Total Pageviews

Saturday, April 18, 2009

Dasar Buruh Asing di Malaysia

Kemelesetan Ekonomi yang berpunca dari keruntuhan sistem Kewangan di Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain telah memberi kesan yang ketara kepada ekonomi dan seterusnya peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia. Kemelesetan ekonomi di negara maju tersebut bererti penurunan kuasa beli rakyat mereka, dan keadaan ini berlarutan kepada penurunan permintaan terhadap barangan yang diimport dari luar negeri. Seterusnya permintaan eksport keatas barangan keluaran di sektor pertanian dan perindustrian dari Malaysia telah terjejas. Ianya menjejaskan prestasi syarikat-syarikat yang mengeluarkan barangan pertanian dan perindustrian yang bergantung kepada pasaran eksport tersebut. Prestasi syarikat-syarikat di Malaysia akan terjejas. Penurunan prestasi, bererti pengurangan pekerja di dalam syarikat terpaksa dilakukan. Begitu juga tidak akan berlaku pengambilan pekerja baru. Kedudukan buruh tempatan yang terpaksa bersaing dengan buruh asing di dalam pekerjaan pula boleh membawa kepada satu elemen 'krisis modal insan'.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Thomas George berkata, dasar yang semakin liberal terhadap pengambilan pekerja asing di Malaysia wujud berikutan pertumbuhan pesat ekonomi, yang sebahagian besarnya dipacu oleh perkembangan industrialisasi di negara ini. Kalau dahulu, pekerja asing hanya dibenarkan bekerja di sektor perladangan, pembinaan dan pembantu rumah, kini telah dibenarkan pula bekerja disektor perkhidmatan seperti peruncitan, restoran dan industri kecil dan sederhana. Kedai gunting rambut juga telah kedapatan ramai pekerja asing pada masa kini. Dengan membenarkan hampir semua sektor dalam ekonomi menggaji buruh asing, kesatuan sekerja tempatan seperti Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) merasakan akan kurang kuasa tawar menawar dalam menjaga kebajikan pekerja apabila membuat perbincangan berkaitan isu-isu kebajikan pekerja. Syarikat-syarikat yang ingin mengurangkan kos operasi berkemungkinan besar akan menggunakan buruh asing berbanding dengan buruh tempatan.

Berucap merasmikan Simposium Kebangsaan mengenai Dasar Pekerja Asing di Malaysia anjuran bersama kementerian Kementerian Sumber Manusia dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Datuk Thomas George berkata, daripada jumlah keseluruhan 11.3 juta tenaga kerja yang ada di Malaysia, 2.2 juta adalah warga asing. Untuk mengurangkan kedudukan Malaysia yang terlalu bergantung terhadap pekerja asing dan bagi melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan, kerajaan membuat keputusan untuk mengurangkan secara beransur-ansur kadar pergantungan terhadap pekerja asing daripada 2.2 juta sekarang kepada 1.5 juta menjelang 2015 (Utusan Malaysia 20 Oktober 2009).

Jika dilihat pekerjaan buruh asing mengikut sektor, sebahagian besar pekerja asing diambil bekerja dalam sektor pembuatan iaitu sebanyak 36 peratus, diikuti perladangan (24.6 peratus), pembantu rumah (15.7 peratus), pembinaan (14.2 peratus) dan selebihnya dalam sektor lain. Sementara itu, seorang pegawai kanan Kementerian Sumber Manusia, Puan Azizah Ariffin berkata, warga asing mengambil kira-kira 45 peratus peluang pekerjaan baru yang diwujudkan setiap tahun di negara ini. Puan Azizah juga merasakan penggunaan pekerja asing secara berlebihan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah, termasuk penurunan purata produktiviti, penyisihan pekerja tempatan, kewujudan kadar upah yang rendah serta menjejaskan imbangan pembayaran, dan mencetuskan isu sosial dan keselamatan. Hampir keseluruhan buruh asing di sektor perindustrian dan pembinaan itu pula kebanyakannya terdiri dari buruh tidak mahir atau separa mahir. Dengan buruh asing mahir tidak melebihi lima peratus dari keseluruhan buruh asing, tentulah ianya tidak membantu dalam persediaan Malaysia menghadapi persaingan kompetitif dalam perkembangan ekonomi di peringkat global. Dari segi pengaliran keluar matawang, pada tahun 2007, wang yang buruh asing hantar pulang ke negara asal masing-masing berjumlah kira-kira RM3.43 bilion.

