Total Pageviews

Monday, August 4, 2008

Konsep Penggunaan Lestari dan Pengurusan Sumber-sumber Ekonomi secara cekap

Penggunaan lestasi bermaksud penggunaan sumber pada masa kini untuk memenuhi kehendak semasa tidak akan menjejaskan keupayaan alam dan ekonomi untuk mengeluarkan barangan dan perkhidmatan bagi kegunaan generasi akan datang. Persoalannya bagaimanakah kita mengetahui kita telah melaksanakan penggunaan lestari? dan bagaimanakah penggunaan lestari dapat dicapai?

Apabila bercakap berkaitan dengan sumber ekonomi, dari segi ekonomi ianya meliputi tanah (termasuk sumber asli-minyak, galian,air), buruh, modal, modal manusia dan kemahiran keusahawanan.

Maksud cekap dari segi ekonomi pula boleh dibahagikan kepada: Kecekapan pengeluaran (productive efficiency) dan Kecekapan pengagihan (allocative efficiency). Kecekapan pengeluaran bererti barangan atau perkhidmatan dikeluarkan pada kos pengeluaran terendah yang mungkin, cepat dan mencapai piawaian kualiti tertentu. Kecekapan pengagihan pula terjadi apabila barangan dan perkhidmatan sampai kepada pengguna mengikut masa dan tempat yang telah ditentukan.

Pasaran pula dikatakan cekap apabila ia menggalakkan persaingan dan pertukaran barangan dan perkhidmatan secara sukarela. Pertukaran barangan dan perkhidmatan secara sukarela bererti pengguna dan pengeluar menjadi lebih baik dari pertukaran tersebut. Kita mengetahui pengguna dan pengeluar menjadi lebih baik, kerana jika tidak, tidak akan berlaku pertukaran barangan dan perkhidmatan.

Pengeluaran yang cekap pula berlaku apabila persaingan di antara firma dalam pasaran menyebabkan firma-firma mengeluarkan barangan dan perkhidmatan pada kos yang minima. Kos yang minima akan meningkatkan keuntungan firma. Persoalannya apakah gunanya keuntungan tersebut? Dari segi perniagaan, ianya bermaksud pulangan kepada peniaga dan pelabur bertambah banyak.

Walaupun pasaran menggalakkan kecekapan, tetapi ada kalanya kerajaan membuat peraturan tertentu untuk menghalang firma dari mengeluarkan terlalu banyak bahan sampingan yang boleh merosakkan alam sekitar ketika proses pengeluaran dibuat, atau memastikan firma memasang peralatan tertentu yang boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar seperti alat mengurangkan pencemaran udara, atau pencemaran air. Pemasangan alat tersebut boleh menyebabkan firma mengalami kenaikan kos operasi dan mengurangkan keuntungan firma. Sebab itu firma kalau tak ada campurtangan kerajaan tidak akan membuat pembelian peralatan mengurangkan pencemaran tersebut.

Sebagai contoh, kawalan penebangan hutan untuk mendapatkan kayu balak bagi mendapatkan hasil perkayuan untuk industri perabut dan perumahan dapat memastikan sumber-sumber hutan kekal, binatang liar tidak terhapus, sumber herba dapat dijaga, dapat mengurangkan pemanasan global, faedah kepada ekosistem, dan pencegahan banjir secara semulajadi dapat dikekalkan.

