Total Pageviews

Saturday, September 6, 2008

Kepentingan Pemasaran dalam Perniagaantani

Pemasaran meliputi proses mengenalpasti kehendak sasaran pengguna dan mencari jalan memenuhi kehendak tersebut dengan menguntungkan firma perniagaan. Strategi perancangan pasaran bermula dengan menilai persekitaran perniagaan dan menilai kekuatan dan kelemahan firma perniagaan.

Persekitaran perniagaan boleh dilakukan dengan membuat penyelidikan pemasaran yang merupakan satu proses mengumpul dan menganalisis data berhubung keadaan pasaran sesuatu barangan yang hendak ditawarkan. Data tersebut boleh didapati dari data sekunder yang diterbitkan oleh Jabatan Statistik atau institusi-institusi penyelidikan tertentu seperti Malaysian Institute of Economic Research (MIER). Data juga boleh dikumpulkan dari data primer, seperti menggunakan borang soalselidik, mesin pengimbas (scanner) dan pemerhatian (observational research).

Selepas mengetahui keadaan pasaran dan membuat keputusan barangan yang hendak dipasarkan, firma perlu pula mengenalpasti sasaran pasaran terhadap barangan yang dikeluarkan atau dijual tersebut. Sasaran pasaran boleh dibahagi-bahagikan kepada kumpulan pengguna yang mempunyai tindakbalas yang sama terhadap barangan yang dikeluarkan seperti mengikut segmen demografi (seperti mengikut umur, jantina, pendapatan, saiz isirumah, tahap pendidikan, bilangan anak, jenis pekerjaan), segmen geografi (seperti mengikut kawasan tempat tinggal, bandar atau luar bandar), segmen ciri-ciri operasi (firma berasaskan tanaman atau ternakan, firma besar atau kecil, teknologi tinggi atau biasa, dan pemilikan sama ada pengusaha/pemilik atau pengusaha/penyewa), dan segmen psikologi atau gelagat pasaran (sasaran kepada pengguna yang mengaitkan harga dengan kualiti, pengguna yang menekankan kepada hubungan antara pihak yang terlibat dalam perniagaan, atau kumpulan pengguna yang menekankan kepada kehidupan yang sihat (healthy lifestyle).

Untuk menjelaskan lagi kepentingan strategi pemasaran bagi segmen pasaran yang berbeza-beza ini, ambil contoh aktiviti pemasaran oleh firma pengeluar makanan binatang. Firma ini akan membahagikan firma ternakan lembu daging, lembu tenusu, kambing, dan ayam sebagai sasaran pengguna yang berbeza dengan keperluan yang berbeza juga. Keperluan dan seterusnya strategi pemasaran yang dibuat terhadap firma kecil yang mempunyai bilangan ternakan lembu sebanyak 50 ekor tentunya berbeza dengan firma besar yang mempunyai bilangan ternakan lembu sebanyak 1,000 ekor. Dengan mengetahui keperluan dan sasaran pasaran yang hendak diberi tumpuan, maka aktiviti-aktiviti promosi yang spesifik dan stategi harga yang bersesuaian boleh dirancangkan dengan lebih berkesan. Strategi pemasaran yang tertumpu kepada segmen pasaran yang telah dikenalpasti tentulah lebih berkesan dan produktif berbanding dengan strategi pemasaran umum yang tidak dikenalpasti sasaran sebenar penggunanya.

Sebenarnya proses menentukan segmen pasaran tidak berhenti selepas segmen pasaran dibahagi-bahagikan. Segmen pasaran tersebut perlu ditentukan pula sama ada boleh dikenalpasti, dinilai, dan diukur (measurable). Ada pembahagian segmen boleh dibuat dengan menggunakan data yang sedia ada, dan ada yang perlu dibuat penyelidikan sendiri oleh firma yang terlibat. Kedua, selepas dikenalpasti segmen tersebut, perlu ditentukan juga menguntungkankah jika firma perniagaan tersebut memberi perkhidmatan atau menjual barangan kepada segmen yang telah dikenalpasti tersebut (substantive). Ini kerana sekiranya segmen tersebut terlalu kecil, mungkin tidak bersesuaian penumpuan diberikan berbanding dengan komitmen yang ada pada firma. Ketiga, perlu juga ditentukan berfaedahkah kepada firma memberi perkhidmatan kepada segmen tersebut (actionable). Pada kes-kes tertentu firma mungkin mengenalpasti segmen pasaran yang besar, tetapi tidak mempunyai kemampuan sumber manusia, barangan atau khidmat sokongan untuk memberi perkhidmatan kepada segmen tersebut.

