Total Pageviews

Monday, June 30, 2008

Penguatkuasaan dan kepatuhan terhadap peraturan

Dalam membantu pengguna dan pengeluar terutama mereka yang terlibat dengan aktiviti pertanian seperti nelayan dan petani, kerajaan telah membuat beberapa strategi seperti memberi subsidi dan penetapan harga maksimum bagi beberapa barang tertentu.

Berjayakah dasar kerajaan yang dibuat itu?

Kerapkali kita dengar beberapa penyelewengan telah berlaku terhadap dasar pemberian subsidi diesel misalnya.

Saya ingin membincangkan kenapa keadaan tersebut boleh berlaku dan pendekatan ekonomi yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah tersebut.

Beberapa pengkaji sosial yang mengkaji tingkahlaku manusia telah mengkategorikan manusia kepada tiga kumpulan: Pertama, lima peratus individu yang akan melanggar peraturan tidak kira apa pun yang berlaku; Kedua, dua puluh peratus individu yang akan mematuhi peraturan tidak kira apa pun yang berlaku; dan Ketiga, tujuh puluh lima peratus individu yang akan mematuhi peraturan hanya jika pelanggar peraturan akan dikenakan tindakan, sekiranya tidak mereka sendiri akan turut terlibat melanggar peraturan.

Kita boleh menggunakan konsep pemaksimuman kepuasan untuk menerangkan tingkahlaku jenayah. Pada pandangan saya, individu boleh terlibat dengan jenayah sekiranya aktiviti haram tersebut memberi kepuasan (atau keuntungan) yang lebih tinggi berbanding dengan penglibatan dalam aktiviti yang sah.

Dua halangan kepada tingkahlaku jenayah adalah kebarangkalian ditangkap dan kadar denda yang akan dikenakan. Sekiranya individu yang melakukan jenayah menanggapi kebarangkalian yang tinggi untuk ditangkap dan dikenakan denda yang bersesuaian, semua aktiviti jenayah akan beransur kurang. Dari sudut ekonomi, penyertaan dalam aktiviti jenayah bergantung kepada jangkaan keuntungan dan jangkaan kerugian, tanggapan individu terhadap kemungkinan ia ditangkap dan didapati bersalah, dan sikap terhadap risiko. Tingkahlaku sedemikian dipanggil tingkahlaku rasional. Faktor yang dikenalpasti termasuklah kemungkinan untuk ditangkap, pendakwaan, dan hukuman ke atas ketidakpatuhan.

Sebagai contoh, ketika harga minyak diesel di pasaran adalah RM1.70 seliter, dan nelayan mendapat kemudahan membeli diesel RM1 seliter. Sekiranya ada pembeli dari Thailand ingin membeli pada harga RM1.50 seliter, tentulah kumpulan 75% individu yang mempunyai tingkahlaku rasional akan mempertimbangkan untuk mengambil kesempatan menjual minyak diesel subsidi secara haram. Jika satu hari dapat jual 10 ribu liter, bererti dah dapat keuntungan RM5 ribu. Jadi denda kepada mereka yang melakukan kesalahan sedemikian mestilah tidak kurang dari RM5 ribu sehari kesalahan dilakukan. Begitu juga mereka akan melihat juga kebarangkalian ditangkap. Sekiranya kebarangkalian ditangkap cuma 50%, bererti keuntungan dari aktiviti haram tersebut ialah RM10 ribu (dari pengiraan keuntungan dari aktiviti haram dibahagi dengan kebangkalian ditangkap). Untuk meningkatkan kebangkalian ditangkap, maksudnya perlu dipertingkatkan bilangan pegawai penguatkuasaan dan bilangan pemeriksaan. Penambahan pegawai penguatkuasaan dan bilangan pemeriksaan pula akan meningkatkan kos kepada kerajaan.

Persoalannya, adakah cara lain untuk meningkatkan kepatuhan mereka yang suka melanggar peraturan ini terhadap peraturan?

