Total Pageviews

Friday, August 5, 2011

Kenaikan harga barang keperluan isirumah

Semasa menaiki kapalterbang dari Kuala Lumpur ke Alor Setar pada 21 Julai 2011 yang lalu, saya berkesempatan bertemu dengan salah seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kebetulan duduk di sebelah tempat duduk saya di Kelas Ekonomi di dalam kapalterbang dari perjalanan Kuala Lumpur Ke Alor Setar. Beliau mempunyai urusan rasmi di Alor Setar. Saya menegurnya dan mengucapkan tahniah kerana sanggup juga duduk di kelas Ekonomi walau pun saya dapati masih ada tempat kosong di kelas “business”. Kemudiannya saya melakukan tanggungjawab saya sebagai ahli akademik untuk meminta kerajaan membuat sesuatu berkaitan dengan kenaikan harga barangan di pasaran, terutama kenaikan harga barang makanan yang begitu ketara pada masa kini. Saya mengatakan kerajaan perlu membuat strategi baru untuk menangani kenaikan harga barang bagi mengurangkan bebanan rakyat yang begitu tertekan dengan tekanan hidup, terutama akibat dari kenaikan harga barang makanan. Beliau memaklumkan kepada saya memang kerajaan menyedari keadaan tersebut dan untuk mengatasinya agak rumit kerana bukan hanya melibatkan kajian permintaan dan penawaran sahaja.

Seminggu selepas itu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia memaklumkan kerajaan sedang merangka strategi baru untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup seperti membantu petani, penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat. Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang pula akan bermesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji langkah berkenaan dan merumuskan formula untuk mengurangkan beban rakyat berikutan kenaikan kos harga barang-barang. Seterusnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga barang-barangan terutamanya makanan.

Benarkah kenaikan harga barang keperluan, terutamanya harga barang makanan begitu ketara pada masa kini? Memang diakui harga barang-barang makanan seperti ikan dan sayur-sayuran berubah-ubah mengikut musim, tetapi secara keseluruhan memang harga barang makanan telah meningkat dengan begitu ketara sekali. Perbandingan kasar yang saya buat dengan membandingkan harga pada masa kini dengan harga tempoh enam bulan yang lalu menunjukkan kebenaran kenyataan kenaikan harga barangan tersebut. Sebagai contoh, harga 5 liter minyak masak telah meningkat dari RM12.50 pada bulan Januari kepada RM13.50 pada bulan Julai. Suatu peningkatan sebanyak 7%. Begitu juga harga 1kg Milo dari RM12.90 kepada RM15.90 (23.3%), Nescafe “3 in 1” 22 uncang dari RM11 kepada RM12.40 (12.7%), Beras gred A seberat 10kg dari RM23 kepada RM25.90 (12.6%), satu tin Susu pekat manis dari RM2.00 kepada RM2.40 (20%), Telor gred A 10 biji dari RM3.00 kepada RM3.30 (10%), satu liter Kordial FN dari RM5.90 kepada RM7.20 (22%), sekilo bawang putih dari RM7.00 kepada RM10.00 (43%), sekilo Ikan kembung dari RM4.00 kepada RM8.00 (100%). Begitu juga harga barangan keperluan dapur yang lain seperti cecair pencuci pinggan dari RM4.90 kepada RM5.90 (20.4%), kitchen paper (6 roll) dari RM8.90 kepada RM10.90 (22.5%), dan Soflan dari RM5.90 kepada RM6.90 (17%).

Pada pandangan saya langkah penguatkuasaan undang-undang, imbuhan khas kepada rakyat dan menambah subsidi untuk rakyat tidak akan mengatasi masalah kenaikan harga barangan tersebut. Setiap barangan mempunyai faktor tersendiri yang menyebabkan kenaikan harganya. Harga ayam meningkat mungkin disebabkan kenaikan kos tarif elektrik, kenaikan harga makanan ayam, atau kenaikan kos pengangkutan ayam dari pusat penternakan ke pasaran. Kenaikan harga beras mungkin kerana kenaikan harga beras yang diimport dari luar Negara. Begitu juga dengan kes harga susu, gula, milo dan tepung. Malahan jika dilihat mengikut tempat juga, mungkin harga di Bandar-bandar besar seperti Johor, Melaka dan Pulau Pinang lebih tinggi dari harga di Bandar-bandar kecil dan bersempadan dengan Negara seperti Thailand dan Indonesia. Selain itu pengaruh oligopoli pengeluar-pengeluar barang makanan tertentu tentunya boleh mempengaruhi harga. Bagi harga ikan pula, kekurangan sumber di laut akibat dari kepupusan sumber perikanan hasil dari tangkapan ikan yang berleluasa oleh pukat tunda dan nelayan asing telah mempengaruhi hasil tangkapan dan meningkatkan harga ikan di pasaran tempatan. Maksudnya strategi kerajaan untuk mengatasi kenaikan harga barang makanan perlu dilihat mengikut barangan dan bukannya secara menyeluruh tanpa mengambilkira jenis barangan. Ciri-ciri barangan tersebut dari segi pengeluaran, permintaan, pemasaran dan keadaan bermusim sendiri boleh mempengaruhi harga.

