Total Pageviews

Tuesday, June 10, 2008

Kesan Ekonomi Kenaikan harga minyak

Kenaikan 78 sen bagi petrol dan RM1 bagi diesel sejak Khamis lalu (5 Jun 2008) memang memeranjatkan rakyat Malaysia.

Semua sedia maklum kenaikan harga petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter adalah yang tertinggi pernah diumumkan kerajaan, dan ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai. Nilai wang dalam poket bertambah susut nilai untuk membeli barangan yang sama pada masa sebelum ini. Contoh terbaik ketika membayar harga minyak sekarang dengan wang RM50 kita mendapat 18.52 liter pada harga RM2.70 seliter. Bandingkan dengan harga RM1.92 seliter sebelum ini, kita mendapat 24.04 liter petrol. Sekiranya kenderaan kita menggunakan 100 liter minyak sebulan, bererti kini kita perlu membayar RM 270 sebulan, berbanding dengan RM 192 sebelum kenaikan harga minyak.

Peningkatan harga minyak yang tinggi tersebut akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, terutama harga barang makanan. Bahan makanan, sama ada dalam bentuk mentah, separa proses atau siap diproses perlu diangkut dari tempat pengeluaran atau pemprosesan kepada tempat pemasaran. Kenaikan kos pengangkutan dan kos pemprosesan tentunya akan dipindahkan kepada pengguna dengan menaikkan harga barang akhir barang yang diangkut. Memang kerajaan boleh campurtangan dengan mengumumkan dasar kawalan harga barangan, tetapi dari segi ekonomi, dasar campurtangan tersebut akan membawa kepada herotan ekonomi dan memberi lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Orang ramai masih gemar memandu kenderaan sendiri daripada menggunakan pengangkutan awam. Ini antara sebab utama penggunaan bahan api terus meningkat. Walau bagaimanapun kita tidak boleh menyalahkan pengguna atas pilihan tersebut. Jika diteliti, mutu perkhidmatan awam baik bas, teksi dan kemudahan LRT dan komuter dilihat masih kurang memenuhi kehendak dan permintaan rakyat. Kita tidak boleh membandingkan dengan Singapura sekiranya ingin menggalakkan pengguna menggunakan pengangkutan awam. Sistem pengangkutan awam di Singapura adalah cekap dan lengkap.

Beberapa strategi untuk mengurangkan kesan kenaikan harga barang makanan telah dicadangkan, di antaranya kempen menanam sendiri tanaman seperti cili, sawi dan terong dirumah. Maksudnya, bermulalah Kempen Bumi Hijau, merancang pembelian, membeli barang keperluan sahaja, membudayakan sifat berjimat cermat, meminimumkan penggunaan kad kredit, di samping membentuk imej pengguna bijaksana. Kerajaan juga mengeluaran arahan supaya Agensi-agensi Kerajaan berjimat dan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu seperti pengubahsuaian penjabat dan pengujudan jawatan baru. Tentulah timbul semula kewajaran program Angkasawan yang menelan belanja RM39 juta. Rakyat tentu ingin melihat bagaimana penjimatan RM13.7 bilion dari pengurangan subsidi minyak kepada 30 sen seliter sahaja itu dibelanjakan. Tentulah sistem pengangkutan awam perlu dipertingkatkan kualitinya jika strategi menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan awam hendak dilakukan.

Penelitian juga perlu dibuat terhadap keberkesanan subsidi kepada pengangkutan awam seperti bas dan lori. Sebenarnya apabila berlaku kelemahan di atas sistem yang ada, maka pihak yang ingin mengambil kesempatan akan menggunakan kelemahan yang ada untuk mengaut keuntungan. Lihat sahaja kepada kelemahan sistem subsidi diesel kepada nelayan. Terdapat sebilangan kecil nelayan yang menggunakan kesempatan tersebut untuk menjual diesel subsidi dan bukannya menangkap lebih banyak ikan.

16 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum, Dr Jamal.

I'm whole-heartedly agree with you. Here's something interesting about the effects of oil price hike that I'd like to share with anyone else.