Walaupun Jabatan Perikanan mempunyai kuasa penuh menguruskan sumber perikanan, adalah menjadi amalan biasa Jabatan itu untuk berbincang dengan nelayan (melalui Persatuan Nelayan), pemilik bot, NGO, dan ahli politik menerusi dialog, perjumpaan dan bengkel sebelum polisi atau undang-undang baru diperkenalkan. Melalui Persatuan Nelayan, perjumpaan boleh dibuat antara wakil nelayan dan pegawai Jabatan Perikanan untuk membincangkan masalah nelayan. Maklumat dari Jabatan Perikanan menunjukkan konsep co-management tidak diistiharkan secara nyata di kawasan perikanan mana telah dijalankan dengan sepenuhnya. Walau bagaimanapun penglibatan nelayan dalam memberi maklumat berkaitan isu perikanan, perundingan dalam perlaksanaan peraturan perikanan, khidmat nasihat, dan tindakan bersama di antara Jabatan Perikanan dan nelayan dalam hal-hal berkaitan perikanan menunjukkan program co-management telah pun dijalankan di Malaysia dan berpotensi untuk diperkembangkan. Pendekatan ini akan meningkatkan moral para nelayan untuk mematuhi peraturan dan pengaruh sosial masyarakat nelayan boleh mempengaruhi nelayan untuk mematuhi peraturan perikanan yang ditetapkan.

Ini bermakna, untuk menjayakan sesuatu polisi, kita tidak boleh tertumpu kepada satu pendekatan sahaja, seperti penguatkuasaan peraturan, penggunaan kaedah baru yang menjimatkan dan memberi kesan yang positif perlu juga difikirkan dan dilaksanakan.

17 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.,

Setelah membaca tulisan Dr. saya rasa salah satu cara, selain daripada perguatkuasaan dan kepatuhan terhadap peraturan ialah menerapkan sifat amanah dalam diri masyarakat kita. Di zaman serba mencabar ini kadang-kadang manusia terlalu materialistik. Jika kita kembali kepada ajaran Islam betapa penting sifat amanah diterapkan kepada diri setiap orang, mungkin banyak perkara kita boleh selesaikan.

Nilai-nilai mulia yang diamalkan dalam masyarakat akan menyuburkan suasana keyakinan dan jaminan keselamatan.Pada masa yang sama, masyarakat akan bekerjasama dalam proses pengeluaran dan kestabilan ekonomi. Dalam perkataan lain pengeluaran barang-barang dan perkhidmatan akan meningkat, dan kehidupan masyarakat akan lebih stabil.

Sesungguhnya ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia:

Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud: "Ada empat macam yang berharga dalam diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal, agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."

Waallahualam.

Azila
85708

HaHaZ said...

hi Dr.Jamal... Im Miss Tan student she keep on promoting your blog to us at school... Its a nice blog. Provide us a lot precious information. Thanx! Im blogger too. but its a chinese blog...

Anonymous said...

Salam Dr. Jamal

Tidak semua dasar kerajaan yang dibuat mahupun dilaksanakan oleh kerajaan berjaya seperti contoh yang diberikan oleh Dr. iaitu penyelewengan subsidi diesel.

Sebagaimana yang kita ketahui kos sara hidup sekarang semakin melonjak naik. Justeru itu penerima subsidi diesel lebih cenderung melakukan penyelewengan untuk memaksimumkan kos sara hidup/memaksimum kepuasan mereka.Bagi nelayan mereka mungkin beranggapan menjual subsidi diesel lebih menguntungkan berbanding menggunakan subsidi tersebut untuk tujuan yang betul. Penyelewengan ini berlaku disebabkan oleh kelemahan polisi/dasar yang dibuat oleh kerajaan sendiri. Dalam hal ini setiap pihak yang terlibat perlu memikir terlebih dahulu kebaikan/keburukan atas amanah yang dipertanggungjawabkan. Bagi nelayan yang melakukan penyelewengan mereka hanya memikirkan keuntungan yang melebihi kos maka terjadilah penyelewengan subsidi diesel.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu polisi, pelbagai pendekatan atau kaedah yang memaksimumkan kebajikan rakyat/setiap pihak perlu perlu difikirkan untuk dilaksanakan.

