Total Pageviews

Sunday, July 20, 2008

Penggunaan matematik dalam ekonomi

Matematik memainkan fungsi penting alam bidang ekonomi. Penelitian struktur program sarjana muda dan ijazah lanjutan dalam bidang ekonomi, dan penulisan tesis oleh calon ijazah lanjutan, dan hasil penyelidikan ahli akademik menunjukkan peningkatan yang nyata dalam pengungkapan menggunakan matematik (termasuk statistik dan ekonometrik).

Laporan ekonomi seperti yang diterbitkan oleh Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, institut penyelidikan seperti Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), dan bahagian ekonomi akhbar utama, mengandaikan kecelikan matematik dan statistik yang baik untuk seseorang itu memahami analisis ekonomi yang terkandung di dalamnya. Keputusan yang dibuat dalam pasaran modal, saham dan kewangan banyak berasaskan kepada model matematik.

Di sektor swasta, pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik untuk merancang strategi firma yang bermatlamatkan keuntungan, seperti strategi memaksimumkan jumlah hasil dan meminimumkan jumlah kos tertakluk kepada batasan tertentu seperti harga input, harga output dan kuantiti input yang ditetapkan. Kenyataan tersebut menunjukkan seseorang yang ingin memahami penyelesaian masalah ekonomi memerlukan pemahaman teknik matematik yang bersesuaian.

Di kalangan pembuat dasar negara pula, terdapat beberapa alasan yang menyokong kepentingan menggunakan kaedah matematik untuk tujuan perancangan. Pertama, model ekonomi berguna kepada pembuat dasar yang berkaitan dengan pengurusan makroekonomi yang mempunyai objektif seperti pertumbuhan ekonomi, kestabilan harga, guna tenaga penuh dan keseimbangan imbangan pembayaran. Misalnya, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, dan faktor itu lebih mudah diteliti jika dirangkumkan ke dalam satu kumpulan, dan dikenalpasti faktor mana yang paling kuat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.

Kedua, model struktur ekonomi boleh memberikan gambaran kasar mengenai potensi ekonomi untuk mencapai matlamat pembangunan jangka panjang seperti pertumbuhan pendapatan, pengwujudan peluang pekerjaan, pengagihan pendapatan dan pembasmian kemiskinan. Model yang dibentuk juga membantu menerangkan kesan yang berlaku dari pelbagai strategi alternatif yang dipilih.

Ketiga, model analisis kos faedah (benefit cost analysis, BCA) yang banyak digunakan oleh pembuat dasar banyak membantu kerajaan dalam membuat keputusan tepat pemilihan pelaburan awam yang memberikan pulangan ekonomi yang optimum.

Pada masa kini penumpuan yang lebih perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran asas matematik di kalangan para pelajar. Pada masa yang sama, teknik pengajaran matapelajaran matematik dikalangan para pendidik perlu diperbaiki untuk menjadikan subjek matematik lebih menarik. Pelajar yang mempunyai asas matematik yang kukuh tentunya lebih berkemampuan menghadapi cabaran di lapangan pekerjaan yang semakin mencabar pada masa kini.

Sebagai kesimpulan, matematik memupuk dan melatih seseorang mempunyai keupayaan analitikal yang baik. Justeru itu, bagi membolehkan universiti melahirkan siswazah ekonomi yang bermutu, yang bakal menjadi penggubal dasar, penganalisis dan perancang ekonomi yang berkesan sama ada disektor kerajaan, swasta atau bekerja sendiri, kandungan dan pendedahan pelajar kepada matematik, statistik dan ekonometrik perlu dipertingkatkan.

(diubahsuai dari artikel yang ditulis oleh saya dan Dr. Mohammad Hj. Alias dalam Berita Harian pada 16.8.2001)

19 comments:

Anonymous said...

