Total Pageviews

Sunday, July 13, 2008

Penggunaan analisis positif dan analisis normatif dalam keputusan pengurusan

Seperti dijanjikan, artikel saya kali ini akan membincangkan bagaimanakah dasar-dasar kerajaan akan digunakan oleh pengurus-pengurus di sektor swasta untuk mendapatkan keuntungan dan mengapa kepentingan rakyat boleh terjejas dari dasar kerajaan yang tidak tepat, atau dasar yang tepat tetapi tidak dapat dilaksanakan seperti yang dirancangkan.

Analisis Sumbangan Keuntungan ingin melihat tingkat output yang memberikan tingkat keseimbangan jumlah hasil dan jumlah kos (breakeven revenue and cost). Pengeluar ingin mengetahui tingkat output yang dapat memberikan hasil yang dapat menutup kos tetap dan memberikan keuntungan yang diingini (Untung diingini). Dengan mengandaikan tingkat harga (P) dan kos berubah pada setiap unit output (AVC) adalah tetap, keuntungan (Untung) adalah bersamaan dengan Jumlah Hasil (yang diperolehi dari hasil darab harga barangan dengan kuantiti jualan barangan, P.Q) ditolak dengan jumlah kos (yang diperolehi dengan mencampurkan kos berubah dan kos tetap).

Untung = P.Q – (kos berubah + kos tetap)
= P.Q – (Q.AVC + FC) [1]

Dengan menyelesaikan persamaan [1], kita boleh mendapatkan nilai kuantiti yang memberikan keuntungan yang ditetapkan, Quntung:

Untung + FC = P.Q – Q.AVC
Quntung = (FC + Untung)/(P – AVC) [2]

Sebagai contoh, andaikan jumlah kos tetap (FC) sebuah firma pengeluar bateri kereta ialah RM5,000, Harga sebuah bateri kereta, P= RM200, Kos berubah purata yang ditanggung oleh firma, AVC = RM150, dan firma telah menetapkan sasaran keuntungan yang diingini ialah RM15,000 sebulan. Untuk mencapai matlamat ini, boleh ditentukan jumlah output yang perlu dikeluarkan iaitu,

Quntung = (FC + Untung)/(P – AVC)
= (RM5,000 + RM15,000)/ (RM200-RM150)
= 400 unit

Maksudnya 400 unit output perlu dikeluarkan untuk mencapai matlamat keuntungan RM15,000.

Apa akan terjadi kepada jumlah unit yang perlu dikeluarkan oleh firma bateri tersebut sekiranya ia dapat mengurangkan kos berubah purata, AVC dari RM150 kepada RM100 sahaja? Langkah ini dapat dilakukan dengan strategi kilang dengan mengambil lebih ramai buruh asing dari Bangladesh, Indonesia atau Vietnam dengan kadar gaji bulanan lebih murah dari kadar gaji bulanan buruh tempatan. Dengan menggunakan formula yang sama, sasaran keuntungan firma sebanyak RM15,000 boleh dicapai dengan pengeluaran bateri sebanyak 200 unit sahaja. Ini bermakna keuntungan sebanyak RM15,000 sebulan dapat dicapai dengan bilangan unit bateri yang perlu dikeluarkan yang lebih sedikit kuantitinya. Cara pengiraan adalah seperti berikut:

Quntung = (FC + Untung)/(P – AVC)
= (RM5,000 + RM15,000)/ (RM200-RM100)
= 200 unit

Dari model keuntungan firma yang saya bentuk tadi, jelas menunjukkan bagaimana keuntungan firma dapat ditingkatkan dengan mengurangkan kos berubah firma. Dalam mana-mana buku pengurusan, diketahui pengurus sesebuah perniagaan membuat keputusan dalam organisasi perniagaan – contohnya keputusan mengenai peruntukan wang pelaburan, orang yang di ambil untuk bekerja, barang yang ditawarkan, perjanjian yang dibuat, dan lain-lain keputusan yang boleh menentukan keupayaan firma menggunakan kesempatan yang ada di pasaran, atau kesediaan firma menghadapi keadaan pasaran yang tidak menentu. Pemilik perniagaan akan menilai kebijaksanaan pengurus menguruskan perniagaan mereka. Cara mudah menilai prestasi pengurus ialah melihat keupayaannya meningkatkan keuntungan firma dari masa ke semasa.

