Total Pageviews

Thursday, October 2, 2008

Teknik-teknik perancangan perniagaantani - penggunaan analisis kewangan

Pendahuluan

Setelah membincangkan teknik-teknik pemasaran dalam perniagaantani pada bulan lepas, perbincangan pada bulan Oktober 2008 (bersamaan bulan Syawwal 1429 Hijrah) akan menumpukan perbincangan penggunaan penyata kewangan seperti Kunci Kira-kira, Penyata Pendapatan (atau dipanggil juga penyata Untung Rugi) dan Penyata Aliran Tunai.

Persoalan yang sering ditanya ialah: Mengapakah penyata kewangan berguna dalam Pengurusan Perniagaantani? Sebenarnya Penyata kewangan merupakan satu laporan yang digunakan oleh pengguna maklumat perakaunan seperti pemberi pinjaman (lenders), pelabur (investors), pekerja (employees), pembekal (suppliers), Jabatan Hasil Dalam Negeri dan usahawan sendiri.

Penyata kewangan yang lengkap dapat memberi gambaran kedudukan kewangan sesebuah perniagaan, kemampuan entiti perniagaan membayar semula pinjaman yang dibuat, cara perlaksanaan perniagaan, trend perniagaan (dari segi jualan, kos pengeluaran, kos tidak langsung dan upah), keluaran output, prestasi (output/input buruh) dan kedudukan aliran tunai perniagaan. Dari analisis kewangan tersebut kita dapat menentukan kejayaan perniagaan yang dibuat, apakah masalah dan peluang yang ada dari perniagaan, dan apakah alternatif atau tindakan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan ditingkatkan prestasinya. Pelabur pula boleh menganalisis potensi pulangan dari pelaburan yang dibuat (Return on Investment, ROI). Keuntungan yang didapati dari aktiviti jualan yang menghasilkan hasil (revenue) kepada entiti perniagaan dan ditolak kos (cost) dari operasi pengeluaran barangan dan perkhidmatan dapat menunjukkan keupayaan dan kebolehan pembuat keputusan di dalam sesebuah organisasi. Pengerusi Eksekutif (CEO, Chief Executive Officer), Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan sesebuah organisasi sangat mementingkan keuntungan dalam organisasi perniagaan mereka. Adakah organisasi yang ditubuhkan tidak bermatlamatkan keuntungan? Jawapannya ada, iaitu organisasi bukan kerajaan (NGO, Non-Government Organization) yang lebih bermatlamatkan kebajikan ahli dan aktiviti pertubuhan sepertimana yang ditetapkan.

• Di antara rujukan (benchmark) yang dibuat ialah perbandingan keadaan semasa dengan masa lepas atau mengikut piawai industri atau ‘norm’ semasa.
• Persoalannya berapa kerapkah analisis kewangan perlu dilakukan? Kekerapan bergantung kepada saiz perniagaan, walau bagaimanapun sebaik-baiknya dilakukan setiap bulan atau sekurang-kurangnya tiga bulan sekali.

Di antara maklumat yang terdapat di dalam penyata kewangan ialah:
a) Aset
b) Liabiliti
c) Ekuiti
d) Pendapatan dan Belanja
e) Aliran Tunai

Kriteria penyata kewangan yang baik ialah ianya mestilah jelas, tepat, konsisten, mengikut masa yang ditetapkan serta mudah difahami. Aktiviti-aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pihak pengurusan dalam sesuatu tempoh masa, serta kedudukan kewangan pada akhir tempoh berkenaan perlu diukur. Maklumat tersebut pula kemudiannya perlu dilaporkan untuk pengetahuan pihak-pihak yang berminat.

Ada di antara laporan seperti Penyata Pendapatan (atau Penyata Untung Rugi) ditunjukkan dalam bentuk peratus dari peratusan jumlah jualan atau peratusan jumlah asset. Seterusnya dikira pula jumlah buruh dari peratusan jualan (Labor as % of sales), pengiklanan dari peratus jualan (Advertising as % of sales) atau jumlah hutang dari peratus jualan (Debt as % of sales).

