Total Pageviews

Tuesday, October 21, 2008

Batasan Teori Keuntungan Firma

Dalam teori firma, dikatakan objektif firma ialah memaksimakan kekayaan firma. Dalam keadaan sebenar, firma bukan sahaja mempunyai objektif untuk memaksimakan keuntungan, tetapi juga ada kalanya mempunyai objektif lain seperti memaksimakan jualan, memaksimakan kepuasan pengurusan, mengambil peluang dari ekonomi bidangan dan skop (economies of scale and scope), bersedia menghadapi risiko (to better face risks), meningkatkan kecekapan penggunaaan modal, dan mendapatkan kelebihan teknologi (technological advantage).

Mengikut teori memaksimakan jualan sepertimana yang diperkatakan oleh William Boumol, pengurus dalam perniagaan akan cuba meningkatkan jualan selepas mendapat tahap keuntungan yang tertentu dan dapat memuaskan hati pemilik perniagaan (stockholders). Terdapat beberapa kajian yang mendapati terdapat hubungan di antara keuntungan firma dengan gaji pengurus firma. Ianya bermaksud firma boleh membayar gaji pengurus berdasarkan prestasi pengurus membawa keuntungan kepada perniagaan.

Walau bagaimanapun disebabkan pengurus yang dibincangkan di sini ialah pengurus Perniagaantani yang menjalankan perniagaan berdasarkan pengeluaran dan pengedaran barangan, ianya tidak begitu dipersoalkan sangat. Memang nampak ada perubahan prestasi mereka dari aktiviti perniagaan barangan dan perkhidmatan tersebut. Kebiasaannya pengurus bukanlah pemilik perniagaan. Oleh yang demikian pengurus akan berusaha mendapatkan banyak faedah dalam bentuk gaji, faedah sampingan seperti kereta, kemudahan bercuti, bilik yang besar dan serba lengkap. Sebaliknya pula pemilik perniagaan lebih mementingkan keuntungan perniagaan. Bagi pemilik perniagaan, lebih banyak faedah kepada pengurus disediakan, bererti semakin besar perbelanjaan firma, dan semakin kurang keuntungan perniagaan. Konflik kepentingan di antara pemilik perniagaan dengan pengurus ini dinyatakan sebagai masalah pemilik-agen perniagaan (principal-agent problem). Maksudnya agen (pengurus) lebih berminat memaksimakan faedah kepada mereka dari memaksimakan kehendak pemilik perniagaan yang mahukan lebih besar keuntungan. Penyelesaian yang dicadangkan kepada masalah ini ialah dengan memberi imbuhan (reward) kepada pengurus dan pekerja-pekerja firma yang lain berdasarkan keuntungan firma (dipanggil ‘profit-share’). Ada juga pemilik perniagaan yang menawarkan saham firma kepada pengurus yang telah kekal lama dengan firma dan menunjukkan kebolehan pengurusan yang baik. Seterusnya jika ada pengurus yang didapati hanya mementingkan faedah kepada mereka dari usaha meningkatkan keuntungan firma boleh digantikan dengan pengurus lain, atau apabila firma asal bergabung, atau diambilalih oleh firma lain, pengurus sedemikian akan ditawarkan pemberhentian secara sukarela (VSS, Voluntary Seperating Scheme).

Bagaimana pula Pengurus institusi-institusi kewangan yang menjalankan perniagaan pertukaran wang, dari kumpulan yang memiliki lebihan wang kepada kumpulan yang menghadapi keadaan kekurangan wang. Maksud saya ialah keadaan yang menyebabkan berlakunya krisis kewangan dunia sepertimana yang berlaku sekarang ini. Keuntungan institusi kewangan tersebut adalah dari bunga ke atas pinjaman tersebut. Walau bagaimanapun ada di antara pinjaman tersebut diberikan kepada peminjam yang menjalankan perniagaan berisiko tinggi, atau kepada pengguna biasa yang akhirnya tak mampu membayar pinjaman yang dibuat. Semakin banyak pinjaman diberikan semakin banyak keuntungan institusi kewangan, dan semakin besar imbuhan dalam bentuk gaji dan keistimewaan-keintimewaan tertentu yang diperolehi oleh pengurus Institusi Kewangan tersebut. Apabila krisis berlaku, di mana institusi kewangan tidak dapat mengutip semula pinjaman yang diberikan, dan seterusnya memberi semula kepada kumpulan yang menyimpan tersebut, mereka meminta bantuan kerajaan untuk menyelamatkan institusi-institusi kewangan tersebut. Di manakah kerajaan hendak mengambil wang untuk membantu (bail out) institusi kewangan yang bermasalah tersebut jika tidak wang pembayar cukai? Seterusnya berlakulah pengurangan perbelanjaan kerajaan untuk projek-projek lain yang telah dirancang. Pengurus-pengurus dalam institusi kewangan sepatutnya mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku, dengan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan urusan pemberian pinjaman di pasaran wang.

43 comments:

Anonymous said...

salam..seperti yg kita ketahui..perniagaan yang dijlnkn mmg untk mndptkn keuntungan,bkn setakt keuntungan malahan penjualan produk yg baik....perjalanan perniagaan tani mash jauh untk bersaing dengan perniagaan lain..maka perlu ada strategi yg ssistematik bg mendapatkan keuntungan yg maksima...105503

Anonymous said...

salam dr...
sememangnya objektif penubuhan firma adalah untuk mendapatkan keuntungan di samping objektif- objektif lain seperti yang dikatakan oleh dr terutamanya dari sektor yang kita pelajari iaitu pertanian yang merupakan sektor utama kepada negara.tetapi kebnyakkan firma di malaysia lebih tertumpu kepada sektor sekunder dan lebih memaksimumkan keuntugan dan meminimumkan kos,ini kerana melalui keuntungan yang tiggi dan kos pengeluaran yang rendah dapat menunjukkan tahap kecekapan sesebuah firma dan keupayaan firma tersebut beroperasi dan mendapat perhatian dari pelbagai pihak....103721

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t....105255

Konflik yang berlaku antara pemilik perniagaan dan pengurus perniagaan seperti yang dinyatakan dalam article di atas sememangnya sering berlaku. Hal ini kerana matlamat utama individu membuka sesuatu perniagaan adalah bermotifkan keuntungna semata, berbeza dengan apa yang perlu dihadapi oleh pengurus dalam sesuatu perniagaan, di mana pengurus sememangnya lebih menumpukan kepada kebajikan pekerja.
seperti yang kita sedia maklum pemilik perniagaan biasanya tidak berdepan dengan kerenah pekerja, tetapi pengurus perniagaan yang selalunya menjadi tempat pekerja meluahkan sebarang rasa ketidakpuashatian mereka. oleh itu sebagai pengurus perniagaan yang bijak selalunya akan lebih peka terhadap masalah ini supaya pekerja akan selesa untuk bekerja di bawahnya..selain itu juga pengurus perniagaan bertanggungjawab sepenuhnya dalam memotivasikan pekerja supaya tahap perniagaan firma sentiasa meningkat...
wallahu'alam...