MATEMATIK semmgnya amat penting dalam kehidupan kt seharian..ilmu amat sinonim dgn bidang ekonomi..sy sbg pelajar ekonomi tahu matematik amat penting bg mendalami bidang ekonomi..tetapi sesetengah pelajar menganggap ilmu matematik terlalu sukar untuk dipelajari..oleh itu ramai yang tidak berani untuk mendalami ilmu matematik

Anonymous said...

MATEMATIK semmgnya amat penting dalam kehidupan kt seharian..ilmu amat sinonim dgn bidang ekonomi..sy sbg pelajar ekonomi tahu matematik amat penting bg mendalami bidang ekonomi..tetapi sesetengah pelajar menganggap ilmu matematik terlalu sukar untuk dipelajari..oleh itu ramai yang tidak berani untuk mendalami ilmu matematik..103330

Anonymous said...

Sejak kecil sehingga dewasa kita dikelilingi dengan ilmu matematik.Waktu kecil kanak-kanak diajar mengira 1,2,3.kemudian diajar sifir,tambah dan tolak serta sebagainya.Walaupun hanya ilmu diperingkat sekolah rendah diperolahi tetapi ia berbaloi apabila seseorang itu sudah pandai mengira,ini seringkali dihadapi oleh keluarga yang kurang berkemampuan.Apabila meningkat dewasa,ilmu matematik yang lebih tinggi diperolehi seperti matematik tambahan,matematik moden,ekonomi asas,perakaunan dan sebagainya diajar diperingkat menengah.Di universiti,sekirannya seseorang itu lebih suka kepada mengira atau metematik,dia boleh memilih untuk mengambil jurusan ekonomi atau perakaunan.Manusia akan lebih sempurna dengan ilmu matematik kerana kehidupan kita yang dikelilingi dengan wang.Sama ada kita ditipu atau tidak oleh penjual atau sesiapa sahaja bergantung kepada ilmu matematik yang kita ada.
(103878)

Anonymous said...

saya setuju dengan pendapat tersebut,sebenarnya kalau kita sedar bahawa penggunaan ilmu matematik adalah dalam pelbagai bidang,khususnya jika dilihat pada aplikasinya. malah,ia menuntut kepada kerjaya yang berbentuk profesional.kesukaran yang dihadapi dalam kalangan pelajar ialah pemahaman terhadap aplikasinya dalam sesuatu subjek.Jadi pelajar perlu peka dengan situasi tersebut...1o4o81

Anonymous said...

kemahiran matematik penting di mana untuk melayakkan seseorg untuk TIDAK bergelar buta huruf adalah kemahiran asas mengira,di samping asas membaca dan menulis.Malah,otak kita juga terdiri daripada dua bahagian yg salah satunya terdiri drpd otak yang melibatkan kira2 atau teknikal dan satu lagi adalah otak sastera yang lebih cenderung ke arah pembacaan.Albert Einstein adalah salah seorang yg memaksimakan penggunaan otaknya,kiri dan kanan menyebabkn dia mampu menguasai sesuatu ilmu itu dengan mendalam hingga menjumpai teori e=mc2...73413

Anonymous said...

Sejak kecil semua orang telah didedahkan oleh ilmu matematik.Boleh dikatakan,ilmu yang pertama diajar oleh ibu adalah matematik. Ketika menyuap makanan pada kita ada ibu yang mnyuap makanan sambil mengira 1,2,3.
pembelajaran matematik adalah berbeza dengan cara pembelajaran matapelajaran lain. pendidik tidak boleh hanya membaca apa yang ada di papan hitam tanpa menunjukkan cara bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi sesuatu soalan itu.

pembelajaran matematik adalah antara yang menarik dan jarang untuk pelajar tertido waktu pembelajaran matapelajaran ini.

matematik dan ekonomi adalah satu yang sinonim. dengan ilmu matematik, sesuatu konsep ekonomi itu dapat dibuktikan dan dilihat dengan jelas bukan saja bergantung semata-mata pada teori.jadi, orang ekonomi haruslah jaga menjadi orang matematik.