15 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum dr....
103538

Pemasaran ialah fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Pemasaran menyasarkan untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan. Pemasaran berupa produk dan perkhidmatan pada hari ini boleh dijalankan dengan berbagai cara.

Kegagalan pasarn akan terjadi disebabkan oleh :
-struktur pasaran yang tidak bersaing, gelagat perantara juga menunjukkan struktur pasaran yang tidak sempurna terutama dari segi transmisi harga iaitu harga dan maklumat tidak disalurkan dengan cepat, cekap dan pantas kepada semua pihak.
-Kesan sosial dan ekonomi daripada struktur pasaran adalah kedudukan pengeluar adalah terkongkong dalam kekuasaan pemborong atau perantara besar.
-saluran pemasaran yang panjang atau pelbagai tahap. Komoditi pertanian sebagai contoh ikan misalnya perlu melalui sekurang-kurangnya 3 jenis perantara sebelum ia sampai ke tangan pengguna.

Penyelesaian :
-aspek pasaran diperbaiki seperti prasarana, maklumat pasaran, penyelidikan dan pembangunan, penggalakan, promosi perdagangan,dan insentif tertentu diberikan.
- konsep "pasar-tani".
-menggunakan saluran agihan yang betul. Pemilihan jenis dan bilangan saluran pemasaran bergantung kepada objektif agihan firma tersebut.

Penyelesaian yang dibuat penting kerana strategi pemasaran yang baik akan mampu memberikan keuntungan yang tinggi kepada pengeluar dan kepuasan kepada pengguna.

Pemasaran boleh dilakukan berdasarkan beberapa konsep yang digunapakai iaitu :
-Konsep Pengeluaran adalah berasaskan kepercayaan bahawa pengguna lebih berminat membeli produk yang berharga murah serta mudah diperolehi bagi meluaskan pasarn produk.
- Konsep Produk adalah berasaskan kepada prinsip bahawa pengguna akan menghargai dan lebih mengutamakan produk yang menawarkan kualiti, prestasi dan ciri-ciri inovatif yang terbaik.
-Konsep Jualan berorientasikan menjual produk melalui kaedah pemasaran yang lebih agresif.
-Konsep Kesejahteraan adalah langsungan daripada Konsep Pemasaran di mana ia ditambah dengan unsur-unsur kepekaan industri terhadap kesejahteraan pengguna serta masyarakat keseluruhan.

wassalam......

Anonymous said...

Proses pemasaran amat penting untuk semua jenis perniagaan. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan, segmen pasaran perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Ini kerana jika target market tidak ditentukan sebelum menjalankan perniagaan tersebut, perniagaan itu mungkin akan mengalami pelbagai masalah, malah juga akan mengalami kegagalan disebabkan pasaran yang terlalu kecil. Untuk produk yang baru, sesuatu perniagaan itu perlu mengambil risiko yang tinggi kerana produk yang baru belum mempunyai pasaran yang tetap. Oleh itu, pemasaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaan sesuatu perniagaan. Selain itu, lokasi perniagaan dijalankan juga adalah penting. Jika lokasi adalah tidak strategic untuk perniagaan itu, maka akan terjejaslah perniagaan tersebut. Dengan itu, keuntungan akan berkurang. Justeru, harga yang berpatutan perlu diletakkan bersamaan dengan segmen pasaran. Jika harga yang ditetapkan adalah jauh berbeza dengan kemampuan target pasaran, perniagaan tersebut perlu dikaji semula. Produk perniagaan yang dihasilkan perlulah sesuai dengan trend serta cita rasa pengguna. Sesuatu perniagaan yang dapat dijalankan dengan berjaya adalah dengan mengambil kira semua factor yang dinyatakan. Dengan itu, barulah perniagaan akan dikatakan berjalan dengan sempurna.