Anonymous said...

assalammualaikum...104596

Konsep pemasaran menekankan bahawa masalah utama firma perniagaan ialah untuk membentuk (develop) "client loyalties" dan kepuasan keperluan klien. Untuk mencapai ini, firma perlu fokus kepada keperluan klien. Masalah jangkapendek ialah dalam memujuk klien untuk membeli perkhidmatan yang telah sedia ada. Manakala objektif jangkapanjang pula ialah untuk menciptakan perkhidmatan yang diperlukan oleh pembeli dan memastikan pembeli sedar akan kewujudan perkhidmatan ini.

Akan tetapi disebabkan kekurangan maklumat, kekurangan minat dan kekurangan pemahaman terhadap perkhidmatan dan pemasaran perkhidmatan, maka didapati perniagaan perkhidmatan menghadapi masalah di mana mutu perkhidmatan semakin merosot akibat dari cubaan untuk mengurangkan kos supaya firma dapat memberikan harga yang lebih kompetitif. Sebaliknya apa yang patut dibuat bukannya mengurangkan kualiti perkhidmatan untuk kurangkan kos tetapi tingkatkan aktiviti pemasaran supaya firma akan memperolehi lebih perniagaan.

Ini adalah kerana walaupun firma tersebut diurus dengan baik dan mempunyai perkhidmatan yang pelbagai tetapi kejayaannya tetap ditentukan oleh pendekatan pemasarannya serta kebolehannya untuk menembusi pasaran sasaran. Dengan perkataan lain, firma perkhidmatan swasta harus membentuk strategi di mana salah satu elemennya seharusnya usaha yang berterusan untuk mencapai kelebihan kompetitif melalui pemasaran serta perkembangan perkhidmatan baru.

Jadi, secara umumnya, pemasaran ialah untuk menolong firma perkhidmatan untuk menangani alam perniagaan yang giat bertukar dan sukar difahami. Secara ringkasnya pula, aktiviti pemasaran akan mengeratkan lagi perhubungan antara firma perkhidmatan dengan klien yang sedia ada, menarik lebih klien yang baru dan juga menambahkan keberkesanan usaha perkembangan perniagaan mereka.

Anonymous said...

assalammualaikum....104596

Firma-firma yang “bertumpukan operasi” terdiri dari syarikat-syarikat yang
amat mementingkan keunggulan operasi, operasi yang berkesan dan proses
yang cekap demi mencapai kos yang rendah. Pengurusnya sentiasa mencari
amalan terbaik dan peningkatan hasil operasi sebagai sumber dayasaing.
Amalan sebegini bertentangan dengan konsep TQM iaitu “tumpuan adalah pelanggan”.
Strategi ini bukannya tidak sesuai, terutama sekali dalam situasi pasaran
yang stabil di mana tiada keributan teknologi yang menghambat industri
supaya berubah. Garvin (1988: 90) menghubungkan kualiti dengan penurunan
kos dan Gumesson (1992) menjelaskan pertalian produktiviti dengan
keuntungan. Slogan “quality is free” oleh Crosby (1979) mencadangkan
potensi penjimatan kos dengan melakukan kerja dengan betul pada kali
pertama kali dan setiap kali. Ini mengelakkan kerja dilakukan berulangan
dan mencegah ketidakpuasan pelanggan. Ini bererti bahawa firma yang
menawarkan produk yang murah dan membina citra yang baik di kalangan
pelanggan, seterusnya mendorong berlakunya pembelian ulangan, menarik
pelanggan baru hasil dari promosi sebaran lisan dan meningkatkan perolehan
firma.
Literatur menunjukkan bahawa keunggulan operasi menurunkan
kecacatan kos pengeluaran (Crosby 1979, 1984; Deming 1982, 1986). Lebih
awal kecacatan dikesan lebih murah ianya diperbaiki (Garvin, 1988). Hampir
keseluruhan program TQM seperti pengurusan proses, kawalan statistik,
pembaikan berterusan, penglibatan pekerja, pengurusan pembekal, dan
pemeriksaan adalah berkait dengan keunggulan operasi. Walaupun ajaran
kualiti banyak menyentuh aspek kecekapan dan kawalan operasi,
namun konstruk “penumpuan operasi” belum lagi ditakrif dan diukur
sepenuhnya (Reed et al. 1996). Ini berbeza dengan konstruk “orientasi
pelanggan”,Ini menimbulkan dua lagi proposisi berikut yang dicadangkan:
P7: Firma yang mengamalkan TQM bertumpu operasi, mempamerkan tahap
orientasi pasaran yang rendah.
P8: Firma yang rendah orientasi pasarannya yang mengamalkan TQM
bertumpu operasi, mencapai prestasi mampan yang sederhana atau rendah.

Anonymous said...

ASSALAMMUALAIKUM DR....104596

Penyediaan sesebuah perancangan sumber manusia adalah berasaskan kepada tahap atau tingkat pengeluaran yang dijangkakan. Adalah diandaikan bahawa masalah terhadap keperluan sumber manusia akan meningkat sejajar dengan peningkatan di dalam pengeluaran sesebuah organisasi.
Kewangan merupakan elemen yang dititikberatkan di dalam penyediaan perancangan sumber manusia. Kedudukan kewangan yang stabil dan kukuh dilihat sebagai satu kemudahan dalam proses menyelesaikan masalah perancangan sumber manusia ini. Jika wujud masalah kewangan yang ketara dalam sesebuah organisasi maka masalah seperti pengambilan dan latihan para pekerja tidak dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan kerana proses ini memerlukan kos biaya yang tinggi di samping peruntukan masa yang agak lama dan bersesuaian.
Bagi sesebuah organisasi yang merancang untuk melaksanakan strategi pemasaran yang aktif, sudah pasti ianya memerlukan lebih ramai tenaga kerja khusus yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang tersebut. Sumber manusia yang ramai ini perlu diurus dengan cekap supaya ianya memberikan kesan yang optimum kepada organisasi tersebut.. Ketidakcekapan pihak yang mengurus akan menimbulkan pelbagai masalah kepada organisasi tersebut. Dengan itu proses perancangan perlu dibuat secara yang bersistematik dan berterusan mengikut keperluan organisasi tersebut.