Anonymous said...

Sejak kecil semua orang telah didedahkan oleh ilmu matematik.Boleh dikatakan,ilmu yang pertama diajar oleh ibu adalah matematik. Ketika menyuap makanan pada kita ada ibu yang mnyuap makanan sambil mengira 1,2,3.
pembelajaran matematik adalah berbeza dengan cara pembelajaran matapelajaran lain. pendidik tidak boleh hanya membaca apa yang ada di papan hitam tanpa menunjukkan cara bagaimana untuk mendapatkan jawapan bagi sesuatu soalan itu.

pembelajaran matematik adalah antara yang menarik dan jarang untuk pelajar tertido waktu pembelajaran matapelajaran ini.

matematik dan ekonomi adalah satu yang sinonim. dengan ilmu matematik, sesuatu konsep ekonomi itu dapat dibuktikan dan dilihat dengan jelas bukan saja bergantung semata-mata pada teori.jadi, orang ekonomi haruslah jaga menjadi orang matematik.

-101007-

Anonymous said...

103940
Penggunaan matematik dalam ekonomi sangat penting. Bagi pelajar yang mengambil jurusan ekonomi penguasaan subjek matematik sangat penting. Hal ini disebabkan ekonomi sangat berkait rapat dengan matematik. Contohnya dalam ekonometrik, statistik, makroekonomi mahupun mikroekonomi pengunaan matematik sangat penting. Malahan di uum sendiri telah menjadikan penghantar matematik ekonomi dan ekonomi matematik sebagai teras program bagi pelajar-pelajar ekonomi. Oleh itu penguasaan matematik sangat penting untuk pelajar ekonomi. Ekonomi merupakan subjek yang indah dan unik untuk dipelajari.. =)

Anonymous said...

106057

Kepentingan penguasaan matematik adalah sangat penting dan perlu diberi kutamaan. Dalam bidang ekonomi sendiri, kita dapat perhatikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan ekonomi diselesaikan dgan pendekatan matematik. Kalau dulu kita diajar menyelesaikan pengiraan 3+2=5 dan sekarang diperkenalkan persamaan y=3x + 2. Semua angka-angka ini sering digunakan dalam menyelesaikan masalah ekonomi seperti pengiraan pendapatan negara,membuat analisis ekonomi dan sebagainya. Dalam pentadbiran dan pengurusan pula matematik dijadikan alat pengukur untuk membuat sebarang keputusan seperti perancangan operasi untuk mengurangkan kos orepasi dan memang tidak dinafikan matematik digunakan dalam setiap bidang. Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menyatakan bahawa salah satu faktor yang menjejaskan kejayaan seseorang usahawan ialah kelemahannya dalam menguasai bidang Matematik yang di petik daripada artikal Kecelikan Matematik dalam Menghadapi Abad ke-21..

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr. Jamal..

103474

saya setuju sangat bahawa matematik amat penting bukan saja dalam ekonomi malahan dalam kehidupan seharian kita pun memerlukan ilmu matematik. Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai ibu bapa pada hari ini yang tidak mengambil peduli tentang kepentingan ilmu matematik ini.

Untuk mahir dalam matematik, memerlukan latihan yang banyak,tetapi kebanyakkan pelajar pada masa kini tidak suka dengan latihan.Di mana silapnya?

sama-sama fikirkan....
Ekonomi di UUM memang satu program yang menarik dan unik,malahan ramai tenaga pengajarnya berpengetahuan luas dalam bidang ekonomi.

Anonymous said...

104955
memang penggunaan kaedah matematik dapat digunakan secara meluas dan memudahkan perancangan dalam ekonomi, terutamanya dalam perancangan pengeluaran firma bagi seseorang pengurus. contohnya, melalui penggunaan persamaan matematik dapat dianggarkan jumlah pengeluaran yang dapat memperolehi keuntungan yang maksimum dan kos yang minimum yang merupakan objektif bagi sesebuah syarikat. daripadanya, kerugian dapat dielakkan serta keuntungan yang disasarkan dapat diketahui.