Komponen Penyata Kewangan
Satu set lengkap penyata kewangan perlu ada:
a. Kunci Kira-kira (balance sheet)
b. Penyata Pendapatan (atau Penyata Untung Rugi)
c. Satu penyata yang menunjukkan sama ada:
i) segala perubahan dalam ekuiti; atau
ii) perubahan-perubahan dalam ekuiti selain daripada urusniaga yang meningkatkan modal pemilik dan agihan kepada pemilik.
d. Penyata Aliran Tunai
e. Polisi perakaunan dan nota penjelasan (explanatory notes)
a. Kunci Kira-kira (balance sheet)

a. Kunci Kira-kira (balance sheet)
Kunci kira-kira ialah ringkasan kedudukan kewangan perniagaan pada masa tertentu. Ia menyenaraikan semua yang dimiliki atau dihutang oleh sesuatu perniagaan, atau dilaburkan oleh pemilik perniagaan pada suatu masa tertentu. Sebarang harta yang dimiliki perniagaan dipanggil aset, manakala tanggungan atau hutang dipanggil liabiliti. Kunci Kira-kira disediakan pada akhir tempoh perakaunan. Pada laporan Kunci Kira-kira perlu mengandungi butiran berikut:
a) Harta tanah, loji dan peralatan
b) Aset tak ketara
c) Aset Kewangan (tidak termasuk amaun yang ditunjukkan di bawah d), f) dan g))
d) Pelaburan
e) Inventori – merangkumi harta persendirian seperti ternakan, jentera pembajak, getah keping, stok, dan harta seperti tanah dan bangunan. Unit fizikal seperti guni, tan, dan ekor digunakan untuk merekod segala jenis harta. Semua butiran dalam inventori di nilai dalam Ringgit Malaysia.
f) Belum terima dagangan dan belum terima lain
g) Tunai dan kesetaraan tunai
h) Belum bayar dagangan dan belum bayar lain
i) Liabiliti cukai dan aset cukai
j) Peruntukan
k) Liabiliti berfaedah bukan semasa.
l) Kepentingan minority
m) Modal diterbitkan dan rezab.

Beberapa ukuran kedudukan dan kekukuhan kewangan perniagaan yang boleh dikesan dengan melihat Kunci Kira-kira ialah:
i) Kemampu bayaran – dilihat sama ada jumlah aset lebih besar dari jumlah liabiliti, dan seterusnya dapat menentukan perniagaan mampu membayar hutang ataupun tidak mampu membayar hutang
ii) Kecairan – menentukan keupayaan perniagaan mencipta tunai bagi memenuhi keperluan tanpa mengganggu kegiatan pengeluaran perniagaan.
iii) Nilai bersih atau ekuiti pemilik – iaitu jumlah baki wang bagi pemilik perniagaan setelah memenuhi keperluan kecairan dan membayar segala tanggungan perniagaan.

Format biasa Kunci Kira-kira
Aset Liabiliti
Aset semasa xx Liabiliti Semasa xx
Aset pertengahan xx Liabiliti Pertengahan xx
Aset tetap xx Liabiliti Jangka panajang xx
Jumlah liabiliti xx
Nilai bersih xx
Jumlah aset xxx Jumlah liabiliti dan nilai bersih xxx

6 comments:

Anonymous said...

salam dr... ( 106096 )

Penyata kewangan yang lengkap dapat memberi gambaran kedudukan kewangan sesebuah perniagaan, kemampuan entiti perniagaan membayar semula pinjaman yang dibuat, cara perlaksanaan perniagaan, trend perniagaan (dari segi jualan, kos pengeluaran, kos tidak langsung dan upah), keluaran output, prestasi (output/input buruh) dan kedudukan aliran tunai perniagaan.

Dari analisis kewangan tersebut kita dapat menentukan kejayaan perniagaan yang dibuat, apakah masalah dan peluang yang ada dari perniagaan, dan apakah alternatif atau tindakan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan ditingkatkan prestasinya. Pelabur pula boleh menganalisis potensi pulangan dari pelaburan yang dibuat.Semua konsep ini kita boleh gunakan dalam perniagaantani supaya perniagaan yang dijalankan dapat ditingkatkan secara tersusun dan sistematik.
sekian...

