan semula pendapatan. Bahagian pertama ini saya akan menyentuh langkah undang-undang: langkah-langkah positif dalam pengagihan pendapatan yang adil.

Langkah-langkah positif dibuat bertujuan untuk menghalang pemusatan kekayaan dan untuk membantu mengembangkan kekayaan kepada semua lapisan masyarakat. Alat-alat yang digunakan ialah:
i) Zakat
ii) Baitulmal
iii) Faraid
iv) Wasiat
v) Sumber-sumber lain

i) Zakat
Ia merupakan bayaran yang wajib di pungut daripada orang-orang Islam yang kaya untuk dibelanjakan terhadap orang-orang miskin. Menurut ahli fiqh, Zakat adalah sumbangan kewangan yang diwajibkan kepada setiap orang Islam yang memiliki harta melebihi jumlah dan tempoh tertentu. Ini dapat mengembangkan kekayaan kepada setiap anggota masyarakat. Sistem ekonomi konvensional memperkenalkan cukai. Dikatakan cukai progresif, iaiatu semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi bayaran cukai; merupakan teknik terbaik. Walau bagaimanapun, disebabkan sistem pencukaian tidak ada unsur-unsur kerohanian iaitu kesedaran selain dapat membantu masyarakat miskin, ianya juga mendapat balasan pahala bagi bekalan di akhirat. Kita dapat melihat bukti kelemahan kutipan cukai cara konvensional apabila pihak Jabatan Hasil Dalam Negeri melaporkan ramai orang tidak membayar atau menipu dalam pembayaran cukai. Usaha-usaha memperkenalkan sistem zakat dengan lebih meluas dan penggunaan wang zakat dengan baik perlu dijalankan.

Agihan zakat dapat menambah kuasa beli yang menyeluruh di kalangan orang-orang Islam dan meningkatkan permintaan di pasaran. Golongan yang berhak menerima zakat telah diterangkan dalam al-Quran pada surah al-Taubah ayat 60 yang bermaksud:
“Bahawa sadaqat (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus zakat, orang-orang muallaf bagi memujuk hatinya, untuk memerdekakan hamba, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. Ini sebagai suatu ketetapan daripada Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Ayat tersebut menerangkan orang yang berhak menerima hasil zakat ialah:-
1. Orang-orang fakir
2. Orang-orang miskin
3. Pengurus zakat (amil)
4. Para mualaf yang dipujuk hatinya (mualaf)
5. Memerdekan hamba (Al-Riqab)
6. Orang-orang yang berhutang (Al-gharimin)
7. Orang yang berjuang ke jalan Allah (Fisabillah)
8. Orang yang sedang dalam perjalanan (Ibnu Sabil)

Menurut Syed Othman al-Habshi (1990), di antara lapan golongan diatas, semuanya adalah tergolong dalam golongan yang susah kecuali (mungkin) para amil (pemungut zakat) dan muallaf. Ini menunjukkan hasil zakat ditumpukan kepada mereka yang susah dan tidak kepada yang senang. Begitu juga golongan fakir disebut dahulu, kemudian golongan miskin dan seterusnya lain-lain golongan. Ianya bermakna penumpuan patut diberikan kepada golongan termiskin (fakir) dalam pengagihan hasil zakat.

ii) Baitulmal
Baitulmal menguruskan kutipan harta zakat, wakaf, harta si mati yang tiada waris dan mengembangkan harta tersebut ke jalan yang dibenarkan oleh Syariah. Peranan yang dimainkan oleh Baitulmal ialah:
a) Mengagihkan harta yang dikumpulkan kepada pihak yang tertentu dan digunakan untuk melaksanakan perancangan dan pembangunan negara.
b) Membentuk dan menggubal polisi kewangan dan pembiayaan awam.
c) Mengutip segala cukai dan zakat.
d) Memungut cukai tambahan bagi membiayai keperluan segala yang bersifat daruriyyah (keperluan asas) dan hajiyyah (melengkapkan).

iii) Faraid
Dalam pengertian fekah, faraid membawa erti kepada hukum-hukum Islam mengenai pembahagian harta pusaka. Sistem faraid bertujuan untuk menentukan wujud proses sistematik untuk mengagihkan harga peninggalan seseorang. Di dalam al-Quran, disebut pembahagian harta pusaka ini di dalam Surah al-Nisa’. Bab-bab yang merangkumi dalam sistem faraid adalah seperti berikut:

a) Bahagian Anak Lelaki dan Anak Perempuan
Bahagian anak lelaki dan anak permpuan dan anak perempuan mereka yang meninggal telah ditetapkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
“Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu: Bahagian seseorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan dan jika anak itu semuanya perempuan (lebih dari dua), bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta”.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Nisa’ 4:11)

b) Bahagian Ibu Bapa
Ibu bapa orang yang meninggal dunia (jika mereka hanya dua orang sahaja) juga mempunyai bahagian terhadap harta yang ditinggalkan. Bahagian mereka telah ditetapkan dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
“Dan untuk dua orang ibu bapa tiap seorang dari mereka mendapat satu perenam dari harta yang ditinggalkan jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, ibunya mendapat satu pertiga, jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, ibunya mendapat satu perenam, Pembahagian itu dibuat sesudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau sesudah dibayar hutangnya. Tentang orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaatnya bagimu. Ia adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Nisa’ 4:11)

c) Bahagian Isteri
Isteri mendapat sebahagian daripada harta suami yang meninggal dunia, sepertimana yang dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud:
“Para isteri memperolehi satu perempat yang kamu (suami) tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak para isteri memperolehi satu perlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat dan sesudah membayar hutang-hutangmu”.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Nisa’ 4:12)

d) Bahagian Suami
Suaminya juga berhak untuk mendapat bahagian daripada harta isterinya yang meninggal dunia. Ini dinyatakan di dalam al- Quran yang bermaksud:
“Dan bagimu (suami) satu perdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, kamu mendapat satu perempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat dan sesudah dibayar hutangnya”.
(Terjemahan al-Quran Surah al-Nisa’ 4:12)

e) Lain-lain kaum kerabat
Undang-undang pembahagian harta pusaka (faraid) dalam Islam juga ada menetapkan bahagian untuk waris yang mempunyai pertalian dengan orang yang meninggal ianya termasuklah saudara-saudara rapat, saudara dari sebelah bapa, cucu daripada anak perempuan, anak kepada saudara perempuan, nenek dan lain-lain (Sila rujuk Afzal-Ul-Rahman, 1991:67-76).

iv. Wasiat
Pembahagian yang telah ditentukan (wasiat) bermakna harta si mati boleh diwariskan kepada individu selain dari ahli waris. Secara tidak langsung peraturan ini dapat menghalang harta terkumpul hanya dalam tangan ahli-ahli waris sahaja. Malah harta-harta ini boleh diwariskan juga kepada baitulmal untuk menguruskan penggunaannya dalam menghasilkan manfaat bagi mereka yang memerlukannya. Walau bagaimanapun cuma satu pertiga dari harta sahaja yang boleh diwasiatkan.

v) Sumber-sumber lain
Selain daripada sumber-sumber di atas, kerajaan dalam sistem ekonomi Islam juga memikul tanggungjawab untuk mengenakan cukai dalam pelbagai bentuk untuk dimasukkan dalam perbendeharaan negara. Di antara sumber-sumber tersebut ialah:
1. Fai’- harta perolehan kerajaan Islam yang didapati dari orang bukan Islam dengan jalan damai.
2. Kharaj - cukai tanah tanpa mengira sama ada pemilik tanah itu orang dewasa atau kanak-kanak, orang Islam atau bukan Islam.
3. Ush - cukai ke atas keluaran pertanian.
4. Cukai-cukai lain seperti cukai pendapatan, kastam dan eksais dan yang serupa dengannya.

