Total Pageviews

Saturday, July 12, 2008

Analisis positif dan analisis normatif dalam ekonomi

Analisis positif menjawab persoalan apa dia (what is)? atau, apa yang akan terjadi? Kenyataan analisis positif adalah berasaskan fakta, contohnya apabila harga barang meningkat dan faktor lain tidak berubah (seperti pendapatan dan citarasa), permintaan pengguna terhadap barangan tersebut akan berkurangan.

Pernyataan Positif melibatkan penerangan dan jangkaan. Contohnya sekiranya kerajaan mengenakan kuota import ke atas kereta buatan luar negeri, apakah yang mungkin berlaku kepada harga kereta, pengeluaran dan jualannya? Apakah kesan kepada pengguna kereta atau kesan kepada pekerja-pekerja industri kereta? Kesemua persoalan ini boleh diterangkan dengan data atau pembuktian melalui fakta.

Sepertimana yang telah diperkatakan tadi, teori dibentuk untuk menerangkan fenomena, menguji pengamatan dan digunakan untuk membentuk model daripada jangkaan yang dibuat. Kegunaan teori untuk membuat jangkaan ekonomi penting bagi pengurus firma dan pembuat polisi awam. Katakan kerajaan pusat bercadang untuk menaikkan cukai minyak petrol. Cukai ini akan memberi kesan kepada harga minyak petrol, pilihan pengguna bagi kereta berenjin besar atau berenjin kecil, jumlah perjalanan yang dibuat oleh individu dan sebagainya.

Bagi tujuan perancangan, syarikat minyak, syarikat kereta, pengeluaran bahagian kereta, firma ataupun pemilik industri pelancongan tentunya ingin mengetahui berapa besar kesan cukai tadi. Pembuat polisi awam juga perlukan anggaran kuantitatif kesan daripada cukai. Apakah kesan inflasi, terutamanya inflasi tolakan kos akibat kenaikan harga minyak tersebut, dan siapa yang menanggung beban yang besar. Mereka perlu menentukan kos yang patut ditanggung oleh pengguna, kesan keuntungan dan guna tenaga dalam pengeluaran minyak, industri pelancongan dan jumlah hasil cukai yang diperolehi setiap tahun.

Analisis normatif pula cuba menjawab apa yang seharusnya dilakukan (what ought to be). Ianya melibatkan penilaian yang abstrak dan pertimbangan nilai. Misalnya kenyataan “Subsidi yang banyak kepada sektor pertanian adalah suatu langkah yang patut dan adil”. Perkataan “patut” dan “adil” adalah suatu yang melibatkan pertimbangan nilai kerana penilaian terhadap perkataan tersebut adalah berbeza di antara seseorang dengan orang yang lain.

Selain dari itu, kegembiraan, kebebasan, keadilan, kesamaan dan pergerakan juga melibatkan pertimbangan nilai. Definisi setiap satunya berbeza di antara satu sama lain dan pernyataan normatif tidak boleh ditunjukkan melalui fakta.

Walau bagaimanapun, pernyataan normatif melibatkan pertimbangan nilai sangat penting kerana ia penting dalam asas polisi ekonomi. Analisis ekonomi normatif boleh dianggap sebagai analisis polisi ekonomi. Contohnya seperti persoalan, perlukah kerajaan meningkatkan perbelanjaan pertahanan awam? Perlukah cukai pendapatan individu lebih tinggi bagi golongan berpendapatan tinggi berbanding dengan golongan berpendapatan rendah? Perlukah kemasukan buruh asing dikawal?

Dalam artikel seterusnya saya akan bincangkan mengapakah dasar-dasar kerajaan akan digunakan oleh pengurus-pengurus di sektor swasta untuk mendapatkan keuntungan dan mengapa kepentingan rakyat boleh terjejas dari dasar kerajaan yang tidak tepat, atau dasar yang tepat tetapi tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

9 comments:

Anonymous said...

Assalammualikum Dr. Jamal..
103474

Analisis positif dan normatif memang perlu dalam ekonomi. Dan sekiranya kerajaan Malaysia benar-benar menggunakan analisis ini terutamanya analisis normatif yang melibatkan pertimbangan nilai, maka rakyat di Malaysia pasti akan sentiasa menyokong apa-apa tindakan yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan rakyat pasti akan hidup dalam suasana yang lebih tenang.

Maka terbuktilah bahawa bidang ekonomi ini amatlah penting dalam semua bidang..

Sekian...
Assalammualaikum...

73413 said...

73413
analisis normatif mengupas sesuatu isu dengan lebih mendalam berbanding pernyataan positif.malah,analisis normatif adalah sebetul2nya analisis kerana ia mencari penyelesaian kepada sesuatu isu,bukan sekadar bertanya apa,mengapa dan bagaimana.

73413
wan fadhilah nor hayati wan muda

Anonymous said...

Salam Dr..

