Total Pageviews

Saturday, March 26, 2011

Ketelusan dalam bekerja

Semasa tamat pengajian di sekolah menengah, saya mendapat tawaran untuk menyambung pengajian di dalam program pendidikan, program kejuruteraan marin dan program ekonomi di peringkat Universiti. Walau pun ramai ahli keluarga mencadangkan memilih program pendidikan atas alasan terjamin mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian, saya memutuskan untuk memilih program ekonomi. Alhamdulillah saya merasakan saya membuat keputusan yang betul kerana saya dapati bidang ekonomi memang menarik dan merupakan suatu disiplin yang memerlukan pemikiran secara logik dan banyak menggunakan model.

Dalam bidang ekonomi, kita diminta memahami sesuatu secara logik dan digalakkan dibuat kajian sebelum sesuatu keputusan akhir dibuat. Pelajar ekonomi diajar keseimbangan, bukan hanya keseimbangan dalam penentuan harga barangan berdasarkan maklumat permintaan dan penawaran, tetapi juga keseimbangan menjadi ahli masyarakat yang terpelajar dan profesional. Keputusan ahli ekonomi dalam sesuatu hal biasanya memang memerlukan logik dan model pemikiran yang tertentu.

Sebab itu semasa salah seorang penasihat ekonomi kanan di Malaysia memberi komen terhadap perlantikan salah seorang Pengerusi GLC (Government Link Company) yang sebaiknya dari orang bukan politik, maka wujud “kebisingan”/ “teguran” dari pejuang-pejuang bangsa tanpa meneliti dengan baik model asas kepada cadangan sedemikian. Kebiasaannya ahli politik mempunyai pemikiran yang berbeza dengan ahli ekonomi. Ahli ekonomi berpandangan pemaksimuman keuntungan sesuatu entiti perniagaan mesti berasaskan kepada pengurusan perniagaan yang baik. Mereka yang dijangka dapat mengurus perniagaan dengan baik itu pula tentunya dari kalangan yang benar-benar berkebolehan untuk mentadbir organisasi yang diamanahkan dan tidak pernah terlibat dengan perkara-perkara yang boleh meragukan kewibawaan mereka.

Pengurusan perniagaan yang baik memerlukan maklumat lengkap bersesuaian dengan keputusan yang hendak dibuat. Mereka perlu membuat sesuatu keputusan berdasarkan fakta dan bukannya “ada udang di sebalik batu”. Untuk memaksimumkan keuntungan misalnya memerlukan peningkatan dalam Jumlah Hasil dan meminimumkan Jumlah Kos. Beberapa keputusan tepat dalam meminimumkan kos seperti mendapatkan bekalan bahan mentah dari sumber yang baik, tiadanya unsur kepentingan tersembunyi, bebas dari rasuah, penipuan dan ketidaktelusan perlu diambilkira. Mereka yang mendapat tender dari sesuatu projek pula mestilah sebenarnya dari pembekal yang benar-benar berkemampuan, membekalkan input berkualiti dan bebas pula dari permintaan-permintaan yang mengkehendaki sesiapa yang mendapat tender memberikan sesuatu yang tidak berkaitan dengan projek kepada organisasi yang menawarkan tender. Sebab itu di dalam peraturan Kerajaan ada ditetapkan prosedur-prosedur tertentu di dalam proses kelulusan projek dan pemilihan tender yang berjaya. Persoalannya adakah kesemua prosedur tersebut dipatuhi?

Setiap tahun bila Jabatan Audit Negara membuat laporan tahunan, pelbagai teguran membina diberikan oleh pegawai audit. Saya tidak pasti sama ada kesemua teguran audit diambil perhatian dan tidak dilakukan oleh pihak yang ditegur. Agensi-agensi kerajaan atau badan kerajaan lain pula perlu mengambil perhatian dan pengajaran terhadap teguran-teguran membina tersebut. Sekiranya berlaku penyelewengan dalam pemberian tender untuk sesuatu projek, tentu banyak perkara negatif kepada ekonomi Negara boleh berlaku. Pembekal yang terpaksa membuat imbuhan-imbuhan tertentu kepada pelulus projek tentu pula terpaksa menyerapkan harga barangan atau menurunkan kualiti barangan yang dibekalkan bersesuaian dengan kos-kos sampingan yang diminta tadi. Terjadilah bekalan input baja misalnya yang kurang berkualiti, kualiti buatan jambatan yang tidak mengikut spesifikasi, dan pendawaian untuk sistem komputer di sekolah tidak disiapkan seperti yang dijadualkan. Projek tersebut penting kepada kebajikan masyarakat dan ekonomi Negara. Kebiasaannya tender baru dikeluarkan dan projek penting itu terpaksa diteruskan juga. Keadaan ini tentunya melambatkan penyiapan projek dan memberikan tambahan kos kepada negara.