Sumber manusia adalah sesuatu yang penting dalam sesebuah organisasi, oleh itu ia mestilah dirancang dengan teliti supaya lebih berkesan. Kos perbelanjaan untuk bahagian ini adalah perlu diambil perhatian yang khusus kerana ianya yang akan menentukan produktiviti dan keuntungan sesebuah organisasi. Di antara bahagian yang penting dalam penilaian kos bahagian ini adalah seperti berikut :-
• tangga gaji dan bonus iaitu bayaran yang berkaitan dengan keuntungan, lebih masa, bayaran shif, bayaran tunai dan lain-lain lagi.
• Faedah lain seperti, ansuran rumah, ansuran kereta, insuran kesihatan, cuti, pencen, saham syarikat dan lain-lain lagi.
• Pembelanjaan tetap seperti kumpulan wang simpanan pekerja, pampasan, bayaran bersalin dan lain-lain lagi.
• Pengiklanan untuk pengambilan pekerja.
• Kursus persediaan dan penerangan tugas serta spesifikasi peribadi.
• Masa staf-staf yang digunakan untuk temuduga.
• Kos yang munasabah atau berpatutan untuk mengambil konsultan yang terpilih.
• Pemeriksaan tahap kesihatan bakal pekerja.
• Kos latihan termasuklah gaji, bahan-bahan dan tempat latihan, kos kemudahan asas, kos pengurangan hasil semasa latihan oleh pekerja tidak mahir, dan kos untuk pelatih.
• Kos penempatan semula termasuklah perbelanjaan yang berkaitan dengan perpindahan dan pinjaman oleh pekerja.
• Kos disebabkan oleh pekerja berhenti seperti semasa lebihan pekerja, pemotongan, kekurangan tempat, kos kerugian pengeluaran semasa notis pemberhentian

Anonymous said...

103940
SALAM..
Saya setuju dengan pendapat Dr. Jamal. Kebanyakkan pengurus lebih mementingkan diri mereka sendiri daripada tugas dan perniagaan yang telah diamanahkan kepada mereka untuk diurus. Mereka hanya mahu mendapatkan untung yang banyak tanpa memikirkan kesan kepada perniagaan yang mereka jalankan. Maka dengan itu timbulah masalah seperti rasuah, jenayah kolar putih, dan sebagainya. Malahan etika dalam perniagaan juga semakin dipinggirkan oleh golongan pengurus kerana bagi mereka semakin banyak untung yang mereka perolehi, semakin banyak gaji dan bonus yang akan diperolehi oleh mereka. Bagi saya, pengurus seperti ini tidak mempunyai nilai-nilai etika dalam pekerjaan mereka malah boleh memusnahkan perniagaan yang ditadbir oleh mereka.

Anonymous said...

69590

salam....

sememangnya percanggahan atau konflik di antara pemilik firma dan pengurus firma sering berlaku akibat daripada perbezaan pendapat mengenai perolehan faedah dan keuntungan.Sebagai seorang pengurus, sudah tentu mereka inginkan faedah yang maksimum hasil daripada usaha mereka yang telah memajukan operasi perniagaan yang telah membawa keuntungan kepada firma. Bagi pemilik pula, sekiranya ganjaran yang banyak diberikan kepada pengurus, maka hasil keuntungan akan berkurangan. Pada pandangan saya, suatu kontrak atau perjanjian perlulah dibuat antara pemilik firma dengan pengurus agar masalah seperti ini tidak timbul. Sebagai contoh, pengurus akan memperolehi komisyen sebanyak 5% daripada keuntungan syarikat selain daripada gaji serta faedah-faedah lain. Ini bermakna, semakin tinggi daya usaha yang dilakukan oleh pengurus untuk memajukan syarikat, maka semakin banyak imbuhan yang diperolehi.Pemilik firma juga akan memperolehi lebih keuntungan

Anonymous said...

assalamualaikum dR...
bagi saya memang benar yang di perkatakan oleh dr itu. kaitan antara pengurus dan pemilik perniagaan. bg pengurus,mereka hanya makan gaji,dan motif bg stp yang dilakukan adalah untuk memperolehi keuntungan dr segi gaji. faedah2 yang mereka khndaki spt yang diterngkan oleh dr itu benar,namun bg sy ianya meruma penyuntik semangat bg pengurus untuk memlipatganda kan usaha dalam menaikkan lagi mutu perniagaan. jika kita lihat perniagaan yang dia asaskan oleh keluarga,pastinya sikap mementingkan diri sendiri dapat di elakkn sedikit. ini kerana sesama mereka bermatlamatkan untuk menjaga warisan perniagaan keluarga... pemilik perniagaan pula seharusnya tidak berkira untuk memberikan faedah kepada pengurus. namun perlu berhati-hati takut pengurus terlalu leka dgn faedah dan tidak memberikan khidmat yang baik....

sekian...103968

Anonymous said...

assalamualaikum...
saya dapati bahawa pengurus perniagaan tani dan pengurus- pengurus firma lain adalah berbeza dari segi tugas dan sebagainya. bagi pengurus perniagaan tani, mereka perlu memastikan setiap hasil yag diperolehi dapat dijual di pasaran bagi mendapatkan keuntungan yang berlipat ganda. oleh itu, pengurus perniagaan tani memerlukan idea-idea yang kreatif dalam memasarkan barangan atau produk mereka. bagi pengurus-pengurus seperti syarikat besar risiko mereka lagi tinggi. ini kerana setiap keputusan yang dibuat akan melibatkan syarikat mereka. pengurus-pengurus syarikat seperti ini memerlukan pengetahuan yang meluas dalam pelbagai aspek bagi memastikn keuntungan bersih yang didapati adalah maksimum..oleh itu, bagi pendapat saya setiap pengurus mempunyai visi dan misi mereka tersendiri dalam menjalankan perniagaan mereka..

103415

Anonymous said...

assalamualaikum....
oleh kerana hak pemilikan dan pengurusan adalah entiti yang berbeza dalam sesebuah organisasi adalah perkara biasa bagi kita utk melihat percanggagahan permintaan diantr pemilik dan pihak pengurusan. dlm mslh ini pemilik harus bijak menggunakan strategi keatas pihak pengurusan...pemilik boleh melakukan pelbagai strategi utk membentuk perasaan kepunyaan dlm diri pengurus..jika pengurus merasakan hal ini dalam diri mrk, mrk tidak hanya akn mementingkan keuntungan mrk sahaja...mrk akan melakukan segala2nya untuk kebaikan dan keuntungan kedua2 pihak.....104105

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr..

Konflik di antara pemilik perniagaan dengan pengurus perniagaan wujud apabila pengurus bukanlah pemilik perniagaan. Di mata pemilik perniagaan semestinya keuntungan yang maksimum. Pemilik perniagaan tidak boleh membayar gaji pengurus berdasarkan prestasi pengurus yang membawa keuntungan kepada perniagaan semata-mata tetapi pemilik perniagaan perlu selalu turun padang untuk melihat sendiri perjalanan seluruh organisasi yang di uruskan oleh pengurus. Dari situ, pemilik perniagaan dapat menilai kepayahan dan kesungguhan pengurus dan semua pekerja-pekerja lain. Keserasian di antara kedua-dua pihak perlu bagi memastikan mereka mendapat kepuasan daripada aktiviti yang dijalankan.