Dalam contoh firma bateri yang saya berikan, salah satu cara pengurus firma bateri tersebut mencapai keuntungan yang ditetapkan ialah dengan mengurangkan kos berubah purata (AVC). Apabila ia mendapati dasar kerajaan Malaysia membenarkan penggunaan buruh asing dalam operasi pengeluaran di kilang-kilang, maka ia akan menggunakan kesempatan tersebut dengan mengambil lebih ramai buruh asing bekerja di kilang mereka. Langkah ini dapat meningkatkan prestasi pengurus kerana berjaya menurunkan kos pengeluaran dan meningkatkan keuntungan firma.

Walau bagaimanapun penganalisis politik dan ekonomi pula melihat pengambilan buruh asing yang ramai ini menimbulkan kesan sampingan yang tidak baik kepada ekonomi dan sosial negara. Dari segi ekonomi kerana menurunkan kadar upah di pasaran buruh tempatan, dan dari segi sosial kerana wujudnya masalah-masalah seperti keselamatan negara, penyakit berjangkit dan keharmonian keluarga penduduk tempatan. Pendekatan normatif oleh penganalisis politik dan ekonomi ini cuba menjawab apa yang seharusnya dilakukan (what ought to be). Ianya melibatkan penilaian yang abstrak dan pertimbangan nilai. Desakan yang berasaskan bukti yang sahih akan membolehkan dasar baru berkenaan buruh asing dikaji semula untuk dilaksanakan. Bila ada perubahan dasar berkaitan pengambilan buruh asing, barulah pengurus di firma-firma akan mengubah strategi mereka untuk meningkatkan keuntungan firma. Mungkin mereka boleh meningkatkan kualiti barang yang dikeluarkan agar lebih banyak diminta (Q meningkat), atau menaikkan harga (P meningkat) jika mereka dapat menyakinkan pengguna barangan mereka lebih baik dari barangan yang lain.

14 comments:

Anonymous said...

From the Firm Profit Model that had been created, firm’s profit can be increased by decreasing the variable cost of the firm. It’s true and I totally agree with you.

Here, I would like to share some ideas on how firm’s profit can be increased by using the productivity concept. This idea I’ve learned in the Production & Operation Management subject.

Productivity can be measured by using the ratio of output to input. There are also 5 ways to increase productivity, those are:
1) Efficient; in which output is increased but input remain constant.
2) Expand, in which increase in output is faster than increase in input.
3) Achieve, in which output is increased but input is decreased.
4) Downsize, in which output remain constant but input is decreased.
5) Retrench, in which input decrease faster than output decrease.

Overall, increase in productivity will lead to the increase in profit. In the other words, even the input is decreased, but the firm still can produce more outputs. It is related to the firm profit model that created by Dr. Jamal. If we can see, input is included in the variable cost. Variable cost will decrease when there are decreasing in input. But to get the profit, firm must produce high quantity of output, or, remain the output constant, or, decrease the output slower than input decrease.

your student,
Nuranis Marhana Abdul Aziz
101583

Anonymous said...

It can’t be denied that foreign labor caused some problems in our country. From day to day, the foreign labor is increasing in our country. The effect in this country is increase in unemployment of the local labor. In fact, of course many firms like to hire foreign labor because of the lower rate of fee/salary. But the best way is thinking about our local labor. If they are not, who else will be so?

The problem of our local labor is they expect high fees/salaries from their employees. And the problem in the firm side is they want to increase their profit level. Giving high salaries/fees means less profitable. Is there’re solution for these problems?

