Total Pageviews

Saturday, October 11, 2008

PENCEMARAN MARIN 3 – KESAN KEPADA EKONOMI

Kesan ekonomi akibat pencemaran marin seperti tumpahan minyak boleh dibahagikan kepada dua – kesan positif dan negatif. Contoh kesan negatif ialah kemusnahan hidupan laut seperti ikan, kerang, sotong, ketam dan udang menjejaskan pendapatan kepada nelayan yang bergantung hidup kepada aktiviti penangkapan ikan.

Dari segi pelancungan pula, kawasan pelancungan seperti Pulau Langkawi, aktiviti ekonomi memang diketahui suatu aktiviti yang utama. Pencemaran marin boleh menjejaskan kedatangan pelancung. Apabila pelancung kurang datang, sektor perhotelan, pengangkutan, restoran, pemandu pelancung dan peruncitan akan terjejas.

Kesan positif juga boleh terjadi kepada kumpulan-kumpulan penduduk tertentu kesan dari pencemaran. Sebagai contoh, selepas tragedi kapal tangki Exxon Valdez pada tahun 1989, kerajaan Amerika Syarikat telah membentuk Akta Pencemaran Minyak 1990 (OPA 1990). Kesannya syarikat minyak Exxon telah diminta menanggung kerja-kerja pembersihan, membuat penialaian kerosakan alam sekitar, kehilangan sumber, dan kos kepada kerajaan tempatan. Syarikat-syarikat minyak juga dikehendaki mengujudkan RM1 bilion tabung amanah, dibiayai melalui cukai 5% terhadap setiap tong minyak yang dikeluarkan atau dieksport ke Amerika Syarikat. Kapal tangki juga perlu mempunyai kapal yang kukuh dan mengistiharkan pelan kecemasan. Kapal tangki juga diperlukan diiringi oleh kapal pengiring, peralatan pembersihan yang telah tersedia untuk digunakan, dan insuran kebocoran minyak untuk kapal yang memasuki pelabuhan Amerika Syarikat (Prince William Sound Regional Citizens Advisory Counsil, 1999 and Exxon Valdez Oil Spill Trustee Council, 1999). Kejayaan OPA 1990 adalah kerana penglibatan agresif industri perkapalan dan minyak, kumpulan berkepentingan, dan orang ramai. Ianya ditambah pula dengan penyebaran maklumat oleh media berterusan selepas kejadian pencemaranmarin oleh kejadian kapal tangki Exxon Valdez tersebut.

Di dapati juga nilai hartanah di kawasan kejadian, iaitu di Prince William Sound, Alaska telah meningkat. Seramai 11,000 orang pekerja telah digunakan untuk kerja-kerja pembersihan di kawasan berbatu di tempat kejadian. Pusat-pusat penyelidikan juga telah berkembang di kawasan kejadian dan dibiayai oleh geran penyelidikan yang diberikan oleh syarikat-syarikat minyak yang terlibat.

Kesimpulan
Pencemaran marin boleh menjejaskan alam sekitar dan seterusnya ekonomi sesuatu kawasan. Maklumat-maklumat berkaitan kesan pencemaran marin dan langkah-langkah yang perlu dibuat apabila ianya berlaku perlu disebar dan direkodkan. Mengalaman di Negara maju menunjukkan penglibatan pihak yang berkepentingan seperti pemilik kapal, agensi-agensi kerajaan yang terlibat, universiti, saintis, sector perhotelan, nelayan, media dan agensi-agensi bukan kerajaan adalah penting untuk mengatasi masalah pencemaran marin.

Bibliography
Burger, J. (1997). Oil Spills. New Brunswick, NJ: Rutgers University Press.

Cahill, R. A. (1990). Disasters at Sea: Titanic to Exxon Valdez. San Antonio, TX: Nautical Books.

Cutter Information Corporation (1995). International Oil Spill Statistics. Arlington, MA: Cutter Information.

Kurtz, Rick, C. (2004). “Coastal Oil Pollution: spills, crisis, and policy change.” Review of Policy Research. Vol. 21 (2).