102534 :-)

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...Dr..

Pada dasarnya pembentukan sesebuah firma perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Keuntungan dalam perniagaan merupakan satu faktor atau pembolehubah yang boleh menentukan samaada prniagaan tersebuat boleh berkembang ataupun tidak. Maka tidak hiaranlah kenapa dikatakan sesetengah pengusaha atau pemilik perniagaan itu menjadikan keuntungan sebagai kayu pengukur dalam perniagaan mereka. tapi bagi seseorang pengurus sesebuah perniagaan pula kepuasan dari hasil kerja yang dilakukan amatlah dititik beratkan seperti imbuhan yang maksimum, bones dan ganjaran dari setiap kerja yang dihasilkan. Tapi matlamat antara pemilik perniagaan dan pengurus sesebuah perniagaan adalah selari atau menyamai antara satu sama lain itu untuk memaksimumkan kepuasan. kepuasan pemilik adalah maksimum jika firma mendapat keuntungan yang maksimum dan kepuasan pengurus akan berada pada tahap yang maksimum jika imbuhan yang diterima juga maksimum. bagi seseorang pemilik perniagaan juga, mereka juga tidak harus mementingkan keuntungan semata-mata. kebajikan pekaeja juga haruslah diutamakan terutamanya dalam segi pemberian imbuhan. kerana ianya akan meningkatkan motivasi pengurus dan pekerja untuk meningkatkan prestasi masing-masing dan dalam jangka panjang akan mengukuhkan kedudukan firma didalam pasaran seterusnaya akan meningkatkan keuntungan firma.

106057

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr..
106058

Secara realitinya, firma-firma yang menjalankan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan dan untuk mencapai objektif lain di samping dapat memajukan ekonomi negara. Daripada artikel Dr., saya dapati pengurus firma dan pemilik perniagaan mempunyai perbezaan matlamat yang mereka mahu capai dan penuhi. Kebanyakan pengurus lebih mementingkan diri mereka sendiri daripada tugas dan perniagaan yang telah diamanahkan kepada mereka untuk diurus. Bagi pendapat saya, pengurus seperti ini tidak mempunyai nilai-nilai estetika dalam pekerjaan mereka. Keadaan ini akan menyebabkan firma tersebut akan dilanda masalah pada masa hadapan.

Anonymous said...

Salam DR …105239

Saya ingin menambah pernyataan dr yang menyatakan bahawa matlamat firma adalah untuk memaksimukan keuntungan.Bg saya, terdapat sesetengah firma yang bukan sahaja bermatlamat untuk mendapat kan keuntungan tetapi jugak mempunyai objektif yang lain.
Sebagai contoh.,Proton sendiri bukan sahaja bermatlamat untuk mendapatkan keuntungan tetapi juga mempunyai objektif yang lain iaitu untuk menjaga dan memelihara kereta buatan Malaysia di dalam Negara mahupun peringkat antarabangsa
Contoh lain yang dapat diambil ialah terdapat firma yang berkonsepkan penjagaan kesihatan yang bukan sahaja bertujuan mendapatkan keuntungan tetapi juga untuk memberikan nilai kesihatan kepada masyarakat
Dari konsep konflik antara pemilik dan pengurus adalah suatu isu yang normal.
Hal ini kerana pemilik syarikat tersebut mempunyai visi dan matlamat untuk mencapai keuntungan tetapi pengurus sesebuah firma hanya mengharapkan gaji daripada pemilik syarikat.Objektif yang berbeza ini menyebabkan berlakunya konflik diantara kedua dua pihak yang mungkin menyebabkan pemecatan kepada pengurus syarikat tersebut.Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan pentadbiran sesuatu syarikat yang menyebabkan berlakunya gangguan dalam sistem pentadbiran yang baru akibat darpiada peralihan pentadbiran

Anonymous said...

104970

Pada pendapat saya, matlamat firma untuk memaksimunkan keuntungan adalah rasional jika firma juga ada menjaga tanggungjawad sosialnya terhadap masyrakat. Ini kerana baru- baru ini, berlaku kejadian yang teruk mengenai makanan dan minuman (susu) China mengandungi sejenis bahan kimia iaitu melamine. Kuantiti melamine yang banyak dalam makanan dan minuman akan membahayakan kesihatan manusia. Contohnya, pengeluar tepung susu menambahkan melamine dalam tepung susu supaya susu akan kelihatan lebih pejal dan sedap. Mereka hanya mengambil berta tentang keuntungan sahaja. Ini menyebabkan kanak- kanak yang meminum susu tepungnya mempunyai masalah kesihatan yang teruk. Walaubagaimanapun terdapat juga firma yang menjaga kebajikan masyarakat disamping mengaut keuntungan. Konflik berlaku antara pemilik dengan pengurus merupakan isu yang normal sahaja. Ini disebabkan kedua- dua mereka mempunyai objektif yang berbeza dan kadang-kala juga boleh menyebabkan berlakunya gangguan dalam siatem pentadbiran. Maka mereka perlu mandapatkan persetujuan antara satu sama lain supaya tidak berlaku perubahan dalam pekerjaan dan mewujudkan suasana yang harmoni.

Anonymous said...

Dalam dunia ni semua manusia inginkan “keuntungan”, tak kira “keuntungan” itu diperoleh dalam bentuk apa sekalipun. Ada yang memperoleh “keuntungan “dalam bentuk wang, insentif, kejayaan mencapai sesuatu, kelebihan bagi sesuatu dan banyak lagi.
Dalam hal ini, pengurus dan pemilik firma mempunyai hubungan yang amat rapat baik dari segi hubungan positif mahupun hubungan negatif. Yang dikatakan hubungan positif ialah, semakin banyak seseorang pengurus dapat membawa keuntungan pada firma, semakin banyak kelebihan yang pengurus itu akan dapat dan dengan itu,pemilik firma juga akan lebih banyak menikmati faedah dari keuntungan firma yang diperolehi. Manakala yang dikatakan hubungan negatif antara pemilik firma dan pengurus ialah sebaliknya bagi hubungan positif di atas.
-101007-

Anonymous said...