Dengan adanya sumber-sumber hasil tersebut maka kerajaan dapat menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan dan barangan awam untuk manfaat orang ramai.

Sunday, June 7, 2009

Ucapan di Hari Orientasi dan Ikrar Pelajar Diploma Pendidikan

بسم الله الرحمن الرحيم
الرحيمالحمد لله رب العالمين ، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين ،
سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين .

Yang Mulia,
Pengerusi Majlis,____________________,Pegawai-Pegawai Kanan,
Para Jemputan,Ahli-Ahli Jawatankuasa Program Orientasi dan Ikrar Pelajar Program Diploma Pendidikan (DPLI) Yayasan Islam Kelantan,
Hadirin dan Hadirat sekalian.

Al-Hamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah rahmat dan hidayah-Nya, kita dapat berkumpul pada petang ini untuk menghadiri Program Orientasi dan Ikrar.

Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang setinggi-tingginya kepada Pengerusi dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Program Orientasi dan Ikrar Pelajar Program Diploma Pendidikan (DPLI) Yayasan Islam Kelantan kerana memberi penghormatan kepada saya untuk memberi ucapan aluan pada petang ini.

Saya difahamkan program ini berjaya dilaksanakan hasil dari satu mesyuarat di antara Bidang Pengajian Pendidikan UUM_CAS dengan Wakil Persatuan Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Negeri Kelantan pada bulan Julai 2008 yang lalu. Sekiranya tuan berjaya menamatkan program ini, maksud saya, memperolehi Diploma Pendidikan, tuan/puan boleh dilantik ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia.

Program Diploma Pendidikan ini tentulah akan dapat meningkatkan kemahiran dalam menjadi guru. Sebenarnya UUM sentiasa bersedia membantu dalam meningkatkan kemahiran tenaga manusia bukan sahaja dalam bidang pendidikan, tetapi juga dalam bidang seperti ekonomi, IT, keusahawanan, pelancongan, dan pengurusan.

UUM sebagai sebuah IPTA yang memberikan perkhidmatan pendidikan, sentiasa berhadapan dengan pelbagai kehendak dan aspirasi rakyat dan penduduk yang semakin meningkat kerana UUM ini memikul tanggungjawab bagi memenuhi harapan dan wawasan negara dalam bidang Pendidikan. Dalam memenuhi kehendak dan aspirasi tersebut, UUM sentiasa melakukan penambahbaikan yang berterusan dalam proses kerja di dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Usaha-usaha ke arah penambahbaikan berterusan ke atas proses kerja ini dilaksanakan sebagai langkah UUM yang mempunyai strategi semua perkara yang baik mestilah dipercepatkan pengendaliannya, sementara perkara yang lebih kompleks pula hendaklah diusahakan seberapa boleh untuk dipermudahkan prosesnya serta mana-mana kelemahan di dalam proses pelaksanaan hendaklah dikaji dan diatasi secepatnya. Dengan yang demikian, motto penyediaan perkhidmatan kita bolehlah berbunyi "Yang Senang Disenangkan, Yang Susah Dimudahkan".

Saya berdoa semoga Allah Subhanahu Wata'ala memberikan keberkatan di atas usaha-usaha kita yang berkebajikan ini. Sekian, Terima Kasih.

وبا لله التوفيق والهداية و السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Friday, May 22, 2009

Opening Address to Participants of UUM-College of Arts and Sciences Graduate Students’ Colloqium

On behalf of UUM – College of Arts and Sciences management, I want to welcome you to the Fourth Graduate Students’ Colloqium.

The main objective of this colloqium is to help us monitor the progress of thesis writing of all of our graduate students.

For those who are new to this colloqium, the following information will provide you an idea of what to expect during this colloqium.

We will divide you into three groups:

Group A
Pre-proposal stage of a thesis – this is the first stage of proposal writing. It is kind of “work in progress” of a proposal writing. First and second semester students are expected to present his/her pre-proposal stage of his/her thesis.

If you are presenting in this session, you should give the highlights of your paper in about 20 minutes. Please emphasize on the research question, objectives and methodology of your study.

You can use power point if you wish, for key points or charts, but it is not advisable to try to put the entire proposal/paper on power point slides. If you present tables in power point, keep them simple – no more than 5 rows and 5 columns. If you have any question in which you would like some advice, you can highlight those during your presentation.

Group B
Proposal stage of a thesis – this is the final stage of proposal writing. Third and fourth semester students are expected to be in this group. It consists of the presentation of their first three chapters of their thesis.

First chapter is the Introduction – this chapter consists of background information, problem statement, significance of the study, and objectives of the study.

Second chapter is the Review of the Literature.

Third chapter is the Methodology – this chapter consists of theoretical framework, sources of data, how to analyze the data, and the variables that will be used in the analysis.

During the presentation, a minimum of two lecturers (evaluators) will evaluate this proposal. Actually, you should submit three copies of your paper in advance through your supervisor(s). For this colloqium, three PhD candidates will defence their proposal.

I expect that, after you present your proposal, there will be some further revision of the proposal.

Group C
Preliminary findings of the research or final reports – this is a “work in progress” of the analysis or “ready to submit his/her thesis”.

Then, tomorrow I expect you to communicate with your respective supervisor(s) to clarify any matters remaining from today discussions. Those presenting proposals and “final reports” should concentrate on what work needs to be done to revise the proposal or “final reports” or continue the research or your writing over the next six months.

We hope you will find this Graduate Student Colloqium a useful activity with enjoyable and productive one with the active participation of all.