105971

Anonymous said...

pemasaran yang merupakan salah satu startegi yang terpenting dalam meluaskan sebarang aktiviti yang melibatkan perniagaan. hal ini kerana bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan perniagaan di mata pasaran. perniagaan tani contohnya merupakan aktiviti yang penting kerana melibatkan sumber bekalan makanan. semestinya ianya mempunyai pengguna yang tetap kerana smua manusia memerlukan bekalan makanan untuk meneruskan kehidupan,pentingnya strategi pemasaran ini adalah untuk menarik lebih ramai pengguna, di samping meningkatkan pendapatan ekonomi bagi sektor pertanian. kebanyakan negara luar hari ini memandang rendah terhadap sektor pertanian kerana ianya dikatakan tidak menyumbangkan keuntungan yang memberangsangkan. tetapi,tanpa di sedari sektor ini lah yang mendorong sektor lain untuk lebih maju.


103968

Anonymous said...

pemasaran merupakan satu agenda yang penting dalam menguruskan sesuatu perniagaan. pemasaran adalah satu aktiviti yang berpanjangan melibatkan dari permulaan produk dijual sehingga kepada pengguna. setiap pengurus-pengurus firma atau syarikat hendaklah memikirkan idea yang terbaik untuk memastikan produk yang dikeluarkan akan dapat diterima oleh para pengguna. ini bagi memastikan produk yang dijual memberi keuntungan yang tinggi kepada firma mereka.pemasaran yang baik akan memberi impak yang positif dalam penjualan produk dan sebaliknya. seharusnya aktiviti pemasaran ini dititikberatkan dari segi tempat, harga dan sebagainya. contohnya, memilih tempat yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai akan membantu penjualan produk lebih berkesan.

Anonymous said...

pemasaran merupakan satu agenda yang penting dalam menguruskan sesuatu perniagaan. pemasaran adalah satu aktiviti yang berpanjangan melibatkan dari permulaan produk dijual sehingga kepada pengguna. setiap pengurus-pengurus firma atau syarikat hendaklah memikirkan idea yang terbaik untuk memastikan produk yang dikeluarkan akan dapat diterima oleh para pengguna. ini bagi memastikan produk yang dijual memberi keuntungan yang tinggi kepada firma mereka.pemasaran yang baik akan memberi impak yang positif dalam penjualan produk dan sebaliknya. seharusnya aktiviti pemasaran ini dititikberatkan dari segi tempat, harga dan sebagainya. contohnya, memilih tempat yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai akan membantu penjualan produk lebih berkesan.


103415

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr..

106057

Pemasaran dapat didefinisikan sebagai fungsi sosial dan pentadbiran yang bertujuan untuk mencipta, mengembangkan dan mengekalkan pelanggan dalam suatu aktiviti ekonomi atau pertukaran barang dan perkhidmatan. Pemasaran juga adalah satu proses penyasaran untuk mengenali dan memenuhi kehendak pengguna di dalam mengekalkan keuntungan aktiviti yang dijalankan.
Pemasaran juga merupakan salah satu pembolehubah dalam mikroekonomi iaitu kepada siapa barangan ingin diagihkan. pembolehubah ini merujuk kepada bakal pelanggan kepada barangan yang akan dikeluarkan. Dalam memulakan sesuatu perniagaan, faktor yang perlu di beri perhatian oleh para usahawan atau pengusaha terutamanya usahawan perniagaantani adalah mengenalpasti pasaran dan potensi pasaran tersebut kepada barangan atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan. sebagai contohnya, jika seseorang usahawan tani itu berminat untuk menghasilkan produk berasaskan sumber pertanian seperti hasil tenusu, usahawan tersebut perlulah membuat analisa pasaran terlebih dahulu bagi memastikan barangan yang dihasilkan boleh diterima oleh pasaran dan mengenalpasti bakal pesaing yang akan dihadapi bagi menbolehkan usahawan tani menyusun strategi pemasaran yang akan digunakan. Kejayaan dan kegagalan sesuatu perniagaan adalah bergantung kepada kebolehan usahawan mentafsir pasaran dan strategi pemasaran yang digunakan. Selain itu, firma juga perlu mengenalpasti sasaran pasaran terhadap barangan yang dikeluarkan yang boleh pecahkan kepada beberapa kumpulan pengguna yang mempunyai tindakbalas yang sama terhadap barangan yang dikeluarkan seperti mengikut segmen demografi iaitu membahagikan pasaran mengikut umur, jantina,pendapatan, saiz isi rumah, tahap pendididkan dan jenis pekerjaan. Pengelasan segmen ini adalah bertujuan memudahkan usahawan perniagaan tani membuat keputusan tentang jenis barang yang sesuai dipasarkan dalam segmen pasaran tersebut. Selain itu juga, faktor geografi juga perlu di ambil perhatian oleh usahawan tani kerana ianya sangat berkait rapat dengan budaya tempatan yang secara tidak langsung mempengaruhi citarasa pengguna di sesuatu kawasan. Sebagai contoh, kita ambil strategi pemasaran yang dilakukan oleh firma-firma besar seperti McDolnald yang menggunakan faktor budaya sebagai pembolehubah dalam strategi pemasarannya iaitu menyesuaikan keluaran firmanya dengan budayan masyarakat tempatan. Secara keseluruhannya, dalam perniagaan, pemasaran merupakan satu elemen yang amat penting dan perlu diberi perhatian oleh usahawan tani sebelum memulakan perniagaan kerana dalam perniagaan, keuntungan dijana oleh jualan yang tinggi hasil daripada strategi pemasaran yang berkesan.