Disinilah peranan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACC) dalam membuat penguatkuasaan peraturan yang telah ditetapkan. Rakyat tentu memerhatikan tindak tanduk pegawai-pegawai MACC sama ada menjalankan kerja dengan cekap dan telus. Rakyat tentu tidak mahu melihat pendakwaan terhadap kumpulan-kumpulan tertentu sahaja, sedangkan kumpulan yang lebih nyata unsur-unsur penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan lambat didakwa atau tidak didakwa langsung. Seterusnya Institusi Kehakiman, hakim-hakim yang mengadili sesuatu kes perlu jujur dan telus dan membuat keputusan berdasarkan fakta dan kebenaran dan tidak dipengaruhi oleh faktor diluar dari sesuatu kes. Sebab itu kebiasaannya hakim dibayar gaji yang tinggi supaya tidak tertarik lagi dengan imbuhan-imbuhan lain yang ditawarkan oleh orang yang didakwa dan orang yang mendakwa. Persoalannya berapa tinggikah pendapatan yang dikatakan mencukupi itu? Ini persoalan moral dan jika hidup berdasarkan nafsu tentu tidak ada batasan pendapatan yang dikatakan tinggi.

Memang boleh propaganda keadilan dibuat di dalam media arus perdana seperti TV, Radio dan akhbar, tetapi dalam era teknologi maklumat rakyat lebih bijak dan mempunyai pelbagai sumber untuk mendapatkan maklumat, seperti melalui internet dan SMS. Sebarang penyelewengan dan bukti-bukti penyelewengan dan rantaian individu yang lerlibat boleh disalurkan dalam saluran media alternatif ini. Sebab itu dalam kelas saya, saya selalu maklumkan kepada pelajar saya bahawa mereka tidak perlu memberi sebarang hadiah atau sebarang bentuk cenderamata semasa saya mengajar mereka. Saya mengatakan kerajaan telah membayar gaji yang cukup kepada saya, dan tidak memerlukan apa-apa hadiah dari mereka. Jika saya tidak mengajar mereka lagi, maksudnya tidak ada kepentingan pemberian markah lagi, adakah mereka tetap akan memberi hadiah? Mungkin beri dan mungkin tidak, tetapi saya berat lebih kepada tidak beri. Walau bagaimanapun ia tidak lagi menjejaskan keputusan saya dalam membuat penilaian, kerana mereka telah tamat pengajian. Saya berharap dapat memberi penilaian prestasi pembelajaran berdasarkan kebolehan sebenar mereka dalam pelajaran tanpa dipengaruhi oleh perkara lain.

Saya cuma harapkan ilmu baik yang diberikan dapat digunakan untuk kebaikan indvidu, masyarakat dan Negara. Imbuhan Allah dari salah satu amal penyampaian ilmu yang baik itu lebih penting lagi. Dua lagi perkara yang penting di dalam kubur ialah amalan kita dan amal jariah seperti sedekah, pemberian tanah wakaf dan lain-lain perbelanjaan kebajikan. Apabila kita meninggal dunia, ada lima kumpulan yang mengiringi kita ke kubur, iaitu 1. Ahli Keluarga dan sahabat handai, 2. Harta, 3. Amalan, 4. Amal Jariah, dan 5. Ilmu baik yang diberikan kepada manusia di dunia. Dua akan meninggalkan kita selepas kita dikebumikan, iaitu Ahli keluarga dan sahabat handai, dan harta. Yang mengikuti kita ialah Amalan, Amal Jariah dan Ilmu baik yang kita berikan kepada manusia.

Sekiranya semua orang memikirkan kehidupan akhirat dan tidak hanya memikirkan kehidupan di dunia, mungkin tidak banyak kejahatan dan penyelewengan berlaku di dunia ini. Bukankah begitu?

Untuk renungan bersama - cadangan dari bekas rakan sekolah saya yang sangat berguna.

There are 3 things we should ask ourselves at the end of each day from now on:-

1. What had been done today to make us closer to heaven?

2. What had been done today to drive us away from hell?

3. What had been done today to preserve our health?

16 comments:

Anonymous said...

