Total Pageviews

Monday, December 27, 2010

Kos ekonomi majlis perkahwinan

Banyak keluarga membuat kenduri kahwin pada musim cuti sekolah sekarang. Majlis perkahwinan adalah suatu majlis yang meriah, maklumlah bagi kebanyakan pasangan ianya berlangsung sekali dalam seumur hidup. Ada yang membuat kenduri kahwin di rumah, dan ada yang buat di dewan yang ditempah khas. Ada yang menggunakan sistem pakatan yang dipanggil Pakatan Pinggan Mangkuk Taman atau kampung, dan ada yang menempah makanan, khemah dan hiasan lain dari Pengusaha Makanan dan sebagainya. Minimum kos perkahwinan sekarang rasanya mencecah RM10,000 untuk sesuatu majlis. Kalau dulu cuma masyarakat China atau India di Malaysia yang ada perunding majlis perkahwinan, sekarang ini sudah ada perunding perkahwinan di kalangan masyarakat Melayu. Tugas perunding perkahwinan ini meliputi hiasan bilik pengantin, pelamin, jemputan, aturcara majlis, hadiah kepada tetamu, dan sebagainya. Semakin ekslusif tempat majlis berlangsung dan semakin banyak aturcara semasa majlis berlangsung semakin mahallah kos perkahwinan.

Saya memikirkan tanggungan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga pengantin di sesuatu majlis perkahwinan. Pihak lelaki lagi terasa, kena menyediakan wang hantaran dan mas kahwin. Jika pasangan jauh seperti di Selatan Semenanjung atau di Pantai Timur, atau di Sabah dan Sarawak lagilah tinggi kos yang perlu ditanggung. Dari segi pulangan, adakah telah dikira berapakah yang biasanya tetamu berikan? Bolehkah dalam surat jemputan dinyatakan kos untuk seorang tetamu agar tetamu yang hadir memberikan wang kepada ahli keluarga pengantin setimpal dengan kos setiap jamuan? Mungkin perkara ini agak luarbiasa tetapi tetamu sebaiknya perlu membantu keluarga pengantin dari segi kos sesuatu majlis perkahwinan. Kajian perlu dibuat untuk melihat bebanan keluarga pengantin yang membuat sesuatu majlis perkahwinan. Kita tidak mahu pengantin terpaksa menanggung hutang dari majlis perkahwinan sehingga kepada masa menimang cahaya mata. Diketahui sekarang pegawai kredit bank sentiasa bersedia memberikan pinjaman peribadi untuk tujuan-tujuan sebegini. Perunding perkahwinan sepatutnya perlu memberi nasihat mengenai pembiayaan perkahwinan untuk keluarga pengantin dalam hal ini.

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada “rakan baik saya” yang melangsungkan perkahwinan pada bulan lepas.

Dikepilan pantun nasihat:

Anak ayam turun enam,
Satu mati tinggal lima,
Minta doa tetapkan iman,
Minta mati dalam agama. .

14 comments:

Unknown said...

Betul la dr. nk kawen ni macam-macam perbelanjaan perlu difikirkan. Kadang- kadang duit tu ada, tapi tak tahu kemana pergi nya... Hehehehe...tapi tu la, tak kan tak nak kawin plak.. yang menjadikan satu bebanan apabila harga barang semua meningkat, secara tak langsung perbelanjaan juga akan meningkat...itulah reality zaman sekarang..

yani said...

Prof kalau letak kos kahwin dalam kad namapak agak melampau. Tapi bagi saya kite buat "awareness" dari sekarang kepada ibu bapa agar beri kesedaran hanya buat majlis yang patut dan tidak perlu berhabisan sebab yang penting lepas kahwin.

faizah 808550 said...