Sometimes our local labor should think of their selves. Even the fee is lower; it might not be the main problem because in fact, there are very difficult to find a job now. Even the job is starting from below; it also might not be the problem because it’s good for a labor to start for. They will learn many things/ problems at the lower level of the organization and they’ll get experiences on that. So, when they reach at the higher level of organization someday, they’ll become strong in facing the same scenario as they had already faced before.

your student,
Nuranis Marhana Abdul Aziz
101583

Anonymous said...

Salam Dr..

Kebanyakan pengurus di sektor swasta seperti di kilang, kebanyakannya mengambil buruh asing sebagai pekerja dengan sebab ia dapat mengurangkan kos upah.Cara ini tidaklah begitu baik pada saya.
Pengurus tidak sepatutnya memikirkan keuntungan sahaja.Dengan mengambil buruh asing,peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan berkurangan.Kepada mereka yang tahap pendidikan rendah,contohnya hanya pendidikan setakat PMR,mereka tidak ada peluang pekerjaan selain bekerja di kilang.Akibat dari pengambilan buruh asing,golongan dari rakyat kita terpaksa mengganggur dan tidak berpendapatan.Dengan ini,kesalahan jenayah meningkat.Kepada rakyat kita yang mengganggur, mereka mencari jalan mudah seperti meragut,pecah rumah,merompak dan sebagainya untuk mendapatkan duit.Ini menunjukkan aktiviti yang tidak sihat.
Pada pendapat saya,kerajaan perlulah meningkatkan syarat2 kepada pengurus dalam mengambil pekerja buruh asing.Sebagai contoh,pembahagian peratus yang sesuai dalam mengambil pekerja.Pengurus hanya boleh mengambil hanya 40% pekerja buruh asing dan 60% selebihnya hendaklah pekerja dari rakyat tempatan.Syarat ini perlu dipatuhi oleh semua pihak swasta.
Dengan cara ini,ia dapat mengurangkan bilangan yang mengganggur dan kesalahan jenayah dapat dikurangkan.Dan di samping itu,pengurus juga dapat mengurangkan kos upah.Ianya adil dan baik kepada kedua-dua pihak.
Kita tidak boleh hanya memandang kepada keuntungan tetapi keadaan dan hak rakyat perlu dijaga..

nurul asrin roslan
106064

Anonymous said...

104970
Motif utama pengeluar adalah memaksimunkan keuntungan dengan kos yang paling rendah . Maka tugas utama pengurus adalah mencari jalan untuk membantu syarikat atau kilang mengaut keuntungan paling banyak. Dasar kerajaan membenarkan pekerja buruh asing untuk bekerja di kilang telah menyebabkan bilangan pekerja asing semakin meningkat. Tidak dapat menafikan yang pengambilan pekerja asing dapat meningkatkan keuntungan tetapi masih terdapat cara lain untuk mengurangkan kos pengeluaran. Pengurus tidak boleh hanya bergantung kepada pekerja asing sahaja. Ini kerana bilangan pekerja asing di negara Malaysia semakin bertambah dan ini mungkin akan membawa banyak masalah sosial yang tidak diingini berlaku. Selain itu, pertambahan pekerja asing juga akan menyebabkan pengangguran yang tinggi dalam pekerja tempatan. Ini adalah kerana gaji yang diminta oleh mereka adalah lebih murah berbanding dalam pasaran buruh di Malaysia. Oleh itu, saya juga bersetuju yang dasar ini harus digubah semula iaitu mengehad bilangan pekerja asing di Malaysia bagi mengurangkan kadar pengangguran.

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr. Jamal..
103474

Memang benar jika ambil pekerja asing upahnya lebih randah,dan saya setuju denan apa yang dikatakan oleh penganalisis politik dan ekonomi bahawa faktor ini yang menyebabkan kadar upah di Malaysia menjadi rendah. Pada pendapat saya,faktor ini juga menyumbangkan kepada masalah pengurus untuk mendapatkan pekerja tempatan. Kita sedia maklum bahawa Taraf hidup di Malaysia sentiasa meningkat setiap tahun.

