Total Pageviews

Sunday, June 13, 2010

Bola Sepak Piala Dunia

Pada bulan Jun hingga bulan Julai 2010 ini berlangsungnya perlawanan bolasepak Piala Dunia 2010. Di antara pasukan bolasepak yang mewakili zon Asia ialah Korea Selatan, Korea Utara dan Jepun. Mengikut Sejarah, Malaysia rasanya tidak pernah memasuki Piala Dunia, Sukan Olimpik adalah, itu pun pada tahun 1974. Kita kalah kepada German 0-3 pada perlawanan pembukaan. Saya ingat perlawanan itu kerana saya ketika itu belajar di Sekolah berasrama Penuh di Penang, dan malam itu adalah di antara malam yang dibenarkan kami menonton televisyen di asrama. Saya lebih berminat bermain tenis dan volleyball, tetapi berminat menonton permainan bola sepak. Kemahiran mengawal bola dan mengecek bola yang ditunjukkan oleh pemain semasa bermain di padang, dan strategi permainan yang dirancang oleh jurulatih pasukan masing-masing menjadikan bolasepak satu sukan yang terkemuka pada masa kini.

Persoalannya mengapakah pasukan Korea Selatan dan Jepun begitu berkembang permainan bola sepak mereka, sedangkan negara kita Malaysia masih tidak berubah kualiti permainannya. Baru-baru ini Malaysia memenangi pingat emas acara bolasepak di Sukan SEA. Begitu gembira sekali rakyat Malaysia. Saya berpandangan suatu langkah tertentu perlu dibuat untuk membolehkan pasukan bolasepak Malaysia mampu pergi lebih jauh ke depan, hingga mampu bertanding di persada Piala Dunia dan disegani oleh pasukan-pasukan lain. Hari ini saya dapati pasukan Korea Selatan mampu menewaskan pasukan Greece 2-0. Jika pada tahun 1970an dan 1980an, pasukan Malaysia setanding dengan pasukan Korea Selatan dan Jepun dalam pertandingan bolasepak di peringkat Asia, mengapakah kita jauh ketinggalan dengan pasukan itu pada masa kini? Apakah yang terjadi kepada Liga Bolasepak Malaysia? Masihkah berlaku ada pasukan yang tidak mampu membayar gaji pemain mereka?

Saya berpandangan suatu langkah drastik perlu dibuat. Mengharapkan pasukan negeri untuk melahirkan pasukan berkualiti didapati tidak akan mengubah kualiti permainan bola sepak Malaysia. Syarikat-syarikat besar yang kukuh dari segi kewangan seperti Maxis, Celcom, Genting, Bank-bank perdagangan, Petronas, MAS, Sime Darby dan lain-lain lagi syarikat besar perlu mempunyai tanggungjawab sosial untuk terlibat sama membangunkan pasukan Bola Sepak Malaysia. Mereka perlu mengambil bekerja, atau menaja pasukan-pasukan bolasepak tertentu yang bertanding di Liga Malaysia. Kerajaan boleh memberi insentif tertentu seperti insentif cukai kepada syarikat-syarikat gergasi ini. Langkah ini bukan sahaja dibuat untuk pasukan bolasepak, tetapi untuk pasukan tenis, kriket, ping-pong dan sebagainya. Proton sendiri telah menaja pasukan badminton negara, walau pun disedari Proton bukanlah begitu kukuh lagi dari segi kekuatan kewangannya. Begitu juga dengan Pemain squash wanita nombor satu Dunia masa kini, Nicol David yang ditaja oleh pelbagai penaja terkemuka seperti CIMB. Apabila pemain terjamin kedudukan kewangannya dan mendapat latihan yang sistematik, tentulah akhirnya hasrat melahirkan pemain yang mampu bersaing di persada dunia dan mengharumkan nama Malaysia dapat tercapai. Penduduk Malaysia yang sihat dan mampu bersaing dalam sukan di persada dunia, tentunya juga mampu bekerja dengan kuat dan baik untuk bersaing dengan kuasa-kuasa ekonomi dunia yang lain. Sifat kerja berpasukan, memahami erti kemenangan dan kekalahan, dan memahami kepentingan membuat strategi yang baik dalam melakukan sesuatu perkara boleh dipupuk melalui aktiviti bersukan. Situasi ini telah ditunjukkan oleh penduduk Jepun dan Korea. Siapa tidak kenal dengan produk seperti Nissan, Toyota, Honda, Hyundai, Kia dan sebagainya.