Thank You.

by Dr. Jamal Ali, Chairperson (Social Sciences)
May 24, 2009

Saturday, April 18, 2009

Dasar Buruh Asing di Malaysia

Kemelesetan Ekonomi yang berpunca dari keruntuhan sistem Kewangan di Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain telah memberi kesan yang ketara kepada ekonomi dan seterusnya peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Kemelesetan ekonomi di negara maju tersebut bererti penurunan kuasa beli rakyat mereka, dan keadaan ini berlarutan kepada penurunan permintaan terhadap barangan yang diimport dari luar negeri. Seterusnya permintaan eksport keatas barangan keluaran di sektor pertanian dan perindustrian dari Malaysia telah terjejas. Ianya menjejaskan prestasi syarikat-syarikat yang mengeluarkan barangan pertanian dan perindustrian yang bergantung kepada pasaran eksport tersebut. Prestasi syarikat-syarikat di Malaysia akan terjejas. Penurunan prestasi, bererti pengurangan pekerja di dalam syarikat terpaksa dilakukan. Begitu juga tidak akan berlaku pengambilan pekerja baru. Kedudukan buruh tempatan yang terpaksa bersaing dengan buruh asing di dalam pekerjaan pula boleh membawa kepada satu elemen 'krisis modal insan'.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George berkata, dasar yang semakin liberal terhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi, yang sebahagian besarnya dipacu oleh perkembangan industrialisasi di negara ini. Kalau dahulu, pekerja asing hanya dibenarkan bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pembantu rumah, kini telah dibenarkan pula bekerja disektor perkhidmatan seperti peruncitan, restoran dan industri kecil dan sederhana. Kedai gunting rambut juga telah kedapatan ramai pekerja asing pada masa kini. Dengan membenarkan hampir semua sektor dalam ekonomi menggaji buruh asing, kesatuan sekerja tempatan seperti Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merasakan akan kurang kuasa tawar menawar dalam menjaga kebajikan pekerja apabila membuat perbincangan berkaitan isu-isu kebajikan pekerja. Syarikat-syarikat yang ingin mengurangkan kos operasi berkemungkinan besar akan menggunakan buruh asing berbanding dengan buruh tempatan.

Berucap merasmikan Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama kementerian Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Datuk Thomas George berkata, daripada jumlah keseluruhan 11.3 juta tenaga kerja yang ada di Malaysia, 2.2 juta adalah warga asing. Untuk mengurangkan kedudukan Malaysia yang terlalu bergantung terhadap pekerja asing dan bagi melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta menjelang 2015 (Utusan Malaysia 20 Oktober 2009).

Jika dilihat pekerjaan buruh asing mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalam sektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7 peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain. Sementara itu, seorang pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia, Puan Azizah Ariffin berkata, warga asing mengambil kira-kira 45 peratus peluang pekerjaan baru yang diwujudkan setiap tahun di negara ini. Puan Azizah juga merasakan penggunaan pekerja asing secara berlebihan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah, termasuk penurunan purata produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan imbangan pembayaran, dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan. Hampir keseluruhan buruh asing di sektor perindustrian dan pembinaan itu pula kebanyakannya terdiri dari buruh tidak mahir atau separa mahir. Dengan buruh asing mahir tidak melebihi lima peratus dari keseluruhan buruh asing, tentulah ianya tidak membantu dalam persediaan Malaysia menghadapi persaingan kompetitif dalam perkembangan ekonomi di peringkat global. Dari segi pengaliran keluar matawang, pada tahun 2007, wang yang buruh asing hantar pulang ke negara asal masing-masing berjumlah kira-kira RM3.43 bilion.

Memang diakui juga buruh asing ada sumbangannya kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Mereka sanggup bekerja dengan kadar upah yang rendah dan bekerja di sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja seperti di sektor pembinaan dan perladangan. Mereka sanggup bekerja di sektor yang berbahaya, kotor dan sukar. Mereka juga sebenarnya telah menyumbang kepada penurunan kadar inflasi kerana kadar upah yang rendah, yang mana dalam ekonomi dipanggil inflasi tolakan kos. Walau bagaimanapun apabila majikan dalam sektor perkhidmatan seperti restoran dan peruncitan, dan sektor perindustrian turut sama mengambil kesempatan mengutamakan pengambilan buruh asing berbanding buruh Malaysia maka timbul persoalan kesesuaian polisi buruh asing yang diamalkan di Malaysia. Apabila berlaku rungutan ketara dari rakyat Malaysia seperti di waktu pilihanraya atau tekanan dari kemelesetan ekonomi, maka dasar buruh asing yang lebih menjurus kepada kawalan dan pengurangan pengambilan buruh asing diperkenalkan. Walau bagaimanapun selepas waktu pilihanraya atau apabila ada rayuan dari majikan, dasar ketat yang diperkenalkan itu dilonggarkan semula. Yang terbaru apabila kerajaan menaikkan levi kepada buruh asing yang bekerja di sektor perkhidmatan seperti di restoran dan membekukan pengeluaran permit baru kepada agensi pengambilan buruh asing. Tetapi apabila ada bantahan dan ugutan dari pengusaha restoran seperti akan menaikkan harga makanan yang dijual, maka terdapat ura-ura untuk mengkaji semula levi yang dikenakan.

Dengan objektif untuk mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, dasar yang perlu digalakkan ialah dasar yang menjurus kepada kemasukan buruh mahir, dan bukan hanya buruh tidak mahir sahaja. Malaysia memerlukan dasar buruh asing yang jelas dan menyeluruh. Dasar tersebut perlu mengambilkira strategi jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Ianya bersesuaian dengan dasar Malaysia untuk beralih kepada perkembangan industri berteknologi tinggi yang memerlukan buruh mahir. Sektor-sektor yang diketahui ada minat yang tinggi oleh pekerja Malaysia untuk bekerja, seperti di sector peruncitan dan restoran, dasar menghalang pengambilan terus buruh asing untuk bekerja di sektor ini perlu dikuatkuasakan. Kita tidak mahu satu masa nanti pekerja dari Malaysia terpaksa bertukar memiliki passport Indonesia, Bangladesh atau Myanmar untuk bekerja di sektor pekerjaan di Malaysia. Ini kerana majikan lebih bersedia mengambil pekerja dari Indonesia, Bangladesh atau Myanmar. Lebih terasa lagi apabila rakyat Malaysia terpaksa bertukar bahasa loghat Indonesia untuk bekerja di kilang, restoran atau pasaraya di Malaysia.

NASIHAT ILMU:

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain: "Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya”.

Hadith yang lain mengatakan: "Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid".

Friday, January 30, 2009

Gelagat Recep Tayyip Erdogan, Shimon Peres, dan David Ignatius dalam World Economic Forum 2009

Ramai dari kita mengenali Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki yang berjaya memerintah Turki mulai tahun 2005 dan mengubah dasar pentadbiran Turki dari cara pentadbiran Kamal Atartuk kepada lebih bercorak pentadbiran Islam sedikit demi sedikit. Begitu juga Shimon Peres, Presiden Israel yang pernah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Luar Israel. Tetapi ramai dari kita mungkin tidak mengenali David Ignatius, wartawan Washington Post yang menjadi ‘moderator’ dalam forum di antara Erdogan dengan Shimon Peres semasa World Economic Forum 2009 di Davos, Switzerland.