Wassalam……….

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr…

106058


Pemasaran adalah satu aktiviti yang penting terhadap sesebuah firma perniagaan. Pemasaran ialah aktiviti yang memasarkan sesuatu barangan atau perkhidmatan kepada pengguna atau pemberitahuan sesuatu perkara kepada umum bagi memaklumkan tentang barang yang dihasilkan. Biasanya syarikat pasaran persaingan sempurna dan bermonopoli memerlukan aktiviti pemasaran untuk memastikan mereka terus dapat bersaing dalam pasaran. Keadaan ini sebaliknya berlaku kepada fima monopoli yang tidak memerlukan aktiviti pemasaran terhadap barang yang dikeluarkannya. Contohnya seperti syarikat Tenaga Nasional Berhad iaitu TNB yang tidak memerlukan aktiviti pemasaran seperti pengiklanan, promosi, jualan langsung dan sebagainya untuk memaklumkan dan memberitahu kepada umum tentang keluaran syarikat tersebut. Dengan itu syarikat tersebut dapat mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung oleh syarikat.

Dalam perniagaantani pula, aktiviti pemasaran juga memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat utama syarikat. Biasanya pengurus pemasaran akan memainkan peranan dalam menentukan sama ada matlamat sesebuah firma tercapai atau tidak. Pengurus pemasaran akan memberi fokus kepada “bagaimana”, “kenapa”, “bila” dan “kepada siapa produk itu akan dijual”. Hasil pertanian yang dihasilkan akan dipasarkan kepada pengguna melalui pendekatan yang dinyatakan. Contohnya seperti produk tenusu, hasil susu yang diperolehi boleh dipasarkan kepada pengguna dalam pelbagai bentuk, bukan sahaja dalam bentuk minuman, malah juga boleh dibuat produk lain seperti keju, yogurt, bahan kecantikan dan sebagainya. Keadaan ini akan memberi banyak pilihan kepada pengguna untuk memilih produk dan tidak hanya tertumpu kepada satu produk sahaja yang dapat dihasilkan oleh susu. Selain itu pembungkusan (packaging) juga memainkan peranan yang penting dalam menarik perhatian pengguna untuk membeli sesuatu produk. Cara pembungkusan yang menarik dan cantik terhadap sesuatu produk akan menaikkan nilai (value added) barang tersebut walaupun hasil yang diharapkan adalah sebaliknya. Strategi pemasaran terhadap sesuatu produk mestilah menarik supaya produk yang dihasilkan dapat bersaing dengan produk yang terdapat dipasaran.