Galakan penanaman sendiri bahan makanan yang boleh ditanam sendiri seperti sayur-sayuran perlu dipertingkatkan semula. Kempen buku hijau dan penanaman menggunakan teknik moden seperti hidroponik boleh dibuat. Kita tidak mahu melihat satu masa dahulu ada agensi pertanian menggalakkan hobi penanaman secara hidroponik, tetapi teknologi yang diberikan kepada penduduk adalah teknologi yang tidak begitu berjaya di pusat-pusat pertanian, inikan pula di kalangan penduduk yang ingin mencubanya. Begitu juga di kawasan-kawasan tertentu boleh digalakkan ternakan ikan dalam kolam yang terjamin kebersihannya. Aktiviti yang menggalakkan komuniti terlibat dengan aktiviti pengeluaran barang makanan perlu digalakkan seperti di negara-negara maju. Komuniti di sesuatu kawasan boleh melabur wang untuk aktiviti penanaman dan penternakan, dan terlibat sendiri dalam mengutip hasil sayur-sayuran, buah-buahan atau ternakan. Ianya menjadi seperti suatu aktiviti bersama keluarga di hujung minggu. Sambil melakukan aktiviti berfaedah, ianya dapat menyedarkan penduduk tentang kepentingan mendapatkan barang makanan dari sumber yang terjamin kualiti kebersihannya. Malahan maklumat khasiat sesuatu keluaran makanan boleh dimaklumkan kepada peserta yang menyertai aktiviti ini.

Sekolah-sekolah pula perlu menggalakkan aktiviti ko-kurikulum bercorak pertanian. Kawasan-kawasan lapang di sekolah boleh dijadikan kawasan praktikal untuk pelajar mempelajari teknik penyediaan tapak semaian, menanam, membaja, mengutip hasil dan menjual hasil yang dikutip. Bilik-bilik khas perlu disediakan untuk para pelajar menukar pakaian yang sesuai dengan aktiviti pertanian. Pelajar-pelajar lepasan Institusi Pertanian boleh ditempatkan di Sekolah-sekolah sepertimana guru kaunseling. Ianya dapat memberikan peluang pekerjaan kepada lepasan Institusi Pertanian dan mendedahkan kepada guru dan pelajar sekolah mengenai teknik pertanian yang betul. Aktiviti terancang begini perlu dilaksanakan kerana didapati generasi muda masa kini semakin menjauhkan diri dari aktiviti pertanian. Mereka lebih suka membeli makanan segera seperti makanan dari Kentucky Fried Chicken dan McDonald. Seterusnya pihak media, sama ada media cetak dan elektronik perlu memainkan peranan memaklumkan kedudukan harga barang makanan dari masa ke semasa, galakan untuk penanaman dan penternakan sendiri dan geran penyelidikan berkaitan dengan kajian berkaitan harga barang makanan perlu dipertingkatkan. Kesemua langkah ini diharapkan akan meningkatkan pengeluaran barang makanan dan mengurangkan tekanan hidup kesan dari kenaikan harga barang makanan.

13 comments:

yani said...