Semasa perdebatan, David Ignatius membenarkan Shimon Peres bercakap selama 25 minit menerangkan kewajaran Israel mengebom Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 1,300 orang Palestin semasa serangan ganas Israel dari laut, udara dan darat selama 22 hari. Di pihak Israel pula cuma 13 orang yang terbunuh. Apabila Erdogan cuba membalas ucapan Shimon Peres, David Ignius tidak membenarkan Erdogan bercakap, tetapi Erdogan bercakap juga selama satu minit menerangkan kerajaan Peres sebenarnya membunuh manusia yang tidak berdosa. Apabila di selidik tingkahlaku yang tidak adil kepada ahli panel oleh David Ignatius ini memang tidak mengejutkan. Ini kerana beliau sendiri berbangsa Yahudi dan diketahui Washington Post memang akhbar yang dimiliki oleh usahawan Yahudi di Amerika Syarikat. Sekiranya kita baca blog Che Det, kita tidak juga terkejut semasa keganasan Israel di Gaza, akhbar-akhbar di Britain dan Amerika Syarikat seolah-olah tidak melaporkan langsung keganasan tersebut. Semuanya kerana akhbar, ahli politik, perniagaan dan lain-lain media massa dikuasai oleh orang-orang Yahudi yang menyokong Israel.

Ketidakadilan David Ignatius sebagai moderator lebih terserlah apabila Erdogan hanya dibenarkan bercakap selama 12 minit, sebaliknya Peres dibenarkan membebel dengan suara yang nyaring dan kuat selama lebih dari 25 minit. Memang wajar Erdogan keluar dari perdebatan tersebut. Beliau dianggap sebagai hero di kalangan masyarakat Islam kerana berjaya menunjukkan ketidakadilan media barat dan bagaimana media barat memanipulasikan forum-forum sedemikian. Kebanyakan apa yang berlaku di Gaza pun kita dapati dari laporan Al-Jazeera, dan bukannya dari CNN dan BBC.

Apakah yang kita boleh buat untuk mengatasi keganasan Yahudi?
Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Yahudi terus subur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama Levi's, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Marlboro, dan jenama rokok yang lain telah digunakan untuk diberi kepada Israel. Begitu juga produk keluaran Nestle, Sara Lee, Kimberly-Clark, Danone, Marks & Spencer, Coca-Cola, Kit-Kat, Clinique, Kotex, Nescafe, Loreal, Disney, Revlon, Kleenex, Huggies, dan produk makanan seperti McDonalds adalah digunakan oleh usahawan Yahudi untuk diberi kepada kerajaan Israel bagi membiayai pembelian dan pembuatan peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas setiap insan muslim/muslimah untuk memboikot barangan yang ada kaitan dengan Yahudi, kerana ia secara tidak langsung memberi saham untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin. Dengan usaha pemboikotan yang dilakukan diharap dapat mengurangkan kemampuan bangsa Yahudi ini dari terus mengganas di muka bumi ini.

Persatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan, bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia membantu mereka sama ada dengan wang ringgit, sokongan moral, doa dan usaha untuk tidak membeli barangan produk Yahudi kerana dengan jelas ia akan membunuh umat Islam di Palestin.

Kita pula mestilah sentiasa ingat mengingatkan secara berterusan barangan mana yang merupakan keluaran bangsa Yahudi untuk digantikan dengan penggunaan barangan yang lain, terutamanya keluaran masyarakat Muslim. Usaha berterusan memboikot barangan keluaran bangsa Yahudi perlu dibuat secara berterusan, dan bukannya dibuat secara berkala atau bila berlaku sesuatu peristiwa seperti kezaliman Yahudi di Gaza semata-mata. Usahawan Muslim pula perlu berusaha membangunkan produk gantian kepada produk yang dikeluarkan oleh bangsa Yahudi ini.

Thursday, January 1, 2009

Agricultural Finance 8: Sumber Dana Pinjaman - Agrobank

Selain dari Pinjaman/Pembiayaan, Agrobank juga menjalankan aktiviti Skim Jaminan Kredit Enhancer, Skim Kredit Islam Enhancer (Enhancer-i), Pinjaman Berjangka, Kemudahan Modal Pusingan (Revolving Loan), Kemudahan Banking (Banking Facilities), Skim Khas, Skim Kredit Mikro dan Pembiayaan Mikro.

A. JAMINAN
a) Skim Jaminan Kredit Enhancer

Skim Jaminan Kredit Enhancer adalah kemudahan jaminan yang disediakan oleh CGC bagi produk-produk di bawah pinjaman konvesional.

Tujuan
Untuk membantu usahawan yang mempunyai projek berdaya maju, tetapi kekurangan atau tidak mempunyai cagaran untuk mendapat pinjaman daripada Bank.

Kelayakan Pelanggan
i) Warganegara Malaysia.
ii) Individu atau kumpulan individu.
iii) Syarikat hak milik warganegara Malaysia
iv) Perniagaan yang dikategorikan sebagai Pengusaha Kecil & Sederhana (PKS).

Kelayakan Jaminan
i) Pembiayaan yang tidak mempunyai cagaran atau nilai cagaran tidak mencukupi untuk menampung jumlah pembiayaan.
ii) Pembiayaan bercagaran penuh tidak layak dijamin.
iii) Jaminan adalah untuk pembiayaan baru. Pembiayaan sedia ada tidak layak mendapat jaminan kecuali ada pembiayaan tambahan.

Jumlah Pinjaman
Had pinjaman terkumpul bagi setiap pelanggan yang direkodkan dengan CGC termasuk pinjaman dengan institusi-institusi lain pada bila-bila masa tidak melebihi RM10.0 juta.
Had minimum pinjaman yang layak untuk mendapat jaminan (bahagian tidak bercagar) ialah melebihi RM50,000

Tempoh Pembiayaan
i) Pembiayaan berjangka - sehingga tempoh matang.
ii) Pembiayaan pusingan (Revolving) - maksimum 3 tahun daripada Sijil Jaminan.
iii) Bagi pembiayaan pusingan, pembaharuan jaminan hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh jaminan.

b) Skim Kredit Islam Enhancer (Enhancer-i)
Skim Kredit Islam Enhancer (Enhancer-i) adalah kemudahan jaminan yang disediakan oleh CGC bagi produk-produk di bawah Sistem Perbankan Islam (SPI).

Tujuan
Untuk membantu usahawan yang mempunyai projek berdaya maju, tetapi kekurangan atau tidak mempunyai cagaran untuk mendapat pembiayaan daripada Bank.

Kelayakan Pelanggan
i) Warganegara Malaysia.
ii) Individu atau kumpulan individu.
iii) Syarikat hak milik warganegara Malaysia
iv) Perniagaan yang dikategorikan sebagai Pengusaha Kecil & Sederhana (PKS).