Memang diakui juga buruh asing ada sumbangannya kepada pembangunan ekonomi Malaysia. Mereka sanggup bekerja dengan kadar upah yang rendah dan bekerja di sektor yang menghadapi kekurangan tenaga kerja seperti di sektor pembinaan dan perladangan. Mereka sanggup bekerja di sektor yang berbahaya, kotor dan sukar. Mereka juga sebenarnya telah menyumbang kepada penurunan kadar inflasi kerana kadar upah yang rendah, yang mana dalam ekonomi dipanggil inflasi tolakan kos. Walau bagaimanapun apabila majikan dalam sektor perkhidmatan seperti restoran dan peruncitan, dan sektor perindustrian turut sama mengambil kesempatan mengutamakan pengambilan buruh asing berbanding buruh Malaysia maka timbul persoalan kesesuaian polisi buruh asing yang diamalkan di Malaysia. Apabila berlaku rungutan ketara dari rakyat Malaysia seperti di waktu pilihanraya atau tekanan dari kemelesetan ekonomi, maka dasar buruh asing yang lebih menjurus kepada kawalan dan pengurangan pengambilan buruh asing diperkenalkan. Walau bagaimanapun selepas waktu pilihanraya atau apabila ada rayuan dari majikan, dasar ketat yang diperkenalkan itu dilonggarkan semula. Yang terbaru apabila kerajaan menaikkan levi kepada buruh asing yang bekerja di sektor perkhidmatan seperti di restoran dan membekukan pengeluaran permit baru kepada agensi pengambilan buruh asing. Tetapi apabila ada bantahan dan ugutan dari pengusaha restoran seperti akan menaikkan harga makanan yang dijual, maka terdapat ura-ura untuk mengkaji semula levi yang dikenakan.

Dengan objektif untuk mengurangkan pergantungan kepada buruh asing, dasar yang perlu digalakkan ialah dasar yang menjurus kepada kemasukan buruh mahir, dan bukan hanya buruh tidak mahir sahaja. Malaysia memerlukan dasar buruh asing yang jelas dan menyeluruh. Dasar tersebut perlu mengambilkira strategi jangka pendek, sederhana dan jangka panjang. Ianya bersesuaian dengan dasar Malaysia untuk beralih kepada perkembangan industri berteknologi tinggi yang memerlukan buruh mahir. Sektor-sektor yang diketahui ada minat yang tinggi oleh pekerja Malaysia untuk bekerja, seperti di sector peruncitan dan restoran, dasar menghalang pengambilan terus buruh asing untuk bekerja di sektor ini perlu dikuatkuasakan. Kita tidak mahu satu masa nanti pekerja dari Malaysia terpaksa bertukar memiliki passport Indonesia, Bangladesh atau Myanmar untuk bekerja di sektor pekerjaan di Malaysia. Ini kerana majikan lebih bersedia mengambil pekerja dari Indonesia, Bangladesh atau Myanmar. Lebih terasa lagi apabila rakyat Malaysia terpaksa bertukar bahasa loghat Indonesia untuk bekerja di kilang, restoran atau pasaraya di Malaysia.

NASIHAT ILMU:

AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipu daya dan ganguan syaitan.

Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.


Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca hinggalah ke hari Qiamat.

Dan tersebut dalam hadith yang lain: "Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke subuh dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut di badannya”.

Hadith yang lain mengatakan: "Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid".

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum prof..saya merupakan pelajar jurusan syariah.saya sekarang tgh nak buat kajian mengenai ekonomi islam.dah enam tajuk saya bentangkan pada pensyarah saya.semuanya ditolak.mungkin faktornya tajuk agak besar dan berat.tajuk apa yg sesuai untuk saya prof?jika ringan takut dua tiga helai dah habih kajian.jadi saya mohon pandangan prof..email saya- alsyarqawi@gmail.com.....moga prof dapat membantu..ws

Shahhiran Uthman said...

801025 said..