* Bus and lorry companies announced that they are increasing charges or will be forced to stop services.
* Hawkers and other food operators will wait and see whether to raise prices depending on the suppliers.
* Petronas announced that they could go bust by year 2018 if they were to hand in all their profits to the federal government.
* In 1 or 2 years time, the Middle class will disappear and the society will only comprise of the poor and the rich as the annual cash rebate would not be able to cushion the low and middle income groups from the inflationary spiral.
* River and land transportation in many parts of the rural Sarawak area came to a halt when petrol and diesel supply ran out following massive panic buying hours before the new price took effect.
* Fuel price hike may result in serious political fallout for the Barisan. Some have urged the state's representative in the Dewan Rakyat to step down as proper explanation could not be given and the people's requirements are not met and voices not heard.
* It is also predicted that BN will face a hard time governing the country and the next general election will see big reformation in the ruling party. Abdullah's popularity will plummet as the price hike will hit his main supporters, the low-income rural ethnic Malays hardest.
* Investment from foreign companies might be diverted away from Malaysia following the increasing cost of manufacturing.
* Due to the increasing cost of manufacturing also, as manufacturer could not afford to raise price due to intense competition from neighbouring countries, they are left to no choice but cutting down costs, which includes dismissing of employees, which would lead to massive unemployment.
* Inflation will hit its 10 years high to 4.5% as banks declare that interest rates will remain unchanged.
* There will be a more demand on transports of 2000cc and below.
* In terms of transportation, we might experience the 70s where bicycles are commonly used and cars will be looked upon as an item of luxury.
* The market's purchasing power will drop drastically and less cash will be flowing in the market, leading to a major economic recession.
* Increasing crime rates as current living standards are not met.

We're more concerned about changing our current lifestyle in order to keep up with the various rising costs of living in the coming future.

We can't blame for everything that's increasing now, but what we can hope for is for the Government to help us ease the burden.

Regards,
Student from S.M.K Green Road, Kuching Sarawak.

Anonymous said...

siti,
800659

Saya ingin memberi komen berkenaan dengan kempen menanam sendiri tanaman dirumah. Memang ada baik nya dan boleh menjimatkan untuk mereka yang mempunyai ruang rumah yang luas. Tetapi bagaimana pula pada mereka yang tidak mempunyai halaman yang cukup untuk bercucuk tanam. Contohnya seperti saya sendiri menyewa rumah yang telah diubahsuai hingga ke longkang belakang dan ketepi jalan. Saya juga tidak mempunyai kemahiran menanam. Bagi saya, mustahil untuk dilaksanakan.
Saya juga terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai pengharaman kerajaan kepada kenderaan asing di utara dan selatan tanah air membeli petrol dan disel di stesen minyak negara kita. Walaupun ia telah dikuatkuasakan beberapa hari yang lepas tetapi saya tidak dapat melihat perubahannya. Terutama di pinggir pekan Changlun, meraka seolah-olah tidak menghiraukan undang-undang negara ini. Pekerja stesen minyak juga menjual minyak kepada warga asing ini tanpa menghiraukan halangan kerajaan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana akan membawa kesan kepada negara kita. Pengusaha minyak akan mendapatkan bekalan minyak bagi menampung keperluan, ini seterusnya memberi kesan kepada kerajaan negara kita untuk mengimport lebih banyak minyak. Keadaan harga pasaran minyak yang tinggi membebankan lagi kerajaan kita. Dengan pengurangan kenderaan asing, kerajaan kita akan dapat menurunkan perbelanjaan terhadap minyak walaupun tidak berapa ketara. Hal ini sekurang-kurangnya membantu kerajaan kita mengurangkan perbelanjaan yang tidak memberi kebajikan kepada rakyat.

Anonymous said...

i just want to say malaysia boleh !


Greetings from the land of Hornbill !

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM DR...
103538

Memang tidak dapat dinafikan kenaikan harga minyak memberi kesan negetif kepada pembangunan negara.Kita sedia maklum kenaikan harga minyak dunia secara mendadak menyebabkan kerajaan terpaksa mengambil langkah yang drastik ini sehingga menimbulkan kebimbangan dan ketidakpuasan hati pengguna amnya.
Namun, kerajaan sendiri tidak bersikap lepas tangan.Pelbagai langkah diambil bagi mengatasi masalah ini.Antaranya :
-mengurangkan perbelanjaan kerajaan dengan memotong gaji para kabinet antara 20 sehingga 30 peratus.
-memantau dan mengambil tindakan ke atas peniaga yang menaikkan harga barangnamun gagal dilaksanakan.
-mengurangkan penggunaan minyak melalui penggunaan kenderaan awam seperti bas, komuter dan LRT.
Langkah yang diambil oleh kerajaan ini gagal membendung kemarahan rakyat.Sebagai contoh, parti pembangkang menghantar memorandum bantahankepada pihak kerajaan agar menurunkan harga minyak.Keadaan ini bukan sahaja mengeruhkan lagi keadaan dan menekan pihak kerajaan.

