Total Pageviews

Friday, January 30, 2009

Gelagat Recep Tayyip Erdogan, Shimon Peres, dan David Ignatius dalam World Economic Forum 2009

Ramai dari kita mengenali Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki yang berjaya memerintah Turki mulai tahun 2005 dan mengubah dasar pentadbiran Turki dari cara pentadbiran Kamal Atartuk kepada lebih bercorak pentadbiran Islam sedikit demi sedikit. Begitu juga Shimon Peres, Presiden Israel yang pernah menjadi Perdana Menteri dan Menteri Luar Israel. Tetapi ramai dari kita mungkin tidak mengenali David Ignatius, wartawan Washington Post yang menjadi ‘moderator’ dalam forum di antara Erdogan dengan Shimon Peres semasa World Economic Forum 2009 di Davos, Switzerland.

Semasa perdebatan, David Ignatius membenarkan Shimon Peres bercakap selama 25 minit menerangkan kewajaran Israel mengebom Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 1,300 orang Palestin semasa serangan ganas Israel dari laut, udara dan darat selama 22 hari. Di pihak Israel pula cuma 13 orang yang terbunuh. Apabila Erdogan cuba membalas ucapan Shimon Peres, David Ignius tidak membenarkan Erdogan bercakap, tetapi Erdogan bercakap juga selama satu minit menerangkan kerajaan Peres sebenarnya membunuh manusia yang tidak berdosa. Apabila di selidik tingkahlaku yang tidak adil kepada ahli panel oleh David Ignatius ini memang tidak mengejutkan. Ini kerana beliau sendiri berbangsa Yahudi dan diketahui Washington Post memang akhbar yang dimiliki oleh usahawan Yahudi di Amerika Syarikat. Sekiranya kita baca blog Che Det, kita tidak juga terkejut semasa keganasan Israel di Gaza, akhbar-akhbar di Britain dan Amerika Syarikat seolah-olah tidak melaporkan langsung keganasan tersebut. Semuanya kerana akhbar, ahli politik, perniagaan dan lain-lain media massa dikuasai oleh orang-orang Yahudi yang menyokong Israel.

Ketidakadilan David Ignatius sebagai moderator lebih terserlah apabila Erdogan hanya dibenarkan bercakap selama 12 minit, sebaliknya Peres dibenarkan membebel dengan suara yang nyaring dan kuat selama lebih dari 25 minit. Memang wajar Erdogan keluar dari perdebatan tersebut. Beliau dianggap sebagai hero di kalangan masyarakat Islam kerana berjaya menunjukkan ketidakadilan media barat dan bagaimana media barat memanipulasikan forum-forum sedemikian. Kebanyakan apa yang berlaku di Gaza pun kita dapati dari laporan Al-Jazeera, dan bukannya dari CNN dan BBC.

Apakah yang kita boleh buat untuk mengatasi keganasan Yahudi?
Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Yahudi terus subur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama Levi's, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Marlboro, dan jenama rokok yang lain telah digunakan untuk diberi kepada Israel. Begitu juga produk keluaran Nestle, Sara Lee, Kimberly-Clark, Danone, Marks & Spencer, Coca-Cola, Kit-Kat, Clinique, Kotex, Nescafe, Loreal, Disney, Revlon, Kleenex, Huggies, dan produk makanan seperti McDonalds adalah digunakan oleh usahawan Yahudi untuk diberi kepada kerajaan Israel bagi membiayai pembelian dan pembuatan peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas setiap insan muslim/muslimah untuk memboikot barangan yang ada kaitan dengan Yahudi, kerana ia secara tidak langsung memberi saham untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin. Dengan usaha pemboikotan yang dilakukan diharap dapat mengurangkan kemampuan bangsa Yahudi ini dari terus mengganas di muka bumi ini.

Persatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan, bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia membantu mereka sama ada dengan wang ringgit, sokongan moral, doa dan usaha untuk tidak membeli barangan produk Yahudi kerana dengan jelas ia akan membunuh umat Islam di Palestin.

Kita pula mestilah sentiasa ingat mengingatkan secara berterusan barangan mana yang merupakan keluaran bangsa Yahudi untuk digantikan dengan penggunaan barangan yang lain, terutamanya keluaran masyarakat Muslim. Usaha berterusan memboikot barangan keluaran bangsa Yahudi perlu dibuat secara berterusan, dan bukannya dibuat secara berkala atau bila berlaku sesuatu peristiwa seperti kezaliman Yahudi di Gaza semata-mata. Usahawan Muslim pula perlu berusaha membangunkan produk gantian kepada produk yang dikeluarkan oleh bangsa Yahudi ini.

