Total Pageviews

Monday, December 10, 2012

Politik, Ekonomi dan Pembangunan

Perkembangan pada masa kini tertumpu kepada persediaan menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan dibuat pada awal tahun 2013. Parti politik pun sibuklah menjalankan pelbagai strategi yang disusun rapi untuk menarik perhatian rakyat untuk memilih parti mereka yang dikatakan lebih baik dalam strategi pemerintahan Negara untuk lima tahun akan datang.  Saya tidak berminat sangat dengan politik tetapi suka memerhatikan cara penyampaian maklumat dalam media yang berlaku sekarang. Di dapati media-media alternatif seperti Malaysiakini, Malaysian Insider dan blog-blog individu begitu popular sebagai sumber maklumat tambahan selain dari akhbar dan berita dari saluran-saluran TV yang ada.

Di antara isu-isu yang sering dibincangkan dalam media ialah isu-isu ekonomi, agama, pendidikan, pertahanan dan kestabilan politik. Ada juga di antara ahli politik yang saya dapati menyentuh isu-isu yang mereka tidak jelas seperti isu Hukum Hudud dan dikaitkannya pula dengan kesan kepada ekonomi dan hak wanita. Nasib baik salah seorang mufti yang disegani dari Perak ada menegur perkara ini. Mereka yang tidak arif dengan sesuatu hukum terutamanya berkaitan dengan agama Islam sebaiknya tidak mencuba untuk mencari populariti dengan menyentuh perkara-perkara yang mereka tidak mengerti dan mengupasnya seolah-olah mereka benar-benar faham akan perkara tersebut. Perkara agama adalah perkara sensitif yang boleh menjejaskan hubungan baik antara kaum yang telah sedia terjalin sekian lama. Biarlah jika hendak dibincangkan dibuat dialog antara agama dan dibincangkan oleh pakar dalam bidang tersebut.

Selain dari isu-isu agama, saya dapati juga isu berkaitan dengan projek-projek yang dijalankan yang menelan belanja yang besar seperti projek pembelian alat pengesan had laju yang menelan belanja mencecah RM200 ribu satu unit juga sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku. Walaupun dikatakan pembelian dibuat secara pakej, maksudnya dibuat latihan kepada polis yang akan menggunakannya tetapi jika harga pembelian yang begitu berbeza dengan harga pasaran (dikatakan harga pasaran cuma RM20,000 sebuah) tentulah Jabatan Audit boleh persoalkan kesesuaian pembelian secara demikian. Malaysia yang mengamalkan usaha ekonomi terbuka dan ada ‘check’ and ‘balance’ dalam aktiviti yang berlaku membolehkan pihak-pihak yang terlibat akan lebih berhati-hati dengan apa yang mereka buat di masa hadapan.
Tentu juga ahli-ahli politik sekarang mencari-cari dana untuk menampung perbelanjaan mereka jika dipilih sebagai calon pada pilihanraya akan datang. Sekiranya pada masa dahulu jika dipilih sebagai calon, keyakinan untuk menang, terutama jika dipilih oleh parti pemerintah begitu besar, tetapi pada masa kini ianya sesuatu yang tidak pasti. Generasi ‘Y’ yang berumur di antara 21 hingga 30 tahun dikatakan mempunyai bilangan yang besar hingga mencecah 30% dari pengundi baru tentunya sukar ditentukan pemilihan mereka. Sebab itu pada masa kini didapati ahli-ahli politik cuba menarik perhatian golangan muda ini untuk tertarik dengan kempen yang mereka jalankan. Ahli-ahli politik pula jika terpilih dalam pilihanraya, janganlah pula di akhir pentadbiran mereka menunjukkan keadaan kekayaan yang luar biasa, contohnya rumah yang terlalu besar, kereta mewah yang banyak dan pelbagai jenis perniagaan yang diceburi. Rakyat pada masa kini sudah celik dengan sebarang penyelewangan yang boleh berlaku jika dalam tempoh yang singkat ditunjukkan kekayaan yang luar biasa. Ahli politik yang bertanggungjawab sepatutnya tidak mengumpul kekayaan yang keterlaluan tetapi berkhidmat kepada rakyat dengan baik.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya mencapai matlamatnya dalam pembangunan kawasan pertumbuhan ekonomi baru Sri Iskandar di Johor. Perkembangan kawasan pembangunan seperti ini yang melibatkan pembangunan industri, pusat pentadbiran, pelancungan, pendidikan dan sebagainya tentunya akan membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang baik. Akan berlaku limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan baru kepada penduduk Malaysia umumnya, dan rakyat Johor khususnya. Walau bagaimanapun perancangan teliti perlu juga dibuat bagi mengelakkan kebanyakan kawasan pelaburan di Sri Iskandar dikuasai oleh pelabur dari Singapura sahaja. Kita patutnya memastikan mereka hanya dapat menyewa dan bukannya memiliki hartanah di Johor.

