Total Pageviews

Saturday, July 19, 2008

Inflasi dan sentimen pengguna terhadap perbelanjaan

Inflasi dikatakan berlaku apabila tingkat harga umum dalam sebuah ekonomi meningkat secara berterusan. Dalam keadaan inflasi, nilai wang akan merosot. Inflasi dianggap fenomena kewangan kerana ia memberi kesan kepada nilai wang dan seterusnya taraf hidup penduduk. Oleh yang demikian perbincangan artikel saya kali ini akan tertumpu kepada jenis-jenis inflasi, kesan inflasi kepada ekonomi dan langkah-langkah untuk mengatasi inflasi.

Terdapat dua jenis inflasi yang kerap dibincangkan dalam kajian ekonomi, iaitu inflasi tolakan kos dan inflasi tarikan permintaan. Inflasi tolakan kos menyebut inflasi terjadi kerana kos mengeluarkan barangan oleh pengeluar barangan meningkat. Kenaikan kos tersebut kemudiannya dipindahkan kepada pengguna dengan menaikan harga barangan yang dijual di pasaran. Kos meningkat boleh jadi disebabkan oleh kenaikan kos tetap atau kos berubah seperti kos upah, kos bahan mentah, kos pengangkutan, kos sewa bangunan dan kos-kos pengeluaran yang lain. Kenaikan harga minyak misalnya boleh dianggap memberi kesan kenaikan kos yang besar kepada pengeluar.

Inflasi tarikan permintaan pula bermaksud inflasi yang terjadi disebabkan oleh perubahan dalam permintaan. Keadaan ini terjadi apabila permintaan untuk barangan dan perkhidmatan melebihi dari penawaran yang ada pada harga semasa. Kenaikan tingkat pendapatan penduduk biasanya mempengaruhi peningkatan permintaan terhadap barangan.

Apakah kesan kenaikan harga minyak kepada inflasi tolakan kos dan aktiviti perniagaan? Kajian oleh Malaysian Institute of Economic Research (MIER) mengenai indeks sentimen pengguna (consumer sentiments index (CSI)) yang dilaporkan di akhbar The Star pada 18.7.2008 menunjukkan indeks tersebut telah jatuh ketingkat angka 70.5 - 8.6 mata lebih rendah dari suku tahun pertama. Angka 70.5 mata (nilai mata kurang dari 100 menunjukkan keyakinan pengguna yang berkurangan (bearish sentiment)) menunjukkan ekonomi akan meleset pada masa hadapan. Ianya menunjukkan pengguna kurang keyakinan untuk berbelanja dan perbelanjaan akan tertumpu kepada barangan asas yang penting seperti barang makanan. Peniaga-peniaga yang terlibat dengan perniagaan bukan barang makanan akan terasa kesannya pada masa suku ketiga dan keempat pada tahun ini. Soalselik MIER terhadap pengguna mendapati, 44% dari mereka menyatakan kedudukan kewangan mereka semakin merosot. Kesan ini amat dirasai oleh kumpulan pendapatan pertengahan yang tinggal di kawasan utara dan tengah Malaysia. Didapati cuma 18% dari responden melaporkan kedudukan kewangan mereka semakin baik. Keyakinan terhadap peluang pekerjaan juga semakin merosot, dimana cuma 22% dari responden merasa yakin peluang pekerjaan akan semakin bertambah baik. Tahap keyakinan yang rendah terhadap peluang pekerjaan ini tidak memeranjatkan kerana kenaikan inflasi akibat kenaikan kos biasanya tidak mengujudkan banyak peluang pekerjaan baru berbanding dengan inflasi yang disebabkan oleh kenaikan permintaan. Lebih menarik lagi apabila MIER melaporkan 87% dari responden mengatakan mereka begitu prihatin dengan kenaikan harga barang pada masa kini. Memang pengguna prihatin dengan kenaikan harga barangan, terutama apabila ianya melibatkan harga barang makanan dan kos pengangkutan.