Salam!Doc,

Pengambilan buruh asing dipelbagai sertor perkerjaan di Malaysia. Ada pihak yang melihatnya kesan negatif dan ada juga yang melihatnya sebagai kesan positif. Kita pasti mengakui bahawa tenaga kerja buruh asing ini telah memberi sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi negara kita. Jika dilihat pada sektor pembinaan negara yang memerlukan pekerja yang ramai. Bangunan-bangunan yang tinggi di ibu kota semuanya didirikan hasil titik peluh pekerja asing yang sanggup bekerja keras dengan bayaran yang minimun mungkin. Bukan itu sahaja, sector-sektor lain terutama industri kecil dan sederhana mampu bersaing dengan negara-negara lain kerana menggaji buruh asing ini. Kadar upah yang secara relatifnya rendah berbanding mengupah pekerja tempatan menyebabkan sektor industri kita mampu mengeksport barangan lebih murah ke negara-negara lain. Keadaan ini secara tidak langsung turut menjana pertumbuhan pesat eksport negara. Jika dikaji secara teliti, semua rakyat negara maju tidak lagi suka melakukan kerja-kerja yang kotor, tidak berstatus, dan memerlukan kudrat yang tinggi. Jadi, sikap yang diamalkan oleh rakyat kita ini selaras dengan ciri-ciri negara maju yang lain. Kekosongan dalam sektor ini yang menyebabkan pekerja asing membanjiri negara kita. Namun disebalik kesan positif ini juga mengundang kesan negative yang menjuruskan gejala2 yang tidak sihat disamping wujud ramai diantara buruh asing yang memasuki negara kita secara haram. Ianya memburukan lagi keadaan dengan unsur-unsur jenayah yang dikaitkan oleh buruh asing ini dan sangat membimbangkan.

801043 (UUM-REZZEN, MMC KL) said...

Terdapat kesan pro & kontra di dalam isu pengambilan tenaga buruh asing di dalam pelbagai sektor. Tujuan utama sesetengah sektor mengambil tenaga buruh asing bekerja terutamanya tenaga buruh tidak mahir tentunya disebabkan kos yang lebih murah berbanding mengambil tenaga kerja tidak mahir dikalangan masyarakat tempatan. Di dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di kala ini, tentunya pengurangan kos menjadi isu yang utama di dalam semua sektor-sektor perniagaan. Walaubagaimanapun, tidak dapat tidak tenaga kerja tempatan hendaklah diutamakan. Kerajaan terutamanya hendaklah mencari kaedah-kaedah yang sesuai utk mengatasi isu ini supaya masalah pengangguran di negara ini dapat diatasi. Hakikatnya, di negara kita terdapat bnyk sekali peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor. Agak pelik apabila isu pengangguran terutama dikalangan graduan-graduan lepasan universiti/kolej menjadi salah satu isu nasional yang besar. Pada pendapat saya, sbb utama pengangguran ini berlaku bukan disebabkan oleh terlalu memilih pekerjaan tetapi disebabkan oleh sesetengah sektor lebih suke mengambil buruh-buruh asing ini yang kosnya jauh lebih murah. Walaubagaimanapun, tenaga buruh asing masih diperlukan oleh negara. Tenaga buruh asing tidak mahir amat diperlukan di dalam sektor pembinaan dan pembuatan utk memacu ekonomi negara dengan lebih pantas lg. Selain itu, tenaga buruh asing mahir pula amat diperlukan di dalam bidang-bidang kritikal seperti kejuruteraan, teknologi maklumat dan juga sains.

Goh Yean Seong said...

GOH YS Matric No: 801008

Refer to dasar buruh asing di Malaysia. My personal comments as below:-
As the financial crisis strongly hit in US market, it is directly affected our country economy due to US is once of our larger export country. The decline of demand had strongly affected to the manufacturer that purely depends on US order. Based on the Operating leverage theory, the export manufacturer have the higher leveraged when the increase ordering from US market when their booming economy.
But with the higher operating leverage, the firm having the higher risk due to their fixed cost had increasing. The Operating Leverage theory, in order to leverage the increase of the total fixed cost, the firm or manufacturer require to increase the production output and try to reduce the labour cost. Therefore, the manufacturer prefers to take the foreign worker due to reason as below:-
a) High Productivity. Higher production output is their concern. Foreign worker have high productivity that defined as output per day. The foreign worker willing to work for long hour due to their purpose of coming to our country is to maximize the earning money.
b) Minimize the production cost. Due to their cheap labor cost. The firm can lower down their production costs.
The manufacturer strongly affected by the decline of order due to the US financial crisis. We can see that our manufacturer is over dependant to the cheap labor (foreign worker) to sustain their business growth. When our government want to impose the double levy to the foreign workers on March 2009.They were many association standing out and disagreed to the new announcement by government due to it will increase their total fixed cost while the firms had facing the temporary monthly losses and they are trying to continue sustain the production due to their average variable cost still lower than their selling price or Marginal Revenue. When the increase of the double levy to foreign worker, the firm average variable cost will increase, as a result, the manufacturer will facing the total shut down due to the AVC and ATC are higher than marginal revenues.
From the above analysis, the government should implement the sent back of foreign worker phase by phase which allow the manufacturer have the time frame to slowly adapt the increase the increase of production cost rather than just double up the levy on foreign workers.