Anonymous said...

salam..105449

teknik teknik perancangan perniagaantani penting untuk memasarkan barangan pertanian....antara teknik yang penting adalah penggunaan analisis kewangan kerana ia memberi gambaran tentang perniagaan yang hendak dijalankan.Oleh itu kita dapat mengetahui jangkaan jualan dan dapat meningkatkan prestasi jualan perniagaantani sesebuah organisasi..kunci kira-kira perlu untuk menyenaraikan semua yang dimiliki mahupun dihutang oleh sesuatu perniagaan.

Anonymous said...

dr...105503
teknik2 perancangan perniagaantani- menggunakan analisi kewangangan perlu ada bagi setiap firma perniagaan tani...teknik-teknik perancangan perlu ada kerana ia penting bagi memasarkan produk pertanian disamping mendapat keuntungan yang maksima....antara tekniknya ialah penggunaan analisis kewangan..iatu melalui penyata kewangan,penyata pendapatan dan penyata aliran tunai...penyata2 ini dapat memberi gambaran yang jelas ttg kedudukan firmaiti sama ada kedudukan kewangan,keuntungan dan sebagainya...105503

Anonymous said...

Kebanyakkan perniagaan tani yang terletak di tempat perkampungan adalah tidak begitu pentingkan analisis kewangan. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak berpelajaran tinggi. Akan tetapi, analisis kewangan terhadap perniagaan adalah amat penting kerana dapat mengetahui ke mana wang dibelanjakan atau untung. Biasanya penggunaan wang yang diambil terus dari akaun perniagaan tidak dimasukkan dalam akaun. Hal ini akan menyebabkan akaun perniagaan tidak seimbang. Malah mungkin menyebabkan wang tunai dalam tangan tidal mencukupi untuk membuat bayaran pada masa yang lain. Sesuatu perniagaan haruslah mempunyai penyata kewangan yang asas termasuk income statement, statement of owner’s equiti dan juga balance sheet. Income statement mencatat perbelanjaan dan juga keuntungan perniagaan. Statement of owner’s equiti pula mencatatkan berapa ekuiti yang ada pada pemilik. Balance sheet pula menyatakan keseimbangan antara asset, liabiliti serta equiti. Ketiga-tiga ini adalah untuk menentukan pengaliran wang dalam perniagaan.

105971

Anonymous said...

Kebanyakkan perniagaan tani yang terletak di tempat perkampungan adalah tidak begitu pentingkan analisis kewangan. Hal ini mungkin disebabkan mereka tidak berpelajaran tinggi. Akan tetapi, analisis kewangan terhadap perniagaan adalah amat penting kerana dapat mengetahui ke mana wang dibelanjakan atau untung. Biasanya penggunaan wang yang diambil terus dari akaun perniagaan tidak dimasukkan dalam akaun. Hal ini akan menyebabkan akaun perniagaan tidak seimbang. Malah mungkin menyebabkan wang tunai dalam tangan tidal mencukupi untuk membuat bayaran pada masa yang lain. Sesuatu perniagaan haruslah mempunyai penyata kewangan yang asas termasuk income statement, statement of owner’s equiti dan juga balance sheet. Income statement mencatat perbelanjaan dan juga keuntungan perniagaan. Statement of owner’s equiti pula mencatatkan berapa ekuiti yang ada pada pemilik. Balance sheet pula menyatakan keseimbangan antara asset, liabiliti serta equiti. Ketiga-tiga ini adalah untuk menentukan pengaliran wang dalam perniagaan.

105971

Anonymous said...

104290

salam...dr,saya bersetuju dengan artikel dr tentang penggunaan analisis kewangan yang mana ia dapat memberi gambaran kedudukan kewangan sesebuah perniagaan, kemampuan entiti perniagaan membayar semula pinjaman yang dibuat, cara perlaksanaan perniagaan, trend perniagaan (dari segi jualan, kos pengeluaran, kos tidak langsung dan upah), keluaran output, prestasi (output/input buruh) dan kedudukan aliran tunai perniagaan. Dari analisis kewangan tersebut kita dapat menentukan kejayaan perniagaan yang dibuat, apakah masalah dan peluang yang ada dari perniagaan, dan apakah alternatif atau tindakan yang perlu dibuat untuk membolehkan perniagaan ditingkatkan prestasinya. Pelabur pula boleh menganalisis potensi pulangan dari pelaburan yang dibuat.sekian.
104290