Sekiranya pekerja tempatan mendapat kadar upah yang sama dengan kadar upah pekerja asing,bagaimana mereka mahu hidup? Pekerja asing hanya bekerja di sesuatu tempat atau kilang hanya untuk tempoh sementara.Apabila mereka rasa duit mereka sudah cukup,mereka mungkin lari atau berhenti.
Berdasarkan pengalaman saya bekerja dengan pekerja asing,mereka ini adalah sangat kurang produktif berbanding pekerja tempatan. Maka matlamat pengurus untuk mendapat keuntungan mungkin tidak akan tercapai.
Lagi pun,dengan lambakan pekerja asing pada masa sekarang,kita sering dengar berlakunya kejadian pecah rumah dan jenayah,malahan semakin membimbangkan.
Kerajaan juga harus mainkan peranan dalam masalah ini.

akhir sekali,sebagai seorang pengurus yang benar-benar bagus,seharusnya mempunyai idea yang lebih bernas,bukan ambil jalan pintas dengan tindakan mengambil pekerja asing.

Anonymous said...

104955

Seperti yang dikatakan bahawa keuntungan boleh ditingkatkan melalui beberapa cara samada mengurangkan jumlah kos berubah, meningkatkat kuantiti penawaran, atau meningkatkan harga produk.

Diantaranya, penurunan kos berubah dapat dilakukan dengan pembelian bahan mentah secara besar-besaran untuk mendapat harga pembelian yang lebih murah daripada pembekal selain pengambilan buruh asing. Daripadanya, kuantiti yang dapat ditawar dapat meningkat, maka, secara teorinya keuntungan dapat ditingkatkan.

Sebenarnya, setiap keputusan yang dilakukan oleh pihak pengurusan perlulah berkait rapat atau berhubunganan dengan dasar kerajaan dimana haruslah berwaspada terhadap pengumuman kerajaan kerana sebarang perubahan daripada strategi kerajaan akan mempengaruhi permintaan pengguna daripada kuasa beli pengguna dan seterusnya mempengaruhi hasil dan keuntungan syarikat. Jadi, sebagaimana pengurus yang bijak hendaklah sentiasa mengemaskini maklumat dari pihak awam.

Anonymous said...

73413
Wan Fadhilah Nor Hayati bt Wan Muda

Pada pendapat saya,firma bukan sahaja blh meminimakan keuntungan/mengurangkan kos pengeluaran dengan cara pengambilan buruh asing.terdapar pelbagai lagi cara yg boleh dilakukan contohnya,membuat perjanjian pembelian secara pukal dengan supplier pada harga masa hadapan yg ditetapkan dan dipersetujui bersama.Air Asia misalnya,telah mengambil langkah ini dengan membuat perjanjian dengan pembekal bahan bakarnya untuk membeli pada harga yg ditetapkan pada pasaran masa depan.Kerana itu,mereka dapat menganggar harga tiket yg boleh memberi keuntungan kepada mereka pada harga yg fixed.RM5 atau RM95,itu semua boleh dibuat anggaran oleh mereka.Malah,bagi menjamin bisnes mereka sustain,mereka juga menggunakan strategi penggunaan jenis kapal terbang sama yg secara tidak langsung dpt menjimatkan kos maintenance mereka tanpa perlu mengupah juruteknik berlainan kepakaran bagi membaiki pesawat mereka.sebab itulah mereka boleh compete dan bertahan di pasaran.