Kelayakan Jaminan
i) Pembiayaan yang tidak mempunyai cagaran atau nilai cagaran tidak mencukupi untuk menampung jumlah pembiayaan.
ii) Pembiayaan bercagaran penuh tidak layak dijamin
iii) Jaminan adalah untuk pembiayaan baru. Pembiayaan sedia ada tidak layak mendapat jaminan kecuali ada pembiayaan tambahan.

Jumlah Pembiayaan
Had pembiayaan terkumpul bagi setiap pelanggan yang direkodkan dengan CGC termasuk pembiayaan dengan institusi-institusi lain pada bila-bila masa tidak melebihi RM10 juta.
Had minimum pembiayaan yang layak untuk mendapat jaminan (bahagian tidak bercagar) ialah melebihi RM50,000.

Tempoh Pembiayaan
i) Pembiayaan berjangka - sehingga tempoh matang.
ii) Pembiayaan pusingan (Revolving) - maksmimum 3 tahun daripada Sijil Jaminan.
iii) Bagi pembiayaan pusingan, pembaharuan jaminan hendaklah dibuat tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh jaminan.

B. PINJAMAN BERJANGKA
a) Hartani-i
Memberi kemudahan pembiayaan kepada kakitangan kerajaan dan swasta untuk membeli hartanah melalui bayaran secara potongan gaji.

Tujuan
Pembiayaan adalah bagi tujuan untuk membeli dan memajukan tanah pertanian kepada individu yang berpendapatan tetap menerusi pembiayaan secara Islam (Al Bai Bithamin Ajil).

Kelayakan Pemohon
i) Warganegara Malaysia.
ii) Umur kelayakan di antara 21-60 tahun
iii) Kakitangan Kerajaan atau Swasta yang telah disahkan jawatan oleh majikannya
iv) Pendapatan bagi kakitangan awam hendaklah tidak kurang daripada RM1,500 sebulan dan kakitangan swasta tidak kurang daripada RM2,000 sebulan.
iv) Baki pendapatan bersih pemohon setelah ditolak pembayaran balik mestilah tidak kurang daripada 40% dari pendapatan kasar (termasuk elaun-elaun tetap).
v) Pembiayaan boleh dipertimbangkan kepada suami dan isteri secara bersesama atau berasingan.
vi) Pemohon mestilah mengemukakan slip gaji ASAL untuk 3 bulan terakhir.
vii) Pemohon tidak mempunyai kepentingan dalam urusan jual beli tanah tersebut (di mana pelanggan asal atau pemilik tanah adalah tidak layak untuk memohon pembiayaan ini).
Selain daripada kakitangan awam dan swasta, individu yang berpendapatan stabil dan berkemampuan juga layak untuk memohon.

Jumlah Pembiayaan
Jumlah maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM200,000
Had pembiayaan 100% daripada harga tanah.

Tempoh Pembiayaan
Tempoh maksima pembiayaan sehingga 240 bulan (20 tahun).

Perlindungan Takaful
i) Mengambil Takaful Gadai-Janji bagi melindungi keseluruhan jumlah pembiayaan.
ii) Bank boleh membiayai bayaran Premium Takaful.

Deposit Sekuriti
Sebanyak 3 bulan ansuran

b) Pembiayaan Pelajaran Insani
Untuk Masa Depan Yang Lebih Terjamin

Tujuan Pembiayaan
Pembiayaan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan dalam membantu mereka melengkapkan perbelanjaan untuk tujuan pendidikan.

Kumpulan Sasaran
Terbuka kepada semua wargenegara Malaysia.

Skop Pembiayaan
Pembiayaan pendidikan peringkat sijil, diploma, diploma lanjutan, ijazah dan ijazah lanjutan di dalam dan di luar negara yang diiktiraf di bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Had Pembiyaan
RM 1,000
Maksimum RM 100,000

Kelayakan
i) Bagi pelajar yang baru masuk institusi pengajian (belum bekerja) hanya layak memohon pinjaman bersama (co-borrower).
ii) Bagi pinjaman bersama (co-borrower), kelayakan penama kedua adalah berumur tidak melebihi 60 tahun pada tarikh matang pinjaman.

Jumlah / Tempoh Pembiayaan
i) Sehingga 100% daripada keperluan
ii) Sehingga 10 tahun
iii) Tempoh penangguhan bayaran balik pokok adalah tidak melebihi 48 bulan ataupun 3 bulan selepas tamat pengajian
iv)Faedah perlu dibayar secara bulanan dalam tempoh penangguhan

c. Pinjaman Projek

a) PINJAMAN TANAMAN
- Aktiviti Pengeluaran:
i) Tanaman kekal
ii) Tanaman sayur-sayuran
iii) Tanaman hiasan, bunga keratan dan orkid
iv) Tanaman makanan bijiran, kekacang dan 'umbisi'.
v) Tanaman buah-buahan bermusim, tidak bermusim dan kordial
vi) Pengeluaran bahan tanaman, biji benih dan lain-lain.

- Aktiviti Pemprosesan:
i) Kilang-kilang padi, kelapa sawit, getah, kayu, perabut dan kertas
ii) Perusahaan makanan ringan seperti kekacang, kerepek, keropok dan buah kering
iii) Perusahaan ragi, herba, minyak sapu, syampu, sabun dan lain-lain.
iv) Lain-lain perusahaan yang menggunakan bahan hasil pertanian.

- Aktiviti Pemasaran:
i) Kenderaan pengangkutan, gudang simpanan dan kerja-kerja penghantaran.
ii) Aktiviti pengimportan, pengeksportan, pemborongan dan pengangkutan hasil tanaman.
iii) Pembekalan baja, ubat-ubatan dan racun tanaman.
iv) Promosi dan pengiklanan.
v) Lain-lain aktiviti pemasaran.

b) PINJAMAN TERNAKAN
- Aktiviti Pengeluaran:
i) Menternak lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik, puyuh dan lain-lain.
ii) Penghasilan susu dan telur.
iii) Penghasilan baka dan lain-lain hasil ternakan.

- Aktiviti Pemprosesan:
i) Rumah penyembelihan.
ii) Penghasilan produk seperti burger, daging kisar, daging salai, rendang, dadih, 'nugget', telur masin dan lain-lain.
iii) Kelengkapan bilik penetasan telur ayam, itik dan puyuh.
iv) Pembungkusan, pengetinan dan pembekuan.
v) Pengeluaran kulit, lemak, geletin dan lain-lain.

- Aktiviti Pemasaran:
i) Kenderaan pengangkutan.
ii) Aktiviti-aktiviti pengedaran.
iii) Kemudahan gudang simpanan, bilik sejuk dan bilik beku.
iv) Pembekalan makanan, baja dan ubat-ubatan.
v) Promosi, pengiklanan dan lain-lain aktiviti pemasaran.

c) PINJAMAN PERIKANAN
- Aktiviti Pengeluaran :
i) Aktiviti penangkapan di kawasan laut pesisir, laut dalam, tasik dan sungai.
ii) Menternak ikan, udang, ketam, kupang dan kerang.
iii) Pengeluaran anak benih ikan, udang dan ketam.