Ur ex-student,
safarina

Anonymous said...

Menyingkap tirai Islam, daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)

Allah S.W.T menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta. Jadi tidak hairanlah kenapa manusia akhir zaman berlumba-lumba mengumpul harta.

Apabila kita kaitkan sabda Rasulullah S.A.W dengan penyelewengan subsidi diesel, kita dapati memang benarlah sabda baginda. Penyelewengan subsidi diesel adalah untuk memburu keuntungan harta. Sedangkan hakikatnya harta harta dunia tidak boleh dibawa ke akhirat.

Penyelewengan terhadap subsidi diesel mahupun subsidi baja yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu petani/nelayan ini sepatutnya tidak berlaku. Segelintir mereka yang terlibat seakan-akan tidak menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Sebagai balasannya, subsidi itu dijual pula untuk mendapat keuntungan.

Pada pendapat saya, jika pihak kerajaan ingin membantu nelayan/petani, kerajaan boleh menukarkan subsidi baja/diesel yang diberikan dengan sejumlah wang yang setimpal dengan harga diesel/baja. Contohnya, kos untuk subsidi baja/diesel yang diperuntukkan kepada seorang petani/nelayan adalah RM200 sebulan. Di sini, kerajaan tidak perlu memberi subsidi baja/diesel kepada petani/nelayan, sebaliknya memberikan RM200 sebulan kepada petani/nelayan itu sebagai ganti. Cara ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan penyelewengan terhadap subsidi baja/diesel oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan saya amat mengesyorkan cara ini dilakukan.

Selain itu, selain daripada cara yang dinyatakan oleh Dr. Jamal, pihak kerajaan boleh memberi subsidi baja/diesel kepada mereka-mereka yang memerlukan sahaja, dengan kata lain, iaitu dengan melihat kepada pendapatan petani/nelayan di bawah garis kemiskinan, atau dengan melihat kepada jumlah tanggungan yang ramai dan sebagainya. Mereka-mereka yang sangat-sangat daif ini kadangkala lebih menghargai pemberian berbanding dengan mereka yang sudah sedikit berkemampuan.

Anonymous said...

Sorry Dr Jamal, saya terlupa nak taip nama dan nombor matrik tadi huhu. comment on July 15, 2008 2:16AM tu..

From: Nuranis Marhana Abdul Aziz
101583

Menyingkap tirai Islam, daripada Kaab bin Iyad r.a. katanya, aku mendengar bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: "Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta" (Riwayat Al-Tarmizi)
Allah S.W.T menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta. Jadi tidak hairanlah kenapa manusia akhir zaman berlumba-lumba mengumpul harta.
Apabila kita kaitkan sabda Rasulullah S.A.W dengan penyelewengan subsidi diesel, kita dapati memang benarlah sabda baginda. Penyelewengan subsidi diesel adalah untuk memburu keuntungan harta. Sedangkan hakikatnya harta harta dunia tidak boleh dibawa ke akhirat.
Penyelewengan terhadap subsidi diesel mahupun subsidi baja yang diberikan oleh kerajaan untuk membantu petani/nelayan ini sepatutnya tidak berlaku. Segelintir mereka yang terlibat seakan-akan tidak menghargai bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan. Sebagai balasannya, subsidi itu dijual pula untuk mendapat keuntungan.
Pada pendapat saya, jika pihak kerajaan ingin membantu nelayan/petani, kerajaan boleh menukarkan subsidi baja/diesel yang diberikan dengan sejumlah wang yang setimpal dengan harga diesel/baja. Contohnya, kos untuk subsidi baja/diesel yang diperuntukkan kepada seorang petani/nelayan adalah RM200 sebulan. Di sini, kerajaan tidak perlu memberi subsidi baja/diesel kepada petani/nelayan, sebaliknya memberikan RM200 sebulan kepada petani/nelayan itu sebagai ganti. Cara ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan penyelewengan terhadap subsidi baja/diesel oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan saya amat mengesyorkan cara ini dilakukan.
Selain itu, selain daripada cara yang dinyatakan oleh Dr. Jamal, pihak kerajaan boleh memberi subsidi baja/diesel kepada mereka-mereka yang memerlukan sahaja, dengan kata lain, iaitu dengan melihat kepada pendapatan petani/nelayan di bawah garis kemiskinan, atau dengan melihat kepada jumlah tanggungan yang ramai dan sebagainya. Mereka-mereka yang sangat-sangat daif ini kadangkala lebih menghargai pemberian berbanding dengan mereka yang sudah sedikit berkemampuan.