Anonymous said...

salam DR..
Pemasaran ialah satu aktiviti yang penting dalam sesebuah firma perniagaan.Pemasaran merupakan faktor yang penting dalam kejayaan sesebuah firma perniagaan.Pengetahuan dalam pemasaran amat penting supaya firma dapat meningkatkan keuntungan .meningkatkan kualiti produk,mengenalpasti produk yang pengguna mempunyai kecendurungan membeli@mengguna lebih banyak dan juga meluaskan pasaran ke luar negara merupakan contoh strategi pemasaran yang terbaik bagi firma untuk meningkatkan keuntungan.
Oelh itu,setiap firma perniagaan perlulah mempunyai pengurus pemasaran bagi memberi pendapat dan juga idea-idea bagi menigkatkan keuntungan firma.Setiap pengurus pemasaran perlulah bijak dari segi pemilihan lokasi jualan,penetapan harga,dan juga pengetahuan yang luas dalam bidang pemasaran samaada didalam mahupun diluar negara.

WASSALAM...
FROM:103696

Anonymous said...

102839
salam dr...
seperti yang dipelajari, pengurusan pemasaran adalah proses aliran barangan dari pengeluar kepada pengguna. dengan itu, pengeluar perlu mengetahui apa yang dikehendaki oleh pengguna bagi memenuhi pemintaan mereka jadi firma perlu fokus kepada (1H 4W)HOW,WHY,WHERE,WHO AND WHEN.
Selain itu firma perlu mengkaji latar belakang segmen-segmen pasaran bagi memenuhi tingkat kepuasan pengguna. sebagai contoh,segmen gelagat pasaran di mana sasaran pengguna yang mengaitkan harga dengan kualiti.
setelah mengkaji kehendak pengguna ini,firma perlu menawarkan barangan yang berkualiti setanding dengan harga yang ditawarkzn.
sekiranya segmen ini dipenuhi.ia dapat meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap baranagn yang dikeluarkan oleh firma tersebut. dengan ini secara tak langsung, kentungan firma dapat di maksimumkan.
wassalam...
salam ramadhan dr...;-)

Anonymous said...

assalammualaikum.....
seperti yang kita semua sedia maklum,pertanian adalah perniagan. jika dilihat pada masa kini, masyarakat malaysia telah mula menkomersialkan bidang pertanian. tetapi kebanyakan mereka mempunyai,asalah dalam pemasaran. mereka seharusnya bergabung merancang strategi pemasaran yang berkesan. kebanyakan firma yang telah maju harus membantu golongan ini untuk memasarkan produk mereka. firma yang maju lebih mengetahui teknik-teknik pemasaran pertanian. mereka juga mengetahui keperluan pengguna. dengan cara ini, keuntungan firma dapat ditingktkan dan akan menjmin kesejahteraan bersama. strategi yang berkesan akan dapat memaksimumkan keuntungan firma. akn tetapi, firma-firma tersebut juga harus mengetahui bahawa tidak semua teknik-teknik perniagaan harus dikongsi bersama. ini kerana ia akan memberikan kelebihan kepada firma tersebut.
sesian.....
105528

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr

pemasaran sememangnya diakui penting bagi proses sesuatu barangan. Hal ini kerana tanpa proses pemasaran bagaimana sesuatu barangan itu dapat dapat dijual dan dikenali oleh pengguna. Sebelum sesuatu produk ingin dikeluarkan dan dipasarkan, kita perlu lah membuat tinjauan atau kajian tentang pengguna kita dari segi kehendaknya seperti apa ciri-ciri produk yang diingini pengguna, apa yang tidak disukai. Ini penting bagi mengelakkan produk kita daripada tidak mendapat sambutan dan tidak laris di pasaran. Ini bertujuan mengelakkan firma mengalami kerugian kesan daripada penawaran barangan yang melebihi permintaan di pasaran.

From:102157

Anonymous said...

105283
salam Dr

Pemasaran merupakan satu proses aliran barangan dari pengeluar kepada pengguna.sebelum kita hendak mengeluarkan sesuatu produk, kita seharusnya tahu bagaimanakah keadaan pasaran, siapakah yang menjadi sasaran, dimanakah kawasan yang hendak dipasarkan dan sebagainya. kesemua ini penting dalam memastikan produk dapat dipasarkan. Aktiviti yang terlibat dalam pemasaran adalah jualan, pengiklanan, kajian pasaran, pembangunan produk baru, perkhidmatan pengguna, pengagihan produk fizikal dan penetapan harga. Pemasaran penting dalam proses penjualan produk kerana tanpa strategi pemasaran yang betul kita tidak dapat menjual produk dengan lebih banyak.kesimpulannya, pemasaran penting dalam memastikan firma dapat memaksimumkan keuntungan disamping mengelakkan kerugian. justeru itu, langkah terbaik dalam memastikan firma terus mencapai keuntungan adalah dengan adanya pengurus pemasaran. ini kerana pengurus pemasaran memainkan peranan penting dalam memasarkan produk firma

sekian, terima kasih..