4 comments:

LiLoRin iZUin said...

Assalamualaikum Doc..
Smlm baru sahaja saya ke TESCO, saya lalu di sebuah restoran yang ada kaitan dengan Yahudi ni. Saya lihat masih ramai rakyat Malaysia terutama golongan remaja yang masih membeli makanan di sana.Jadi apakah pandangan Doc mengenai hal ini dan cadangan Doc untuk kita mencegah secara habis-habisan pembelian sebarang produk Yahudi. Mungkin juga mereka ini masih tidak mendapat maklumat tentang mana-mana barang atau produk berkaitan dengan penyumbangan kepada ekonomi Israel ini.

801043 - UUM MBA Student (MMC KL) said...

Assalamualaikum semua,

Jika kita lihat dan kaji mengenai bangsa yahudi ini, kita akan dapati bahawa bangsa yahudi merupakan antara bangsa yang paling berjaya di atas muka bumi ini. Bangsa ini amat mementingkan terhadap ilmu pengetahuan. Jadi adalah tidak menghairankan mereka mengusai hampir keseluruhan ekonomi utama dunia. Sama ada kita sedar ataupun tidak, hampir 80% barangan konsumer yang kita gunakan adalah berasal dr syarikat-syarikat milik bangsa yahudi ini. Hanya dengan penguasaan ilmu pengetahuan sahajalah, jika kita sebagai umat islam khasnya, ingin menandingi bangsa ini. Disebabkan itulah wahyu pertama yang diturunkan kepada nabi Muhammad adalah berkaitan dengan ilmu. (Surah al-'alaq). - 801043 (UUM MBA student,MMC KL)

Rushdi Baharum said...

Assalamualaikum,

Ya... Saya setuju jika anda mengatakan ilmu itu adalah salah satu elemen penting bagi sesuatu bangsa itu terus maju dan berjaya, berdaya saing dan kemungkinan juga boleh mengatasi kepintaran bangsa Yahudi.

Tetapi ada eloknya jika saya mengatakan bahawa kita semua perlu kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar-benarnya dan mempunyai barisan pemerintah seperti diwaktu pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin (wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus).

Selagi kita masih lagi tidak kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenar, maka kita akan tetap ditindas dan diganyang oleh bangsa-bangsa Yahudi dan kuncu-kuncunya.
Agama Islam itu syumul (lengkap) dan Allah s.w.t sendiri telah redha akan agama yang kita anuti ini sejak kehadiran Rasulullah s.a.w sebagai Rasul dan Nabi yang terakhir dimuka bumi ini. Tetapi malangnya, ada sebahagiannya yang kita guna pakai dan ada pula sebahagiannya kita tolak. Kerana apa? Mereka katakana kerana ianya tidak memenuhi kehendak zaman masa kini. Siapakah kita yang hendak menentukan ini semua. Sedangkan sekecil semut pun kita tidak mempu untuk menciptanya, inikan pula kita yang hendak menentukan apa yang lebih baik untuk manusia sejagat berbanding dengan Allah s.w.t.

Bahkan Allah swt telah befirman yang Maksudnya ; “Dan taatilah Allah dan RasulNya, jika kamu adalah orang-orang yang beriman.” (surah al Anfāl : ayat 1)

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan yang lain bagi urusan mereka” (surah al Ahzāb : ayat 36)

Maka tidak mustahillah, mengapa umat Islam ketika ini, mudah dijajah bukan sahaja dari segi fizikal malahan mental mereka juga begitu ampuh disusun atur oleh bangsa Yahudi laknatullah dan kuncu-kuncunya mengikut kemahuan mereka sendiri.

Wallahualam..

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t Prof Jamal,
Bak kata pepatah , " Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Begitulah yang boleh dikatakan mengenai umat Islam di seluruh dunia sekarang. Akibat sikap terlalu mementingkan diri sendiri dan keduniaan menyebabkan kita tidak mengambil endah apa yang berlaku pada negara Islam yang lain. Padahal kita sesama agama adalah bersaudara. Oleh sebab itulah, pendekatan dan kesedaran kepada ajaran Islam yang sebenar patut di sentiasa di terapkan. Semangat Islam yang sentiasa ingin berjihad patut ada di dalam diri setiap orang Islam. Dengan ini, barulah Islam boleh kembali ke era kegemilangannya semula.

-Putra M.D. Ridzuan Rosli-
MBA IKIP, Kuantan
806741