Total Pageviews

Monday, November 17, 2008

Karya sepanjang zaman – sajak dan senikata lagu

Sekarang bulan November. Aktiviti di Universiti pada masa kini ialah aktiviti pensyarah memeriksa kertas jawapan peperiksaan untuk peperiksaan akhir semester dan menyiapkan penyelidikan-penyelidikan yang belum disiapkan lagi. Sepanjang bulan November ini juga saya tidak menulis apa-apa artikel ekonomi walaupun terfikir untuk menulis berkaitan Krisis Kewangan Dunia yang berlaku sekarang. Tahniah diucapkan kepada dua tokoh ekonomi dari Malaysia, Dr Jomo dan Dr Zeti yang diberi kepercayaan oleh Bangsa-bangsa Bersatu untuk menyertai kumpulan pemikir kaedah memperbaiki keadaan ekonomi yang berlaku masa kini. Terfikir juga kesan perbelanjaan terhadap barang Tarafiat dan Kamaliat berbanding dengan penumpuan sumber-sumber ekonomi yang sepatutnya lebih tertumpu kepada pengeluaran barangan Hajiyyat (keperluan) dan Dharuriyat (pelengkap). Negara-negara di dunia sebenarnya membiayai perbelanjaan mewah pengguna-pengguna di Amerika Syarikat dan Eropah sehinggakan kebanyakan mereka tidak mampu lagi membayar balik pinjaman dari institusi-institusi kewangan untuk kehidupan mewah mereka.

Lupakan sebentar permasalahan ekonomi. Saya sebenarnya tertarik dengan karya Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang yang mengkritik orang yang berjiwa hamba. Beliau telah mengingatkan masyarakat tentang kemerdekaan tanah air yang hanya dapat dicapai sekiranya rakyat bersemangat perjuangan. Beginilah bunyi sajaknya:

Berpusing roda beralihlah masa,
berbagai neka hidup di bumi,
selagi hidup berjiwa hamba,
pasti tetap terjajah abadi.
Kalau hidup ingin merdeka,
tiada tercapai hanya berkata,
ke muka maju sekata, maju kita,
melemparkan jauh jiwa hamba.
(Utusan Zaman, 27 Mac 1949)

Begitu juga dalam bidang penciptaan lagu, saya sebenarnya sangat tertarik dengan beberapa lagu yang mempunyai tarikan tersendiri, terutama dari segi senikatanya yang menarik. Di antara senikata lagu yang menarik dan berjaya kekal sebagai di antara lagu yang ’evergreen’ ialah lagu Widuri:

WIDURI
Di suatu senja di musim yang lalu
Ketika itu hujan rintik
Terpukau aku menatap wajahmu
Diremang cahaya sinar mentari
Lalu engkau tersenyum

Ku menyesali diri
Tak tahu apakah erti senyummu
Dengan mengusap titik air mata
Engkau bisikkan deritamu
Tersentuh aku dalam keharuan
Setelah tahu apa yang terjadi

Sekian lamanya engkau hidup seorang diri
Ku ingin membalut luka hatimu

Widuri...eluk bagai rang bulan...oh sayang
Widuri...indah bagai lukisan....oh sayang
Widuri...bukalah pintu hati untukku
Widuri...ku akan menyayangi

Sayangku...keranamulah...senja bersedih
Ku lihat keindahanmu
Sekian lamanya engkau....
Hidup seorang diri...

Ulang Widuri....

Ps.....Artikel kali ini seperti ingin menunjukkan ahli ekonomi juga meminati seni selain dari meminati pengkajian terhadap tingkahlaku manusia.

3 comments:

Anonymous said...

Tahniah Dr kerana mempunyai blogspot 2008 yang begitu kaya dengan teori ekonomi dan komen-komen. Pelajar ekonomi telah "bertemu" di blogspot ini dan bersama-sama bertukar pandangan melalui komen yang membina dan kreatif. Romantiknya latar belakang muzik dari lagu " bulan adalah lambang hatiku....."
kesenian yang halus dan harmoni harus dihayati oleh pakar ekonomi agar tindakan ekonomi bukan sahaja untuk keuntungan semata-mata tetapi juga demi keindahan dunia ini...... Keinginan dan keazaman ahli ekonomi untuk meningkatkan kebajikan manusia sejagat adalah nilai indah yang akan berkekalan.......
Marilah kita mengambil kesempatan musin cuti ini untuk menghayati keindahan hidup ini.....tengoklah gunung yang menghijau, bunga ros yang berkembang,kunjungilah kawan yang sudah lama kita lupakan.....Apa-apa desakan hidup biarlah ia tertinggal pada 2008. 2009 adalah tahun yang indah kalau hati kecil kita penuh dengan nilai yang indah. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki dan berusahalah gigih agar impian kita yang indah menjadi realiti.....

" Selamat bercuti"
Dari: pelajar UUM

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr..

Tahniah & terima kasih kerana artikel-artikel yang bernas dan berkesan. Juga meminati lagu yang sama.. :-)

801043 (UUM-REZZEN) said...

Assalamualaikum semua,

Seni itu indah. Dengan seni, jiwa manuasia boleh terdidik dgn nilai-nilai murni dan kemanusiaan. Tidak dapat dinafikan bahawa ilmu sains, teknologi & juga ekonomi penting dlm pembangunan negara. Tetapi, dengan ilmu keseniaan, ilmu-ilmu tersebut tidak akan disalahgunakan disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dengan ilmu keseniaan. Jika kita fikirkan kembali, bahasa kitab suci Al-Quran juga adalah seni. Walluhu'alam.