Picot, J. C., and Gill, D. A. (1996). "The Exxon Valdez Oil Spill and Chronic Psychological Stress." In Proceedings of the Exxon Valdez Oil Spill Symposium, eds.

F. Rice, R. Spies, D. Wolfe, and B. Wright. Bethesda, MD: American Fisheries Society. Oil Spill Case Histories 1967-1991, NOAA/Hazardous Materials and Response Division, Seattle WA, 1992

Nelson-Smith, Oil Pollution and Marine Ecology, Elek Scientific, London, 1972; Plenum, New York, 1973

18 comments:

Anonymous said...

102110
assalamualaikum...dr.

saya bersetuju dengan pandangan dr..pencemaran marin ada memberi impak yang positif kepada ekonomi...hal ini kerana, pencemaran yang dilakukan mungkin akan dapat mengurangkan pengangguran akibat dari pengambilan pekerja pembersihan pantai dan sebagainya...selain itu, dengan berlakunya kejadian yang dr terangkan tersebut juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sumber marin..malah, mungkin dengan kos yang mereka tanggung dalam pembersiahan pantai tersebut dapat menyedarkan mereka betapa peripentingnya sikap "bersedia"..dengan sikap bersedia atau berjaga-jaga terhadap sesuatu perkara dapat memastikan perkara yang sama berulang..contohnya "Kapal tangki juga diperlukan diiringi oleh kapal pengiring, peralatan pembersihan yang telah tersedia untuk digunakan, dan insuran kebocoran minyak "..ini jelas menunjukkan sikap berwaspada pemilik-pemilik syarikat perkapalan yang membawa minyak tersebut...namun, bagi saya pencemaran marin adalah lebih memberi impak yang negatif dari impak positif..hal ini kerana banyak hidupan marin akan mati, bukan itu sahaja malah hidupan lain seperti burung juga turut akan mati akibat makanan mereka yang terkena minyak(ikan)..pencemaran marin ini bukan sahaja memusnahkan hidupan lautan, malah ia juga turut memusnahkan hidupan lain...mungkin juga pencemaran tersebut dapat memberi kesan kepada kehidupan manusia damana seperti yang kita tahu bahawa, ikan adalah merupakan faktor makanan yang terpenting bagi manusia..dimana sebanyak 75% dari makanan manusia adalah ikan...kemusnahan ikan akan meyebabkan kekurangan bekalan ikan bagi sumber protien...

Anonymous said...

dari 104774,

Sy jg berpendapat dgn 102110 dimana pencemaran marin ini lebih byk memberi kesan egatif berbanding kesan positif.

Bukan sahaja industri pelancongan kita terjejas, malah juga akan menjejaskan pendapatan para nelayan. dengan ini akan menyebabkan para nelayan kehilangan sumber pendapatan diorang.

jadi secara tidak langsung KDNK dan ekonomi kita juga akan jatuh.

Anonymous said...

dari 104774,

Sy jg berpendapat dgn 102110 dimana pencemaran marin ini lebih byk memberi kesan egatif berbanding kesan positif.

Bukan sahaja industri pelancongan kita terjejas, malah juga akan menjejaskan pendapatan para nelayan. dengan ini akan menyebabkan para nelayan kehilangan sumber pendapatan diorang.

jadi secara tidak langsung KDNK dan ekonomi kita juga akan jatuh.

Anonymous said...

104955
saya berpendapat bahawa kejadian tumpahan minyak hanya wujudkan kesan negatif dimana kesan tersebut adalah besar. kesan negatif yang disebut adalah pencemaran alam sekitar yang seterusnya mengakibatkan aktiviti hidupan laut terganggu dan menyababkan manusia makan makanan yang tercemar membahayakan kesihatan.
walaupun ia wujudkan peluang pekerjaan daripada proses pembersihan, namun manusia lebih mengharapkan peluang ini tidak wujud kerana pencemaran tersebut mencemarkan generasi akan datang.
tambahan pula, proses pembersihan akan wujud kesan negatif seperti keselamatan yang menyebabkan pekerja membahayakan nyawanya dalam proses pembersihan.