Assalamualaikum Prof,
Saya berpendapat adalah tidak wajar bagi tuan rumah untuk menyatakan kos untuk seorang tetamu agar tetamu yang hadir memberikan wang kepada ahli keluarga pengantin setimpal dengan kos setiap jamuan.
Di dalam masyarakat melayu beragama Islam khususnya, sebaik-baiknya kita harus bersikap sederhana dalam segala aspek. Kita dapat , Pada masa kini telah menjadi satu `trend' di mana setiap majlis perkahwinan diadakan secara besar-besaran lengkap dengan tema, hiasan, pakaian pengantin yang `gah', hantaran dan sebagaimya. Saya selalu melihat perkara ini sebagai suatu pembaziran. Betul, kita perlu mengadakan majlis perkahwinan bagi mengumumkan bahawa si A dan B telah berkahwin dan berita gembira perlu dihebahkan. Bagi yang mampu, ianya bukanlah suatu masalah yang besar. Tetapi alangkah baiknya, dalam zaman kini yang menuntut kos yang tinggi, masyarakat melalu kembali bersederhana dalam soal ini. Saya selalu berfikir, alangkah baiknya sekiranya duit tersebut digunakan oleh pasangan untuk memulakan hidup bekeluarga agar mereka terhindar daripada bebanan hutang yang berpanjangan.
Pada Jumaat yang lalu, saya terdengar pengacara warna pagi siaran radio IKIM membacakan statistik bahawa di Malaysia kini setiap 15 minit terdapat 1 pasangan bercerai! Bayangkan berapa ramainya pasangan yang mengalami keruntuhan rumahtangga. Mungkin, salah satu faktornya adalah bebanan hutang yang banyak demi memenuhi tuntutan semasa perkahwinan terdahulu ? Wallah hua’alam….

Faizah /UUM- 808550

Raja Azlan said...

Assalamualaikum Prof,

Saya ingat lagi sekitar awal tahun 90an, orang-orang kampung saya di Seremban memberikan sambutan yang dingin terhadap mereka yang menggunakan perkhidmatan katering. Rata-rata, penduduk kampung lebih suka bergotong-royong untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Masa tu, penduduk kampung tak biasa makan, terima bunga telur dan terus pulang…

Tapi sekarang, perkhidmatan katering merupakan satu kemestian pulak dah. Ya, zaman dah berubah, dunia semakin maju. Anak-anak muda pula dah semakin kurang kat kampung saya. Ada yang dah bekerja di bandar, belajar ‘U’ atau kolej dan ada juga yang ‘tersimpan’ di pusat-pusat serenti… Yang ramai di kampung, golongan-golongan yang dah pencen dan warga-warga emas… sayang sekali…

Saya ada seorang kawan yang telah membuktikan gotong royong masih boleh dilakukan di kawasan pinggir bandar. Kawan saya ni tinggal di Bukit Jelutong, Shah Alam. Satu baris kawasan perumahan beliau sepakat dan bermesyuarat. Masing-masing bahagi-bahagi tugas seperti buat air, memasak, mengemas, cuci pingan mangkuk dan lain-lain. Tuan rumah (pengantin) akan keluar belanja dan mengkoordinasikan majlis tersebut. Seterusnya, kalau ada giliran tuan rumah yang lain mengadakan majlis perkahwinan, mereka akan menggunakan konsep yang sama juga…

Ianya ternyata berjaya! Sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan “explicit cost” di sekitar 30-40 peratus agaknya....

808558/UUM-Rezzen

Prof. Dr. Jamal Ali said...

Ya, yang penting tahu kemampuan dan kesedaran untuk bersikap sederhana dalam perbelanjaan.

Jamal

Raja Azlan said...