Sememangnya diakui keadaan inflasi di Malaysia pada masa kini disebabkan oleh kenaikan harga minyak petrol dari RM1.92 seliter kepada RM2.70 mulai awal bulan Jun 2008 yang lalu. Walau pun kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah tertentu seperti memberikan subsidi minyak kepada pengangkutan awam dan rebet mencapai RM625 kepada pemilik kenderaan yang mempunyai enjin berkuasa kurang dari 2000cc, tetapi ianya bukanlah penyelesaian terbaik terhadap masalah ini. Akan wujud pula masalah pemantauan pemberian subsidi tersebut. Sepertimana yang telah saya nyatakan dalam artikel terdahulu, bila ada kesempatan, individu ekonomi yang rasional akan cuba mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan kewangan dari peluang yang ada.

Langkah terbaik yang dirasakan perlu diambil oleh kerajaan masa kini ialah menurunkan sedikit harga minyak dari RM2.70 seliter tersebut. Memang akan timbul persoalan bagaimana kerajaan hendak mendapatkan wang bagi menampung subsidi minyak tersebut. Langkah meneliti semula perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan dan mengurangkan ketirisan dalam aktiviti ekonomi boleh dilakukan. Perjanjian-perjanjian yang tidak menguntungkan kerajaan seperti perjanjian dengan pembekal tenaga letrik swasta (IPP) perlulah dikaji semula. Kehidupan rakyat masa kini memang tertekan akibat dari penurunan taraf hidup kesan dari kenaikan kos sara hidup tersebut.

11 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum WBT..

Inflasi melibatkan fenomena kewangan kerana ia memberi kesan kepada nilai wang dan taraf hidup penduduk. Kadar inflasi yang tinggi di Malaysia sebelum ini iaitu semasa krisis ekonomi 1997/1998 begitu memeritkan penduduk. Kini, timbul pula isu berkaitan inflasi yang semakin menekan rakyat.
Malaysia kini berhadapan dengan fenomena inflasi tolakan kos akibat daripada kenaikan harga minyak secara mendadak seterusnya menyebabkan kos pengeluaran meningkat. Kenaikan kos tersebut kemudiannya dipindahkan kepada pengguna dengan menaikan harga barangan yang dijual di pasaran. Dalam keadaan sebegini kerajaan harus melaksanakan strategi ekonomi yang bijak.
Pada pandangan saya, strategi kerajaan kini tidaklah begitu bijak. Mungkin bijak dari sesuatu perspektif dan tidak bijak dari sesuatu perspektif yang lain. Cukupkah rebat yang diberikan sebanyak RM625 untuk motokar dan RM150 untuk motosikal? Bagaimana pula dengan rakyat miskin@mereka yang tidak memiliki kenderaan@mereka yang berada di kawasan pedalaman yang kenderaannya tidak mempunyai cukai jalan..? Mereka juga terpaksa mengharungi keadaan kenaikan harga barang yang tinggi. Maka, masyarakat seharusnya mengawal perbelanjaan mereka akibat kenaikan kadar inflasi yang tinggi dan semakin meningkat ini.
Ketirisan yang dialami juga perlu diambil berat kerana melibatkan jumlah yang begitu besar. Memang kita tahu di mana-mana negarapun terlibat dengan ketirisan@kebocoran dan ia seperti satu trend dan berkaitan dengan sikap. Saya fikir, ketirisan seperti gejala rasuah dan penyeludupan yang dapat ditampung mampu untuk menanggung kepada penurunan harga minyak yang
banyak. Insentif-insentif yang disalurkan kepada industri lain seperti industri perkapalan,kargo @ jalan raya boleh dikurangkan untuk menampung subsidi minyak. Penjualan minyak kepada rakyat asing dalam negara juga perlu dikawal@dihadkan supaya mereka tidak menikmati subsidi RM0.30 yang disediakan oleh kerajaan lebih daripada rakyat Malaysia sendiri.
Secara keseluruhannya saya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr. Jamal dalam artikel ini. Harga minyak patut turun. Jika tidak kadar upah perlu ditingkat setara dengan kenaikan kadar inflasi.Wassalam.