Anonymous said...

69590
Saya mempunyai pandangan yang sama dengan 104955.kejadian tumpahan minyak sebelum ini lebih banyak memberikan impak negatif berbanding impak yang positif.Pencemaran yang berlaku bukan sahaja memberi kesan kepada hidupan laut malah juga memberi kesan kepada pihak ketiga iaitu seperti nelayan di mana hidup mereka terlalu bergantung kepada hidupan di lautan.Pencemran akan memyebabkan punca rezeki mereka terjejas.Pencemaran bukan sahaja memberi kesan kepada nelayan tetapi juga pengguna.Seperti yang diketahui, apabila penawaran berkurang, maka harga akan meningkat.Begitu juga lah yang akn terjadi sekiranya penawaran makanan laut yang selama ini mencukupi berkurang.Harga akan meningkat dan seterusnya menekan pengguna terutamanya. Selain itu, kemungkinan juga pengguna akan diserang penyakit akibat memakan hidupan laut yang tercemar.Walaupun kerja pembersihan pantai telah membuka banyak peluang pekerjaan namun kesan sampingan yang diperolehi akibat pembersihan itu belum diketahui. Kemungkinan juga pekerja-pekerja terdedah kepada jangkitan yang merbahaya.Maka adalah lebih baik pencemaran ini dihindari daripada mengeluarkan kos yang besar untuk membuat pembersihan

Anonymous said...

105239
Assalamualaikum Dr..
Saya berpendapat pencemaran marin atau alam sekitar bukan sahaja memberikan aspek yang negatif kepada bahkan juga postif
pada pendapat saya,pencemaran ini dapat membuka mata kerajaan terutamanya dalam memelihara dam memberi perlindungan terhadap kawasan
kawasan yang berpotensi akan terjejas akibat daripada pencemaran..dengan ini, maka kerajaan akan mewujudkan akta yang alam sekitar yang dapat menjaga alam sekitar daripada pencemaran..
Melalui pencemaran ini, akan mewujudkan peluang perkerjaan kepada masyarakat terutamanya dalam aktiviti pembersihan kawasan yang tercemar..ini boleh diambil sebagai contoh berdasarkan artikel yang doktor tulis yang menyatakan bahawa 11000 penduduk telah diambil dalam melakukan aktiviti perkerjaan terutamanya dalam aktiviti pembersihan..
Oleh itu,impak pencemaran tidak hanya dilihat dari aspek postif bahkan jgk dari aspek positif terutamanya kepada masyarakat..

Anonymous said...

104800
Saya bersetuju dendan pendapat Dr.Jamal.Ini adalah kerana pencemaran marin akan membawa kepada kesan ekonomi. Tumpahan minyak ke dalam laut akan menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Ini seterusnya akan menyebabkan nelayan tidak mendapat pendapatan yang sepatutnya. Sebaliknya nelaya perlu menanggung kerugian yang disebabkan oleh kemusnahan hidupan laut. Di sesetengah kawasan, terdapat sesetengah nelayan yang hanya menangkap ikan sebagai kos untuk menanggung kehidupan mereka. Kalau tidak mempunyai sebarang pendapatan maka kehidupan nelayan memang susah untuk dikekalkan. Salain daripada itu, pencemaran marin juga akan memberi kesan kepada pelancongan. Sebagai contohnya, Pulau Langkawi yang merupakan kawasan pelancongan yang terkenal dan terdapat ramai pelancongan asing melawat Pulau Langkawi. Tetapi kalau belaku pencemaran marin, maka pelancong akan semakin kurang. Maka ini akan menjejaskan pendapatan Negara, peniaga, peruncit dan sebagainya. Jadi KDNK dan ekonomi akan semakin berkurang.

Anonymous said...