Anonymous said...

ur student...
103423

assalamualaikum dr...

memang kita sebagai rakyat terkejut dengan pengumuman kenaikan harga minyak..namun kita tidak boleh menyalahkan kerajaan 100 peratus kerana harga minyak dunia juga makin hari makin meningkat.namun masalah ini memberi impak yang besar kepada golongan yang berpendapat rendah.dengan kenaikan harga minyak ini turut meningkatkan harga barangan lain.saya juga mendapati banyak kedai-kedai runcit atau restoran meningkatkan harga barangan dan makanan dengan alasan kenaikan harga minyak.namun saya sangat setuju dengan cadangan rakyat untuk menjalankan kempen bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak seperti yang ditulis oleh Dr sendiri.ini secara tidak langsung memberi faedah bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada bumi kita.namun apa yang penting pihak penguatkuasa perlu memainkan peranan terhadap kenaikan harga barang lain.

Anonymous said...

Assalamualikum w.b.t DR.

::STudent:: 105736

Seperti yang diperkatakan oleh DR.sememangya Semua sedia maklum kenaikan harga petrol kepada RM2.70seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter adalah menjadi satu bebanan yang amat tidak wajar kepada rakyat di negara kita
justeru,pelbagai inisiatif hendaklah dipergunakan yakni rakyat Malaysia hendaklah berjimat cermat.sekiranya kereta dijadikan kemudahan untuk berulang alik apa salahya mereka sekali bertukar tukar untuk menaiki perkhidmatan awam

Namun,kini kesan kenaikan minyak telah mempengaruhi permintaan pasaran dunia..
ini termasuk daripada aspek pembelian dan gaya hidup masyarakat kini.

Baru baru ini,Petronas dipuku(dimaki) oleh orang ramai akibat kenaikan harga minyak..adakah mereka harus dipersalahkan atau tidak dalam hal ini.

sememagnya DR, kenaikan harga minyak akan memberi kesan ketara terhadap kenaikan barang terutama harga barang makanan..
Kini rakyat Malaysia bukan sahaja bedepan dengan masalah kenaikan minyak namun kenaikan harga barangan makanan juga menjadi bebanan rakyat terutamanya golongan berpendatan rendah..

Namun,campurtangan kerajaan dalam mengatasi ketidakstabilan ekonomi juga tidak dapat menjamin sepenuhnya namun ianya dapat memotivasikan penduduk malaysia untuk bekerja lebih berproduktiviti pada masa akan datang.

sekian terima kasih

Anonymous said...

s102157
assalamualaikum..
dasar kerajaan menaikkan harga minyak memang tidak dipersetujui rakyat..cuba kita fikirkan, dengan upah nominal yang tidak berubah dan harga barangan yang naik kesan daripada kenaikan harga minyak mengakibatkan kos sara hidup meningkat kerana upah benar jatuh..ini akan menuntut buruh meminta kenaikan upah daripada majikan..kesannya majikan akan mengurangkan permintaan buruh bagi mengurangkan kos..akhirnya dasar ini tidak akan memberikan kesan apa-apa kepada ekonomi selain inflasi..cuba kita fikirkan relevankah semua itu?
ini hanya pendapat saya...hakikatnya saya tidak merasai kenaikan itu kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri..namun dari segi kenaikan harga makanan saya mengalami tempiasnya kerana kafe DPP saya sudah menaikkan harga makanan sebanyak RM0.30-RM0.50 bagi setiap makanan.

Anonymous said...

The increase of prices has caused chain effects on our daily life. When the price increase is inevitable, what is important now is that people should be wise in controlling their expenditure due to the fact that roof of price hike has been risen but our pay still the same. Now it is time for consumers to act wisely and accept the the fact that we are facing the rising new fuel price!

WSM (6A1)
Kuching

Anonymous said...