Thanks prof for such a good article. sememangnya kita sering diuji dengan pelbagai perkara. apatah lagi sekiranya berjawatan besar. ketelusan bekerja actually di didik dr kecil lagi tetapi kebanyakan berubah disebabkan tekanan ekonomi, arahan atasan, kepentingan sendiri.We have to face life though it's sometimes sweet and sometimes bitter..

Nurul-Rezzen

Prof. Dr. Jamal Ali said...

Di Malaysia dalam sistem Raja Berperlembagaan, mungkin Raja boleh menegur yang kelihatan begitu ketara aktiviti yang tidak baik kepada rakyat jelata seperti penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan aktiviti tidak bermoral. Satu lagi pengasingan kuasa dalam Institusi Kehakiman, Pentadbiran dan Parlimen itu perlu dipraktikkan sepenuhnya. Cadangan pembentukan moral dari kecil itu memang ada, cuma pegawai kumpulan pertengahan dan bawahan mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan. Ini perlu difikirkan.

CT said...

Terima kasih Prof atas artikel yang di harap dapat memberi penyedaran kepada kita semua dan juga untuk kita sama2 berfikir dalam membuat sesuatu perkara. Apa yang saya ingin katakan, sebagai orang bawahan, kadang2 kita rasa tertekan dengan arahan dari pihak atasan yang kadangkala melanggar prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak majikan semata-mata kerana ingin menjaga kepentingan perniagaan atau ingin mengekalkan business contact dengan orang2 yang mempunyai nama (VIP). Kita bekerja dengan telus dan iklas tetapi ketelusan kita seringkali dicabar oleh orang2 atasan demi kepentingan syarikat. Diskriminasi juga salah satu perkara yang selau saya lihat terjadi di kebanyakan syarikat. Orang yang mengikut arahan yang diberikan oleh orang atasan tanpa mengambil kira salah atau betul selalunya akan diberikan imbuhan yang berlainan daripada orang yang mengikut tatacara kerja yang betul. Di sini saya akan mengingatkan diri sendiri tentang tujuan asal bekerja...demi mencari rezeki yang halal dan yang diredhai.

yani said...

Prof, bagus artikel nie. Cuba kita kaitkan dengan pinjaman bank.Sepatutnya ia disalur untuk mereka yang benar-benar mahu menjalankan perniagaan tapi banyak disalah gunakan. Saya perhatikan mana2 yg ada kaitan dengan politik akan beri impak yg agak berat.Berdasarkan pengalaman saya tahun lalu ada kawan saya seorang CEO dari ****.terpaksa melepaskan jawatan akibat dituduh melakukan kesilapan hanya kerana dia menolak permohanan yg ada unsur penipuan dan salah guna kuasa.Rugi betul pada syarikat kerana dia telah menaikkan imej syarikat dan menyelamatkan sykt pada zaman pengendalian.Maasalahnya berpunca hanya kerana mempunyai Group CEO yang teramat muda dan amat daif dalam pengertian pinjaman berhemah.Masaalah ini susah dibendung apabila punya kaitan politik yang amat kuat dan punya kepentingan peribadi.Yang susahnya ialah rakyat.

WatieRashid said...

Ingin saya berkongsi sedikit daripada pengalaman saya bekerja dalam bidang perbankan. Dalam soal pemberian pinjaman, tanyalah mana2 organisasi bank sekalipun, sikap ‘tidak telus’ dlm memberi pinjaman pasti ada. Sememangnya bank ingin benar membantu pelanggan yang benar2 memerlukan pinjaman, tetapi kdgkala permohonan mereka ditolak atas sebab tidak memenuhi criteria yg diperukan oleh pihak bank. Tetapi, bila peminjam ada hubungkait (bersaudara, atau golongan atasan contoh ahli politik, dato/datin, tan sri) mereka ini dgn mudah akan mendapat pinjaman bank tanpa perlu bersusah payah walaupun kdg kala ada yang tidak langsung memenuhi kriteria yg ditetapkan untuk diberi pinjaman… Teluskah ini? Apa jadi dengan fungsi bank sebagai pemberi pinjaman kepada mereka yang benar2 memerlukan? Bila ini berlaku, yang susah adalah rakyat golongan pertengahan dan bawahan, mereka terpaksa mendapatkan pinjaman secra haram drpd “along” yg sudah tentu mengenakan kdr faedah yg amat tinggi & tidak logik. Atas sikap tidak telus bank sedemikian, juga sedikit sebanyak mempengaruhi & menyumbang kpd masaalah sosial sebegini. Nampak gayanya, sikap ‘tidak telus’ sudah menjadi satu “budaya kerja” tak kira sektor swasta, kerajaan, atau perbankan. Fikirkan…

WatieRashid said...