3 comments:

Unknown said...

813569
Saya bersetuju dengan pendapat prof mengenai sesetengah ahli politik yang tidak arif dalam soal agama tidak sepatutnta mengambil kesempatan untuk mendapat kerusi di PRU13. Ahli politik juga sepatutnya lebih arif dan bersikap lebih terbuka dan tidak menjadikan semua isu yang timbul sebagai sandiwara politik seperti serangan di Lahad Datu. Pada pandangan saya Negara Malaysia ketandusan ahli politik kerana yang sedia ada adalah ahli gusti sentiasa bergaduh dan media pula perlulah bersikap lebih adil terhadap kedua-dua parti sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Kedua-dua parti adalah penting untuk kemaslahatan rakyat. Tidak kisah siapa yang memerintah asalkan aman dan beriman. ^__^ (warga prihatin)

Unknown said...

813569
Saya bersetuju dengan pendapat prof mengenai sesetengah ahli politik yang tidak arif dalam soal agama tidak sepatutnta mengambil kesempatan untuk mendapat kerusi di PRU13. Ahli politik juga sepatutnya lebih arif dan bersikap lebih terbuka dan tidak menjadikan semua isu yang timbul sebagai sandiwara politik seperti serangan di Lahad Datu. Pada pandangan saya Negara Malaysia ketandusan ahli politik kerana yang sedia ada adalah ahli gusti sentiasa bergaduh dan media pula perlulah bersikap lebih adil terhadap kedua-dua parti sama ada kerajaan mahupun pembangkang. Kedua-dua parti adalah penting untuk kemaslahatan rakyat. Tidak kisah siapa yang memerintah asalkan aman dan beriman. ^__^ (warga prihatin)

Unknown said...

813361


Dipetik dpd kta2 prof ""Ahli-ahli politik pula jika terpilih dalam pilihanraya, janganlah pula di akhir pentadbiran mereka menunjukkan keadaan kekayaan yang luar biasa, contohnya rumah yang terlalu besar, kereta mewah yang banyak dan pelbagai jenis perniagaan yang diceburi. Rakyat pada masa kini sudah celik dengan sebarang penyelewangan yang boleh berlaku jika dalam tempoh yang singkat ditunjukkan kekayaan yang luar biasa. Ahli politik yang bertanggungjawab sepatutnya tidak mengumpul kekayaan yang keterlaluan tetapi berkhidmat kepada rakyat dengan baik.""

Saya sokong dengan pandangan yg prof berikan di mana ahli-ahli politik ini mempunyai tahap kekayaan yang berbeza dengan sebelumnya. hal ini saya lihat berlaku di kampung halaman saya sendiri di mana ahli2 politik ini sememangnya memiliki rumah besar dan juga kenderaan yang mewah berbanding sebelumnya. malahan anak-anak mereka juga dapat memiliki kereta-kereta yang mewah walaupun tidak bekerja.

selain itu, dalam bidang perniagaan pula golongan ini dilihat lebih senang untuk mendapatkan sesuatu tender@projek kesan daripada pengaruh politik. hasilnya, mereka dapat menambahkan tahap kekayaan mereka dengan mudah.

oleh itu, sbgai pemimpin @ ahli politik semestinya membantu membela nasib rakyat terlebih dahulu berbanding nasib sendiri. Ini kerana, masih terlalu ramai rakyat yang memerlukan pembelaan terutama anak-anak yatim dan juga ibu-ibu tunggal.

sekian, juz share an experience..