103940
Assalamualikum Dr,
Pada pendapat saya,kenaikan harga minyak memang banyak memberi kesan kepada masyarakat terutamanya bagi golongan yang berpendapatan rendah.Tetapi apa yang menarik minat saya mengenai kenaikan harga minyak ini ialah berlaku banyak gegala yang tidak baik/sihat terutama bagi golongan yang mendapat subsidi diesel dari kerajaan terutamanya golongan nelayan yang sangup menjual diesel tersebut kepada pihak lain.Mengapa ini terjadi?saya berpendapat hal ini terjadi disebabkan
1)kelemahan kerajaan yang sukar di atasi.
2)sifat manusia yang pentingkan diri sendiri.
3)tiada pantauan atau kawalan secara menyeluruh daripada pihak berkuasa.
4)harga yang di kenakan oleh kerajaan adalah paling rendah berbanding dengan negara jiran.
5)mudah untuk mendapat bekalan diesel.
Ini saja pendapat yang mampu saya berikan.
sekian..
salam.

Anonymous said...

student 104774...

Menyedari impak daripada kenaikan harga minyak yang membebankan rakyat. Sy sarankan kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan drastik. walaupun pada dasarnya inegara kita antara penjual minyak terrendah di dunia. insentif yang digunakan amat baik untuk mengurangkan beban kerajaan menangung subsidi yang tinggi tetapi tidak dapat banyak membantu rakyat kerana kesan kenaikan tersebut memberi impak besar terhadap keseluruhan ekonomi negara terutama caj perkhidmatan dan harga.

selain itu kerajaan juga harus memperkasakan semula pengagihan pendapatan dan kekeayaan berdasarkan prinsip keadilan sosial agar kebajikan golongan yang berpendapatan rendah mendapat pembelaan yang sewajarnya.

memperbaiki sistem pengangkutan awam untuk meringankan beban penguna terhadap kenaikan harga minyak.

memantau harga barang terutamanya barang keperluan secara menyeluruh dan berterusan, agar tidak ada golongan peniaga yang mengambil kesempatan untuk mejadikan alasan kenaikan harga minyak untuk meningkatkan harga barang.

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr...

Isu kenaikan hagra minyak bukanlah satu tindakan kerajaan yang 100 peratus salah. kerana isu ini bukan hanya berlaku di Malaysia, kerana kenaikan harga minyak berlaku di seluruh dunia. kenaikan harga minyak yang mendadak di pasaran dunia menimbulkan banyak masalah kepada rakyat, pelbagai masalah yang timbul dengan alasan kenaikan harga minyak, ini kerana petrol merupakan sumber bahan api utama untuk kenderaan yang mana merupakan sumber utama pengangkutan rakyat di dunia. tetapi kita harus bersyukur kerana di negara kita tidak berlaku rusuhan yang besar berkaitan dengan kenaikan harga petrol seperti yang berlaku di negara2 lain. Bg saya kenaikan harga minyak ini juga bertujuan untuk membantu ekonomi negara kita agar tidak jatuh dan memberi peluang kepada negara2 lain mengeksploitasi masalah yang melanda negara kita.

104513

Anonymous said...

101352
Assalamualaikum dr
Pada pendapat saya apabila berlaku kenaikan harga minyak di Malaysia, semua rakyat perlu memandang perkara ini dari sudut yang positif. Saya amat bersetuju dengan cadangan dr yang menyarankan kempen bumi hijau dijalankan di setiap rumah. Tidak cukup ruang halaman untuk melakukan kerja penanaman di rumah tidak boleh dijadikan alasan kerana pelbagai alternative lain boleh dilakukan seperti menggunakan kaedah penanaman hidroponik. Maka, kewangan yang sepatutnya disalurkan untuk membeli bahan-bahan mentah untuk makanan dapat dikurangkan dan wang itu boleh dsalurkan untuk tujuan lain.
Kepada pengusaha-pengusaha syarikat pengangkutan awam perlu mengambil iktibar dari masalah ini. Mereka perlu mengkaji sebab-sebab pengguna pengangkutan awam masih lagi kurang walaupun harga minyak di pasaran naik. Mereka perlulah memperbaiki servis yang ditawarkan seperti lebih menepati masa dan kadar tambang yang berpatutan.
Bagi organisasi dan induatri pula, pembaziran sumber secara tidak disedari amat berleluasa, seperti penggunaan penghawa dingin pada suhu minimum pada waktu hujan. Seperti di negara Jepun pekerja-pekerja digalakkan untuk memakai baju lengan pendek dan tidak perlu bertali leher pada musim panas serta kempen penggunaan jendela mesra alam secara maksimum.
Secara kesimpulannya, pengurangan penggunaan bahan api boleh dilakukan menerusi tiga kaedah iaitu mengelakkan pembaziran, meningkatkan kecekapan, dan menukarkan teknologi dan kemudahan yang sedia ada supaya kadar penggunaan bahan api dapat dikurangkan.