Ingin saya berkongsi sedikit daripada pengalaman saya bekerja dalam bidang perbankan. Dalam soal pemberian pinjaman, tanyalah mana2 organisasi bank sekalipun, sikap ‘tidak telus’ dlm memberi pinjaman pasti ada. Sememangnya bank ingin benar membantu pelanggan yang benar2 memerlukan pinjaman, tetapi kdgkala permohonan mereka ditolak atas sebab tidak memenuhi criteria yg diperukan oleh pihak bank. Tetapi, bila peminjam ada hubungkait (bersaudara, atau golongan atasan contoh ahli politik, dato/datin, tan sri) mereka ini dgn mudah akan mendapat pinjaman bank tanpa perlu bersusah payah walaupun kdg kala ada yang tidak langsung memenuhi kriteria yg ditetapkan untuk diberi pinjaman… Teluskah ini? Apa jadi dengan fungsi bank sebagai pemberi pinjaman kepada mereka yang benar2 memerlukan? Bila ini berlaku, yang susah adalah rakyat golongan pertengahan dan bawahan, mereka terpaksa mendapatkan pinjaman secra haram drpd “along” yg sudah tentu mengenakan kdr faedah yg amat tinggi & tidak logik. Atas sikap tidak telus bank sedemikian, juga sedikit sebanyak mempengaruhi & menyumbang kpd masaalah sosial sebegini. Nampak gayanya, sikap ‘tidak telus’ sudah menjadi satu “budaya kerja” tak kira sektor swasta, kerajaan, atau perbankan. Fikirkan…

-Shalawati Abd Rashid-
MBA, UUM-Rezzen-KL :805682

Linda Sabri said...

Assalamualaikum Prof,

Saya tertarik dengan kenyataan Prof mengenai konsep ekonomi yang mementingkan ketelusan di dalam pemaksimaman keuntungan, pengurusan yang baik dan peningkatan jumlah hasil melalui cara kerja yang bersih dan bebas dari permintaan-permintaan.

Menurut Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar, “Percubaan untuk membanteras sindiket dalam Jabatan Kastam yang didakwa ada kaitan dengan rasuah dan pengubahan wang adalah satu tanggungjawab yang besar,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini. Chandra juga berkata, rakyat Malaysia sudah memberikan penjelasan kepada SPRM bahawa agensi berkenaan hendaklah melaksanakan prosedur operasi baru dengan berkesan khasnya apabila dua orang yang di bawah jagaan SPRM mati terjatuh di pejabat SPRM dalam masa yang singkat, 18 bulan.

Ternyata, tanggungjawab SPRM amatlah besar di dalam membendung kegiatan-kegiatan bukan sahaja yang terlibat di sektor swasta, namun juga di sektor awam khususnya. Dalam hal ini, pada pendapat saya, rakyat juga harus memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan SPRM di dalam menjalankan tanggungjawab yang amat berat ini. Banyak faktor yang boleh di kaitkan dengan ketidak telusan di dalam bekerja termasuklah urus tadbir dan prosedur yang ketat yang perlu di terapkan kepada para pekerja di sektor swasta dan awam. Pendidikan dari peringkat rendah lagi juga amat perlu di berikan penekanan kepada generasi-generasi baru mengenai pendedahan dan peradaban tentang ketelusan di dalam bekerja.

Linda Sabri
808560/UUM-Rezzen

Anonymous said...

Ketelusan dalam bekerja? Itulah amalan yang di tuntut di dalam islam. Untuk mendapat keberkatan dan rezeki yang halal kejujuran amat penting. Waktu bekerja hendaklah bekerja bersungguh, jangan sambil lewa dan jangan "mencuri" waktu bekerja.

Prof, your article is good, I'll forward to my friends so that they can "renung-renungkan" and "selamat beramal!".

Thank you. from 808559 Rezzen KL

Raja Azlan said...