Assalamualaikum Prof,

Saya ingat lagi sekitar awal tahun 90an, orang-orang kampung saya di Seremban memberikan sambutan yang dingin terhadap mereka yang menggunakan perkhidmatan katering. Rata-rata, penduduk kampung lebih suka bergotong-royong untuk meraikan sesuatu perkahwinan. Masa tu, penduduk kampung tak biasa makan, terima bunga telur dan terus pulang…

Tapi sekarang, perkhidmatan katering merupakan satu kemestian pulak dah. Ya, zaman dah berubah, dunia semakin maju. Anak-anak muda pula dah semakin kurang kat kampung saya. Ada yang dah bekerja di bandar, belajar ‘U’ atau kolej dan ada juga yang ‘tersimpan’ di pusat-pusat serenti… Yang ramai di kampung, golongan-golongan yang dah pencen dan warga-warga emas… sayang sekali…

Saya ada seorang kawan yang telah membuktikan gotong royong masih boleh dilakukan di kawasan pinggir bandar. Kawan saya ni tinggal di Bukit Jelutong, Shah Alam. Satu baris kawasan perumahan beliau sepakat dan bermesyuarat. Masing-masing bahagi-bahagi tugas seperti buat air, memasak, mengemas, cuci pingan mangkuk dan lain-lain. Tuan rumah (pengantin) akan keluar belanja dan mengkoordinasikan majlis tersebut. Seterusnya, kalau ada giliran tuan rumah yang lain mengadakan majlis perkahwinan, mereka akan menggunakan konsep yang sama juga…

Ianya ternyata berjaya! Sekurang-kurangnya dapat juga mengurangkan “explicit cost” di sekitar 30-40 peratus rasa-rasanya....

Raja Azlan
808558/UUM-Rezzen

candyrei said...

For Chinese, we spend the most in our wedding ceremony and funeral. In other words, please do not get married or died if you have not enough money.:)

There is different for the angpow’s money packing. In the rural areas, RM 50 per person is a must to attend to the wedding gown. In the urban areas like Kuala Lumpur, RM 80 is a must. We will write down our name and greetings on the angpow.

It may make you surprise that Chinese will earn from a wedding dinner, and exactly there is a loss if the groom and bride want to have a luxury and grand wedding gown.

TongMayWah/808573

Unknown said...

Assalamuailaikum,

PENDAPAT DAN CADANGAN

Saya setuju dengan Prof bahawa kos perkahwinan sekarang meningkat tinggi sehingga ada segolongan manusia yang terpaksa membuat pinjaman semata-mata untuk menanggung kos perkahwinan. Kos ini meningkat adalah disebabkan beberapa faktor seperti kenaikan harga barang, mengikut trend masa kini, persaingan, kenaikan inflasi dan sebagainya. Seperti yang Prof katakan,“ Pihak lelaki lagi terasa, kena menyediakan wang hantaran dan mas kahwin”. Saya bersetuju bahawa Pihak Lelaki yang paling penting bertanggungjawab bagi menanggung perbelanjaan perkahwinan ini. Sebagai seorang lelaki, untuk menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan terhadap seorang wanita, mereka perlu bekerja keras untuk menyediakan dana simpanan untuk masa perkahwinan sehingga keanak cucu. Jadi, setiap lelaki di Malaysia perlu mengambil inisiatif untuk mencapai matlamat tersebut.
Lelaki perlu bersedia dari awal bagi memastikan masa depan yang cerah. Permulaan yang baik adalah dengan menyediakan Dana Simpanan. Di Malaysia, lelaki terutama bumiputera berpeluang untuk mendapatkan pendapatan yang mudah dan senang. Saya mencadangkan setiap lelaki yang baru memulakan pekerjaan mengambil peluang yang telah diberikan oleh Pihak PNB, dimana mereka boleh mula menyimpan duit di ASB melalui pinjaman dari bank seperti CIMB BANK dan MAYBANK. Mengikut pegawai bank, kita perlu menyediakan Modal untuk tahun pertama sahaja. Tahun berikutnya adalah ditanggung oleh Dividen yang diperolehi dari ASB. Kaedah ini amat mudah Cuma memerlukan disiplin yang kuat sahaja. Saya mempunyai kawan pada umurnya 20 tahun membuat loan sebanyak RM 100, 000 daripada pihak MAYBANK selama 10 tahun. Installment sebulan hanya RM 1000 sahaja. Beliau hanya mengeluarkan modal 12 bulan je iaitu RM 12 000. Pada tahun kedua beliau mendapat dividen ASB sebanyak RM 9000. Dia menggunakan duit itu untuk membayar installment bank. Setelah 10 tahun duit didalam Asb sebanyak RM 100 000 adalah milik dia sepenuhnya. Jadi,dengan duit tersebut beliau boleh berkahwin tanpa meminjam atau membebankan keluarga. Dimana beliau juga boleh menggunakan sebahagian daripada duit tersebut untuk membeli hartanah.
Saya mencadangkan lelaki muda di malaysia membeli Buku Azizi Ali untuk memantapkan diri dalam bermain hartanah. Buku berjudul “Jutawan dari Planet Jupiter”, Jutawan Hartanah dan sebagainya.
Sekian dari Nor Irewan Shah Bin Ibrahim matrik no. 808571.