103940
SALAM..
Pencemaran marin merupakan salah satu fenomena yang sering berlaku di setiap negara yang mana kawasan laut mereka telah menjadi kawasan laluan kapal-kapal perdagangan (laluan perdagangan). Seperti yang telah kita ketahui, hasil hidupan laut seperti ikan, udang, sotong dan sebagainya merupakan sumber bekalan protein yang utama kepada manusia serta menjadi sumber pendapatan ekonomi kepada negara. Seperti di Jepun, hasil tangkapan hidupan laut banyak memberi sumber pendapatan kepada negara mereka. Oleh itu, sekiranya pencemaran marin berlaku seperti tumpahan minyak, pembuangan sampah sarap (plastik, polisterin), pengaliran sisa-sisa kimia dari kilang akan menyebabkan hidupan laut akan pupus. Seperti yang berlaku baru-baru ini, yang mana seekor anak ikan paus yang sesat dan terdampar di Kuala sungai nenasi di Pekan,Pahang telah dilepaskan semula ke laut tetapi ditemui mati keesokan hari disebabkan termakan sampah sarap seperti plastik, polisterin, botol plastik dan sebagainya (hasil bedah siasat keatas anak ikan paus tersebut). Oleh itu, pekara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menyebabkan hidupan laut kita pupus.

Anonymous said...

assalamualaikum dr...
kesan pencemaran marin keatas ekonomi saya lihat lebih kepada kesan negatif. hidupan di laut memberikan sumber pendapatan kepada isi rumah dan kerajaan. tambahn pula kawasan yang berdekatan laut. contohnya nelayan,aktiviti mereka pasti terganggu. kerajaan negeri juga pasti terganggu sumber pendapatannya kerana pencemaran yang berlaku mengurangkan hasil dalam negeri(contoh pelancongan). penyelidikan dan pendidikan juga kuarng dapat dilaksanakan kerana alam sekitar yang dicemari....

Anonymous said...

assalamualaikum dr...
kesan pencemaran marin keatas ekonomi saya lihat lebih kepada kesan negatif. hidupan di laut memberikan sumber pendapatan kepada isi rumah dan kerajaan. tambahn pula kawasan yang berdekatan laut. contohnya nelayan,aktiviti mereka pasti terganggu. kerajaan negeri juga pasti terganggu sumber pendapatannya kerana pencemaran yang berlaku mengurangkan hasil dalam negeri(contoh pelancongan). penyelidikan dan pendidikan juga kuarng dapat dilaksanakan kerana alam sekitar yang dicemari....

103968

Anonymous said...

good everning DR jamalali....
im 106143...Pencemaran marin akan mengancam tumbuhan dan binatang - Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton .Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada penggunaan sumber air tersebut .Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati .Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia . Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal sebagai akuakultur .

Anonymous said...

104191
Saya berpendapat bahawa berlakunya pencemaran marin akan membawa kedua-dua jenis kesan iaitu positif dan negatif kepada ekonomi.

Kesan positif:
Setelah berlakunya kejadian tumpahan minyak, kerajaan mula memberi perhatian terhadap peristiwa tersebut melalui pengwujudan akta-akta perlindungan alam sekitar. Pemilik syarikat minyak telah mempunyai kesedaran bahawa kapal tangki perlu mempunyai kapal yang kukuh, kapal tangki juga diperlukan diiringi oleh kapal pengiring, peralatan pembersihan yang telah tersedia untuk digunakan, dan insuran kebocoran minyak. Jika tidak berlakunya kejadian tersebut, maka pusat-pusat penyelidikan tidak akan ditubuhkan dan 11,000 orang pekerja tersebut tidak akan diupah untuk kerja pembersihan di tempat kejadian.

Kesan negatif:
Nelayan merupakan golongan yang dapat merasai kesan tersebut dengan paling nyata. Ini kerana tragedi tumpahan minyak menyebabkan kematian hidupan laut padahal mereka adalah bergantung kepada aktiviti penangkapan ikan. Seterusnya, sektor pelancongan, perhotelan, pengangkutan dan restoran juga turut terjejas kerana tiada sesiapa pun yang akan tertarik dengan tempat yang tercemar.

Anonymous said...

salam Dr jamal..