Anonymous said...

Salam Dr..

Saya tertarik dengan artikel dari Dr mengenai kepatuhan terhadap peraturan.
Dalam ekonomi pada masa sekarang,lebih ramai pihak memikirkan jalan untuk mendapatkan keuntungan walaupun salah di sisi undan-undang.Dengan berlakunya penguguman kenaikan harga diesel dan harga barang makanan baru-baru ini,semua pihak berasa tidak selesa dan mencari jalan supaya dapat menaikkan taraf hidup.Bagi golongan nelayan,iaitu mereka yang tinggal di luar bandar,mereka lebih berasa tertekan dengan kos hidup kerana mereka adalah golongan berpendapatan rendah.Pada pendapat saya,subsidi yang diberi kepada nelayan hendaklah dipantau oleh pihak tertentu.contohnya di sini,kerajaan pelu menubuhkan satu unit yang bertanggungjawap membuat pantauan terhadap subsidi yang diberi.Segala unit pengeluaran subsidi kepada nelayan hendaklah di rekod dan subsidi yang diberi hendaklah untuk satu tenpoh masa tertentu.Kerajaan tidak boleh memberi jumlah unit dengan sewenang-wenangnya.
Dan peraturan dan kawalan di pintu masuk negara perlu diperketatkan.Telah banyak isu yang kita dengar mengenai badan kerajaan seperti kastam mengambil peluang untuk mendapatkan duit tepi.Contohnya dengan memberi rasuah kepada pihak tertentu bagi melepaskan bahan-bahan untuk diseludup.Dengan syarat mereka mendapat habuan dari pihak tersebut.Ini tidak patut berlaku kerana kebanyakan mereka adalah golongan yang dipercayai.Kesedaran dalam diri sendiri perlu ditanam.
Peraturan adalah sesuatu perkara yang susah untuk diterapkan dalam diri seseorang walaupun kepada mereka yang terpelajar.Pada saya,mengawal kelakuan seseorang lebih sukar dari mengawal sesuatu masalah...

nurul asrin roslan
106064

Anonymous said...

Saya berpendapat bahawa subsidi hanya perlu diberikan semasa darurat dan untuk barangan tertentu shj dan hanya untuk jangka masa pendek. Ini kerana subsidi mengganggu pasaran dan harga barangan. Apabila harga sesuatu barangan meningkat, ini menunjukkan sesuatu yang tidak kena sama ada permintaan yang banyak atau bekalan yang tidak mencukupi. Lamgkah terbaik ialah membiarkan kepada pasaran. Jika harga barang meningkat, pengeluar akan meningkatkan pengeluaran manakala pengguna pula akan mengurangkan penggunaan. Dengan cara ini harga akan kembali stabil secara teorinya. Pemberian subsidi juga perlu dipertimbangkan.Contohnya subsidi untuk penjagaan kesihatan dan pendidikan amat perlu kerana terdapat golomgam ,iskin yang tidak dapat menampung kos perubatan dan pendidikan. Bagi kes makanan pula ianya terdapat banyak pilihan. Contohnya juka harga ayam naik, kita boleh makan daging dan jika harga daging pula naik kita boleh makan ikan. Begitu juga dengan makanan ruji kita iaitu beras, ia boleh digantikan dengan ubi kayu ataupun kentang namun ia bukanlah mudah untuk dipraktikkan.
Subsidi mungkin menjadi dasar politik yang baik tetapi untuk ekonomi, banyak keburukannya. Bukan sahaja kerana ia mempunyai implikasi belanjawan yang merugikan tetapi mengganggu pasaran dan sumber kewangan tidak digunakan sebaik mungkin.