Analisis positif dan analisis normatif mempunyai kebaikan yang tersendiri.Pada pendapat saya,kerajaan seharusnya menggunakan analisis berbentuk normatif dalam menggubal dasar.Kerajaan perlu memikirkan kebaikan dan faedah yang dapat diberikan kepada rakyat.Kerajaan tidak boleh hanya memikirkan keutungan untuk negara, tetapi kepuasan kepada rakyat adalah lebih penting.

nurul asrin roslan
106064

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr....

Berkenaan artikel analisis positif dan analisis normatif doktor telah menjelaskan perbezaan antara kedua dua analisis tersebut.. pada pendapat saya analisis normatif lebih releven kerana kerajaaan tidak perlu menanggung kerugian yang besar, kerana melalui analisis normatif ini banyak pertimbangan nilai yang dibuat sebelum mengambil tindakan yang wajar. Berbanding dengan analisis positif yang hanya memikirkan jangkaan yang akan diterima dengan beranggapan bahawa pendapatan dan citarasa pengguna adalah sama. hal ini boleh menyebabkan banyak kerugian berlaku dalam ekonomi negara. walaupun analisis normatif tidak dibuktikan dengan fakta tetapi pertimbangan nilai yang dibuat boleh dianalisis sebelum membuat keputusan yang jitu.

104513

101313 said...

Assalamualaikum Dr.Jamal,
Pada pendapat saya,sebagai langkah untuk meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos berubah purata, pengambilan tenaga buruh asing dalam sektor perkilangan adalah strategi yang seringkali digunakan oleh firma-firma perkilangan. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh kadar gaji bulanan warga asing adalah lebih murah berbanding kadar gaji bulanan warga tempatan, malah ia juga turut memberi beberapa kesan positif kepada produktiviti sesebuah firma perkilangan. Beberapa agensi pekerjaan akan mencari tenaga buruh asing sama ada di Indonesia, Nepal, Myanmar, Nepal dan lain-lain. Warga asing yang ingin bekerja perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM1000 bagi menanggung kos passport dan juga kos pengangkutan. Agensi pekerjaan akan menjanjikan tidak berlaku keputusan tenaga buruh asing kepada pihak kilang kerana setiap warga asing yang bekerja di Malaysia harus membayar deposit kepada agensi yang mengambil mereka bekerja. Selain itu, mereka juga diwajibkan membuat perjanjian bertulis bagi menentukan berapa jangkamasa perkhidmatan mereka di kilang tersebut. Jangkamasa ini adalah tidak kurang dari 2 tahun dan tidak lebih 9 tahun. Warga asing yang telah membuat perjanjian tidak dibenarkan berhenti bekerja dan pulang ke kampung halaman selagi mereka berada di bawah tempoh perkhidmatan yang telah dijanjikan. Mereka dibenarkan mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman tetapi mereka harus meletakkan deposit RM500 sebagai jaminan mereka akan pulang dan menyambung khidmat mereka di kilang tersebut.
Gaji dasar buruh asing adalah dalam lingkungan RM450 hingga RM500 sahaja, manakala gaji dasar buruh tempatan adalah tidak kurang daripada RM650.Perbezaan gaji dasar warga asing yang lebih murah dari warga tempatan adalah disebabkan selain penetapan kadar peletakan gaji untuk warga asing yang telah ditetapkan oleh kerajaan, warga asing harus mambayar wang pembiayaan kepada agensi yang mengambil mereka bekerja dalam nilai RM100. Pembayaran ini adalah merangkumi kos pengangkutan untuk mereka pulang ke tanah air masing-masing setelah mereka tamat perkhidmatan kelak. Tetapi jumlah warga tempatan yang bekerja dalam sektor perkilangan adalah sangat rendah terutama sekali yang berjawat sebagai operator atau pengawal keselamatan. Ini adalah disebabkan oleh sikap dan pemikiran warga tempatan yang jumud dan tidak berfikiran terbuka. Mereka hanya mementingkan status dan beranggapan kerja kilang adalah memalukan dan juga membosankan. Mereka lebih memilih untuk bekerja di pejabat walhal mereka tidak berpendidikan tinggi. Oleh itu, kebanyakan warga tempatan hanya bekerja di bawah kontrak di mana mereka hanya melalui tempoh percubaan. Jika mereka bekerja di bawah kontrak, mereka boleh berhenti kerja sewenang-wenangnya apabila mereka bosan. Pengurangan tenaga buruh secara tiba-tiba tanpa memberi sebarang notis akan menjejaskan produktiviti sesebuah firma perkilangan. Manakala warga asing tidak akan melakukan hal sedemikian kerana mereka telah terikat dengan perjanjian yang telah ditandatangani oleh mereka. Pihak pengurusan menggunakan kebijaksanaan mereka supaya warga asing tidak melarikan diri dari syarikat. Kawalan ketat di pintu-pintu pagar kilang sering dilakukan. Warga asing yang lari akan mengalami kerugian dari segi pemotongan gaji yang sangat banyak serta nama mereka akan di ‘black-listed’ dalam sektor perkilangan dan susah untuk mereka mencari pekerjaan lain. Pengambilan tenaga buruh asing dapat menjanjikan keputusan tenaga buruh tidak akan berlaku. Sebagai kesimpulan, pengambilan buruh asing lebih memberi keuntungan kepada firma yang ingin mengurangkan kos berubah purata disamping meningkatkan keuntungan.
Disamping itu, pengambilan tenaga buruh asing juga memberi beberapa kesan negatif seperti masalah komunikasi. Arahan ‘downward’ oleh penyelia atau supervisor tidak akan dapat disampaikan sepenuhnya kepada buruh asing yang berasal dari Nepal. Myanmar, Vietnam dan sebagainya. Lazimnya, warga asing akan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan mereka tetapi penguasaan Bahasa Inggeris mereka adalah sangat lemah. Ini akan menyukarkan proses penyampaian maklumat dan juga arahan dan mungkin akan disalah tafsir serta berisiko menjejaskan produktiviti kilang tersebut. Sebagai langkah penyelesaian, juru bahasa perlu disediakan di firma perkilangan bagi menterjemahkan arahan Bahasa Melayu kepada bahasa yang mudah difahami oleh buruh-buruh asing tersebut. Selain itu, kemasukan buruh asing ke Malaysia terutamanya yang berasal dari Myanmar dan Nepal juga akan mengancam pelbagai penyakit berjangkit sebagai contoh adalah TB dan juga kusta. Hal ini juga akan menjejaskan sistem kesihatan masyarakat yang berdekatan dengan mereka. Susulan program kesihatan yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia dapat memberi kesedaran kepada para pekerja mereka.
Saya kurang bersetuju dengan pernyataan kepentingan rakyat boleh terjejas dari dasar kerajaan yang tidak tepat. Faktor ini juga dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran masyarakat Malaysia yang suka menjaga status. Apa yang penting adlah, dasar tersebut perlu dikaji semula agar dapat membuka pemikiran warga tempatan terhadap pekerjaan di sektor perkilangan.
Akhir sekali, sejajar dengan kemasukan buruh asing yang rancak, saya berpendapat kerajaan perlu meningkatkan perbelanjaan pertahanan awam dengan memperuntukkan teknologi pertahanan yang lebih moden sebagai langkah memastikan keselamatan warga tempatan dan juga keamanan negara. Hal ini adalah bertujuan untuk memperketatkan pertahanan negara kita dari gejala yang tidak sihat yang mungkin berpunca daripada sikap warga asing. Selain itu, cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan tinggi perlu ditingkatkan berbanding dengan golongan individu berpendapatan rendah kerana ini akan membantu kerajaan untuk memperluaskan pembangunan sosioekonomi, kemajuan dalam sistem kesihatan dan pendidikan.