STATUS PENCEMARAN MARIN DI MALAYSIA

Umumnya pencemaran marin dianggap tidak membimbangkan kerana air laut mampu
meneutralkan segala bahan pencemar sama ada dari kawasan daratan melalui sungai
atau dari laut. Walaupun begitu, dengan pembangunan yang pesat berlaku di zon
pinggir khususnya aktiviti perindustrian, pembandaran dan aktiviti rekreasi dan
pelancongan di persekitaran pinggir pantai, masalah ini tidak boleh dianggap sebagai
masalah kecil dan ianya perlu diberi perhatian serius. Masalah ini jika tidak dikawal akan
memberi kesan terhadap ekonomi negara khususnya dalam sektor perikanan dan
pelancongan.
Berdasarkan kepada pemonitoran yang dilaksanakan oleh pihak Jabatan Alam Sekitar
(JAS) dari tahun 1999 hingga 2004 mendapati beberapa perairan negara mengalami
masalah pencemaran marin yang melampaui standard interim kualiti air marin yang
dicadangkan khususnya bagi parameter minyak dan gris (O&G),
jumlah pepejal
terampai (TSS) dan bakteria koliform (E.coli) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.
Punca pencemar bagi paramater O&G adalah dari tumpahan minyak dari kapal-kapal
pengangkut sama ada semasa pembersihan kapal atau tangki minyak. Sementara itu,
sebahagian besar parameter pencemar TSS dan E.coli berpunca daripada aktiviti
pembangunan di kawasan pinggir pantai seperti aktiviti pembinaan, perindustrian,
domestik dan penternakan. Menurut Jamaluddin & Kadaruddin (1997), pembinaan
pusat-pusat tarikan pelancong di persekitaran pinggir pantai telah memberi impak
negatif daripada segi pencemaran dan potensi berlakunya hakisan pantai.

PANDANGAN PENGUNJUNG MENGENAI PENCEMARAN MARIN

Latar Belakang Responden
Responden bagi kawasan Pantai Cahaya Bulan adalah terdiri daripada 50 peratus
wanita dan 50 peratus lelaki dan bagi Pantai Batu Buruk dan Pantai Teluk Chempedak
adalah sama iaitu 51.5 peratus (lelaki) dan 48.5 peratus (wanita). Jadual 2 menunjukkan
umur responden di ketiga-tiga kawasan kajian. Secara tidak langsung, faktor umur ini
juga dapat menunjukkan bahawa kawasan kajian bukan sahaja menjadi tumpuan
golongan remaja sahaja tetapi juga dari kalangan mereka yang telah berkeluarga bagi
menghabiskan cuti hujung minggu.

p/s: 101583

Anonymous said...

salam Dr..
Saya memang setuju dengan pandangan Dr mengenai pencemaran marin.Kesan pencemaran marin ini sememangnya terdapat 2 kesan iaitu positif dan negatif.Namun,sememangnya kesan negatif adalah melebihi daripada kesan positif.Sebenarnya,terdapat tiga punca utama pencemaran marin iaitu melalui saliran sungai ke laut,larian air permukaan disepanjang pantai dan tumpahan minyak yang berlaku di laut.
Dalam kes pencemaran marin,ia boleh dinyatakan dalam beberapa parameter seperti minyak dan gris,jumlah pepejal terampai(TSS),bakteria Koliform(E.coli)serta logam berat seperti kuprum,raksa,plumbum dan kadmium

Sekian..
Your student
103696

Anonymous said...

pencemaran marin adalah melibatkan rantaian makanan yang terdiri dari ikan, udang,sotong dan pelbagai lagi.kesan negatif banyak dijumpai namun kesan positif sukar dijumpai seperti kajian kes ini.dengan adanya akta ini, sekurang2nya pihak yang trlibat dengan industri ini.tindakan yang tegas perlu diambil kepada mereka yang mengambil mudah dengan isu ini seperti mengenakan kompaun yang tinggi agar mereka lebih berwaspada.

Anonymous said...