105721

Anonymous said...

assalamualaikum...
ur student 103538
Artikel ini amat menarik perhatian saya.Pemberian subsidi kadang kala bukan satu jalan yang terbaik bagi menyelasaikan masalah.Dari segi ekonomi ianya dilihat sebagai kesan yang negatif kepada pembangunan dan ekonomi negara.Sejumlah besar wang perlu diperuntukan bagi memenuhi tuntutan rakyat dan yang lebih menyedihkan pemberian ini telah disalahgunakan oleh mereka.Bagi memaksimumkan kepuasan mereka, jenayah penyeludupan diesel bersubsidi ke luar negara berleluasa kerana kegagalan masyarakat untuk mengikuti peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan kerana mampu mengaut jumlah keuntungan yang berlipat kali ganda walaupun mereka ditangkap.Denda dan hukuman yang dikenakan terlalu ringan sehingga mampu memberi ruang dan peluang untuk mereka terus melakukannya.Kawaln keselamatn di pintu masuk negara harus diperketatkan lagi bagi mengurangkan masalah yang dihadapi.Denda harus dinaikan dan pemberian subsidi harus dikurangkan malah perlu dimansuhkan dengan segera.Subsidi memberi kesan belanjawan yang negatif kepada negara kerana kerajaan sendiri tidak dapat memastikan keberkesanannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr...

Berdasarkan artikel yang doktor kemukakan sememangnya kenaikan beberapa barangan utama memberi impak kepada masyarakat nelayan yang kehidupannya sederhana. berkenaan pemberian subsidi samada subsidi diesel atau selain daripadanya kerajaan perlu memantau tindakan pemberian subsidi ini untuk memastikan yang pemberian subsidi itu adalah kepada orang2 yang sewajarnya dengan nilai yang sepatutunya. unit pemberian subsidi ini perlu la terdiri daripada yang mendapat latihan dari kerajaan dan mempunyai nilai2 etika yang tinggi, dan bukan ingin mencapai keuntungan maksimum dengan menindas golongan lain. Pemberian subsidi akan berkesan jika pemantauan dibuat dari masa ke semasa supaya tidak menjejeaskan belanjawan negara.

104513

Anonymous said...

assalammualaikum dr. jamal...

saya tertarik dengan artikel dr yang menyentuh sikap manusia itu sendiri dalam mematuhi seuatu peraturan. ada yang berkata bahawa " peraturan dibuat hanyalah untuk dilanggar" .disini, saya ingin menyatakan bahawa, sikap manusia itu yang akan membawa hala tuju dalam hidupnya sendiri. sebagai contoh, mengapa ada pihak yang tidak bertanggungjawab sanggup untuk menjual subsidi minyak untuk nelayan secara haram? saya bersetuju dengan dr. bahawa denda atau hukuman yang dikenakan adalah lebih kecil berbanding keuntungan yang diperolehi. sikap penjual itu sendiri yang mahukan keuntungan yang lebih tanpa memikirkan kesan buruk yang akan dihadapi pada masa akan datang. oleh yang demikian, sudah tiba masanya kerajaan memantau dengan lebih telus masalah yang sedang berleluasa ini. syarat2 yag ketat perlu diadakan, contoh dengan hanya menggunakan orang tengah yang diperakui, memantau setiap penjualan ataupun mngenakan sistem yang lebih cekap dalam mengenalpasti aliran penjualan minyak yang hanyalah untuk rakyat negara ini sahaja.

104824

Anonymous said...