assalmmualikum...
saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh dr. pada masa ini, pengurus lebih memntingkan ganjaran yang bakal diperoleh daripada mementingkan keuntungan yang diprolehi oleh syarikat. disebabkan syarikat itu bukan kepunyaan pengurus, maka mereka bekerja sedaya upaya untuk memaksimakan keuntungan syarikat dengan harapan supaya ganjaran yang bakal diperolehi akan menjadi semakin besar. jika kita lihat situasi yang berlaku ini, firma terpaksa mengeluarkan jumlah perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan tersebut, sehinggakan keuntungan yang diperolehi dianggap sama kerana perbelanjaan untuk pengrus akan sentiasabertambah. oleh yang demikian, pelajar-pelajar pada hari ini mestilah menamkan sikap "kepunyaan" terhadap firma di mana mereka bekerja. semangat ini bukan sahaja meningkatkan prestasi kerja dan keuntungan syarikat, malah satu kepuasan terhadap kerja yang dilakukan adalah lebih tinggi berbanding perkara-perkara yang lain.

sekian ( 104824 )

Anonymous said...

assalamualaikum...

saya amat bersetuju dengan isu yang diketengahkan oleh dr ini. sememangnya semua firma yang wujud adalah bermotifkan keuntungan dengan pengurangan kos terhadap barangan maka lebih banyak barangan yang dapat dihasilkan.

kedua-dua pihak iaitu pemilik firma dan pengurus adalah dua orang yang berbeza. pemilik firma hanya mementingkan keuntungan manakala pengurus pula melakukan pekerjaan untuk mendapatkan insentif yang lumayan daripada pemilik perniagaan. oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu dalam perniagaan supaya keuntungan yang dinikmati itu memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak..

..101766..

Anonymous said...

Assalamualaikum...

secara umumnya kewujudan sebuah firma adalah bertujuan untuk mendapatkan keuntungan tidak kira dalam apa jua sektor yang diceburi. Peranan pengurus dan pemilik syarikat adalah untuk memastikan bahawa syarikat yang dimiliki akan mendatangkan pulangan yang lumayan. berdasarkan keuntungan yang diperolehi oleh firma, barulah firma dapat memenuhi kepuasan dan keperluan pengurus dan juga pekerja. seandainya pengurus dan pekerja tidak dapat memberi keuntugan yang lumayan pada firma maka firma perlu membataskan kepuasan pengurus dan pekerja. untuk memastikan tiada berlaku sebarang kesulitan dalam perjalanan sebuah firma reward dan profit share sememangnya cara yang baik untuk memastikan batasan untuk mencapai keuntungan firma yang berkesan. Dalam sektor kewangan pula, apabila tiada pulangan selepas peminjamam semakin banyak keuntungan yang diperolehi oleh firma yang memberi pinjaman, tetapi akan menyebabkan berlakunya masalah pada negara apabila meminta bantuan dari kerajaan. kesimpulannya, keuntugan yang diperolehi oleh firma adlah keuntungan yang diperolehi bersama dan batasan untuk menggunakannya adalah untuk kepentingan bersama.

104513

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WBT

pada mula membaca artikel yang dipaparkan ini, saya kira ianya adalah sebuah artikel biasa, namun semakin dibaca ianya menimbulkan minat saya untuk terus membaca sehingga ke penghujung. Artikel yang cukup menarik yang membincangkan hubungan pengurus dan pemilik syarikat.

kebiasaanya, dalam sesebuah organisasi yang besar, misalkata seperti TNB, CEO atau GM syarikat mempunyai sedikit saham syarikat dalam pegangnya yang mana turut menjadi ahli lembaga pengarah dan pemilik syarikat secara tidak langsung.

tetapi dalam firma yang kecil seperi ladang2 sawit yang kecil, pengurus adalah digaji oleh pemilik ladang. Benar seperti yang dikomen dalam artikel dr.jamal, yang mane mungkin bonus dan gaji yang dibayar kepada pengurus adalah bergantung kepada prestasi pengurus dalam menguruskan ladang.

oleh yang demikian, pemilik dan pengurus haruslah mempunyai satu hubhungan yang erat dan kukuh kerana pemilik memerlukan pengurus yang cekap dan bagus, manakala pengurus memerlukan pemilik yang boleh memberikan banyak faedah kepadanya.

AMIR SYAFFIQ HAMZAH
105744
SAINS PENGURUSAN PERNIAGAANTANI

Anonymous said...

salam....

Dalam buku yang berjudul
“Positive Accounting Theory”, Watts dan Zimmerman (1986) memaparkan suatu teori
akuntansi yang berusaha mengungkapkan bahwa faktor-faktor ekonomi tertentu atau
ciri-ciri suatu unit usaha tertentu bisa dikaitkan dengan perilaku manajer atau para
pembuat laporan keuangan. Lebih khususnya, Watts dan Zimmerman (1986)
mengungkapkan pengaruh dari variabel-variabel ekonomi terhadap motivasi manajer
untuk memilih suatu metode akuntansi. Mereka menegaskan bahwa teori akuntansi
positif mempunyai peranan yang sangat penting dalam perkembangannya, sebab teori
ini dapat memberikan pedoman kepada para pembuat keputusan kebijakan akuntansi
dalam melakukan perkiraan-perkiraan atau penjelasan-penjelasan akan konsekuensi
dari keputusan tersebut. Dari sekian banyak penelitian, yang berbasis pada teori
akuntansi positif.

101583

Anonymous said...

salam dr jamal...

saya ingin berkongsi apa yang saya pelajari dalam finance iaitu berkaitan dengan Objektif Firma.

Objektif firma terbahagi kepada 2 iaitu
(i) objektif memaksimakan keuntungan firma dan
(ii) objektif memaksimakan kekayaan pemegang saham.

Memaksimumkan keuntungan firma adalah merupakan tujuan utama sesebuah syarikat. Keuntungan firma menekankan kecekapan penggunaan sumber modal dalam sesebuah syarikat manakala objektif memaksimumkan kekayaan pula adalah merujuk kepada memaksimakan harga pasaran saham syarikat tersebut. Terdapat beberapa perbezaan di antara memaksimumkan kekayaan pemegang saham dan memaksimumkan keuntungan syarikat.

Teori moden pengurusan kewangan beroperasi atas andaian bahawa matlamat utama dan yang paling penting bagi sesebuah syarikat ialah untuk memaksimumkan kekayaan pemegang saham. Pemilikan dalam sesebuah syarikat ditunjukkan dengan pemilikan saham biasa syarikat. Oleh itu, kekayaan pemegang saham digambarkan oleh harga pasaran saham syarikat itu dan mengambilkira faktor masa dan risiko.

Objektif memaksimumkan keutungan pula adalah tidak menyeluruh seperti memaksimumkan kekayaan pemegang saham kerana ia gagal mengambilkira (i) ketidakpastian atau risiko pulangan dan (ii) masa (timing) pulangan diterima.

p/s: 101583

Anonymous said...

salam..

berkaitan dengan pengurus kewangan, saya ada beberapa pendapat berkaitan dengan fungsi pengurus kewangan.

Fungsi pengurus kewangan

Pengurus kewangan menguruskan perihal aktiviti kewangan syarikat. Di antara tanggungjawab yang dijalankan adalah analisis dan perancangan kewangan syarikat, mengurus modal kerja syarikat, mengurus aset tetap syarikat dan menentukan pembiayaan jangka panjang syarikat.