Anonymous said...

104105
seperti yang kita semua ketahui matematik merupakan satu cabang ilmu yang amat penting dalam kehidupan seharian...dengan hanya menggunakan nombor kita boleh mengintrepetasikan pelbagai makna..sehubungan itu apabila menyentuh tentang penggunaan matematik didalam bidang ekonomi kita tidak dapat menafikan ia sama sekali..ekonomi memerlukan matematik untuk membuktikan toeri-teori yang dikeluarkan adalah benar..kepentingan matematik dapat dilihat sehingga ia boleh digunakan untuk menyelelesaikan kes-kes pembunuhan..oleh sebab itu pengajaran matematik yang berkesan dari tenaga pengajar dalah amat perlu...penguasan matematik membawa kepada penguasaan hampir semua ilmu didunia..

AMIR SYAFFIQ HAMZAH -105744 said...

Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran".Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang, dan tukaran. Tidak dapat dinafikan ilmu matematik amat penting dalam kehidupan kita seharian. Tanpa mengira apa jua jurusan yang diambil seseorang itu disekolah mahupun universiti, ilmu matematik amat diperlukan. Baik seseorang itu pelajar perakaunan, fizik, perubatan, ekonomi, kejuteraan mahupun bahasa dan sastera dia tetap perlukan ilmu matematik dalam kehidupan seharian.

kepentingan ilmu matematik dalam bidang ekonomi dapatlah kita ibaratkan seperti isi dengan kuku. Tanpa ilmu matematik, bidang ekonomi takkan sempurna. Melalui pembacaan saya di lamam web Universiti Malaysia Sabah, Sekolah Sains dan Teknologi telah bergabung dengan Sekolah Ekonomi dan Perniagaan untuk menawarkan satu program dalam pengajian Sarjana Muda Sains dalam bidang matematik dengan ekonomi.

Program ini dikatakan bertujuan untuk memenuhi jawatan yang diperlukan oleh kerajaan, bidang perniagaan dan perindustrian yang memerlukan tenaga mahir yang mempunyai pengetahun luas tentang matematik dan juga pengetahuan yang setimpal dalam bidang ekonomi. Menyedari hal ini , program ini menyediakan pelajar-pelajar asas yang kukuh dalam kedua-dua bidang matematik dan ekonomi. Perkara yang menarik mengenai program ini adalah ia bersifat fleksibel dan ideal kepada pelajar-pelajar yang ingin mendalami dan mengembangkan kebolehan matematik mereka dan pada masa yang sama juga ingin mempunyai kefahaman dalam subjek-subjek lain yang berkaitan dengan masalah ekonomi.

Memikirkan kepentingan matematik dalam ekonomi ini, mungkin sudah tiba masanya program Sarjana Muda Ekonomi di UUM turut dikaji. Mungkin lebih banyak ilmu matematik boleh diserapkan dalam teras program ekonomi supaya siswazah – siswazah ekonomi kita lebih berdaya saing berbanding siswazah ekonomi dari Universiti lain.

Wassalam.

AMIR SYAFFIQ HAMZAH
105744
Sains Pengurusan Perniagaan Tani

Anonymous said...

104774,

Saya sungguh bersetuju dengan doktor.....

cuba bayangkan hidup kita tanpa matematik. kita tidak tahu apa itu matematik. tidak tahu nombor, sukatan, serta istilah matematik yang lain. tidak tahu tolak, tambah, bahagi dan sebagainya. alangkah huru-haranya hidup kita tanpa mengetahui matematik. banyak perkara didunia ini kita tidak dapat lakukan, rutin serta aktiviti harian juga akan terganggu.