102534 ;-)

Anonymous said...

assalamualaikum...
sememgnya sekarang negara kita mengalami inflasi dan keadaan ini bkemungkinan besar akn menjadi lebih parah sekiranya tidak ditangani dengan lebih cekap..malah kerajaan seharusnya melaksanakan langkah yang lebih praktikal bagi menangani masalah ini..ini kerana beban rakyat semakin meningkat dengan kenaikan harga minyak dan berkemungkinan besar harga minyak akan terus meningkat seterusnya menyebabkan inflasi semakin meruncing dan menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi..lihat negara kita sekarang,kebajikan sudah tidak terjaga dgn golongan kaya semakin kaya dan golongan miskin semakin miskin..adakah kita mahu negara kita seperti indonesia?...103330

Anonymous said...

assalamualikum DR.

jika berlakuya inflasi justeru akibatnya sudah pasti ditangan orang ramai mahupun pengguna..
Ini jelas menyatakan bahawa kenaikan harga barang pada masa kini dan kemelestan ekonomi yang berlaku sebelum ini telah membuktikan ekonomi negara kita berada dalam keadaan kritikal,tambahn pula inflasi juga memberi kesan kepada peniaga yang menjalankan kegitan ekonomi dan sedikit sebanyak akan menggugat kedudukan kewangan mereka akhirnya..


sekian,

STudenT
105736

Anonymous said...

73413
saya ada membaca tulisan dalam sebuah majalah yg mengeluh bahawa samapai bila rakyat harus berjimat.cuba kita ambil kira tentang orang miskin yg tiada pilihan.mereka yg kaya atau sederhana kewangan mungkin blh bertukar kpd memakai kereta kecil berbanding sebelum ini yg mungkin menggunakan mercedes.atau dari kereta beralih kepada motosikal.tapi bagaimana bagi mereka yg sememangnya tlh menggunakan motor?dari dulu mereka berjimat,takkan kini mereka terpaksa catu perbelanjaan makanan gara2 kenaikan petrol saja?kerajaan seharusnya prihatin akan nasib golongan ini.pemerhatian dan kajian secara holistik perlu dlm membuat dasar.kerajaan masih blh mencari solution dlm kes ni kerana mereka bnyk sumber income cnthnya dr pembayar cukai,tol,dsbnya.atau..langkah berjimat itu harus bermula dari pihak politician itu sendiri.that means,tiada lagi majlis di hotel lima bintg,tiada lagi kereta rasmi yg mewah,tiada lagi apa2 yg dikira sbg pembaziran.

Anonymous said...

bagi pendapat saya artikel inflasi dan sentimen pengguna terhadap perbelanjaan yang ditulis Dr pada 18 july amat berguna pada semua. ini adalah disebabkan negara kita sedang mengalami fenomena itu pada masa sekarang. penerangan mengenai inflasi tolakan kos dan tarikan permintaan pulka dapat menjelaskan perbezaan di antara kedua-dua inflasi tersebut dan ini dapat membantu para pelajar lebih memahami mengenainya. inflasi yang berlaku memberi kesan kepada seluruh rakyat malaysia, terutama kenaikan harga minyak yang berlaku pada masa sekarang. pihak kerajaan harus menggunakan inisiatif yang dapat memberi kepuasan pada semua pihak termasuklah pihak kerajaan sendiri. Seperti yang Dr telah ulas, pihak kerajaan juga harus mengkaji semula pemberian subsidi yang telah dilaksanakan, ini berikutan akan berlaku penyelewengan atau salah laku yang tidak diingini.

your student
104644

Anonymous said...

Assalammualaikum Dr. Jamal

103474

Pendapat saya tentang artikel inflasi ini ialah,kita sebenarnya tidak mampu untuk mengatasinya tetapi kita boleh untuk mengurangkannya. Betul juga pendapat-pendapat yang dikatakan dalam ruangan komen ini,bahawa langkah yang diambil oleh kerajaan kebanyakkannya adalah kurang bijak. Persoalannya, bagaimanakah "orang" yang kurang bijak dalam bidang ekonomi dapat berada dalam kumpulan penggubal dasar negara?