Tanggungjawab pengurus kewangan ialah untuk mendapatkan dan menggunakan sumber-sumber kewangan syarikat agar nilai syarikat dapat dimaksimumkan (selaras dengan objektif syarikat). Berikut ialah beberapa aktiviti tertentu yang dijalankan oleh pengurus kewangan.

1. Menjalankan analisis kewangan dan perancangan.

Pengurus kewangan akan menukarkan data kewangan menjadi suatu bentuk yang boleh digunakan untuk memantau kedudukan kewangan syarikat. Beliau seharusnya berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain dalam syariakt bagi merancang dan membangunkan masa depan syarikat.

2. Membuat keputusan pelaburan.

Sesebuah syarikat yang berjaya selalunya berkembang dengan pesat. Peningkatan dalam jualan memerlukan pelaburan dalam bangunan, peralatan dan inventori. Pengurus kewangan akan membantu dalam menentukan kadar perkembangan optimum jualan, dan beliau juga seharusnya menentukan campuran dan jenis aset yang akan diperolehi. Beliau akan menentukan tahap optimum setiap jenis aset semasa, dan juga jenis aset tetap yang perlu dibeli. Adakah aset tetap yang ada sekarang ini perlu diganti, diperbaiki atau dilupuskan? Keputusan sebegini adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi kejayaan syarikat dalam mencapai objektifnya.

3. Membuat keputusan pembiayaan

Di sini pengurus kewangan akan menentukan campuran terbaik pembiayaan di antara pembiayaan jangka pendek dan jangka panjang, dan antara pembiayaan berbentuk pinjaman atau ekuiti. Kemudian barulah beliau akan memilih di antara berbagai sumber pembiayaan yang ada dan bertepatan dengan masanya selaras dengan objektif syarikat.

4. Pemantauan dan pengawalan

Pengurus kewangan seharusnya berinteraksi dengan eksekutif-eksekutif lain untuk memastikan bahawa syarikat beroperasi dengan efisien. Semua pengurus seharusnya menyedari bahawa semua keputusan perniagaan mempunyai implikasi kewangan. Sebagai contoh, keputusan pemasaran akan mempengaruhi jualan dan secara langsung akan mempengaruhi keperluan pembiayaan.

5. Berurusan dengan pasaran kewangan.

Tindakan dan keputusan setiap syarikat akan mempengaruhi dan dipengaruhi oleh pasaran. Oleh itu, pengurus kewangan seharusnya terlibat sama dalam urusniaga pasaran wang dan modal, di mana di sinilah sumber dana diperolehi, sekuriti diniagakan, dan pelabur memperolehi keuntungan atau mengalami kerugian.

p/s: 101583

Anonymous said...

assalamualaikum....
Konflik diantara pemilik firma dan pengurus firma mungkin dapat dielakkan jika sekiranya pengurus benar-benar menumpukan tanggungjawabnya sebagai pengurus. Mereka tidak seharusnya mengharapkan faedah keuntungan semata-mata. Apa yang penting adalah tugas mereka menguruskan syarikat supaya memperoleh keuntungan yang maksimum. Kepada pemilik firma pula, mereka perlulah berkongsi keuntungan yang diperoleh dengan memberi ganjaran yang setimpal kepada pengurus mereka. Jika tidak pengurus ini akan mengambil kesempatan mengaut segala faedah-faedah yang ada kerana selama ini mereka tidak pernah diberi ganjaran.
-100989-

Anonymous said...

Salam Dr.
Saya memang setuju dengan pendapat Dr mengenai masalah antara pengurus dan pemilik perniagaan dalam sesebuah firma.Ini kerana kedua-dua individu mempunyai matlamat yang berbeza iaitu pengurus ingin memaksimakan faedah,masa bercuti,kereta dan sebagainya manakala pemilik perniagaan pula lebih menutamakan keuntungan firma.Ini menyebabkan berlakunya konflik antara kedua-dua individu.Oleh itu,bagi mengatasi masalah ini,pemberian imbuhan(reward) perlu dilaksnakan.Sebagai contoh,pemilik perniagaan perlulah memberi imbuhan kepada pengurus dan juga pekerja yang mampu memberi keuntungan kepada firma.Ini merupakan salah satu kaedah untuk meningkatkan kebajikan pekerja disamping mampu menyelesaikan masalah antara pengurus dan pemilik firma.

Your Student
103696

Anonymous said...

Asslamualaikum..

Seperti yang dikatakan oleh dr, sememangnya objektif penubuhan firma adalah memaksimumkan keuntungan firma.. dalam hal ini, pengurus perlu mencari jalan atau langkah-langkah dalam meningkatkan prestasi jualan frima mereka. Namun, pengurus perniagaan tani adalah berbeza dengan pengurus-pengurus yang lain. Pengurus perniagaan tani memerlukan idea-idea yang kreatif dalam memasarkan hasil barangan mereka untuk jangka masa panjang. Ini kerana baran pertanian memerlukan proses jangka masa yang panjang dalam menghasilkan produk. Oleh itu, pengurus yang baik haruslah mempunyai idea dan pengetahuan yang luas berkenaan dengan perniagaan tani. Mereka juga perlula menetapkan matlamat mereka dalam meningkatkan hasil jualan…104097

Anonymous said...

salam dr,
Memang kebanyakkan pengurus adalah bukan pemilik perniagaan terutama perniagaan dalam sector pertanian. Ini kerana pemilik pernigaan hanya akn menyumbangkan modal dan selebihnya akan diuruskan oleh pengurus, dan pemilik hanya mahukan keuntungan serta pengurus akan berusaha untuk dapatkan lebih banyak faedah. dan ini menyebabkan gaji pengurus diukur berdasarkan keuntungan sesebuah firma atau syarikat seperti yang diterangkan oleh dr tetapi adakah dengan cara ini pengurus akan berusaha untuk meningkatkan keuntungan syarikat,hal ini kerana tidak semua pengurus mementigkan pendapatan semata-mata sebaliknya lebih mengutamakan kedudukan nya dalam sesebuah firma, oleh itu imbuhan yang diberikan oleh pemilik perniagaan kepada pengurus mestilah pelbagai dan bukan peningkatan dalam pendapatan semata-mata.
Mengenai pengurus dalam institusi kewangan perlulah lebih bertanggungjawab dan pandai menguruskan kewangan untuk mengelakkan berlakunya kurangan wang dalam pasaran,seperti menghadkan pinjaman kepada peminjam dalam jumlah-jumlah tertentu dan mengetahui latar belakang peminjam untuk mengelakkan berlakunya ketidaktepatan peminjam dalam membayar pinjaman...103721

Anonymous said...