Betapa pentingnya matematik itu boleh kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Kita guna matematik untuk membuat keputusan dan banyak perkara. Contohnya dalam membuat belanjawan. Kita akan memerlukan kemahiran dalam kira-kira asas matematik iaitu operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Kita perlu mengira berapa banyak wang yang kita akan keluarkan dengan menggunakan operasi tolak dan mengunakan operasi tambah bagi memasukkan pendapatan baru dalam belanjawan kita.

Matematik juga penting dalam ekonomi. Matematik digunakan untuk menentukan untung, berapa keluaran yang perlu dikeluarkan, titik pulang modal, harga dan kuantiti keseimbangan dalam perniagaan dan ekonomi.

memang tidak dinafikan matematik bukan sahaja penting dalam penggunaan ekonomi tetapi hidup keseluruhan manusia.

Anonymous said...

salam Doktor..

Saya memang bersetuju dengan pandangan doktor mengenai kepentingan penggunaan matematik dalam ekonomi.
Sebagai contoh yang dikemukakan oleh doktor dalam sektor swasta,sememangnya pengurus firma perlu tahu menggunakan pendekatan matematik bagi memastikan keuntungan syarikat dapat di capai melalui kaedah pengiraan matematik iaitu:

∏=TR-TC
dimana;TR=jumlah hasil
TC=jumlah kos

melalui kaedah ini,keuntungan dapat diperolehi apabila TR>TC

your student..
103696

Anonymous said...

SALAM DR..
102839

tidak dapat dinafikan asas kepada ilmu matematik amat penting. Kita mmg telah di dedahkan kpd ilmu matematik sejak dari peringkat umur yang masih muda.apabila meningkat dewasa,ilmu metematik yang dipelajari adalah semakin sukar..contohnya kita dapat lihat sekarang,pelajar melayu mempunyai masalah dalam menguasai ilmu matematik pada peringkat form4 dan 5 terutama dalam subject matematik tambahan. Form 6 aliran sains pula,pelajar perlu mendalami subject matematik tinggi dan sebahagian besar yang meneruskan pelajaran dalam aliran form 6 aliran sains adalah pelajar cina dan india. Bagaimana pula pelajar melayu? Masalah bagi pelajar melayu adalah kesukaran dalam mengaplikasikan rumus-rumus matematik dalam menjawab persoalan matematik itu sendiri. Bebalik kepada penggunaan matematik dalam ekonomi, ekonomi adalah satu kajian mengenai manusia dalam kehidupan seharian dan dalam kehidupan seharian tersebut manusia amat memerlukan matemtik, jadi pelajar perlu pandai mengaplikasikan matematik dalam ekonomi agar dapat mebuka peluang yang lebih cerah pada masa hadapan.

Anonymous said...

Assalamualaikum……
Jika dilihat dari segi tajuk, ia sudah cukup menggambarkan bahawa ilmu yang dicipta olehNYA sangat meluas. Matematik dan ekonomi sangat penting pada masa kini. Kedua-duanya saling memerlukan. Penuntut ilmu ekonomi harus mengetahui konsep matematik. Ini seperti yang diterangkan di dalam petikan. Contohnya, jika perancang ekonomi tidak mendalami ilmu matematik, kemungkinan ekonomi Negara akan jatuh pada masa akan datang. Ekonomi dan matematik tak dapat dipisahkan.
Sekian……..
105528

Anonymous said...

salam..
saya bersetuju dengan pendapat doktor.Namun saya sebagai graduan UPM mengambil kos bacelor sains kepujian Matematik baru menamatkan pengajian saya pada April 2009 masih keliru dengan kerjaya saya.Kebanyakan akan kata kos saya hanya pada guru sahaja.Namun saya tidak berminat menjadi guru.boleh berikan pendapat pada saya?
terima kasih..

Anonymous said...

salam..
saya juga keliru dengan peluang kerjaya saya setelah tamat pengajian nanti. untuk pengetahuan doktor, saya mengambil kos sarjana muda sains gunaan (matematik dan ekonomi) di USM penang. boleh doktor bagi sedikit pendapat?