Anonymous said...

Dalam kekecohan dengan kenaikan harga minyak, telah membuatkan semua para cerdik pandai bangkit dalam mencari sesuatu yang boleh mengurangkan atau mengantikan penggunaan diesel dan petrol. Baru-baru ini ialah tentang penggunaan “hidrofuel”. Iaitu penggunaan minyak yang dicampur dengan peratus air yang tertentu. Ini dapat mengurangkan penggunaan minyak dan secara automatiknya dapat meringankan perbalanjaan keatas minyak. Tapi, yang jadi persoalannya ialah bila sesuatu produk baru itulah harganya tinggi. Bagaimana pengguna diluar sana ingin menggunakannya?
Dalam penggunaan pengangkutan awam, di Negara kita masih banyak lagi yang perlu dipertingkatkan. Terutama sekali tentang keselesaan dan ketepatan masa. Penumpang terpaksa menuggu masa ber jam-jam. Ini memberi kesulitan dan penumpang akan berbisik sendirian “baik aku naik kereta sendiri”. Penjimatan dalam perbelanjaan adalah bergantung pada individu sendiri. Perlu memikirkan masa depan. Apa yang bakal dihadapi dan bagaimana untuk berhadapan dengan nya.



-101007-

Anonymous said...

Assalamualaikum w.b.t.
(101371)

Berkaitan dengan isu Kesan Ekonomi Disebabkan Kenaikan Harga Minyak yang terdapat di blog DR sangat menarik untuk dibahaskan ketika ini. Seluruh warga Malaysia juga turut bercakap tentang isu yang sama. Saya setuju dan mengakui bahawa kenaikan harga minyak telah menyebabkan banyak pihak terutama dari kalangan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan tersebut. Tetapi kita tidak boleh menunding jari kepada kerajaan atau pihak Syarikat Petronas kerana kenaikan ini. Menurut Presiden Petronas, kenaikan harga minyak di seluruh dunia telah member keuntungan yang agak besar kepada syarikat ini. Namun bukanlah bertujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Perlu kita fikirkan di sini bahawa kos untuk Petronas sendiri bagi menjalankan operasinya juga meningkat dengan banyak. Di samping itu peruntukan yang besar diperlukan bagi menjalankan penyelidikan dan kajian ke atas penemuan-penemuan dan kajian baru berkaitan industri ini. Kepentingannya adalah berbalik kepada rakyat dan negara kita sendiri.
Dengan kesedaran rakyat dan pengguna, sikap berjimat cermat dan mengutamakan kepentingan daripada kehendak dapat membantu mengurangkan beban hasil kenaikan harga minyak di Negara ini. Mungkin lebih baik membiasakan diri untuk ke tempat kerja mahupun belajar dengan menggunakan perkhidmatan awam bagi menjimatkan kos pengangkutan harian.

Anonymous said...

Assalamulaikum Dr...

KENAIKAN harga petrol sebanyak 78 sen seliter dan harga diesel sebanyak RM1 seliter amat tidak dijangkakan.

Di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 4 Jun 2008 terpampang bahawa minyak hanya akan dinaikkan pada bulan Ogos 2008, maka berita pengumuman kenaikan harga minyak pada lewat petang hari yang sama sungguh di luar jangkaan.

Umumnya tidak boleh dinafikan harga pasaran minyak dunia naik mendadak.
Perkara ini diburukkan lagi dengan kenaikan kadar tarif elektrik yang diumumkan oleh kerajaan.


Pada beberapa bulan yang lepas, harga makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras telah dinaikkan. Semuanya telah meningkat dan peningkatan harga-harga barang komoditi lain dijangka turut meningkat.