Anonymous said...

GOH YS Matric No: 801008

Refer to dasar buruh asing di Malaysia. My personal comments as below:-
As the financial crisis strongly hit in US market, it is directly affected our country economy due to US is once of our larger export country. The decline of demand had strongly affected to the manufacturer that purely depends on US order. Based on the Operating leverage theory, the export manufacturer have the higher leveraged when the increase ordering from US market when their booming economy.
But with the higher operating leverage, the firm having the higher risk due to their fixed cost had increasing. The Operating Leverage theory, in order to leverage the increase of the total fixed cost, the firm or manufacturer require to increase the production output and try to reduce the labour cost. Therefore, the manufacturer prefers to take the foreign worker due to reason as below:-
a) High Productivity. Higher production output is their concern. Foreign worker have high productivity that defined as output per day. The foreign worker willing to work for long hour due to their purpose of coming to our country is to maximize the earning money.
b) Minimize the production cost. Due to their cheap labor cost. The firm can lower down their production costs.
The manufacturer strongly affected by the decline of order due to the US financial crisis. We can see that our manufacturer is over dependant to the cheap labor (foreign worker) to sustain their business growth. When our government want to impose the double levy to the foreign workers on March 2009.They were many association standing out and disagreed to the new announcement by government due to it will increase their total fixed cost while the firms had facing the temporary monthly losses and they are trying to continue sustain the production due to their average variable cost still lower than their selling price or Marginal Revenue. When the increase of the double levy to foreign worker, the firm average variable cost will increase, as a result, the manufacturer will facing the total shut down due to the AVC and ATC are higher than marginal revenues.
From the above analysis, the government should implement the sent back of foreign worker phase by phase which allow the manufacturer have the time frame to slowly adapt the increase the increase of production cost rather than just double up the levy on foreign workers.

Anonymous said...

Gunarajah,ATC Seremban Matric No : 804525

Salam Prof,

Kemasukan buruh asing ke Malaysia adalah suatu phenomena global yang yang tidak dapat dielakkan. Negara-negara maju lain juga mengalami situasi yang sama. Lagipun jika kita menyingkap balik sejarah negara ini , penjajah Inggeris juga telah membawa buruh asing untuk bekerja di sektor perladangan ,pembinaaan dan perlombongan. Disebabkan pembangunan yang pesat sejak zaman pemerintahan Tun Dr.Mahathir maka taraf sosio-ekonomi rakyat ini telah mengalami perubahan yang pesat. Penjurusan sektor ekonomi kepda perindustian telah menyebabkan penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar. Bila taraf pendidikan and pendapatan bertambah baik maka kerja-kerja yang memerlukan tenaga fizikal telah diabaikan ataupun kurang diberi perhatian, maka kekosongan tersebut perlu diatasi dengan tenaga buruh asing. Mereka berebut-rebut datang ke Malaysia disebabkan keadaan sosio-politik yang stabil serta kadar pertukaran matawang yang menguntungkan mereka.Pihak berkuasa seperti immigresen perlu memainkan peranan yang berkesan dalam menentukan kemasukan buruh asing. Mereka perlu diberikan orientasi mengenai budaya negara ini. Walaupun sumbangan mereka adalah memberansangkan dalam sektor ekonomi tetapi juga telah mengundang pelbagai gejaja sosial seperti jenayah,masalah pederaan,maksiat dan sebagainya yang boleh menjejaskan imej negara ini dalam jangka masa panjang. Seperti apa yang dikatakan prof, penduduk negara ini akan menjadi orang asing di negara sendiri. Kita perlu mempelajari dari kejatuhan zaman kesultanan Melayu Melaka yang mana pihak Portugis menakluki Melaka pada tahun 1511. Hanya kerana inginkan kepulangan segera, janganlah kita menggadaikan negara ini.