Anonymous said...

assalammualaikum Dr,
103423

kebanyakkan syarikat2 di negara ini hanya memikirkan keuntungan semata2 dalam perniagaan mereka. oleh sebab itulah mereka lebih memilih pekerja atau buruh asing daripada pekerja tempatan.hal ini kerana mereka hanya memperuntukkan upah yang rendah berbanding dengan pekerja tempatan.namun mereka tidak memikirkan kesan kepada negara iaitu ini akan meningkatkan pengangguran di negara ini.dan saya amat bersetuju dengan Dr dimana kedatangan buruh asing yang ramai ini boleh membawa pelbagai masalah kepada rakyat.sebagai contoh,berhampiran dengan tempat perumahan saya terdapat ramai buruh asing yang berkerja dikawasan perindustrian di situ.mereka sering mengganggu ketenteraman penduduk disitu terutamanya anak2 gadis.pada pandangan saya,kita sebagai rakyat tempatan pula yang perlu takut kepada mereka sedangkan mereka lebih bersikap berani dan agresif.oleh itu pihak berkuasa perlulah memantau keadaan ini sebelum perkara yang tidak diinginkan terjadi lebih teruk.

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr. Jamal,

Memang tidak dapat dinafikan bahawa firma-firma pada hari ini lebih cenderung untuk memilih buruh asing berbanding buruh tempatan. memandangkan kos upah yang rendah, firma lebih cenderung memilih mereka ini untuk memaksimumkan keuntungan mereka. hal ini telah menyebabkan berlaku masalah2 jenayah dipersekitaran masyarakat setempat. disini, saya ingin mencadangkan kerajaan menguatkan lagi dasar pengambilan buruh asing ini. sebagai contoh, apabila firama berjaya memaksimumkan keuntungan mereka dengan menggunakan buruh asing, satu pendekatan untuk mengawal buruh2 ini wajar dilakukan. dengan menyediakan kemudahan asrama dan tempat tinggal, hal ini kemungkinan dapat mengurangkan masalah sosial yang melibatkan masyarakat tempatan dengan warga asing ini. seperti mana yang kita tahu, telah wujud "perkampungan" Indonesia dan Vietnam dalam bandar di Malaysia ini. kebimbangan peduduk tempatan menyelungi mereka sehingga terpaksa memasang CCTV bagi kediaman sendiri kerana khuatir rumah mereka akan dicerobohi. ini bermakna, kesan dari pengambilan buruh asing tadi telah mengganggu keharmonian penduduk setempat . oleh yang demikian,firma2 perlu lebih peka terhadap sensitiviti masyarkat tempatan supaya firma bukanlah hanya memandang keuntungan semata-mata, tetapi keselamtan yang boleh mengancam negara perlu diambil kira.


104824

Anonymous said...

assalamualaikum Dr. Jamal
106057

Mamang sudah menjadi lumrah dalam perniagaan adalah mengutamakan keuntungan kerana keuntungan yang di perolehi oleh sesebuah syarikat itu adalah satu pembolehubah yang dapat menentukan prestasi dan perkembangan perniagaan sesebuah syarikat. sebagai seorang pengurus, keuntungan merupakan perkara yang paling di beri keutamaan, tetapi cara dan kaedah yang patut digunakan bergantung kepada kreativiti dan pengalaman pengurus itu sendiri. jika seseorang pengurus itu memilih untuk meningkatkan keuntungan dengan mengupah buruh asing sebagai pekerja kerana kadar upah yang kecil maka beberapa perkara perlu di ambil perhatian seperti kesan daripada keputusan yang di ambil iaitu kesan kepada kadar penganguran negara, pengaliran mata wang yang banyak ke luar negara akibat daripada kiriman wang buruh asing ke kampung halaman masing-masing dan kitaran wang dalam ekonomi adakah akan lengkap sekiranya ramai buruh asing yang di ambil bekerja dikilang-kilang,tapak-tapak binaan dan juga ladang-ladang tetapi ramai rakyat tempatan menganggur. persoalannya siapakah yang akan membeli barangan yang di keluarkan sekiranya pendapatan rakyat tempatan dikekat dengan kemasukan ramai buruh asing. oleh yang demikian segala keputusan yang diambil perlulah diteliti sedalam dalamnya.