Anonymous said...

Dari sudut praktikalnya ibubapa digalakkan menjalankan majlis perkahwinan untuk anak-anak secara sederhana dan mengurangkan (jika tidak dapat menghapuskan) perbelanjaan ke arah perkara-perkara bersifat superficial seperti door gift, andaman, pelamin, hiasan bilik pengantin, tayangan slaid, persembahan DJ, pelamin, hiasan barang hantaran, meja & hidangan pengantin, pakaian sedondon ahli keluarga dan sebagainya.

Nurul-806630
Rezzen

Irnee Safia said...

Dear Prof,

The cost of wedding nowadays has risen significantly. Although the bridegroom has to save money for the dowry, both the bridegroom and bride are burdened with purchase of wedding gifts, door gifts, renovation and decoration of room, the altar and not to forget the huge cost of food catering and venue. However, it is not uncommon for parents to pay for the wedding reception. Wedding nowadays is not complete without hiring professional photographer and videographer service. Some even hold the reception at 5 star hotels, regardless of whether they can afford to.
Wedding is not a problem. In Islam, it is enough just to hold a small reception with mas kahwin (from as low as RM 22.50 up to RM120 depending on states), with the holy Quran as gift (hantaran). Wedding is not a problem. The problem is our society emphasized too much on social status. We compare and compete with everyone from our own siblings to our neighbours and colleagues. This is reflected in the house we live, the cars we drive, the clothes we wear and the places we visit. We wish to project our image to be perceived as high as possible in society. This is done at the expense of our financial health with the motto of “biar papa asal bergaya”. No wonder so many under 30’s are declared bankrupt due to credit card debt.
The suggestion from nor irewan shah is good but if following the method, a fresh graduate (assumed 23 years old) would have to deduct half of his assumed gross monthly salary of RM2000 for a year and wait for 10 years to finally get hold of the money. How many people do you know wait to get married until they are above 33 years old? Even if he can wait, I don’t think his girlfriend can.

Irnee Safia
Rezzen KL 808553

Unknown said...

Satu perkahwinan memang akan menggunakan jumlah wang yang agak banyak. Sepupu saya baru saja berkahwin pada bulan June yang lepas.Pertama sekali, gambar perkahwinan telah pun menggunakan jumlah wang yang banyak. Dalam pasaran pada masa kini, gambar perkahwinan yang murah juga memerlukan sebanyak RM3000 dan ia juga bergantung kepada lokasi gambar tersebut diambil. Dalam masyarakat Cina, pengantin lelaki akan mengadakan jamuan perkahwinan di hotel dan menjemput semua saudara mara untuk memeriahkan suasana. Pengantin lelaki yang berkemampuan juga akan mengadakan majlis buffet di rumah satu hari sebelum berkahwin. Manakala bagi pengantin perempuan yang berkemampuan juga akan berbuat demikian. Kalau pengantin perempuan tidak ingin berbuat demikian, dia juga boleh menggabungkan majlis jamuan di hotel bersama-sama dengan pengantin lelaki. Para hadirin akan memberi angpau kepada pengantin sebagai berkat apabila menghadiri jamuan dan nama akan ditulis di atas angpau. Angpau yang dibagi tidak ditentukan jumlahnya dan adalah bergantung kepada keputusan pada hadirin. Walaubagaimanapun, angpau pada masa kini adalah sekurang-kurangnya RM50 seorang dan jumlah yang lebih akan diberi sekiranya menghadiri jamuan dengan semua ahli keluaga.