Assalamualaikum Prof Dr Jamal,

Artikel yang Prof tulis ini amat signifikan sekali bagi saya kerana isu ini amat hangat diperkatakan iaitu “Ketelusan”. Hanya selepas beberapa minggu artikel ini di tulis, rakyat Malaysia telah dikejutkan lagi pada 6 April lalu, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, Penolong Pengarah Jabatan Kastam Selangor ditemui mati di tingkat satu Bangunan SPRM Kuala Lumpur di Jalan Cochrane. 18 bulan yang lalu, pada 16 Julai, 2009, pembantu seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock, ditemui mati di tingkat 5 Koridor Plaza Masalam di Shah Alam selepas beliau memberikan kenyataan berhubung satu kes rasuah di pejabat SPRM di tingkat 14, bangunan itu.

Saya bayangkan betapa sukarnya tanggungjawab SPRM kini. Kita perlu menyokong tugas murni yang mereka lakukan. Sepanjang perkenalan saya dengan rakan-rakan saya dahulu dari BPR (sebelum dinamakan SPRM), dari perwatakan, cara pergaulan dan ketegasan kata-kata ternyata mereka amat terlatih menjadi para pegawai yang mahir mengendalikan kes-kes rumit melibatkan kes-kes rasuah.

Petikan Utusan Malaysia:-

PULAU PINANG 26 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kini melancarkan operasi bersepadu besar-besaran untuk memburu kumpulan-kumpulan yang memberi rasuah. Timbalan Pengarahnya, Mohd Noor Abd Rahman berkata, pelbagai operasi sedang giat dijalankan bersama-sama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Jika kita lihat dalam kebanyakan kes-kes yang SPRM berjaya selesaikan, mereka yang ditahan rata-rata membabitkan penerima rasuah iaitu yang terdiri daripada penjawat awam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Bersama Lakukan Perubahan Perangi Rasuah di Kompleks SPRM Pulau Pinang di sini hari ini.Tambahnya, SPRM juga lebih memberi tumpuan kepada yang memberi rasuah kerana mereka lebih ”berbahaya” daripada yang menerima, tanpa pemberi maka tiada penerima.
"Untuk menjayakan operasi ini, pegawai-pegawai SPRM juga ditempatkan di di beberapa tempat yang telah dikenalpasti di sekitar negeri ini di mana kegiatan seumpama itu dilakukan,” katanya. - Bernama


Maka Prof, rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan kepada SPRM di dalam ‘amal makruf, nahi mungkar’. Saya percaya, untuk sesiapa sahaja berbuat baik amat payah sekali kerana pastinya dugaan yang datang pastinya penuh cabaran…

Raja Azlan (King)
808558/UUM-Rezzen

Irnee Safia said...

Dear Prof,

According to Transparency International, Malaysia is ranked at number 56 in the Corruption Perception Index for 2010 with the index of 4.4. There’s not much change from 2009 where Malaysia is also ranked at 56th with a slightly better index at 4.5. However this is a huge drop from 2008 where Malaysia was ranked at 47th with much better index of 5.1. This could be due to more and more corruptions cases being uncovered by MACC. It will not be a surprise if Malaysia dropped even further in 2011 study.
Corruption exists everywhere from high level government official to the vehicle inspector. What made these people commit the crime? Greed? Financial trouble? Lack of conscience. It could be all the above. Malaysian society, similar to many other Asian countries, emphasize too much on social status unlike egalitarian society which treat everybody equally. We have titles such as Tun, Datuk etc to make the distinction clearer. We love to show off our power and authority. We used police escort to clear the traffic for us. We put special emblems on our expensive Mercedes-Benz’s no. plate to deter police from stopping us. We build gigantic mansions to show our wealth.
Everybody wishes to be that guy and the easiest route seems to be abusing our power and authority for personal gain. MACC is a great effort by the government to reduce corruption. However, the brouhaha and mystery surrounding the death of Teoh Beng Hock and Ahmad Sarbani Mohamed tainted the credibility of MACC, the very own agency set up to ensure transparency is upheld.

Irnee
MBA-Rezzen KL-808553

wan norhawani said...