Pepatah ada mengatakan "Badan yang sihat membawa kepada pemikiran yang cerdas".

7 comments:

Anonymous said...

Salam Dr.,

Frankly, I think there are many things that need to be adjusted before we can put high hopes to our national team. When i watched the reality show recruiting junior football players (don't remember what it was called) we saw that the youngsters are full of spirits and anxious to join and play because in their heart and mind, they join for the love of the game. However, as we see it a little bit high up, their young minds are corrupted by the political games played by the managing team.

We know that we can't avoid the politic games and quite frankly it exist everywhere and everytime. Just focus in Melaka, people will have heart attack if Melaka made to the final of Premier League 2010. Out of 19 games, they only won 4 and loose 12...

I'm not condemning this team actually but I pity them. If they are promised to be paid or enjoy what ever that was signed in the contract then by all means they should get them. But with so many burden in mind and they are expected to perform in the games, that is to much... I remembered at one time in 2004 Melaka had an import player, and my observation, he played quite badly and I saw how lazy he played.. Did Melaka contract a bad player or is he demotivated by what ever happening in the management.

This is just very small example of the many factors that blocked... mostly everything... Hopefully there will be an improvement if not in the Melaka Team, hopefully for Malaysia...

Saban - Melaka

Anonymous said...

Dear Dr Jamal

Why Malaysia football in this state? Why 20 years ago we can beat Japan and Korea but now we are so bad? Why we cannot be in the world cup but both Japan and Korea can?

I can only say that Malaysia football has been mismanaged for so many years.

Sponsors are there before and I still remember when DUNHILL or MILO are sponsoring the football associations activities in the tune of million of ringgit per year. But we still fail and excuses upon excuses are given to support why they failed instead of looking deeper into the whole situation.

Malaysia football has been mismanaged too much and way too long.


When the FAM launched the semi professionalism league in the 1980s, we suppose to improve the whole standard of the game. But this has not been so, why?

Simple!

We have poor management skills. The people who managed the associations are not skill to do so and very unprofessional. We heard of players not been paid on time for example. We keep changing policy without any proper direction.

At one time, we even banned foreign players from playing in the excuse these players are keeping local players from playing. But this is one stupid way of saying we should not allow our players to compete in a more competitive environment! When this happen, the local players become pamper and instead of improving their skills, they are happy to be where they are.

So as long as those in charge do not have good plan, then forget about world cup or Olympic for now.


Ng Suat Leng
Melaka

Anonymous said...

Hai Dr Jamal surat khabar semalam ada mengatakan Malaysia ingin mejadi tuana rumah Piala Dunia pada tahun 2026. Saya rasa ini satu cadangan yang baik. Tetapi sebelum layak menjadi tuan rumah, saya berasa Malaysia perlu layak untuk bertanding pada piala dunia dahalu sebelum menjadi tuan rumah.

Malaysia perlu mengambil pelbagai langkah untuk layak memasuki piala dunia.Antaranya ialah, pemain kita perlu bersedia untu bertanding di persada dunia.Mereka perlu diberi latihan yang mencukupi. Selain itu, mereka perlu diberi motivasi. Hal ini boleh dilakukan oleh syarikat-syarikat gergasi di Malaysia dengan menaja pemain-pemain kita. Apabila ada syarikat yang menaja pemain kita, pemain akan lebih bermotivasi dan akan mempunyai semangat untuk bermain dengan lebih baik lagi. Infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik lagi perlu dibina bagi memudahkan sessi latihan dan sebagainya. Kerajaan melalui Kementerian Belia & Sukan perlu menaiktarafkan kemudahan sukan di negara kita, bukan sahaja untuk sukan bola sepak tetapi sukan-sukan yang lain juga.
Akhir kata, saya berharap hasrat Malaysia unbtuk menjadi tuan rumah piala dunia pada tahun 2026 akan tercapai.

Majulah Sukan Untuk Semua

Your MBA Malacca student,
Sri Chandran Narayanan

jery72 said...