Tidaklain dan tidak bukan,puncanya adalah Rasuah yang semakin berleluasa dikalangan orang kaya pada masa kini.

Sekian..
Assalmmualaikum..

Anonymous said...

104955
kedua-dua jenis sebab inflasi juga akan memberatkan beban pengguna. inflasi tolakan kos akan memindahkan beban kos daripada firma kepada pengguna, maka bebanan kehidupan yang susah pada asalnya akan menjadi lebih teruk pada akhirnya. inflasi tarikan permintaan juga membebankan pengguna dari segi peningkatan harga yang berterusan terutamanya bagi barang keperluan. walaupun faktor inflasi ini dapat menwujudkan peluang pekerjaan untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran tetapi tidaklah sama dengan keadaan sebelumnya. contohnya, RM1 barangan yang dapat dibelikan sebelum infasi tidak dapat mendapat pada masa selepas inflasi kerana nilai wang telah jatuh. maka, kerajaan haruslah memikirkan penyelesaian yang sesuai untuk mengatasi inflasi seperti pengeluaran secara besar-besaran untuk menggelakkan inflasi tarikan permintaan.

Anonymous said...

salam....dr.saya bersetuju dengan pendapat dr.,mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat bagi mengatasi kesan kenaikan harga barang2 dan perkhidmatan akibat kenaikan harga minyak.pada pendapat saya,rebat tunai yang diberikan kerajaan tidak cukup untuk menampung kesan kenaikan harga minyak dan tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai motosikal atau kereta tetapi terpaksa juga menanggung kesan kenaikan harga minyak.ia menguntungkan golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai banyak kereta dan memperolehi rebat

Anonymous said...

salam....dr.saya bersetuju dengan pendapat dr.,mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat bagi mengatasi kesan kenaikan harga barang2 dan perkhidmatan akibat kenaikan harga minyak.pada pendapat saya,rebat tunai yang diberikan kerajaan tidak cukup untuk menampung kesan kenaikan harga minyak dan tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai motosikal atau kereta tetapi terpaksa juga menanggung kesan kenaikan harga minyak.ia menguntungkan golongan berpendapatan tinggi yang mempunyai banyak kereta dan memperolehi rebat tunai yang banyak padahal hanya satu kereta sahaja digunakan.kerajaan haruslah menimbangkan semula tentang kenaikan harga minyak ini.wassalam...

mohd firdaus(104290)

Anonymous said...

assalammualaikum..doktor.

saya memang bersetuju dengan pandangan doktor bagi mengatasi masalah inflasi di negara kita yang semakin meningkat di samping dapat mengurangkan beban masyarakat..
langkah bagi menurunkan harga minyak dari RM2.70 seliter patut dijalankan oleh kerajaan supaya masyarakat terutamanya golongan miskin tidak terus ditimpa kemiskinan.
Saya ada membaca akhbar KOSMO baru-baru ini mengatakan harga pasaran minyak telah jatuh.Dengan keadaan harga pasaran yang telah jatuh,pihak kerajaan patut menurun semula harga minyak supaya rakyat tidak terus tertekan dan dihimpit dengan pelbagai masalah.
SEKIAN...

YOUR STUDENT...
103696

Anonymous said...

Assalammualaikum…….
Duit pada masa kini akan jatuh nilainya pada masa akan datang. Segelintir individu tidak memikirkan masalah seperti ini. Jadi, mereka berbelanja sesuka hati ketika wang mereka banyak sehingga tidak memikirkan untuk menyimpan. Terdapat banyak langkah untuk membendung inflasi. Antaranya dengan campur tangan kerajaan seperti memberikan subsidi. Pihak-pihak berwajib pula perlu meneliti aliran kewangan negara sebelum meluluskannya. Selain itu, pengguna juga boleh menanam sendiri barang-barang makanan yang diperlukan seperti sayur-sayuran. Rakyat juga harus peka dengan keadaan semasa. Mengelakkan pembaziran juga dapat mengurangkan perbelanjaan yang berlebihan.
Sekian……
105528