Prof,

Kenaikan harga memang sukar dibendun kerana penguatkuasaan tidak menjalankan kerja secara serius. Contoh terbaik FAMA, fungsi sebagai membantu golongan petani kecil untuk menjual hasil tanaman. Dengan itu petani mendapat harga setimpal dengan usaha dan juga pengguna mendapat harga berpatutan. Tapi yg saya tak faham peranan mereka ini. saya tidak nampak usaha yg bersungguh. Tapi yang pasti office yg banyak dan pekerja yang relax. Tidak percaya silalah ke pusat FAMA di Selayang. Berapa banyak bangunan yg ada tapi untuk apa kegunaan. Jadi saya berharap Kerajaan menilai kembali keperluan setiap organisasi dibawahnya samaada mereka terlebih asset yg membazir atau terlebih kakitangan.Duit yang dapat dijimatkan dapat digunakan dengan lebih baik. Bila saja kerajaan mengumumkan pemberiab bonus raya , kami di pihak swasta yg tidak mendapat bonus merasa amat tertekan sebab tiada bonus dan harga yg mahal. Sedangkan pihak swasta adalah pembayar cukai terbesar. Sementara itu dari segi kemudahan pinjaman pula kakitangan kerajaan lebih mudah mendapat pembiayaan peribadi berbanding swasta. kesudahannya kakitangan kerajaan berbelanja menggalahkan swasta dan mempengaruhi ekonomi. Jadi saya amat berharap kerajaan juga patut mengenakan kawalan yg ketat atas had kredit dan kadar pinjaman yg serupa seperti kakitangan swasta agar mereka tidak mudah meminjam dan lebih berhemah dlm menguruskan kewangan mereka. Wassalam

Anonymous said...

apabila cukai semmakin tinggi, kos hidup juga semakin meningkat, yang jadi mangsa adalah rakyat.

saya setuju dengan pendapat Prof. bahawa kegiatan bercucuk tanam perlu digiatkan. ini dapat mengurangkan sedikit bebanan. Tapi tidak sekadar bermula di sekolah, malahan jika diperhatikan banyak tanah-tanah terbiar yang kerajaan boleh usahakan atau bagi bekas bekas penagih dadah, golongan gelandangan mengusahakan.

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof,

Memang benar harga barangan begitu ketara meningkat. Saya tidaklah meeneliti setiap harga barangan tetapi secara umumnya saya menyedari berdasarkan ringgit yang dibayar bebanding sebelumnya. Saya merasakan bahawa barangan sekarang naik harga secara `silence', tiada sebarang komen atau komplen yang ketara..adakah rakyat dah malas untuk bersuara? Yang penting sekarang, pihak berwajib perlu bertindak bukan `dalam tindakan/sedang berusaha dll'

Faizah
UUM Rezzen

Anonymous said...

salam,prof..

sy turut bersetuju dgn pendapat prof. tp dalam hal ini, kerajaan erlu lebih tegas dalam mengawal harga barangan. hal ini kerana ada di antara pengusaha makanan yang cuba menaikkan harga secara melampau2. memg sy akui kenaikan harga barangan dipengaruhi byk fktor antranya hrga minyk petrol dan juga tarif elektrik, tp kdg2 kenaikkan harga barangan tidk begitu munasabah. mksud sy disini, sy ambil contoh, kordial jalen 2L, 2,3 bulan leps hanya rm7, tp buln leps hrga menigkt kpd rm8.50. bila ditanya mengapa meningkat begitu mendadak, jwpn yang sma hrga minyk naik, harga gula naik, tarif meningkat. kdg2 sy terfikir, bgmna hidup golongn yg berpendapatan rendah dan mempunyai tggngan yang ramai. ayah sy sndiri merungut. katanya, 2,3 tahun leps, jika berbelanja barang dapur rm200 lbey da dpt sume,lengkp. tp thun nie, jika berbelanja rm300lbey pn blum tentu dapat lengkp. pd pndgn sy, malaysia sepatutnya telah mendahului negara jiran lain dr segi pertanian. ini kerana kita mempunyai tanah yg bnyk ditmbah dgn suhu dan keadaan yang sesuai untuk bertani. ramai antara kita yang tidk meyedari peri pentg pertanian. jika kita menjalankan akt. pertanian sejk dulu lg, mugkin masalh kenaikkan harga sayur2an terutamanya dapat diatasi. dan kita tidk lg bergntung kpda negara luar. tp masih blum terlmbt lg untuk kita memajukan bidang pertanian. di harapkan kerajaan trus membantu membngunkan bidang pertanian di malaysia.

198293,
agribiz mngmnt stud.

zaidin 808648 said...

Saya setuju dengan apa yang Prof paparkan dalam blog ini kerana kenaikan harga barang keperluan harian akan menyebabkan kuasa beli pengguna juga akan berkurangan .Nilai kuasa beli pengguna di Malaysia yang semakin mengecil dan berkurangan juga menyumbang kepada masalah inflasi yang berlaku. Walau pun angka nilai ringgit yang diterima semakin meningkat sebagai gaji bulanan pengguna di Malaysia, namun kesan inflasi yang tinggi mengakibatkan kuasa beli yang ada pada pengguna semakin berkurangan dan keadaan seumpama tidak menggalakkan perbelanjaan pengguna di dalam pasaran domestik di Malaysia.