Salam Dr,
Bercakap pasal bola, cakap bola..makan bola..tido bola! saya sebagai pemain dan peminat sangat teruja. Boleh dikatakan setiap hari ada saja perbualan berkisar tentang bola(selalunya pada sesi the tarik di kedaI kopi). Mengenai bolasepak tempatan, terus terang saya sebenarnya sudah lama tidak mengikuti sangat perkembangan liga tempatan atau pun pasukan kebangsaan. Cuma adalah membaca di suratkhabar bahagian sukan. Sudah hampir 18 tahun rasanya saya tidak ke stadium menyaksikan perlawanan bola tempatan. Kali terakhir saya ke stadium mungkin, kalau saya tidak salah, perlawanan liga antara Kedah VS Kelantan di Stadium Darul Aman. Pada masa itu saya masih belajar ijazah pertama di UUM, Sintok. Kalau bercerita mengenai bolasepak tempatan, cerita atau isu bola tempatan hanya sebagai bahan lawak untuk di ketawakan. Saya lebih mengikuti EPL(English Premier League). Bukan hendak membanggakan bangsa penjajah tapi itu lah hakikat! Menyaksikan liga EPL lebih memberi kepuasan kepada saya dan tidak melampau jika saya katakan, memberi kepuasaan kepada majoriti generasi yang seangkatan dengan saya.
Pada pandangan saya, bolasepak tempatan perlukan satu anjakan paradigma yang menyeluruh, dari pengurusan, kejurulatihan dan pemain. Unsur-unsur rasuah dan politik dalam sukan, perlu dihapuskan sama sekali. Dari segi prasarana sukan, kita tidak kalah dengan negara maju lain. Hampir setiap bandar ada stadium bolasepak. Hampir setiap kampung ada padang bola dan gelanggang futsal. Bajet tahunan untuk kemajuan sukan adalah salah satu bajet keutamaan kerajaan. FAM(Football Association of Malaysia), persatuan sukan paling ‘berduit’ di Malaysia. Berapa banyak wang sudah di habiskan semata-mata untuk kemajuan sukan terutama sukan bolasepak? Hasilnya.. Di mana kedudukan pasukan bolasepak negara dalam ranking FIFA?(malu untuk saya nyatakan!) Kita mampu menganjurkan sukan bertaraf dunia..tetapi tidak mampu menjadi juara dunia!
Pada saya, Korea dan Jepun boleh berjaya kerana dua negara ini serius mengamalkan profesionalisme dalam setiap aspek yang berkaitan dengan bolasepak. Liga tempatan mereka berjaya menghasilkan pasukan dan pemain yang berdaya-saing selain dari memberi keuntungan kepada pasukan masing-masing. Sokongan dan kerjasama dari pihak swasta juga sangat baik.

Nazree Shafin

Anonymous said...

Sistem pengurusan,pentadbiran dan format perlaksanaan permainan bola sepak di malaysia tidak profesional.Ini kerana terdapat pihak-pihak tertentu yang mencampur adukan kepentingan peribadi seperti politik dan mengaut keuntungan.Begitu juga dengan pemain, dimana dahulu pemain bermain atas dasar juang patriotik yang tinggi tetapi skrg mereka hanya mementingkan wang ringgt, populariti dan balasan. Walaupon begitu, akhir-akhir ini mutu bola sepak negara semakin meningkat dengan pendekatan yang lebih proaktif dan effektif seperti pendedahan pemain di liga antarabangsa dan latihan pasukan yang lebih fokus seperti projek harimau muda.

Nurul
806630
Rezzen

Unknown said...

Assalamualaikum,

Saya setuju dengan pendapat dan pandangan prof. Apa yang saya lihat pengaruh politik didalam persatuan bolesepak negara kita tidak sihat. Dengan ini kualiti dan kemajuan bola sepak negara mundur sehingga sekarang. Saya berpandangan supaya buang pengaruh politik dalam sukan negara. Dengan cara ini saya yakin pasukan bolasepak kita akan berada dilevel dunia. Insyaallah. Sekian dari Nor Irewan Shah Bin Ibrahim 808571

Anonymous said...

If some one wishes expert view concerning blogging then i suggest
him/her to pay a visit this website, Keep
up the good job.