101313

101313 said...

Dr Jamal..
Comment saya tu adalah berkenaan kemasukan buruh asing.saya tersilap masuk dan perenggan yg akhir skali pula menjawab soalan pertanyaan article ini..maaf ye..tersilap...

Anonymous said...

assalamualaikum...
setelah membaca artikel dr dr sy merasakan analisis positif dan analisis normatif amat penting dalam menjana ekonomi negara..dalam keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu akibat kenaikan harga minyak seharusnya kt perlu mengamalkan analisis positif dan analisis normatif..hal ini kerana inflasi di negara kita akan semakin meruncing sekiranya kt tidak melaksanakan pendekatan yang lebih praktikal..dan generasi akan datang akan mendapat kesannya..kt harus mgunakan sumber yang ada di negara kita dgn sebaik mungkin untuk manfaat pada generasi akan datang..sekian...103330

Anonymous said...

assalamualikum dr...

Melalui kenyataan berkaitan dengan analisis positif dan analisis normatif, kedua duanya mempunyai perbezaan dalam menganalisa keadaan ekonomi oleh kerajaan
namun dilihat analisis normatif membawa kepada pertimbangan nilai yang lebih baik contohya
adakah kerajaan harus menaikkan harga minyak?

namun dalam pada itu,pernyataan normatif dikatakan tidak boleh di tunjukkan melalui fakta dan hanya melibatkan pertimbangan nilai yang khusus

sekian

studEnt,
105736

Anonymous said...

Assalammualaikum…..
Dalam artikel ini para pembaca dapat memahami dan mengetahui perbezaan antara analisis dan analisis nomatif. Kedua-dua teori analisis ini adalah sangat penting dalam pengurusan ekonomi negara. Teori-teori ini harus difami oleh penganalisis ekonomi dan perancang ekonomi bagi memastikan pengagihan pendapatan negara dapat disalurkan dengan betul dan kepada sektor yang benar-benar memerlukan.
Sekian……
105528