808648
Mohd Zaidin - MBA Kuantan.

kamal arifin MBA kuantan said...

salam prof..

Saya juga bersetuju dengan pendapat prof yang menyatakan bahawa langkah kerajaan seperti pemberian subsidi, penguatkuasaan undang2 tidak dapat membantu menangani kenaikan hg barangan. Bagi saya, langkah yang dibuat oleh kerajaan hanyalah bersifat sementara sahaja. Saya rasa kenaikan harga makanan pada masa kini tidak akan berlaku sekiranya kenaikan barang keperluan seperti gula, minyak masak, tepung gandum dan sebagainya. Sebagai contoh, dulu harga nasi lemak kosong RM1.50, apabila harga minyak naik, sekarang harga nasi lemak kosong menjadi RM2.00. so, saya setuju dengan pendapat prof. bahawa kerajaan perlu menangani masalah ini mengikut barang keperluan, bukannya secara keseluruhan. Lagi satu, timbul pula satu persoalan adakah harga makanan akan turun jika kerajaan berjaya menurunkan harga barang keperluan???

Anonymous said...

salam sejahtera prof,
kenaikan harga ini memang tidak dapat dinakfikan sejak kebelakangan ini. akibat kenaikan harga terdapat pelbagai masalah sampingan yang timbul yang mengakibatkan pengguna yang mempunyai jumlah pendapatan yang rendah itu sengsara.
jadi sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah ini telah dikeutarakan oleh prof sendiri iaitu mengalakkan bercucuk tanam sesama sendiri. dengan bercucuk tanam pengguna dapat mengurangkan perbelanjaan isirumah ke atu tahap yang tinggi di mana mereka tidak perlu sangat bergantung kepada hasl keluaran petani di luar akan tetapi dapat menggunakkan sendir hasil cucuk tanam mereka.
di samping itu dengan adanya sifat ini maka mereka juga dapat mengurangkan sifat makan di luar rumah keranan dengan naikknya harga barang maka harga makanan di luar pun akan naik sam . jadi kita sebagai penduduk di negara ini harus mengambil langkah untk mengurangkan isu ini serta mnegalakkan aktiviti bercuck tanam.

std agribus
129326

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t Prof Jamal,
Pada pendapat saya, usaha bagi mengelakkan kenaikan harga isi barang rumah perlu diusahakan di peringkat institusi keluarga lagi. Sy bersetuju dengan pendapat Prof mengenai galakan yg patut diberi dari soal pertanian. Memang dahulu teknologi hidroponik pernah digembar gemburkan, namun jika kita pergi ke pihak pertanian untuk bertanyakan bagaimanakah cara untuk mengusahakan tanaman berasaskan hidroponik, rata rata dikalangan mereka tidak tahu. Ini pernah berlaku kepada saya sendiri. Hidroponik adalah satu sistem yang boleh menjana pendapatan yang lumayan pada petani di luar negara. sistem ini tidak mustahil boleh diterap di kalangan setiap keluarga bagi mengelakkan kebergantungan pada sesuatu sayuran di pasaran . Ini boleh memberi tekanan sedikit pada mereka yang terlibat dalam Oligopoli. Walaupun usaha ini nampak kecil, namun ia boleh membrikan impak yang besar pada pasaran tempatan.

- Putra M.D. Ridzuan Rosli-
MBA IKIP, Kuantan
806741

Anonymous said...

Assalamualaikum Prof
Saya setuju dengan pendapat prof menyatakan walaupun bajet 2012 memberikan sesuatu kepada rakyat iaitu sumbangan rm500 kepada rakyat yang berpendapatan 3000 kebawah itu sebenarnya tidak akan mampu untuk mengawal kenaikan harga.Pandangan saya sumbagna itu hanya tanggungjawab kerajaan untuk membantu rakyat,tetapi adalah lebih utama kerajaan membantu rakyat dengan meneliti kenaikan harga barangan di pasaran terutamanya barangan keperluan asas (isirumah).Untuk pengetahuan Prof , saya merupakan pelajar pengurusan di USM dan baru sahaja berbincang dengan salah seorang pensyarah di USM berkenaan dengan ekonomi Malaysia.Saya menimbulkan soalan mengapa Malaysia masih lagi terlalu bergantung kepada US untuk memantau perjalanan ekonomi Malaysia.Dan jawapan beliau selagi Malaysia bergantung kepada industri yang melibatkan elektronik yang mana eksport dan penggunaan barangan adalah lebih kepada negara tersebut,selagi itu ekonomi malaysia akan bergantung kepada kadar pertukaran USD.Saya rasa kerajaan tahu akan hal ini.Tetapi pada pandangan Prof mungkinkah ada cara lain untuk kita (Malaysia) cuba mencari jalan penyelesaian supaya kita mampu menahan kenaikan harga di pasaran selain daripada menggalakan rakyat cuba untuk beralih arah kepada sektor hijau.Cadangan untuk itu adalah baik.Tetapi tidak semua rakyat yang rumah mereka mempunyai ruang tanah yang agak luas untuk bercucuk tanam walaupun menggunakan teknik hidroponik.
Terima kasih