Anonymous said...

Salam sejahtera, Dr..
104800

Saya berpendapat bahawa pemasaran merupakan satu proses yang sangat penting dalam pengeluaran sesuatu produk. Bagaimana sesuatu barang dipasarkan kenalah melihat keutamaan pihak pengguna terdahulu. Firma perlu membuat siasatan mengenai citarasa pengguna seperti melalui borang soal- selidik, pos, telefon dan sebagainya. Selepas menjalankan siasatan ini, firma baru akan memenuhi permintaan pengguna untuk mengeluarkan produk yang berkenaan. Ini kerana jika salah satu lamgkah dalam pemasaran mempunyai kesilapan, maka firma akan mengalami kesulitan dalam pengeluaran produk dan kerugian. Jadi, pemasaran yang berjaya adalah salah satu factor yang membawa kejayaan kepada firma. Kalau pemasaran sesuatu produk berjaya, ini seterusnya kan membawa firma memasuki pasaran antarabangsa. Setiap pengurus pemasaran mestilh mempunyai pengetahuan dan pengalaman dari segi pemilihan lokasi jualan,penetapan harga supaya dapat mengecapi kejayaan. Seterusnya akan membantu pengurus mengulangi kesilapan. Kesimpulannya pemasaran merupakan salah satu proses pengeluaran yang penting untuk memaksimumkan keuntungan firma.
Sekian terinma kasih...

Anonymous said...

104970

Fokus pengurusan pemasaran adalah dalam proses aliran barangan dari pengeluar kepada pengguna. Selain berfungsi dalam aktiviti jualan, pengiklanan, kajian pasaran, pembangunan produk baru, perkhidmatan penguna, pengagihan produk fizikal dan penepatan harga, ia juga menfokuskan dalam persoalan bagaimana, mengapa, kepada siapa, bila, di tempat mana. Manakala pemasaran juga adalah penting dalam perniagaan tani. Ia menrangkumi proses untuk mengenalpasti kehendak pengguna dan memastikan cara yang digunakan akan membawa keuntungan kepada firma. Pengusaha terlebih dahulu perlu mensasarkan objektif perniagaan tersebut. Sebagai contohnya, objektif penjual sayur adalah memastikan semua penduduk akan membeli sayur daripadanya. Selepas itu, dia akan mengumpulkan data daripada penduduk dengan menggunakan soal selidik mengenai cita rasa penduduk di sana selepas itu, dia harus menganalisis data yang dikumpul dan mencari jalan pemasaran yang paling dapat menarik perhatian daripada penduduk. Antaranya ialah menjual pada harga yang berpatutan, sayur yang dijual adalah sentiasa segar,dan lain- lain lagi. Pemasaran yang berkesan dapat menarik perhatian daripada penduduk. Selain itu, ia dapat menolong meningkat penjualan sayur dan memaksimunkan keuntungannya.

Anonymous said...

Dari 105308

Saya bersetuju bahawa pemasaran bagi perniagaantani adalah amat penting. Ini adalah kerana tanpa menjalankan pemasaran, pihak pengeluar tidak mempunyai maklumat sempurna yang berkaitan dengan kehendak masyarakat seperti citarasa, jemana, warna dan sebagainya.Langkah pemasaran ini dapat membolehkan pihak pengeluar mempercepatkan proses untuk mendapat keuntungan dari pengeluran kerana telah mengelakkan langkah-langkah yang tidak diperlukan.Selain itu, strategi pemasaran juga merupakan sebagai satu langkah ataupun peraturan,ia bermakna sudah ada jalan kerja dan langkah-langkah yang telah ditetapkan. Maka ini dapat melancarkan tugasan dan mempercepatkan proses.