Total Pageviews

Thursday, February 2, 2012

Pengetahuan, kemahiran berfikir dan membuat keputusan yang tepat

Kebelakangan ini di antara ‘Channel’ Astro yang popular ialah ‘Channel’ 393 yang menyiarkan drama-drama Korea. Saya pada permulaannya tidak berminat dengan drama bersiri ini kerana ianya mengambil masa yang lama mengetahui kesudahan ceritanya. Rancangan kesukaan saya ialah ‘Globe Trekker’ dari Channel 707 kerana ianya menunjukkan budaya dan tempat-tempat menarik di dunia ini. Walau bagaimanapun saya tertarik dengan jalan cerita satu drama Korea bersiri yang bertajuk DEEP ROOTED TREE yang disiarkan setiap malam Isnin dan Selasa. Ianya mengisahkan seorang Raja di Korea yang bijak dan berfikiran ke hadapan berusaha mengujudkan satu sistem huruf yang lebih mudah untuk dipelajari oleh rakyatnya dan menjadikan mereka celik huruf. Walau bagaimanapun kumpulan bangsawan yang bergerak secara rahsia dan di antara ahlinya ialah Menteri beliau sendiri berusaha menentang usaha murni ini. Kumpulan bangsawan berpandangan jika rakyat mempunyai kemampuan membaca, mereka (rakyat) akan lebih berpengetahuan dan dapat mempertikaikan keputusan Raja dan kumpulan Bangsawan yang bertentangan dengan kepentingan rakyat. Ini akan menjejaskan kuasa Raja dan Bangsawan. Raja yang berpandangan jauh ini pula berpendapat rakyat yang boleh membaca boleh mengetahui lebih banyak maklumat, berfikiran dengan bijak dan waras dan menjaga kepentingan mereka dari diekploitasi oleh Raja dan kumpulan elit bangsawan. Raja lebih suka keadaan berubah dan mahukan pada masa akan datang Raja dan elit bangsawan lebih bertanggungjawab dalam mentadbir Negara. Rakyat boleh meningkatkan taraf hidup kerana mereka lebih berilmu bila majoriti rakyat dapat membaca dan mengetahui banyak maklumat berguna. Rakyat pula diberi kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka untuk cepat belajar membaca. Belakulah pertentangan di antara Raja dan pengikutnya yang jujur dengan elit Bangsawan yang diketuai oleh “akar”.

Apa yang diceritakan dalam drama itu menyentuh perasaan saya terhadap kepentingan ilmu, tanggung jawab pemerintah dan kawalan terhadap tingkahlaku pemerintah pada masa kini. Rakyat pada masa kini adalah rakyat yang bermaklumat dan tidak hanya bergantung kepada satu sumber maklumat untuk membuat perbandingan keputusan kerajaan dalam mentadbir Negara. Sekiranya rakyat sentiasa diberikan maklumat yang tidak benar dan tidak tepat, maka akan wujudlah kehilangan kepercayaan terhadap saluran maklumat sedemikan. Ada kemungkinan mereka tidak lagi menggunakan sumber maklumat tersebut. Begitu juga dalam memberi maklumat, biarlah maklumat tersebut ada unsur yang boleh dibuktikan kebenaran maklumat tersebut dan lengkap. Maksudnya jika maklumat menunjukkan kejayaan sesuatu program, perlu ditunjukkan maksud program yang berjaya. Contohnya jika program bercorak peningkatan pendapatan, apakah program tersebut, bagaimana ia dijalankan, hasil peningkatan pendapatan, apa yang mempengaruhi keadaan, penjimatan kos, bagaimana ia boleh berlaku dan sebagainya perlu ada. Kita tidak mahu maksud berjaya yang samar-samar dan tidak dapat dibuktikan dengan fakta.

6 comments:

tokwan muda said...

Assalamu'alaikum prof, mungkin prof sudah lupa akan saya, saya bekas pelajar ekonomi uum sekitar tahun 2007- 2010...sangat menarik blog prof, saya menjelajah blog terjumpa blog prof...semoga prof terus mencetuskan idealisme terutama tentang isu2 semasa saya juga akan sentiasa merujuk blog prof yang menjadi medan saya mempertingkatkan pengetahuan ilmu saya...sekian
muhammad yasser

Anonymous said...

Harap prof dpt komen bajet 2013 yg baru dibentangkan

Lim Rong Rong said...

212084
BEEA 3123 Group A

Pada pendapat saya,saya amat bersetuju bahawa ilmu adalah amat penting.penghantaran maklumat dari pihak pentadbiran kepada rakyat memerlukan ilmu di kedua-dua pihak.
rakyat yang tidak berilmu tidak dapat menerima apa yang hendak disampaikan oleh pihak pentadbiran.
sebagai contoh,sesetengah individu yang buta huruf tidak dapat membaca surat rasmi yang dikirim oleh pihak kerajaan.keadaan ini akan menyebabkan sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan dengan berkesan dan menyebabkan sesuatu isu ditundakan.
pihak pentadbir yang berilmu juga menjamin kesejahteraan negara agar tidak berlaku keselisihan fahaman dalam penyampaian maklumat.

Unknown said...

Yes, I am totally agree with sir. Actually, the powerful of knowledge is one of the reason which will help the country become more progress in the world. This is because the citizens rich of the general knowledge which will contribute their talented in the different scope such as in professional or unprofessional career. For example, they can communicate with the leader or outstanding entrepreneur very well with different country to learn skills of them and plug in to our system. This may let our citizens can enjoy the benefit and more efficiency in the management field.

TEE KE LI, 211798

Tang Sueh Ling 211970 said...

Pada pendapatan saya ilmu pengetahuan adalah sangat penting untuk meningkatkan imej perseorangan. Kadang-kadang saya sangat suka satu rancangan nama ‘century tales’ yang dipaparkan di astro AEC 301. Rancangan ini akan menceritakan bangsa cina dulu yang baru bertapak ini tanah melayu dan kerjayaan mereka demi kehidupan yang selesa.Selain itu, juga merekodkan bagaimanakah mereka menuntut pendidikan dan ilmu pengetahuan dalam zaman yang kucar-kacir ini. Ini telah menunjukkan tidak kiralah apa-apa bangsa yang bercita-cita tinggi,mereka akan berusahakan untuk mendapat ilmu yang lebih tinggi. Walaupun rancangan ini tidak begitu teliti, saya harap ada rancangan yang lebih teliti menyatakan kehidupan pada zaman itu. Satu lagi cerita, iaitu pada zaman pemerintah Raja Qin Shi Huang di China dulu. Baginda telah memerintah semua pengawai-pegawai memastikan semua buku dalam negara akan dibakarkan,tidak blh tinggal sebuah buku pada masa itu. Hal ini kerana untuk mengelakkan cendiakiawan untuk membuat revolusi untuk menolakan baginda. Ini telah membuktikan ilmu pengetahuan adalah sangat penting sehinggalah raja yang kejam ini hendak menghapuskan buku-buku dan harapkan rakyat tidak akan mempunyai ilmu yang sempurna dan tidak menyedari kekejaman beginda.

Tang Sueh Ling 211970 said...

Prof,
I cn introduce u watch a show named garden of treasure at astro AEC 301 every sunday 10pm~ It is about the natural agriculture in malaysia. they will find the herbal n discover the uses. This comment dont need post out. Jst want to inform prof only~
tq ya