Bagi pendapat saya pemilik dan pengurus firma adalah 2 perkara yang berbeza. Seperti yang diperkatakan oleh Dr. pemilik lebih memikirkan keuntungan jangka panjang berbanding pengurus yang hanya melaksanakan tugas untuk mendapatkan ganjaran samada dalam bentuk gaji,bonus ataupun kenaikan pangkat. Dalam memperkatakan tentang pengurus institusi kewangan pula,mereka harus berfikir tentang kebajikan firma2 sebelum memberikan pinjaman. ini kerana ia akn memberi kesan diwaktu ekonomi meleset.
104644

Anonymous said...

Salam Sejahtera Dr,

Saya bersetuju dengan kata-kata Dr bahawa pemilik perniagaan tani lebih mementingkan keuntungan manakala pengurus akan cuba meningkatkan gajinya serta mendapat insentif. Hal ini dipraktikkan dalam sector perniagaan tani juga kerana kebanyakan pemilik firma perniagaan tani bukan pengurus firma tersebut. Oleh sedemikian kebanyakan pengurus akan berusaha meningkatkan keuntungan firma bukan semata-mata untuk kepentingan firma malah untuk meningkatkan gajinya sendiri. Maka penigkatan gaji dan pemberian bonus adalah taktik yang baik oleh pemilik firma menigkatkan keuntungannya walaupun pengurusnya tidak bekerja bertujuan memastikan pembangunan firma terpelihara. Pemilik jusga harus mevariasikan insentif dan imbuhan yang diberikan kepada pengurus kerana pengurus juga mempunyai pilihan untuk meneruskan kerjaynuya di firma lain sekiranya pendapatanya tidak mencapai pendapatan yang dijangkakan. Tidak dinafikan yang konflik memang wujud diantara pemilik dan pengurus. Ini adalah disebabkan oleh perbezaan kehendak yang telah dikatakan oleh Dr. iaitu pengurus mengejar pendapatan yang tinggi manakala pemilik menginginkan keuntungan. Maka konfloik ini haruslah ditukarkan kepada konflik yang positif seperti dalam proses simbiosis iaitu kedua-dua pihak mengalami keuntungan.

Mengenai isu bail out yang menjadi masalah serious di negara Amerika Syarikat, saya amat bersetuju dengan pandangan prof dimana masalah ini patut diambil secara lebih serious oleh pengurus-pengurus institusi kewangan ini. Oleh kerana pengurus-pengurus ini mementingkan keuntungan semata-mata mereka telh memberi banyak pinjaman dan ia telah bertindak secara negative dan akhirnya memerlukan pihak kerajaan membantu mereka. Walaupun negara kita tidak menghadai apa-apa kesan pada masa kini akibaty dari pada isu bail out di AS, adalah dijangkakan ekonomi dunia akan menghadapi kesannya tidak lama lagi.

Sekian,
VIJAY KANNA (105740)

Anonymous said...

104290
salam...dr,saya bersetuju dengan artikel yang ditulis dr.pada pendapat saya,sebelum sesuatu pinjaman dilakukan,pihak bank/pengurus haruslah mengkai latarbelakan peminjam,potensi pinjaman yang akan dilaburkan,cagaran yang bersesuaian dan sebagainya.ini bagi memastikan pinjaman dibayar dlam tempoh yang ditetapkan.

104290

Anonymous said...

salam..
1o4o81
sesuatu perniagaan adalah bermotifkan keuntungan untuk terus besaing bagi mengelakan berlaku muflis dan sebagainya..perbezaan dari segi faedah yang diterima tidak perlu dijadikan baha utama kerana terdapat persamaan antara mereka iaitu masing-masing inginkan faedah persendirian..walaupun ianya penting dari memfokuskan kepada periagaannya itu sendiri..
Dalam kes institusi kewangan tersebut,pendapatan institusi adalah kadar bunga keatas pinjaman yang dilakukan. kesukaran untuk melakukan pembayaran balik adalah risiko yang perlu ditanggung oleh institusu tersebut..sepatutnya ia perlu dinilai sebelum membuat sesuatu urus pinjaman. sesuatu projek itu sendiri perlulah mempunyai nilai dari segi ekonomi agar ia dapat membantu untuk membuat pembayaran balik..

Anonymous said...

salam dr...
103118

sememangnya objektif utama penubuhan sesebuah firma adalah untuk mendapatkan keuntungan di samping objektif - objektif lain seperti yang dijelaskan oleh dr didalam artikel ini. peranan pengurus dan pemilik syarikat adalah untuk memastikan bahawa syarikat yang dimiliki akan memperolehi pulangan yang lumayan.
tetapi akan sentiasa wujud konflik di antara induvidu ini disebabakan mereka ini mempunyai agenda yang tersendiri. konflik yang timbul ini sebenarnya boleh diselesaikan jika masing-masing dapat memahami peranan yang dijalankan itu. pengurus perniagaan terlebih dahulu mesti mementingkan firma sebelum kepentingan diri sendiri. jika firma sentiasa dalam prestasi yang baik,maka pengurus itu akan memperoleh imbuhan yang setimpal dengan tugas yang dilaksanakannya.

Anonymous said...

salam Dr,
Artikel yang Dr tulis ini adalah sama seperti apa yang Dr pernah jelaskan didalam kelas.Dimana saja wujudnya sesebuah firma perniagaan mestilah bermotifkan keuntungan,dimana keuntungan ini adalah diatas kebijaksanaan pengurus membuat perancangan,memimpin,mengorganisasidan mengawal(ciri-ciri asas pengurusan),pemilik mahukan keuntungan maksimum,maka pengurus mana yang berjaya misi tersebut lazimnya akan diberi insentif,tetapi kita perlu ingat dalam memaksimumkan keuntungan,hubungan dan tanggungjawab sosial dengan pekerja dan masyarakat perlu dijaga.

-105817-

Anonymous said...

salam.....
Bagi pendapat saya adalah seperti tidak adil sekiranya gaji pengurus berdasarkan jumlah hasil dan ganjaran hanya diberikan kepada pengurus.sekiranyan syarikat atau organisasi mendapat keuntungan. Pekerja juga amat penting dalam mencapai matlamat syarikat yang inginkan keuntungan, maka keuntungan perlulah dibahagi sama rata atau masing-masing mendapat ganjaran yang sesuai seperti bonus. Menurut Linda Stroh, Pengarah Workplace di Loyola University Chicago, pengurus yang bekerja lebih bakal mendapat ganjaran atau upah yang lebih. Hal ini bermakna tugas pengurus bukan sahaja mengarah pekerjanya malah dia juga perlu turut sama bekerja keras.
103878

Anonymous said...