Dahulu, kerajaan sering kali membandingkan harga minyak tempatan dengan negara-negara jiran. Bahawa harga minyak tempatan jauh lebih murah dari harga minyak di negara-negara lain.

Walaupun harga barang-barang mentah mereka lebih mahal namun harga barang siap (finished good) mereka jauh lebih murah dari Malaysia.

Contohnya di Indonesia, memang benar harga petrol, gas dan tepung mereka lebih mahal dari Malaysia namun kebijaksanaan kerajaan mereka menyebabkan harga barang-barang diproses atau barang-barang siap mereka jauh lebih murah dari Malaysia seperti kereta, ubat gigi, makanan dalam tin, berus gigi, sabun mandi, meja, kerusi dan komputer.

Ini menunjukkan walaupun harga petrol mereka mahal, tetapi ia diimbangi balik dengan murahnya harga-harga barangan keperluan harian pengguna.

Walhal di Malaysia, barangan siap sungguh mahal sekali, dicampur dengan kenaikan harga petrol kali ini dan kenaikan tarif elektrik, kehidupan di negara ini adalah mungkin di luar kemampuan rakyat.

Kerajaan diharap dapat prihatin dengan situasi yang menimpa rakyat kebanyakan. Majoriti rakyat Malaysia adalah bukan terdiri daripada jutawan, Datuk, Tan Sri, ahli-ahli korporat, putera-putera raja yang mungkin alah biasa tegal biasa dengan kenaikan 78 sen harga minyak.

Majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada mereka yang terpaksa mempunyai dua atau tiga kerja untuk menampung sara hidup keluarga mereka.

Dengan kenaikan harga barang-barang mentah, diharap kerajaan berusaha menurunkan harga barang-barang siap agar dapat meringankan beban rakyat.

-103118-

Anonymous said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....
(106058)

Isu yang sering diperkatakan sekarang iaitu berkaitan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel akan terus berlarutan jika tidak ada jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua pihak. Bayangkan kenaikan harga minyak petrol sebanyak 78 sen seliter dan RM1 bagi seliter diesel memang amat membebankan rakyat. Kita harus sedar yang minyak petrol dan diesel adalah benda penting dalam kehidupan kita dari segi penggunaan kenderaan. Semua orang menggunakan kenderaan untuk bergerak, tetapi dengan kenaikan harga minyak ini, tentu akan membebankan orang ramai terutamanya rakyat yang mempunyai pendapatan yang rendah. Sebagai contoh, Sebelum kenaikan minyak mungkin dia dapat membeli 3 kampit beras untuk kegunaan dalam masa sebulan. tapi kini dia hanya dapat membeli 2 atau 1 kampit beras sahaja untuk kegunaannya dalam sebulan. Memandangkan harga barang lain juga turut meningkat berikutan harga minyak meningkat, kos hidup turut akan meningkat. pada pendapat saya, kenaikan harga minyak yang keterlaluan ini amat tidak munasabah dan amat membebankan. bagi semua pihak. Kerajaan ada mengumumkan bahawa harga minyak di negara kita adalah antara yang terendah diantara negara-negara jiran kita, tetapi kita harus ingat yang negara kita juga adalah pengeluar minyak walaupun bukan pengeluar minyak utama dunia. Walaupun kita semua dapat melihat kesan buruk akibat dengan peningkatan harga minyak ini, kita juga harus sedar bahawa ada juga kesan baik disebalik masalah yang berlaku ini. Ya, semua orang menyalahkan kerajaan akibat masalah yang telah berlaku ini, tapi sedarlah bahawa semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sebelum kenaikan harga minyak, kita membelanjakan wang yang kita ada untuk kepuasan diri sendiri selaras dengan teori ekonomi iaitu, kehendak manusia tiada batasnya tapi penawaran terhadap barang adalah terbatas. Dengan kenaikan harga minyak ini dan peningkatan harga barang, marilah kita belajar untuk berjimat-cermat agar ia dapat mendidik diri kita lebih berdisiplin dalam berbelanja dan berdisiplin dalam menguruskan kehidupan kita seharian. Kita harus tahu, apa yang berlaku dalam dunia ini mesti ada kebaikannya dan keburukannya. Jadi gunakanlah akal yang dianugerahkan untuk menilai dan berfikir kearah yang lebih baik untuk kebaikan kita dimasa hadapan.