Saya amat bersetuju dengan aatikel prof ini yang menyentuh tentang sikap manusia tidak mematuhi peraturan dan hanya mengambil berat tentang peraturan sekiranya dikenakan hukuman yang berat. Memang tidak dinafikan bahawa kebanyakan kita pun nersikap tersebut. Umpamanya apabila memandu kereta di lebuh raya, kebanyakan kita tidak mengendahkan had laju yang ditetapkan sehingga dikenakan saman ataupun pembelian vcd cetak rompak sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa. begitulah juga senarionya pada nelayan yang mangambil subsidi minyak dan menjualnya secara haram kepada pihak lain. pada pendapat saya kerajaan patut menghentikan subsidi minyak kepada pihak nelayan kerana ini muwujudkan peluang kepada mereka untuk terlibat dalam kegiatan haram ini. Sekiranya kerajaan ingin membantu sektor perikanan di negara ini mereka patut memberikan subsidi melalui cara lain yang tidak mudah digunakan sebagai alternatif haram. Kerajaan boleh memberi subsidi dari segi kemudahan dan peralatan ataupun meletakkan harga ceiling yang tinggi disamping realistik. Kerajaan juga boleh membuat kempen kesedaran kepada nelayan nelayan ini untuk menerapkan sikap amanah dalam diri mereka kerana perbuatan mereka adalah seumpama menkhianati negara sendiri. Saya jusga setuju dengan pandangan prof mengenai hukuman yang patut diberikan patutlah lebih daripada untung yang mungkin diperolehi oleh nelayan nelayan yang terlibat dalam kegiatan haram ini. Masalah ini harus diberi tumpuan yang serious sebelum ia menjadi lebih serious dan tidak terkawal. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Salam Dr…(102636)
Penyalah gunaan subsidi kerajaan akan terus berluasa jika system pemantauan tidak dijalankan secara cekap dan tulus. Kita boleh akui kerajaan telah menwujudkan pelbagai agency bagi menbendung masalah ini tetapi masih tidak berjaya. Subsidi diesel masih bocor. Saya bagi contoh berlaku didaerah saya,para nelayan yang dapat subsidi myalah gunakan subsidi terbabit.. bukan dijual kepada org asing tetapi kapal mereka bukan digunakan untuk tangkap ikan tetapi untuk pungah barang2 kegunaan pusat peranginan(kargo). Malah ada juga pemilik kapal tersebut menjual diesel kepada pengusaha chalet yang mengunakan generator untuk kegunaan chalet masing2. Jika orang yang melaksanakam undang2 itu masih bersifat stempat selagi itu lah masalah ini akan berterusan.

Anonymous said...

Saya bersetuju dengan pandangan Dr. tentang individu boleh terlibat dengan jenayah sekiranya aktiviti haram tersebut memberi kepuasan (atau keuntungan) yang lebih tinggi berbanding dengan penglibatan dalam aktiviti yang sah. Ini didorong oleh keinginan untuk memperoleh keuntungan dan seterusnya menjadi kaya dalam masa singkat. Mungkin dengan penglibatan dalam aktiviti yang sah memang akan turut memberi pulangan yang menguntungkan tapi ia mengambil masa dan memerlukan kesabaran dalam menghadapi keadaan ekonomi yang turun naik pada masa kini. Jadi disebabkan ketidaksabaran dan telah dikaburi oleh panahan keuntungan yang tidak pernah dibayangkan, individu tersebut lebih terdorong untuk terlibat dalam aktiviti haram.
Dengan memikirkan risiko-risiko yang akan dihadapi jika didapati terlibat dalam sesuatu aktiviti haram akan dapat menahan atau membataskan kemahuan individu untuk terlibat dalam aktiviti haram. Ini adalah ketidaksanggupan individu menanggung risiko. Risiko mempunyai untung dan rugi. Individu akan terbatas dalam melakukan aktiviti yang mempunyai risiko yang tinggi terutama risiko yang bakal dihadapinya ialah sebagai contoh didakwa, ditahan atau dipenjara. Individu tersebut akan sentiasa dalam keadaan takut, gusar, dan bimbang memikirkan andai aktiviti terbongkar, individu tersebut akan menanggung kerugian.
Segalanya adala bergantung pada kesedaran dalam individu itu sendiri. Tanpanya, segala langkah yang diambil tidak akan mendatangkan hasil.




-101007-

Anonymous said...