- Aktiviti Pemprosesan:
i) Membeku, mengukus, mengering, menggaram, menjeruk dan menyalai.
ii) Penghasilan keropok/bebola ikan, surimi, belacan dan budu.
iii) Penghasilan makanan ternakan, makanan ikan dan lain-lain.

- Aktiviti Pemasaran:
i) Membina kilang air batu untuk industri perikanan.
ii) Kenderaan pengangkutan hasil perikanan.
iii) Pemborongan dan pengedaran ikan.
iv) Membekal ubat-ubatan dan alat ternakan ikan.
v) Promosi, pengiklanan dan lain-lain aktiviti pemasaran yang sesuai dibiayai.

Kaedah Pembiayaan
Secara konvensional atau Syariah mengikut pilihan pemohon.

d) Pendahuluan Simpanan Tetap
Pendahuluan Khas Simpanan Tetap adalah bertujuan untuk menyediakan pendahuluan kepada pelangan-pelanggan yang mempunyai akaun simpanan tetap bagi membiayai projek-projek yang mempunyai hubung kait dengan bidang pertanian.

Kelayakan
Kemudahan ini hanya terbuka kepada individu atau sekumpulan individu atau organisasi yang mempunyai akaun Simpanan Tetap di Bank Pertanian Malaysia di atas nama pelanggan yang berkenaan sahaja.

Jenis-Jenis Simpanan Tetap
Kemudahan pendahuluan ini adalah bagi semua jenis produk Simpanan Tetap sama ada di bawah perbankan konvensional atau perbankan Islam yang di buka di Bank Pertanian Malaysia sahaja.

Jumlah Pendahuluan
Had maksimum pendahuluan ialah 90% daripada nilai Simpanan Tetap.

Tempoh
Tempoh kemudahan hendaklah tidak melebihi tarikh matang Simpanan Tetap atau tidak melebihi tempoh 12 bulan, di mana terdahulu.

Faedah
Kadar faedah dikenakan sebanyak 1% di atas kadar asas berian pinjaman (KABP).

Pembayaran Balik
Pelanggan boleh membayar balik pendahuluan ini adalah secara ansuran atau sekaligus pada bila-bila masa sebelum tarikh matang.

e) Agrocash-i (Pembiayaan Bai Al-Innah)
Kelulusan segera
Tanpa Penjamin*
Pembiayaan maksimum RM150,000*

Kelayakan
- Kakitangan Kerajaan
i) Kakitangan yang bertaraf perkhidmatan tetap atau masih dalam tempoh percubaan
ii) Kakitangan yang bertaraf kontrak boleh dipertimbangkan melalui jaminan individu

- Kakitangan Swasta
i) Kakitangan swasta yang mana dikategorikan sebagai Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta ii) Anak Syarikatnya, Syarikat yang tersenarai di Bursa Saham dan Individu Pengamal Profesional
iii) Kakitangan yang bertaraf perkhidmatan tetap
iv) Kakitangan yang bertaraf perkhidmatan tetap tetapi masih dalam tempoh percubaan yang boleh dipertimbangkan melalui jaminan individu
- Terbuka kepada semua warganegara
- Pendapatan kasar (termasuk elaun tetap)tidak kurang daripada RM1,000.00 sebulan
- Berumur dari 18 tahun sehingga 58 tahun
- Jumlah potongan gaji termasuk potongan bagi pembiayaan yang diberikan tidak melebihi 60% dari gaji kasar beserta elaun-elaun tetap.
Nota * : Tertakluk kepada syarat-syarat dan perubahan semasa

f) Pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil (BBA)
Al-Bai' Bithaman Ajil (BBA) adalah kontrak jual beli dengan harga tangguh. Di bawah konsep ini, Bank memberi pembiayaan kepada pelanggan untuk memiliki harta atau perkhidmatan di mana Bank akan membeli aset kepunyaan pelanggan atau daripada 'vendor' dengan harga tunai dan kemudiannya menjual kembali aset tersebut kepada pelanggan dengan harga belian ditambah keuntungan dan pelanggan boleh membayar balik secara tangguh atau ansuran.

Jenis-Jenis Pembiayaan
Pelanggan boleh mendapatkan kemudahan ini bagi membiayai sebarang projek pertanian yang berkaitan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran. Klik jenis-jenis pembiayaan untuk keterangan lanjut.

Jumlah Pembiayaan (Harga Belian Bank)
Maksimum 70% daripada kos projek tertakluk polisi semasa Bank

Harga Jualan Bank
i) Harga Belian + Keuntungan Bank
ii) Harga jualan ini apabila telah dipersetujui akan kekal tidak berubah sehingga tempoh pembiayaan tamat.

Kadar Keuntungan
Kadar tetap di antara 6.8% - 10.8% setahun dikira atas baki bulanan.
Tertakluk kepada perubahan.

Tempoh
Tempoh pembiayaan adalah tertakluk kepada keupayaan bayaran balik projek.Tempoh penangguhan boleh dipertimbangkan jika projek yang dicadangkan lambat mengeluarkan hasil.

Deposit Sekuriti
1 bulan ansuran

Cagaran/Jaminan
i) Cagaran penuh berupa tanah, saham amanah, Sijil Pelaburan Am Al-Mudharabah, Sijil Simpanan Tetap, saham tersiar harga dan lain-lain.
ii) Jika tidak mencukupi, boleh kemukakan penjamin yang sesuai.

Perlindungan Takaful
Takaful Gadai Janji

Bayaran Pemprosesan
RM50: Kelulusan Pembiayaan bawah RM30,000
RM100: Kelulusan Pembiayaan bawah RM100,000
RM200: Kelulusan Pembiayaan melebihi RM100,000

Rebat/Ibra'
Rebat diberikan bagi pelanggan yang membuat penjelasan awal dan ianya hak mutlak Bank.
Keistimewaan

Pembiayaan mengikut prinsip Syariah.
Tiada risiko bayar lebih jika KABP/BLR meningkat. Bayaran ansuran bulanan tetap tidak berubah sehingga tamat tempoh pembiayaan. Pilihan terbaik untuk menguruskan aliran tunai anda!
Bayaran keuntungan dalam masa tempoh penangguhan dikongsi samarata dengan Bank. Anda hanya perlu bayar separuh.

