Total Pageviews

Saturday, October 11, 2008

PENCEMARAN MARIN 1 – KEJADIAN TUMPAHAN MINYAK

Abstrak
Pencemaran marin merupakan satu isu baru yang perlu diberi perhatian oleh pembuat polisi, pelaksana dasar dan pihak-pihak yang berkepentingan seperti nelayan, pengurusan hotel, universiti, badan-badan bukan kerajaan dan pengguna. Kesedaran mengenai kesan-kesan pencemaran marin dan langkah-langkah yang perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas berlakunya pencemaran marin membolehkan malapetaka tersebut dapat dikurangkan impak negatifnya.

Pengenalan
Minyak merupakan sumber tenaga yang utama di dunia, tetapi disebabkan agihan yang tidak seimbang di antara negara, ianya mesti diangkut menggunakan kapal tangki melintasi lautan atau paip melalui daratan. Masalah timbul apabila berlaku kemalangan yang tidak diduga ketika minyak dipindahkan ke kapal, ketika membuat penghantaran antara negara menggunakan kapal, ketika paip minyak bocor, atau ketika kerja-kerja penggerudian pencarian minyak dilakukan. Tumpahan minyak memberi kesan kepada alam sekitar kerana ia mencemarkan pantai, hidupuan laut dan darat, serta kesihatan manusia. Disamping itu, kesan kepada ekonomi pula meliputi pengurangan hasil tangkapan ikan semasa kejadian berlaku dan musim-musim seterusnya kerana sumber makanan ikan terjejas, sektor pelancungan, dan peningkatan pengangguran. Dari sudut pengguna pula, mereka terpaksa membeli ikan dengan harga yang lebih mahal. Keseluruhannya pengguna, pengeluar dan masyarakat boleh terjejas apabila berlaku pencemaran marin.

Pencemaran Marin
Keseluruhan pengeluaran minyak telah meningkat dari 500 juta tan pada tahun 1950 kepada 2,500 juta tan pada pertengahn tahun 1990an (Picot and Gill, 1996). Peningkatan pengeluaran pula diikuti oleh kejadian tumpahan minyak. Diketahui umum tempat simpanan minyak yang utama di dunia ialah di Timur Tengah, dan kebanyakan aliran pengangkutan juga bermula dari Negara-negara di Timur Tengah. Disebabkan faktor minyak jugalah kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat berusaha mengawal Negara-negara Teluk supaya mengikut kehendak mereka. Tumpahan minyak, sama ada kecil atau besar, telah meningkat dengan peningkatan jumlah pengangkutan minyak oleh kapal tangki. Kapal tangki itu pula kebanyakannya telah usang dan kapal-kapal baru pula dibina dengan saiz yang lebih besar. Dilaporkan kargo minyak merupakan separuh dari keseluruhan kargo laut pada masa kini (Picot and Gill, 1996).

Sejak tahun 1960an terdapat lebih kurang dua puluh kejadian tumpahan minyak yang melibatkan lebih dari 70 juta tong minyak mentah (Burger, 1997). Tumpahan besar telah terjadi di persisiran pantai Mexico, Timur Tengah, Afrika Selatan, dan di Alaska, dan juga di saluran paip di Usink, Russia. Tumpahan minyak terbesar yang direkodkan ialah semasa perang teluk pada tahun 1991, apabila 36.5 juta tong minyak mentah dengan segaja ditumpahkan ke Laut Parsi untuk tujuan taktik peperangan semasa Iraq berperang dengan Amerika Syarikat. Tumpahan kedua terbesar ialah dari telaga Ixtox-1 di Mexico, melibatkan tumpahan 3.5 juta tong minyak mentah.

Tumpahan minyak yang besar tidak semestinya akan mendapat liputan media yang meluas, mungkin kerana lokasi, kurangnya kesan kepada kesihatan manusia dan kesan ekologi, atau media sendiri tidak berminat melaporkan kejadian yang berlaku. Contohnya tumpahan minyak di Nowruz di Arabia (1.93 juta tong) pada tahun 1980, dan di Lembah Fergan, Uzbekistan (2 juta tong) pada tahun 1992 telah tidak dihebahkan oleh media. Sebaliknya tumpahan yang kecil seperti tumpahan kapal tangki Amoco Cadiz yang melibatkan 1.63 juta tong minyak di pantai Perancis pada tahun 1978, dan kapal tangki Exxon Valdez yang menumpahkan 0.26 juta tong minyak di Alaska pada tahun 1989 telah dibuat hebahan secara meluas (Cahill, 1990).