- Emran Bin Misnan
Johor Bahru

Assoc. Prof. Dr. Jamal Ali said...

Malaysia perlu jalankan pelbagaian ekonomi untuk menjaga kestabilan ekonomi. Dari segi tanaman, maksud saya mereka yang ada tanah atau boleh membuat tanaman dalam pasu - tujuannya mengurangkan sedikit keperluan untuk membeli segala barang keperluan. Bila ada peningkatan penawaran, berkuranglah tekanan untuk kenaikan harga, dan mengurangkan tekanan inflasi.

Lim Rong Rong said...

212084
BEEA 3123 Group A

Barangan keperluan yang utama iaitu makanan sememangnya mengalami peningkatan yang ketara mengikut masa.peningkatan ini lebih serious apabila menjelang musim perayaan.
mengikut pemerhatian saya,saya mendapati bahawa harga barang keperluan akan meningkat dan tidak akan menurun semula kepada harga sebelum meningkat selepas musim perayaan.penjual akan mengambil kesempatan meningkatkan harga di pasaran.
peningkatan harga makanan memberikan bebanan kepada isi rumah.ini menyebabkan pembelanjaan isi rumah meningkat dan menurunkan taraf hidup/kebajikan masyarakat.
penggalakkan aktiviti ko-kurikulum bercorak pertanian di sekolah dapat juga memupuk semangat menghargai makanan dan titik peluh petani dan juga boleh mengurangkan penggunaan masyarakat sekarang di atas makanan segera yang kurang berkhasiat.
saya berpendapat bahawa sektor pertanian merupakan sektor yang amat penting kerana ia membekalkan barang keperluan yang utama iaitu makanan kepada masyarakat.

lim Jing Ping said...

Saya bersetuju bahawa kenaikan harga barang makanan perlu dilihat mengikut barangan dan bukannya secara menyeluruh tanpa mengambilkira jenis barangan. Keperluan asas seperti makanan seharian, pakaian dan barang asas penting sepatutnya tidak boleh selalunya meningkatkan harganya. Jika harga barang asas ini sentiasa meningkat, ia akan menjadi satu beban yang besar kepada masyarakat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah. Walaupun kenaikan harga merupakan fenomena yang biasa berlaku dalam ekonomi, tetapi kerajaan patut memastikan harga barang asas ini tidak meningkat terlalu lampau supaya dapat menjamin kebajikan masyarakat.

Lim Jing Ping 211511

Tang Sueh Ling 211970 said...

Dari segi masyarakat tentulah tidak berharap kenaikan barang keperluan. Bagi kepentingan kerajaan mereka selalunya ‘berkata’ hendaklah mengurangkan keadaan defisit negara atau memperuntukkan subsidi dari barang isi rumah kepada golongan miskin. Tetapi secara rasionalnya, kami dapat melihat impak daripda kenaikan harga petrol. Kenaikan harga petrol telah menyebabkan kenaikan harga barangan,makanan, tambang pengangkutan dan hampirlah semua aktiviti ekonomi dijejaskan. Dengan peningkatan Bantuan 1 Malaysia memang tidak dapat menampung kos kehidupan dalam kalangan golongan miskin. Sejajar dengan itu, dalam belanjawan 2014 telah memperkenalkan GST yang memang membebankan rakyat Malaysia. Dalam keadaan inflasi bertambah dengan GST, apakah hal yang akan berlaku??? Oleh itu, saya berasa kerajaan perlu mengurangkan kadar kemiskinan dan seterusnya meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia. Akhirnya dengan ada pendapatan yang lumayan mestilah mereka dapat menampung kos kehidupan yang tinggi. Dan kerajaan tidak perlu memberikan bantuan 1 Malaysia yang tidak berproduktivi (jika orang yang menerima bantuan adalah dalam kalangan tenaga buruh). Kerajaan mestilah menjalankan kewajipannya dengan sempurna dan menjaga kebajikan semua pihak masyarakat.