Salam,

Isu ketelusan - cuba bayangkan berapa banyakkah wang kerajaan dan juga syarikat2 dapat dijimatkan sekiranya semua pekerja mengamalkan konsep ketelusan bekerja? Bukan sahaja mengelakkan isu pecah amanah, fraud, etc., malah pastinya peningkatan produktiviti akan terhasil. Apabila terpaksa bekerja lebih masa sentiasa, sehingga kadangkala terpaksa mengorbankan masa cuti dan sebagainya, dan apabila membandingkan tugas yg dilakukan dengan mereka yg sengaja curi tulang disekeliling kita, sedangkan imbuhan dan gaji yang diterima adalah sama, walaupun terasa hilang motivasi, tetapi dengan segera mengingatkan diri dan niat asal bekerja, serta sumbangan kita lakukan terhadap masyarakat supaya apa yg kita lakukan walaupun mungkin tidak terlihat oleh mata kasar didunia ini akan ganjarannya, tetapi inshaAllah rezeki yg diperolehi mudah2an diberkati, kerana rezeki yang halal itulah yang akan memasuki darah daging dan zuriat kita.

wslm.

rgds
wani/807794 UUM Rezzen

Unknown said...

Assalamualaikum.

Saya setuju dengan pandangan prof, kekurangan ketelusan dalam bekerja di Malaysia. Apa yang saya lihat punca masalah ini adalah pencipta sistem ini. Sistem ini memang wujud semenjak zaman kemerdekaan lagi. Walaubagaimanapun, kita mampu mengubahnya, bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Saya mencadangkan supaya membuat sistem yang baru mengikut sunnah islam. Sistem ini amat sempurna dan tiada cacat celanya. Jadi kita tidak perlu mereka sistem sendiri, apa yang diperlukan adalah mengikut sistem itu sahaja.
Sekian, terima kasih dari Nor Irewan Shah Bin Ibrahim UUM No. 808571

Unknown said...

Assalamualaikum.

Saya setuju dengan pandangan prof, kekurangan ketelusan dalam bekerja di Malaysia. Apa yang saya lihat punca masalah ini adalah pencipta sistem ini. Sistem ini memang wujud semenjak zaman kemerdekaan lagi. Walaubagaimanapun, kita mampu mengubah, bak kata pepatah, nak seribu daya, taknak seribu dalih. Saya mencadangkan supaya membuat sistem yang baru mengikut sunnah islam. Sistem ini amat sempurna dan tiada cacat celanya. Jadi kita tidak perlu mereka sistem sendiri, apa yang diperlukan adalah mengikut sistem itu sahaja.
Sekian, terima kasih dari Nor Irewan Shah Bin Ibrahim UUM No. 808571

faizah mahamud said...

Prof, saya amat-amat bersetuju dengan kenyataan Prof tentang Imbuhan Allah dari salah satu amal penyampaian ilmu yang baik itu lebih penting lagi berbanding dengan perkara-perkara lain. Saya melihat ini sebagai suatu kenyataan yang amat ikhlas dan menghormati pendirian Prof. Seharusnya itulah perkara yang amat penting untuk diterap dalam diri semua insan. Alangkah indahnya dunia ini jika tidak dipenuhi dengan ketamakan dan ketaksuban yang pada akhirnya membinasakan diri pelakunya.Hakikatnya kini, bumi juga sudah tidak sanggup melihat kejahatan dan penyelewengan berlaku di dunia ini, melihat kerakusan manusia yang lupa dengan janji Allah...


Faizah Mahamud
MBA-Rezzen-KL

Anonymous said...

Sekadar renungan..sekiranyakita ingin menambah ilmu kita, lihatlah mereka yang lebih berilmu daripada kita dan jika kita memikirkan kehidupan di dunia ini lihatlah mereka yang lebih bawah daripada kita...Insyaallah, kehidupan kita akan lebih bahagia dan seimbang..

faizah
808500 Rezzen-KL

yani said...

Prof,

As you request earlier "Nice Story"
A group of alumni, highly established in their careers, got together to visit their old university professor. Conversation soon turned into complaints about stress in work and life. Offering his guests coffee, the professor went to the kitchen and returned with a large pot of coffee and an assortment of cups - porcelain, plastic, glass, crystal, some plain looking, some expensive, some exquisite. He told the group to help themselves to the coffee.

When all the students had a cup of coffee in hand, the professor said: "If you noticed, all the nice looking expensive cups were taken up, leaving behind the plain and cheap ones. While it is normal for you to want only the best for yourselves, that is the source of your problems and stress. Be assured that the cup itself adds no quality to the coffee. In most cases it is just more expensive and in some cases even hides what we drink. What all of you really wanted was coffee, not the cup, but you consciously went for the best cups......

And then you began eyeing each other's cups. Now consider this: Life is the coffee; the jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain Life, and the type of cup we have does not define, nor change the quality of the Life we live. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee

Lesson Learnt :

"The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply. Love generously. Care deeply. Speak kindly. Leave the rest to God.