ENG AI LIAN 212077 BEEA3123 GROUP A

Tang Sueh Ling 211970 said...

Prof,Saya berasa tidak kiralah apa kaum yang mengadakan majlis perkahwinan juga terpaksa membiayai kos yang tinggi. Hal ini kerana, kebanyakan perkahwinan sekali sepanjang hayat sahaja. Bagi orang Cina, kita perlu mematuhi pelbagai tradisi-tradisi yang diamalkan sejak lama. Kadangkala tradisi tersebut mesti menggunakkan wang untuk dilaksanakan. Contohnya, mengupah satu perempuan tua untuk mengurus semua urusan dan pantang-larang tentang perkahwinan. Saya berasa kosnya mungkin sebanyak 1ribu ke atas. Selain itu, majlis kenduri tentu tidak akan diabaikan. Biasanya kita akan mengadakan di hotel atau restauran. Kosnya sangat tinggi, biasanya RM600 ke atas satu meja. Satu meja 10 orang sahaja. Tambahan lagi, pihak lelaki mesti membayar mas perkahwinan sekurang-kurangnya RM8 ribu (blh berunding). Semua ini mesti berbincang dengan kedua-dua pihak keluarga.
Biasanya, semua tanggung ditanggung oleh pihak lelaki kerana lelaki adalah sebagai ketua keluarga. Dari segi pulangan pula, kami akan memberikan ang pau atau hadiah kepada pasangan baru tersebut. Kami akan memberikan ang pau berdasarkan tempat jamuan yang diadakan. Jika di tempat yang lebih mewah, kami akan bayar banyak sikit. Saya berpendapat kita tidak patut menetapkan kos kepada tetamu kerana membayar berapa adalah kebebasan mereka. Jika tentukan kos, mungkin kebanyakan orang akan tidak hadir majlis tersebut. Tetapi akhirnya, pasangan itu juga akan rugi juga,kerana perbelanjaan perkahwinan adalah terlalu tinggi. Oleh itu,pasangan baru mesti mengaggarkan kos perkahwinan dengan teliti.

Unknown said...

In my opinion, we can noticed that most of the couple getting married late, the preparation for wedding need to be planned 1 year before, especially those couple would follow Chinese tradition. Furthermore, most of the couples will choose have their own house after get married. Hence, before get marry they need to buy a new house, the price of new houses is really high especially those houses at urban area, most of the young couples are not afford to purchase. In my view, I think a couple at least need to prepare 20k for married due to the high living cost nowadays, those money include photo shooting, angpow for children and wedding dinner. All these reason has made couples to get marry late.

low siew hoay 211578

Unknown said...

Saya bersetuju bahawa kos untuk menyediakan satu majlis perkahwinan adalah terlalu mahal pada masa kini. Masyarakat sekarang terlalu mementingkan muka sendiri terutamanya bangsa cina. Sesetengah orang mengadakan satu majlis perkahwinan secara besar-besaran tanpa mengambil kira berapa mahal kos yang terlibat. Mereka berbuat demikian hanya untuk menunjukkan bahawa suami sendiri adalah begitu kaya. Saya berasa sangat kecewa terhadap tindakan sedemikian. Kita sepatutnya berfikir secara rasional sebelum mengadakan satu majlis perkahwinan.

Lim Jing Ping 211511