(Diubahsuai dari bahan untuk Forum Hari Pengguna Malaysia peringkat Negeri Perlis yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perlis pada hari Isnin, 4 hb. Ogos 2008. Peserta Forum yang lain ialah Mufti Negeri Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin)

10 comments:

Anonymous said...

kita memang agak sukar untuk mengetahui bahawa sudahkah kita telah melaksanakan penggunaan lestari. akan tetapi, kita dapat menjalankan beberapa langkah untuk menentukan bahawa kita akan membantu dalam melaksanakan penggunaan lestari. pertama, pengitaran semula merupakan salah satu kempen yang amat berkesan untuk menjaga alam sekitar. kitaran semula membantu firma mengurangkan kos input yang mahal. justeru akan membantu dalam menjimatkan sumber asli--pokok-pokok di dunia ini. dapatlah dibuktikan di universiti kita yang sedang menjalankan kempen 'eco friendly'. memang dinafikan bahawa kecekapan pengeluaran dan pengagihan adalah penting dalam ekonomi, akan tetapi, pengurusannya haruslah dijaga dengan baik. contohnya, dalam kecekapan pasaran, kita hendaklah mengetahui kehendak kedua-dua pengguna dan pengeluar. kita hendaklah menjaga kepentingan kedua-dua pihak dan mencapai 'win-win situation'. usaha kawalan kerajaan terhadap firma yang mencemarkan alam sekitar adalah tindakan yang baik. hal ini dapat mengurangkan pencemaran terhadap alam sekitar malah dapat meningkatkan imej negara. dengan itu,sumber-sumber alam dapat dijaga dengan baik dan dapatlah meneruskan kepada generasi yang seterusnya..

105971

Anonymous said...

assalamualaikum Dr....
saya telah membaca artikel Dr tentang konsep penggunaan lestari dan pengurusan sumber-sumber ekonomi secara cekap.motif penggunaan sumber ekonomi secara cekap kebiasaannya sukar dicapai kerana kehendak manusia yang tidak tetap tetapi sumber-sumber ekonomi adalah terbatas.tetapi dengan langkah-langkah bijak yang telah dilakukan mampu mencapai tahap penggunaan lestari.contohnya, di setiap universiti di Malaysia kini sibuk menjalankan kempen eco-friendly yang telah dilakukan kajian oleh USM dapat mengurangkan penggunaan plastik didalam kawasan kampus.dengan adanya kempen-kempen sedemikian ianya dapat mengurangkan penggunaan sumber alam semulajadi yang mampu mengurangkan kos pengeluaran barangan.dalam situasi pasaran pula penggunaan lestari terhadap sumber yang digunakan dalam aktviti pemprosesan dapat dikurangkan bagi memenuhi kehendak pasaran dan pengguna.pengguna dan pengeluar dapat mencapai situasi menang bersama-sama tanpa menjejaskan kehendak antara satu sama lain.hal ini dapat mengurangkan kos penggunaan input yang mahal malah membantu meningkatkan ekonomi negara serta mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Anonymous said...

salam dr...
saya terlupa meletakan no matrik dalam komen tentang konsep penggunaan lestari an pengurusan sumer-sumber ekonomi secara ceka pada 12 ogos 2008 (1:19 am)

Anonymous said...

assalamualaikum dr.....
103538

Saya telah membaca artikel Dr ini dan ianya menarik perhatian saya.Pada pendapat saya, negara kita belum lagi mencapai tahappenggunaan lestari dan penggunaan sumber-sumber secara cekap.Hal ini kerana, terdapat banyak aktiviti-aktiviti penebangan balak secara haram yang tidak mencapai tempoh matangnya bagi mengaut keuntungan secara mudah.Ianya bukan sahaja memberi kesan kepada industri berasakan kayu tetapi berlakunya banjir yang teruk, musnahnya kawasan tadahan air dan pemanasan global.Penggunaan lestari dapat dicapai jika tanggungjawab ini dipikul bersama.Sebagai contoh, kini kebanyakkan universiti mempraktikan kaedah penggunaan " eco-friendly " bagi mengurangkan penggunaan plastik yang mampu mencemarkan alam sekitar.Penglibatan ini adalah salah satu langkah bijak bagi menggunakan sumber-sumber ekonomi secara cekapkerana ianya diperbuat daripada hampas kelapa sawit yang dikitar semula yang telah dijalankan penyelidikannya oleh USM.Dari segi pengeluaran kecekapan pasaran pula, pengeluar boleh mnggunakan teknologi-teknologi yang canggih bagi mengurangkan kos pengeluaran dan memaksimumkan untung malah mampu memenuhi kehndak pengguna yang pelbagai.