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Pada pandangan saya, pengambilan buruh asing dalam sesebuah firma mungkin boleh memberi keuntungan kepada firma, tetapi ia akan menjejaskan sosioekonomi masyarakat Malaysia dan juga boleh menimbulkan masalah sosial dan keselamatan negara. Dari segi sosioekonomi, pengambilan buruh asing akan menyebabkan peluang pekerjaan masyarakat kita terjejas. Mungkin suatu masa dahulu masyarakat kita terlalu memilih pekerjaan, tetapi tidaka pada masa kini. Ramai para siswazah yang menganggur sanggup melakukan sebarang pekerjaan sebagai contoh ada yang sanggup bekerja sebagai penoreh getahdan juga buruh di ladang kelapa sawit asalkan ianya mendatangkan bayaran. Saya juga ingin memeberi pendapat, bagaiman jika firma itu mengurangkan harga(P) sesuatu barang, tetapi kualitinya haruslah ditahap yang terbaik. Mungkin ia kedengaran agak kurang menguntungkan, tetapi melaui cara ini kita boleh memenangi hati pengguna. Apabila sampai satu tahap dimana penguna mempercayai dan 'loyal' kepada barangan tersebut, firma bolehlah meningkatkan sedikit demi sedikat harga barang tersebut. Cara ini boleh memberi keuntungan jangka panjang kepada firma tersebut.

terima kasih
norizyan(100998)

Anonymous said...

assalamualaikum..
sememgnya pengurus kilang lebuh cenderung untuk mengambil pekerja asing daripada mengambil pekerja tempatan kerana kos upah bg pekerja asing adalah lebih rendah berbanding pekerja tempatan..tetapi kesannya kepada negara adalah kadar pengangguran di negara kita meningkat akibat lambakan pekerja asing sekaligus menyebabkan jenayah di negara kt semakin meruncing..oleh itu,pihak yang terlibat perlu mengambil langkah yang lebih praktikal bg menangani masalh ini..sekatan terhadap buruh asing perlu dilakukan..sekian..103330

Anonymous said...

assalammualaikum....
pada pendapat saya,sememangnya setiap peniagaan menginginkan keuntungan bagi syarikatnya atau dirinya tetapi jika keuntungan tersebut diperoleh dengan menukarkan pekerja tempatan dengan pekerja asing,ini akan merosakkan ekonomi negara di samping mendekatkan rakyat tempatan dengan kemiskinan melalui pengangguran.kita tidak perlulah mengambil pekerja asing semata-mata upah yang kecil tanpa melihat kesan politik,sosial dan ekonomi daripada mereka ini.Malaysia bukannya menghadapi kekurangan buruh tetapi kekurangan kesedaran terutamanya pelajar-pelajar lepasan universiti yang memilih pekerjaan.Peniaga atau usahawan yang inginkan keuntungan boleh dicapai tanpa menukarkan buruh tetapi dengan menghasilakn barangan berkualiti,harga berpatutan,kos pengeluaran yang rendah dan gaji yang berpatutan,ini akan menarik ramai pembeli manakala pekerja akan mengeluarkan output yang baik sekiranya mereka berpuas hati dengan kerja dan gaji yang diperoleh.untuk menjadi peniaga atau usahawan yang berjaya perlulah pandai memanipulasikan sumber dan kos agar tidak kerugian atau terlebih untung (melalui pengambilan buruh asing).
sekian.....
(103878)

Anonymous said...

Assalammualaikum……….
Memang tidak disangkal lagi upah buruh asing terutamanya diri Bangladesh dan Vietnam adalah lebih murah jika dibandingkan upah buruh dari negara ini sendiri. Ini adalah kerana nilai mata wang mereka lebih rendah berbanding nilai mata wang Malaysia. Kadr inflasi mereka juga lebih tinggi daripada Malaysia. Akan tetapi sesebuah firma tidak seharusnya menggunakan alasan ini untuk tidak mengambil pekerja tempatan. Jika firma ingin mengambil buruh asing sebagai pekerja, pihak kerajaan harus menetapkan syarat-syarat seperti menetapkan kuota buruh asing di sesebuah firma tersebut. Firma juga tidak boleh menggunakan khidmat buruh asing untuk jangka masa panjang.
Sekian……
105528