Salam Dr..
Saya sudah membaca blog Dr mengenai
penguatkuasaan dan kepatuhan kepada peraturan. Melalui pandangan saya, pendapat yang telah Dr utarakan itu memang betul. Permasalahan sekarang untuk menangani jenayah dalam perniagaan ini bukanlah sesuatu yang mudah sedangkan lebih memeningkan. Saya berkata begitu kerana untuk menangani permasalahan ini ia perlu bermula dari pucuk pimpinan sesuatu organisasi tersebut. Walaupun keuntungan merupakan perkara utama dalam dunia perniagaan, tetapi peraturan dan undang-undang yang telah sedia ditetapkan haruslah dipatuhi agar tidak berkembangnya penyelewangan dalam sesuatu sumber contohnya subsidi tersebut.
Pada pemikiran saya, bagi mencari
jalan penyelesaian, pucuk pimpinan yang harus terlebih dahulu dibincangkan, adakah mereka menyedari semua masalah ini? Atau mereka hanya melepaskan tangan? Fikir-fikirkanlah.....

(101371)


Thank you...

Anonymous said...

assalamualaikum DR

erm mengenai topik penguatkuasaan dan kepatuhan terhadap peraturan ini memang kita tidak menafikan hakikat bahawa manusia kini akan menjadi lebih progresif jika undang dan peraturan dikuatkuasakan.Hal in terjadi kerana manusia pada zaman kini banyak mengikut kehendak hawa nafsu tanpa mempedulikan kebaikan dan keburukan akibat tindakan yang dilakukan sebelum itu...
Bagi mereka ,mereka akan lagi meningkatkan keinginan mereka untuk melakukan kesalahan dari sisi undang undang kerana itulah hakikat manusia kini peraturan kerajaan bagi mereka amat menyukarkan dan perasaan ingin untung dan bebas dalam melakukan apa jua tindakan

sekian terima kasih...

105736
STudent

Anonymous said...

Salam..
Saya bersetuju dengan penyataan dr. yang menyatakan kepentingan matematik. Matematik sememangnya penting dalam kehidupan harian.. Kepelbagaian penggunaan kaedah matematik membolehkan ia digunakan dalam pelbagai sector dan situasi..Keadaan ini memudahkan sesetengah institusi dalam membuat keputusan atau pengiraan yang tepat dalam mengira keuntungan dan jumlah kos yang dikeluarkan. Selain itu, saya juga menyokong matematik penting kepada para pelajar kerana dengan adanya asas pengajaran matematik, pelajar dapat mengaplikasikan penggunaan kaedah matematik di alam pekerjaan kelak..ini akan memberi kelebihan kepada pelajar yang mempunyai asas matematik..keadaan ini seterusnya dapat meningkatkan mutu ekonomi negara dengan adanya penggunaan kaedah matematik yang tepat..(104097)

Anonymous said...

salam....Dr,baru-baru ini kerajaan telah menaikkan harga minyak yang disebabkan kerajaan tidak dapat lagi menanggung subsidi minyak yang semakin meningkat akibat daripada kenaikan harga minyak dunia.ia disebabkan kegiatan spekulator,permintaan minyak dunia yang tinggi berbanding penawarannya dan kelemahan matawang dolar amerika.permintaan tinggi oleh negara tertentu seperti China dan India, di samping keengganan negara-negara Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (OPEC) untuk menaikkan tahap pengeluaran minyak secara
ketara juga merupakan antara penyebab utama kepada kenaikan harga minyak.Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegiatan spekulator pasaran minyak di
pusat kewangan antarabangsa seperti New York dan London, yang turut menyuntik ketidaktentuan dalam suasana harga minyak yang semakin meruncing.Kenaikan harga minyak ini akan mendorong kenaikan caj-caj perkhidmatan, kos sara hidup dan harga barang-barang keperluan, yang pastinya membebankan terutama sekali di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah.Pemberian Rebat tunai daripada kerajaan sedikit sebanyak mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.Pada pendapat saya,kerajaan haruslah menangani isu ini dengan lebih bijak supaya rakyat tidak tertindas akibat dasar yang dilaksanakan kerajaan pada masa sekarang.

mohd firdaus(104290)