Anonymous said...

103423
assalammualaikum...

sebagaimana yang kita sedia maklum,penggunaan lestari adalah sangat penting.hal ini kerana untuk mengurangkan pembaziran sumber-sumber input seperti bahan mentah.contohnya tumbuhan,sumber galian dan sebagainya.
oleh yang demikian,beberapa kempen telah dilaksanakan di Malaysia cntohnya kempen kitar semula.kepentingan ini adalah juga adalah untuk mengurangkan ketidaklupusan barangan seperti plastik.selain itu juga ini terdapat beberapa sumber yang tidak boleh diperbaharui maka dengan penggunaan lestari,kita boleh meminimumkan penggunaannya bagi memastikan generasi akan datang dapat menikmatinya dan secara tidak langsung ianya bolah mengurangkan kos.

Anonymous said...

105283
assalamualaikum Dr..

punca utama kemerosotan kualiti alam sekitar adalah disebabkan oleh corak penggunaan dan pembuatan yang tidak lestari terutamanya negara-negara perindustrian.
pada masa kita tiada akta yang boleh mendakwa mereka yang telah menceroboh hutan kerana hutan merupakan hak awam. ini menyebabkan berlakunya pencerobohan melampau oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. keadaan ini menyebabkan berlakunya banjir kilat jika berlakunya hujan lebat.
justeru, sebagai langkah penyelesaian, kampen pendidikan pengguna berterusan perlu dilakukan dan juga perancangan jangka panjang kerana tabiat tidak dapat diubah dalam jangka masa yang singkat. saya bersetuju dengan pendapat dr bahawa kerajaan perlu membuat peraturan tertentu untuk menghalang firma dari mengeluarkan terlalu banyak bahan sampingan yang boleh merosakkan alam sekitar. ini kerana tanpa camourtangan dari kerajaan, kebarangkalian firma untuk mengabaikan alam sekitar adalah tinggi memandangkan matlamat utama firma dalah untung dan meminimumkan kos serendah mungkin.

Anonymous said...

103940

Seperti kita sedia maklum, punca utama kemerosotan kualiti alam sekitar adalah disebabkan oleh corak penggunaan dan pembuatan yang tidak lestari terutamanya bagi negara-negara perindustrian pada masa kini. Pada pendapat saya penggunaan lestari ini tidak di laksanakan secara langsung lagi dan kurang berkesan di Malaysia. Sebagai contohnya, pada masa kini kebanyakan syarikat-syarikat perindustrian semakin berlumba-lumba membina kilang-kilang. Pembinaan kilang yang banyak akan menyebabkan konsep pengunaan lestari sukar di capai. Oleh itu, untuk menyelesaian masalah ini penggunaan Kaedah bersepadu, Kajian Kitar Hayat, Kempen pendidikan pengguna berterusan, dan Perancangan jangka panjang kerana tabiat tidak dapat di ubah dalam jangka masa yang singkat perlu di amalkan.

Anonymous said...

Assalammualaikum……
Kebanyakan firma lebih mengutamakan keuntungan semata-mata. mereka tidak memikirkan tentng penduduk lain. Saya bersetuju dengan cadangan yang berbunyi campur tangan kerajaan adalah penting dalam memastikan firma menjaga alam sekitar. Sebagai contoh jika kita melihat kepada penerokaan hutan di Cameron highland, ia adalah salah satu contoh sifat manusia yang suka mengambil kesempatan daripada kelalaian pihak berkuasa. Pihak kerajaan seharusnya mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yeng merosakkan alam sekitar sehingga mengancam keselamatan rakyat Malaysia.
Sekian……
105528

Anonymous said...