C. KEMUDAHAN MODAL PUSINGAN
1. Kontrak Tani
Menyediakan kemudahan kredit pusingan untuk kerja-kerja kontrak

Tempoh Pinjaman
1 Tahun & Boleh diperbaharui

Projek
Kontrak pertanian berasaskan inden kerja yang dianugerah oleh badan pertanian

Bayaran Perkhidmatan
1% sebulan atau 12% setahun

2. Niaga Tani
Membantu Usahawan Tani menyediakan Modal Pusingan ala Over Draf

Tempoh Pinjaman
1 Tahun & Boleh diperbaharui

Projek
Kontrak Pertanian, Modal Pusingan, bahan mentah serta upah pekerja

Kadar Faedah
2% setahun melebihi KABP

"Usahawan Tani Berjaya"

Skim Ar-Rahnu
Bank memberi pinjaman berdasarkan prinsip Syariah Al-Qardul Hassan iaitu pinjam RM10,000 bayar balik RM10,000. Pinjaman yang diberi hendaklah bercagar. Cagaran yang diambil adalah barang kemas. Barang kemas ini disimpan oleh Bank berdasarkan Al-Wadiah Yad Dhamanah dan dijamin keselamatannya. Barang kemas yang disimpan dikenakan sedikit upah (Al-Ujrah).

Kelayakan
Terbuka kepada semua individu atau bukan individu warganegara Malaysia.
Berumur 18 tahun ke atas.

Had Kemudahan/Gadaian
Maksimum RM50,000 @ RM10,000 / hari
Minimum RM100

Tempoh Kemudahan/Gadaian
6+3+2 bulan (Tempoh gadaian pertama ialah 6 bulan, boleh dilanjutkan 3 bulan lagi dan lanjutan tempoh terakhir selama 2 bulan).

Jenis Barang Gadaian
Semua jenis barang kemas yang diperbuat daripada emas seperti: Rantai, Subang, Cincin, Gelang tangan dan Gelang kaki, Kerongsang, dan lain-lain Emas paun dan emas putih (Platinum) tidak diterima oleh Bank

Kadar Upah Simpan
Margin Pinjaman
Kadar Upah Sebulan Bagi Setiap RM100 Nilai Marhun
50% - RM0.50
60% - RM0.60
70% - RM0.70

Penebusan Gadaian
Penebusan gadaian boleh dibuat secara ansuran atau sekaligus atau pada bila-bila masa sebelum atau pada tarikh matang.
* Tertakluk kepada perubahan semasa polisi Bank

Kelebihan Skim Ar-Rahnu
i) Pembiayaan mengikut Syariah
ii) Cepat, mudah dan selamat. Barang kemas dijamin keselamatannya
iii) Lebih murah berbanding pajak gadai konvensional
iv) Kadar upah tetap tidak berubah sehingga penebusan penuh
v) Tempoh gadaian lebih lama
vi) Tiada denda
vii) Lebihan hasil lelongan dikembalikan kepada penggadai

Panduan Berurusan
->Permohonan
i) Isi borang permohonan di kaunter Ar-Rahnu
ii) 1 salinan kad pengenalan
iii) Barang kemas yang hendak digadai
iv) Hantar ke kaunter Ar-Rahnu untuk pemerosesan dan dapatkan tunai segera

->Pembayaran Secara Beransur
Bayar terus kepada tella di kaunter dengan hanya mengemukakan Surat Akuan Gadaian
Kekerapan bayaran tidak terhad

->Penebusan Penuh
Bawa bersama Surat Akuan Gadaian serta bayaran penebusan
Jika melalui wakil, sila kemukakan Surat Akuan bertulis dan salinan kad pengenalan penggadai

->Lanjut Tempoh Gadaian
Bawa Surat Akuan Gadaian dan bayaran upah simpan

->Kehilangan Surat Akuan Gadaian
Bawa surat Akuan Sumpah yang disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah dan salinan Surat Akuan Gadaian akan diberikan tanpa caj tambahan

D. Kemudahan Banking (Banking Facilities)
1. Pemfaktoran (Debt Factoring)

Memberi kemudahan kredit jangka pendek dengan membeli inbois sementara bayaran kontrak belum terima, bertujuan agar usahawan/kontraktor dapat terus bergerak

Had Pembiayaan
90% daripada nilai inbois

Tempoh
Tahunan & boleh diperbaharui

Kadar Faedah
2.5% hingga 4.0% atas KABP

Cagaran
Jaminan dan/atau "Deed of Assignment"

2. Surat Jaminan (Letter of Guarantee)
Menyediakan jaminan kepada pihak ketiga/Penganugerah kontrak

CIRI-CIRI:
Nilai jaminan adalah 75% dari cagaran harta tetap atau 100% dari Simpanan Tetap
Komisen 0.1% sebulan dari nilai jaminan

E. Skim Khas
1. Tabung Untuk Makanan (Pinjaman 3F)

Menggalakkan Pelaburan di Sektor Pengeluaran Makanan Utama

Had Pinjaman
RM10,000 – RM10 JUTA

Tempoh Pinjaman
Sehingga 10 Tahun

Projek
Pengeluaran, Pemerosesan & Pemasaran Makanan (Tanaman, Ternakan & Perikanan)

Kadar Faedah
Serendah 3.75% setahun atas baki bulanan

2. SKIM KREDIT PENGELUARAN MAKANAN
Meningkatkan Aktiviti Pengeluaran Makanan Dalam Negara

Had Pinjaman
Tidak melebihi RM500,000.00

Tempoh Pinjaman
Tidak Melebihi 8 Tahun

Projek
Semua Aktiviti Pengeluaran Makanan dalam Bidang Huluan dan Hiliran

Kadar Faedah
Serendah 3.75% setahun atas baki bulanan

Peruntukan
Dana SKPM adalah sehingga 2018 dan tertakluk kepada polisi dari masa ke semasa

Skim Kredit Padi
Meningkatkan pengeluaran hasil padi di kawasan Jelapang Padi Negara

Had Pinjaman
Tidak melebihi RM5,000.00/musim

Tempoh Pinjaman
Sehingga 6 bulan (1 musim)

Projek
Semua Aktiviti Pengeluaran Tanaman Padi

Kadar Faedah
4% dari jumlah pinjaman bagi tempoh 1 musim

Masyarakat Perdagangan & Perindustrian Bumiputera (MPPB)
Menggalakkan Pembentukan Usahawan Bumiputera dalam Sektor Pertanian

Had Pinjaman
RM10,000 - RM5 juta

Tempoh Pinjaman
Tidak melebihi 10 tahun

Projek
Sektor pertanian komersil
Sektor industri pembuatan/pemprosesan asas pertanian
Perkhidmatan pertanian

Kadar Faedah
3.75% setahun atas baki bulanan

Peruntukan
Dana SKPM adalah sehingga 2018 dan tertakluk kepada polisi dari masa ke semasa

Skim Pembiayaan LITS (Low Intensity Tapping System)
Untuk menambah pendapatan pekebun kecil getah melalui peningkatan hasil torehan dan mengatasi masalah kekurangan tenaga penoreh getah melalui pengurangan kekerapan bilangan hari menoreh.