Kesan jangka pendek dari tumpahan minyak termasuklah kemalangan jiwa semasa kemalangan berlaku, atau mereka yang terlibat dengan kerja-kerja pembersihan, dan gangguan kesihatan kerana bau tumpahan minyak atau memakan ikan atau hidupan laut lain yang telah tercemar. Walau bagaimanapun terdapat juga kesan sampingan yang tidak ketara seperti kehilangan dan ganggunan terhadap perikanan komersial dan rekreasi, dan penggunaan lain terhadap air yang tercemar. Terdapat juga kesan ekonomi dan “aesthetic” serta tekanan psikologi dan sosial terhadap penduduk yang tinggal di kawasan yang tercemar.

Kejadian tumpahan minyak
Sebenarnya terdapat 15 kejadian tumpahan minyak yang besar telah direkodkan. Di antara tumpahan minyak yang besar yang telah dilaporkan ialah tumpahan minyak semasa perang teluk, bencana di telaga carigali Ixtoc 1, tumpahan kapal tangki Atlantic Empress, Amaco Cadiz, Amaco Haven dan Exxon Valdez.

a)Tumpahan minyak semasa perang teluk
Tumpahan minyak semasa Perang Teluk pada tahun 1991 di anggap tumpahan paling buruk dalam sejarah. Ia menyebabkan kerosakan teruk kepada hidupan liar di Teluk Parsi, terutamanya di pantai Kuwait dan Iraq. Dianggarkan tumpahan melibatkan 36.5 juta tong minyak mentah, meliputi kawasan seluas 40 batu dan ketebalan 4 inci.
Punca tumpahan: Pada 23 Januari 1991, tentera Iraq dengan sengaja telah menumpahkan minyak tersebut ke laut untuk menghalang kemasukan tentera Amerika melalui laut. Pihak Iraq pula mengatakan tumpahan terjadi akibat dari pengeboman tentera Amerika terhadap dua kapal tangki Iraq. Punca tumpahan lain ialah dari kerosakan pusat pemprosesan minyak Mina Al Ahmadi di Kuwait, kapal tangki berhampiran Pulau Bubiyan, dan terminal Mina Al Bakr di Iraq.

b)Tumpahan minyak di Telaga carigali Ixtoc I
Telaga minyak Ixtoc I merupakan satu kawasan carigali minyak di Teluk Mexiko, lebih kurang 600 km dari Texas. Syarikat carigali yang terlibat ialah Pemex (Petroleos Mexicanos) yang menggali sehingga 2 batu kedalaman penggalian. Pada bulan 3 Jun 1979, berlaku kesilapan semasa kerja-kerja penggalian dan menyebabkan satu letupan besar di kawasan penggalian. Pada 23 Mac 1980 barulah kebocoran dapat dikawal dan dan telaga yang bocor dapat ditutup. Setiap hari selama 8 bulan dianggarkan 10 ribu ke 30 ribu tong minyak sehari tumpah ke laut di Teluk Mexiko. Aliran arus pula membawa tumpahan tersebut ke pesisiran pantai Texas. Kawasan penternakan kura-kura di Kemp Ridley telah terjejas teruk dan kura-kura tersebut telah terpaksa dipindahkan ke kawan lain.

c)Tumpahan dari kapal tangki Atlantic Empress
Kapal tangki Atlantic Empress milik negara Greek. Pada 19 Julai 1979 kapal tersebut berlanggar dengan kapal Aegean Captain, berhampiran Negara Trinidad dan Tobago. Berlaku tumpahan minyak sebanyak 2.1 juta tong. Semasa ditunda pada 2 Ogos 1979, berlaku tumpahan lagi sebanyak 2 juta tong minyak mentah berhampiran Barbados.

d)Tumpahan dari kapal tangki Amoco Cadiz
Kapal tangki Amoco Cadiz telah terbelah dua pada 16 Mac 1978, kesan dari perlanggaran dengan batu. Kejadian berlaku di Brittany, Perancis ketika dalam perjalanan penghantaran minyak dari Teluk Parsi ke Rotterdam, Holland. Semasa kejadian kapal tersebut membawa sejumlah 1.6 juta tong minyak mentah. Usaha-usaha untuk memindahkan minyak dari kapal Amico Cadiz ke kapal lain telah dibuat sebelum kapal tersebut tenggelam, tetapi usaha itu gagal kerana keadaan cuaca yang buruk. Malapetaka tersebut telah menyebabkan berlaku tumpahan minyak sepanjang 45 batu di pesisiran pantai Perancis. Tiupan angin yang kuat dari arah Barat pada bulan April telah menyebabkan tumpahan tersebut merebak seluas 100 batu di pesisiran pantai Perancis. Minyak telah meliputi pantai sehingga mencapai ketebalan 20 inci. Kawasan pelancungan di Plougasnou telah terjejas akibat dari kejadian tersebut.