101352

Penggunaan lestari adalah penggunaan sumber ekonomi dengan efisyen tanpa menjejaskan alam sekitar mahupun menindas atau mencabuli hak asasi pihak lain.
Kecekapn pengeluara dan kecekapan pengagihan adalah dua faktor penting dalam pengurusan sumber ekonomi. Sebagai contoh negara jepun mempunyai kepakaran yang tinggi dalam teknologi, mampu mengeluarkan barang pada kos yang minimum dan kualiti yang maksimum. Adakah malaysia mampu mencapai kecekapan pengeluaran dengan teknologi sedia ada yang nyata berada 20 tahun di belakang jepun? Adakah malaysia mampu mencapai penggunaan lestari? Dengan pertambahan sedikit pengeluaran tetapi menjejaskan ekosistem, bentuk muka bumi, malah turut menyumbang kepada pencemaran udara dan air. Adakah malaysia dikatakan mampu mencapai penggunaan lestari apabila terpaksa mengorbankan alam dan ekosistem demi meningkatkan pengeluaran?
Dari sudut kecekapan pengagihan dapat di lihat dengan jelas, kekurangan infrastruktur seperti jalan raya dan sebagainya, karenah birokrasi, rasuah dan pecah amanah yang berleluasa. Adakah malaysia mampu mencapai kecekapan pengagihan sedangkan faktor penghalang kepada wujudnya kecekapan pengagihan begitu berleluasa dan sukar dibendung?.
Daripada artikel menyebut, pasaran dikatakan cekap apabila ia menggalakkan persaingan dan pertukaran barang dan perkhidmatan secara sukarela . kenyataan ini jelas menyokong aktiviti pasaran persaingan sempurna, dimana terdapat banyak peniaga dan pembeli, dan harga ditentukan oleh pasaran. Tetapi dasar penswastaan yang dijalankan oleh kerajaan, akan mewujudkan monopoli. Apakah jaminan daripada pihak kerajaan dengan adanya dasar penswastaan, kebajikan penduduk akan terbela?sejauh manakah penguatkuasaan anti monopoli dijalankan di malaysia berjaya mengekang wujudnya monopoli di dalam pasaran? Dan apakah terdapat jaminan penggunaan sumber yang efisyen apabila wujudnya penswastaan? Secara logiknya, apabila sesebuah firma atau pihak hendak mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang berkualiti ianya memerlukan kos yang lebih tinggi dan lebihan kos yang ditanggung oleh firma akan dipindahkan kepada pengguna. Jadi penguna terpaksa menanggung beban akiabat kenaikan kos operasi. Adakah ia kebaikan daripada dasar penswastaan?.

Anonymous said...

Dewasa ini, sebelum kita mengambil keputusan untuk melakukan apa-apa, kita perlu berfikir tentang kesan pada alam dan masa depan. Setiap satu yang dilakukan hari ini akan member seribu kesan pada masa akan dating tak kira pada sesiapa pun.
Sebagai contoh, PM kita telah membuat perjanjian FTA (Free Trade Agreement) dengan Jepun. Di mana, Jepun dengan mudah akan dapat mengeksport kereta keluaranya ke negara Malaysia. Manakala, Malaysia pula akan mengeksport hasil sayuran kepada Jepun. Persoalannya di pandangan saya ialah, dengan termetrainya perjanjian ini, harga kereta Jepun akan boleh dibeli dengan harga yang murah. Ini sudah senestinya menjadi plihan pengguna di Malaysia. Maka dengan itu, di manakah hala tuju pengeluar kereta tempatan seperti proton?
Selaian dari itu, sayur yang dijanjikan Malaysia untuk di eksport ke Jepun adakah cukup? Sedangkan untuk kegunaan tempatan kita masih mengimport sayur dari China. Adakah ini satu penggunaan sumber yang lestari dan cekap? Saya hanya mengemukakan persoalan bukan untuk menunding jari pada mana-mana pihak.
-101007-