Salam Dr Jamal

Dibawah saya akan perkatakan isu tentang pencemaran laut :

Pencemaran Laut

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalanApabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :

1. Cara mengepung dan mengumpul
tumpahan
2. Menggunakan dispersent dan
bahan kimia
3. Pembersihan pantai


Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :

1. Lokasi tumpahan
2. Kuantiti tumpahan
3. Jenis tumpahan
4. Keadaan laut
5. Keupayaan tindakbalas bahan
yang tertumpah

Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .

Secara globalnya masalah pencemaran laut merupakan di antara agenda terpenting yang harus dihadapi oleh negara-negara berpantai. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam penguatkuasaan pencemaran disektor marin, namun ia tetap dijalankan oleh agensi-agensi maritim yang dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Kerjasama ini bukan hanya terletak pada agensi-agensi yang terbabit tetapi orang-orang awam juga boleh berkerjasama dengan melaporkan segera sebarang kejadian pencemaran laut yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Kerjasama yang padu di antara agensi-agensi maritim dengan pihak-pihak swasta bagi menaja operasi pembersihan anasir pencemaran di laut amatlah dialu-alukan.

Masalah pencemaran laut tidak akan dapat diselesaikan sekiranya tiada kesedaran dalam diri manusia sendiri tentang peri pentingnya alam sekitar kepada manusia. Selain daripada itu, undang-undang yang tertakluk juga harus dikuatkuasakan bagi menjamin masalah yang sama tidak akan berulang lagi.

Sekian

E-pjj student
Uitm Arau
2005201407

Unknown said...

Pencemaran marin akan mendatangkan kesan negatif kepada ekonomi. Pada tahun 2011, Kementerian Pelancongan menyasarkan peningkatan pendapatan sector pelancongan kepada RM 60 billion tahun ini berbanding RM56.4 billion tahun lalu. Ini menunjukkan sector pelancongan merupakan salah satu pendapatan yang penting dalam Negara kita. Malah, pencemaran marin akan menjejaskan sector pelancongan secara langsung. Sebagai contohnya, kerajaan hendaklah membazirkan berjuta-juta ringgit dan sumber tenaga untuk menyelesaikan masalah pencemaran tersebut. Oleh itu, pelancong tidak akan memilih melawat pulau –pulau di Negara kita. Selain itu, pencemaran marin menyebabkan kurangan pendapatan nelayan. Ini kerana akan berlaku keracunan hidupan marin. Dengan itu, pendapatan nelayan akan menurun dan akan berlaku pengangguran.

TEE KE LI, 211798

Unknown said...

Pada pendapat saya, pencemaran marin memang mendatangkan banyak kesan sampingan kepada ekonomi sesebuah negara. Pencemaran marin menyebabkan sektor pelancongan di sesebuah negara terjejas, sumber makanan manusia daripada laut terjejas, kesihatan manusia terjejas dan pelbagai lagi kesan sampingan yang dapat menjejaskan ekonomi bagi sesebuah negara. Dengan ini, pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan supaya masalah ini tidak menjadi lebih serius lagi. Kerajaan telah pun mengemukakan beberapa undang-undang bagi mengawal ancaman pencemaran. Satu daripadanya ialah penggubalan Akta Kualiti Alam Sekeliling,1974. Akta ini memberi asas undang-undang untuk menyelaras kesemua aktiviti berkaitan dengan kualiti alam sekitar di Malaysia. Seksyen 27 dalam Akta ini adalah mengenai pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak ke dalam perairan Malaysia. Selain itu, kerajaan Malaysia juga telah menyaman kapal-kapal yang tidak mematuhi peraturan dan lebih serius lagi mengantungkan lesenya. Peraturan untuk Kumbahan dan Eluen-Efluen Perindustrian 1970 juga telah digubal untuk melarang pelepasan sisa tertentu seperti cecair berbahaya, tar,buangan binatang, jirim-jirim pepejal, sampah, hampas, atau habuk gergaji. Dengan ini, kita dapat lihat bahawa pihak kerajaan di negara kita telah pun berusaha untuk mencegah masalah pencemaran laut. Kita sebagai rakyat juga haruslah memainkan peranan masing-masing supaya memelihara sumber alam sekitar yang tidak ternilai ini.

BOO ZI JIE (211255)