SALAM……
Berkenaan dengan wang untuk membantu (bailout) institusi kewangan yang bemasalah, Negara-negara membangun seperti Malaysia akan menanggung kesan secara tidak langsung apabila Negara-negara besar melakukan perkara ini. Contohnya sejumlah wang sebanyak RM2.4tri yang diluluskan oleh US telah menyebabkan krisis ekonomi dibarat meningkat. Kesannya, kadar kehilangan pekerjaan yang tertinggi di US selama 5 tahun. Mengikut tinjauan keatas pekilang, mereka mengatakan bahawa perkara ini adalah disebabkan oleh kejatuhan permintaan dari Negara-negara membangun. Selain itu, harga minyak dan komoditi lain telah jatuh secara mendadak. Hal ini juga menyebabkan Negara membangun seperti Malaysia turut menerima akibatnya kerana pendapatan eksport yang semakin berkurang…….
105721

Anonymous said...

Assalamualaikum..
Kita sedang berada diambang kejatuhan ekonomi yg diakibatkan oleh penguasaan US kpd ekonomi dunia selama ini.Jika MYR berada pada kadar lebih tinggi (appreciative) dari USD, Malaysia mungkin tidak terlalu terasa kesannya.Kesan yang lebih besar dirasakan oleh negara-negara yang mempunyai nilai matawang yang lebih kecil berbanding USD.Mungkin kendengaran tidak adil, tetapi itulah hakikatnya yang sedang kita hadapi.Hal ini menampakkan circle of the 10 years( keadaan naik turun ekonomi dunia) sedang berlaku.Apakah kesan yang akan dihadapi oleh negara kita?Kesannya sudah nampak sedikit demi sedikit.Contohnya kadar pengganguran yang semakin meningkat.Kilang2 terpaksa memberhentikan ramai pekerja kerana tidak mampu membayar gaji pekerja. Selain itu harga minyak dan komoditi yang masih tidak stabil juga menjadi kesan diatas krisis ekonomi ini.Saya sebagai rakyat Malaysia yang masih memegang title sebagai student merasa gerun dengan apa yang sedang berlaku kini. Bagaimana dengan nasib2 pelajar yang beratus ribu bilangannya kini ingin mendapatkan pekerjaan kelak? Semua itu harus difikirkan oleh semua pihak.

100998

Anonymous said...

Salam Dr..

Berkenaan artikel Dr. mengenai batasan teori keuntungan firma, saya berpendapat untuk meningkatkan keuntungan dalam sesebuah firma, kepentingan terhadap pendekatan perorangan juga memainkan peranan penting seperti yang dititikberatkan oleh seseorang pengurus bukan seperti seorang pemilik perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan tetapi mengabaikan orang bawahan.

Dalam memaksimakan keuntungan, faktor-faktor utama yang memberi kesan harus diambil perhatian, jika para pekerja diberikan kelebihan maka firma pasti mendapat keuntungan.

Anonymous said...

Salam Dr..

Berkenaan artikel Dr. mengenai batasan teori keuntungan firma, saya berpendapat untuk meningkatkan keuntungan dalam sesebuah firma, kepentingan terhadap pendekatan perorangan juga memainkan peranan penting seperti yang dititikberatkan oleh seseorang pengurus bukan seperti seorang pemilik perniagaan yang hanya mementingkan keuntungan tetapi mengabaikan orang bawahan.

Dalam memaksimakan keuntungan, faktor-faktor utama yang memberi kesan harus diambil perhatian, jika para pekerja diberikan kelebihan maka firma pasti mendapat keuntungan.

Wsslm, 101371..

Anonymous said...

pengurus boleh menggunakan strategi CSR atau corporate social responsibility dengan turun padang dan bermesra dengan masyarakat.ini akan membawa impplikasi positif kepada nama syarikat seterusnya menyumbang kepada goodwill syarikat di mata masyarakat.selain itu, kebajikan pekerja juga harus diambil kira iaitu dengan mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan selamat dari sebarang risiko dan kecederaan.after sale service juga penting bagi memberi kepuasan kepada pengguna dan akakn meneyebabkan mereka membuat ulangan pembelian(repurchase) terhadap produk syarikat.pengurus harus memastikan faktor luaran dan dalaman organisasi dalam keadaan seimbang.

Anonymous said...

Salam Dr.

(106064)

Mengurus kewangan melibatkan penggunaan pelbagai teori ekonomi dan maklumat-maklumat perakaunan bagi mencapai matlamat firma atau individu. Umpamanya, apabila firma ingin meningkatkan untung bersih, maka para pengurus perlulah berusaha meminimumkan kos dan memaksimumkan hasil. Ini dicapai menerusi integrasi dan usaha secara kolektif daripada kesemua jabatan dan bahagian yang ada dalam sesebuah organisasi. Ini bermaksud, keuntungan syarikat akan dikenakan cukai korporat manakala pemilik syarikat dikenakan cukai atas dividen yang diterima di penghujung setiap tahun.Rahsia perniagaan syarikat sukar dilindungi daripada diketahui umum. Ini kerana, syarikat disyaratkan supaya menyediakan dan menyiarkan laporan kewangan tahunan mereka kepada masyarakat awam. Matlamat Utama Perniagaan Dalam konteks kewangan, objektif utama setiap kakitangan pengurusan syarikat adalah bagi meningkatkan kekayaan pemegang saham syarikat ataupun kekayaan pemilik syarikat. (106064)

Anonymous said...

Assalamualaikum...Dr,

Pada pendapat saya pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi.

Kita pernah mendengar kata-kata seperti: "Masalah yang timbul itu adalah dari pihak pengurusan... ".

Pernyataan seperti ini dimaksudkan kepada mereka yang menduduki tingkat atas di dalam organisasi, padahal kelemahan dan masalah yang timbul itu berpunca dari semua pihak pada peringkat pengurusan. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat.

Pengurusan juga merupakan suatu bidang yang luas, merangkumi bidang-bidang sains sosial seperti sosiologi, antropologi, sains politik, ekonomi, dan juga psikologi. Kemahiran di dalam pengurusan bukan sahaja diperolehi melalui bacaan dan kefahaman tentang konsep dan prinsip-prinsip yang telah dikemukakan di dalam buku-buku teks. Malahan kemahiran ini dapat diperolehi melalui pengalaman yang dialami oleh pihak pengurusan semasa menjalankan tugas.

Sebagai kesimpulan pengurus bukan sahaja tertumpu kepada aspek pengawasan dan pengawalan kakitangan, bahkan ia juga merangkumi tugas yang tidak tercatat di dalam gambaran tugasnya seperti peranan sebagai penyampai maklumat atau sebagai pendorong kakitangan atau sebagai seorang pemimpin atau tokoh.


Student E-Pjj
2005201407
Uitm Arau

Unknown said...

Dr. Jamal , saya ingin menanya siapakah 'stakeholder' di dalam perniagaan kecil seperti small retail shop?