e)Tumpahan kapal tangki Amoco Haven
Pada 11 April 1991, kapal Amaco Haven yang membawa 1 juta tong minyak yang dimiliki oleh Troodos Shipping telah meletup dan terbakar di pantai Genoa, Itali. Lima orang telah terbunuh, termasuk kaptan kapal Petros Grigorakikis. Tumpahan minyak telah mencemarkan kawasan pantai seluas 20 km di Genoa dan Selatan Perancis.

f) Kebakaran kapal tangki Exxon Valdez
Pada tengah malam bulan Mac 1989 kapal tangki Exxon Valdez telah melanggar Bligh Reef di Prince William Sound, Alaska. Kesannya, berlaku tumpahan minyak sebanyak 0.26juta tong minayak mentah. Malapetaka ini adalah malapetaka terbesar dalam tumpahan minyak di Amerika Syarikat. Kejadian juga telah menguji kemampuan institusi yang terlibat di peringkat tempatan dan kebangsaan untuk bertindakbalas terhadap bencana sedemikian. Banyak faktor telah dikenalpasti mencabar usaha-usaha pembersihan selepas kejadian berlaku. Kawasan yang terpencil menyebabkan Cuma helikopter dan bot sahaja yang dapat pergi ke kawasan kajian.

Artikel seterusnya akan membincangkan kesan pencemaran marin kepada Alam Sekitar

(Kertas kerja dibentangkan untuk Program Isu-isu Alam Sekitar dan Kepenggunaan 2008, anjuran Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Perlis di Hotel Putra Palace, Kangar, pada 13 Oktober 2008)

8 comments:

Anonymous said...

104955
sepertimana yang disebutkan dalam rencana, telah berlakunya beberapa kes tumpahan minyak selama ini. kejadian ini adalah amat serious terhadap kesihatan manusia terutamanya generasi akan datang.
dalam contoh-contoh tersebut, adalah jelas bahawa proses keselamatan dan pengawalan adalah tidak ketat yang telah mengakibatkan kesilapan berulang lagi. kesilapan yang sebelum itu tidak dijadikan sebagai pengajaran manakala manusia 'ignore' kejadian tersebut dan emngulangi lagi.
hal tersebut bukan sahaja membazirkan minyak yang merupakan anugerah alam malah telah mencemarkan kebersihan dan kecantikan pandangan laut. jadi, polisi yang ketat patut digubal bagi menghapuskan kejadian tersebut supaya tidak diulang lagi.

Anonymous said...

Dr,

Your knowledgeable input on oil spilling has been very enlightening. Oil spilling and its effect on the environment has been a constant issue of debate and discussion.

As we all know, the effect of oil spilling on the environment is harmful. The destruction of many types of fish as well as many other sea creaturers is one of the direct consequences. This in turn affects the income of people who are dependent on the sea for a livelihood such as fishermen.

Regards
Vijay Kanna (105740)

Anonymous said...

assalammualaikum dr..
pendapat saya ialah penyata kewangan amat dalam apa sahaja urusan harian..walaupun kita bukan seorang peniaga ..memerlukan penyata yang berbentuk baget untuk memastikan perbelanjaan yang di gunakan..dan jumlah pendapatan yang kita nak spend untuk perbelanjaan tersebut..dalam konteks agribusiness penyata kewangan penting untuk memstikan segala urusan kewangan di urus secara sistematik

102343

Anonymous said...

Dr,
peyata kewangan juga untuk mengetahui keadaan operasi sesebuah syrikat. para pelabur sebelum melabur dalam sesebuah syarikat, mereka akan melihat keadaan kewangan untuk memastikan mereka tidak akan menanggung rugi.

102343

Anonymous said...

salam....