Nilai Pembiayaan
RM1,000 sehektar dengan pecahan berikut:
70% dalam bentuk geran
30% dalam bentuk pembiayaan (pinjaman)

Tempoh Pembiayaan
12 bulan termasuk 2 bulan penangguhan

Projek Yang Layak Dibiayai
i) Keluasan tanah getah yang dimiliki atau diusahakan melebihi 4 hektar sehingga 40.5 hektar.
ii) Teknologi LITS yang diiktiraf oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM)
iii) Peralatan perkakasan dalam teknologi LITS: Baja, Alat kalis hujan, Peralatan kutipan hasil, Premium takaful, Bayaran guaman

Kaedah Pembiayaan
Secara Al-Bai'Bithaman Ajil (BBA) dengan kadar keuntungan 3% setahun.

Kelapa Sawit (TASKS)
Menggalakkan tanaman semula tanaman kelapa sawit yang tidak lagi produktif

Had Pinjaman
Tidak melebihi RM6000/hektar

Tempoh Pinjaman
Sehingga 10 Tahun

Projek
Tanaman Kelapa Sawit sehingga 100 ekar

Kadar Faedah
4% setahun atas baki bulanan
“Peluang Membuka Ladang Sendiri”

Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah (SUTKS)
Mengurangkan kadar pengangguran di kalangan siswazah dan mewujudkan siswazah tani komersil

Had Pinjaman
Tidak melebihi RM50,000

Tempoh Pinjaman
Sehingga 6 Tahun

Projek
Semua Aktiviti Pengeluaran Pertanian Komersil dalam bidang Huluan dan Hiliran (Projek jangka pendek dan sederhana ; 1-5 tahun)

Kadar Faedah
3% setahun atas baki bulanan
“Siswazah Tani Moden”

Tabung Industri Kecil & Sederhana ke 2 (TIKS2)
Untuk membiayai modal kerja kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di dalam sektor pembuatan berkaitan dengan pertanian.

Kelayakan
Syarikat milik Malaysia, Pertubuhan dan Koperasi.
Dana pemegang saham tidak melebihi RM2 juta.

Had Pinjaman
Minimum RM50,000
Maksimum RM5 juta

Kaedah Pembiayaan
Ditawarkan secara konvensional atau pembiayaan secara Islam (Al-Bai'Bithaman Ajil).

Tempoh Pinjaman
Tidak melebihi 5 tahun.

Projek Yang Dibiayai (Berasaskan Pertanian)
i) Jentera / peralatan ladang.
ii) Pembangunan ladang & bangunan.
iii) Penyelidikan & pembangunan (R & D).
iv) Pemprosesan makanan.
v) Pembungkusan makanan / pengetinan.

Kadar Faedah
4 - 6% setahun, berdasarkan pada tahap risiko pembiayaan.

Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9), Bank telah diperuntukkan dana untuk pembiayaan Skim PKS untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana.

Kelayakan
i) Warganegara Malaysia.
ii) Individu atau kumpulan individu.
iii) Perniagaan milik tunggal atau perkongsian.
iv) Syarikat hak milik warganegara Malaysia.
v) Institusi-institusi lain yang diperbadankan.

Projek
i) Pembiayaan modal tetap dan modal kerja.
ii) Semua projek yang melibatkan proses pembuatan dan pengilangan.
iii) Perkhidmatan.
iv) Pembelian tanah/bangunan (tidak melebihi 30% daripada jumlah pembiayaan).

Jumlah Pembiayaan
Had pembiayaan seperti berikut : a)Minimum -> RM10,000 , b)Maksimum -> i)Pinjaman Berjangka RM5 juta , ii)Kemudahan pusingan RM1 juta

Projek pembesaran sehingga 100% daripada jumlah kos projek.

Projek baru sehingga 90% daripada kos projek.

Tempoh Pembiayaan
i) Pembiayaan berjangka: maksmimum 120 bulan (10 tahun)
ii) Kemudahan pusingan: berterusan tertakluk kepada semakan tahunan.

Kadar Keuntungan
3.75% setahun dikira atas baki bulanan.

Cagaran
Tertakluk kepada Syarat-Syarat Am Agrobank dan PKS.

Skim Belia Tani-i
Membantu golongan belia mempertingkatkan diri dalam aktiviti pertanian dan industri asas tani

Had Pinjaman
RM5,000 hingga RM50,000

Tempoh Pinjaman
Tidak melebihi 84 bulan

Projek
Semua Aktiviti dalam industri huluan dan hiliran berasaskan pertanian dan asas tani

Kadar Faedah
4% setahun atas baki bulanan


F. Skim Kredit Mikro
SKIM MODAL USAHAWAN TANI (MUST)

Skim Modal Usahawan Tani adalah merupakan lanjutan dari Skim Kredit Mikro (SKM) yang telah diperkenalkan oleh Agrobank kepada peminjam yang mengusahakan projek pertanian dan industri asas tani

Tujuan
Untuk membantu pengusaha kecil-kecilan memperkembangkan lagi projek-projek yang telah sedia ada dan projek-projek yang berusia melebihi 1 tahun.

Syarat-Syarat Pinjaman
i) Pembiayaan yang melibatkan semua aktiviti pertanian diperingkat pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran.
ii) Warganegara Malaysia.
iii) Umur kelayakan di antara 21-60 tahun
iv) Individu yang mengusahakan projek pertanian dan industri asas tani.
v) Tidak memerlukan cagaran.
vi) Bekas peminjam yang mempunyai rekod pinjaman yang baik atau pendeposit yang aktif.
vii) Mengusahakan projek yang berusia sekurang-kurangnya 1 tahun di lokasi yang sama.
viii) Bayaran proses dikecualikan.

Had Pinjaman
Jumlah pinjaman sehingga RM50,000
Had pinjaman 100%

Kadar Faedah
Kadar yang kompetatif iaitu 1.25% sebulan.
Rebat faedah sebanyak 20% dikembalikan secara tunai bagi rekod pinjaman yang baik

G. Pembiayaan Mikro
Micro Enterprise Fund Bank Negara Malaysia
Tawaran Micro Enterprise Fund Bank Negara Malaysia untuk MODAL USAHAWAN ASAS TANI (MUST)

Butiran Lanjut:-
i) Syarat-Syarat menarik dengan jumlah maksimum RM50,000 dan tempoh pinjaman sehingga 5 tahun
ii) Terbuka kepada semua pengusaha Mikro, sama ada pertanian atau bukan pertanian (Pertanian termasuk peringkat pengeluaran)

Sila hubungi cawangan-cawangan Agrobank yang terdekat untuk maklumat lanjut

Sumber: Agrobank - (http://www.agrobank.com.my/)

NASIHAT ILMU:
Barangsiapa tak punya sopan santun, bererti ia jahil (ignorant).
Barangsiapa tidak memiliki kesabaran (patience) bererti ia tidak beragama.
Barangsiapa tidak mempunyai sifat wara’ bererti ia tak pernah dekat dengan Allah.

Sumber: Hassan al-Basri