AplikasiBioteknologiDalam
PembersihanTumpahanMinyak

selain tumpahan minyak kapal. minyak mentah petroleum juga merupakan campuran bahan yang
mempunyai takat didih yang berbeza di mana bahan tersebut
boleh dipisahkan kepada fraksi yang berguna melalui kaedah
penyulingan. Pengeluaran bahan petroleum dunia telah
meningkat daripada 29 hingga 2400 juta metrik tan setiap tahun.
Pengeluaran, proses penulenan dan pengedaran secara besaran
ini telah mendatangkan masalah pencemaran alam sekitar yang
berpanjangan. Telah dianggarkan 0.5% (12 juta metrik setahun)
daripada minyak mentah petroleum yang diangkut telah
memasuki laut. Punca terbesar adalah tumpahan minyak
daripada kemalangan, kebocoran saluran paip ke daratan dan air
basuhan daripada kapal pengangkut.
Pendekatan mengatasi secara
yang dijangka lebih
berkesan berbanding kaedah fisiokimia. Bioremediasi adalah
lebih berkesan bagi merawat pencemaran minyak kerana
kebanyakkan molekul di dalam minyak mentah petroleum dan
produk yang ditulenkan boleh diurai secara biologi dan dalam
kajian kami adalah menggunakan mikroorganisma.
Kaedah yang selamat
Kaedah yang efektif dan rendah kos
Teknologi perawatan yang logistik
Meningkatkan proses
yang berlaku secara
semulajadi: pengoptimuman keadaan yang tehad
: proses mengurai bahan kimia yang komplek
menggunakan pemangkin kimia (kebolehan metabolik
mikroorganisma untuk mengubah/mengurai bahan organik
tercemar kepada bahan bahan yang kurang berbahaya yang
mana ia boleh memasuki kitar semula biogeokimia).
Mikroorganisma telah dipencilkan daripada pelbagai kawasan
tercemar minyak petroleum. Hasil daripada pemencilan tersebut
beberapa mikroorganisma yang berpotensi dalam mengurai
hidrokarbon petroleum telah berjaya dipencilkan. Kajian
dijalankan bagi menghasilkan bahan tersedia pakai bagi
kegunaan bioremediasi samada dalam bentuk biojisim atau
biokatalis.
Hasil daripada kajian yang dijalankan, mikroorganisma pengurai
minyak telah berjaya dipencilkan yang terdiri daripada bakteria,
fungi dan yis.
Dengan penemuan mikroorganisma berpotensi sebagai pengurai
hidrokarbon akan dapat digunakan untuk menghasilkan bahan
sedia pakai samada dalam bentuk biojisim (digunakan sebagai
inokulum) dan enzim (pemangkin biologi) yang boleh digunakan
dalam proses bioremediasi. Antara kelebihan bioremediasi
adalah kos penyelengaraan yang rendah, spesifik terhadap
bahan cemar, berkesan walaupun pada kepekatan yang rendah,
teknologi yang mudah, mengurangkan risiko kemusnahan tapak,
kesan pemeruapan dan risiko
kesihatan setempat

p/s: 101583

Anonymous said...

100849

berdasarkan maklumat dalam blog Dr., Saya dapati isu tumpahan minyak ini amat menarik sekali. Ia berlaku bukan sahaja secara tidak sengaja dan malah, mungkin disengajakan. Isu ini kadangkala telah dipolitikkan oleh sesetengah orang yang tidak bertanggungjawab dan mencari keuntungan.

Namun kesannya yang paling besar adalah kepada alam sekitar. Malahan, apabila keseimbangan alam terganggu, maka kehidupan manusia juga bertambah susah.
Inilah trade-off yang berlaku, apabila kita mengganggu keseimbangan alam. Contohnya seperti di dalam artikel di atas, kesan kepada ekonomi ialah harga ikan menjadi lebih mahal, pengangguran meningkat dan sektor pelancongan terjejas.

Anonymous said...

105817,
Dr,
saya tertarik dengan artikel mengenai tumpahan minyak yang kesannya amat buruk kepada seluruh alam.Tidak semua diantara kita yang sedar tumpahan minyak di tengah2 lautan memberi kesan kepada peniaga perniagaantani(seperti dalam artikel Doktor).Izinkan saya menambah sedikit berkaitan pencemaran laut ini,Selain tumpahan minyak,penggunaan air laut dalam sektor janakuasa elektrik juga merosakkan kualiti air.Air laut yang digunakan untuk menyejukkan mesin janakuasa akan disalurkan smula ke laut menyebabkan saluran laut menjadi panas dan mengakibatkan hidupan di kawasan itu sukar beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang tinggi dan meningkat secara mendadak justeru menggangu ekosistem hidupan di laut secara perlahan-lahan.

105817

Anonymous said...

Salam Dr..

Minyak, umum sudah mengetahui bahawa sumber bahan mentah ini merupakan sumber galian yang amat penting di dunia, berpunca daripada sumber inilah yang menyebabkan pergolakan, peperangan, permusuhan, kerjasama, perjanjian antara sebuah negara dengan negara yang lain.

Apabila sumber minyak tidak terhad dan perlu dieksport ke negara-negara pengimport, laluan yang seringkali diambil adalh melalui jalan laut, walaupun begitu ketumpahan minyak sering nerlaku akibat daripada pelanggaran, kecuaian anak kapal, masalah teknikal dan sebagainya yang menyebabkan pencemaran laut. Hidupan marin akan terjejas kerana kekurangan oksigen disamping memusnahkan habitat mereka. ini juga akan menjadi punca kepada kepupusan hidupan laut dan menjejaskan sumber pendapatan nelayan.

Sebelum memulakan pelayaran, jrew-krew kapal perlulah memastikan kapal dalam keadaan selamat dan memulakan perjalanan melauli jalan laut yang selamat.

Wassalam.. 101371..