Total Pageviews

Friday, October 3, 2008

Penggunaan Penyata Pendapatan: Kajian Kes - Prestasi Perniagaan ABC

Kajian Kes - Prestasi Perniagaan ABC

Selepas artikel lalu membincangkan bagaimana melapor dan menggunakan maklumat dalam Penyata Pendapatan (atau Penyata Untung Rugi), artikel kali ini membincangkan kajian kes satu Perniagaan yang berasaskan aktiviti Penangkapan ikan di Utara Semenanjung Malaysia. Perniagaan tersebut dipanggil Perniagaan ABC. Dari analisis Penyata Pendapatan, didapati Nisbah keuntungan kasar berbanding jualan Perniagaan ABC adalah 9.6% (Jadual 7.3). Ini bermakna bagi setiap RM1 jualan, Perniagaan ABC memperolehi 9.6 sen. Dari segi nisbah keuntungan bersih berbanding dengan jumlah aset pula, nisbahnya ialah 14.9 %. Ini bermakna bagi setiap RM1 aset milik persatuan yang digunakan, telah menghasilkan keuntungan bersih sebanyak 14.9 sen. Petunjuk nisbah ini menunjukkan ALP Perniagaan ABC dapat menghasilkan pulangan yang baik kepada aset milik persatuan.

Berdasarkan nisbah kecairan pula, didapati Perniagaan ABC tidak mempunyai masalah dalam membiayai hutang-hutang mereka. Persatuan mempunyai cukup wang tunai dan aset-aset lain untuk membayar hutang-hutang mereka sebelum hutang tersebut matang. Nisbah semasa ialah 3.1, bererti persatuan mempunyai aset semasa tiga kali lebih banyak berbanding dengan liabiliti (tanggungan) semasa. Maklumat dari nisbah kecairan 3.1 pula menunjukkan persatuan tidak menghadapi masalah kecairan, kerana diketahui sekiranya entiti perniagaan mempunyai nisbah kecairan lebih dari satu, bererti entiti perniagaan tidak menghadapi masalah kecairan.

Jadual 7.3: Analisis Nisbah Perniagaan ABC pada 31 hb. Disember 2007
Jenis Analisis Nisbah
keuntungan kasar 9.6%
keuntungan bersih 4.1%
keuntungan berbanding dengan jumlah aset 14.9%
Semasa 3.1 kali
kecairan 3.1 kali
Pulangan aset tetap 14.7 kali
Pulangan aset 3.7 kali
Jum. Hutang/jum. Aset 0.36

Jika dilihat kepada prestasi Perniagaan ABC dari segi kecekapan mengguna sumbernya menghasilkan jualan, didapati nisbah pulangan aset tetap Perniagaan ABC ialah 14.7 kali. Ini bermakna Perniagaan ABC adalah juga cekap dalam menggunakan sumbernya untuk menghasilkan jualan.

Di antara projek-projek ekonomi yang utama dijalankan oleh Perniagaan ABC pada tahun 2007 (berdasarkan Laporan Tahunan 2008) ialah perniagaan minyak diesel, pengangkutan, pemasaran ikan, lori tangki, perniagaan air batu, dan simpanan kereta (tempat letak kereta) bagi pengunjung ke Langkawi:

a) Projek Perniagaan Minyak Diesel
Perniagaan ABC menjalankan projek perniagaan jualan minyak diesel bersubsidi di lima buah pusat jualan, iaitu di Kompleks Perikanan ABC. Jualan minyak diesel di ABC telah meningkat dari RM10.18 juta pada tahun 2002 kepada RM23.52 juta pada tahun 2008. Begitu juga dari segi keuntungan bersih, berlaku peningkatan ketara dari RM0.411 juta kepada RM0.842 juta pada tempoh yang sama (Jadual 7.4). Berbanding dengan jualan keseluruhan, aktiviti Perniagaan ABC bernilai RM28.81 juta, aktiviti perniagaan jualan minyak diesel bersubsidi menghasilkan 81.6 % dari hasil jualan Perniagaan ABC. Perangkaan ini menunjukkan pergantungan yang besar terhadap aktiviti jualan minyak diesel sebagai sumber pendapatan Perniagaan ABC.

Jadual 7.4: Penyata Untung Rugi dari Aktiviti Jualan Minyak Diesel Perniagaan ABC
Perkara/Tahun (dalam RM)

2006 2007

Jualan 10,177,304 23,515,575
(-) Kos Barangan dijual 9,281,728 21,257,609
Untung kasar 895,576 2,257,966
(+) Lain-lain pendapatan 525 36
(-) Perbelanjaan 484,738 1,416,367
Keuntungan / Kerugian 411,367 841,635

Sumber: Penyata Mesyuarat Agung Tahunan 2008, Perniagaan ABC

Untuk meningkatkan kecekapan dari perniagaan jualan minyak diesel, Perniagaan ABC telah meningkatkan kemudahan tangki dan membekalkan kemudahan pam kelajuan tinggi. Dengan penggunaan peralatan baru tersebut, dijangkakan kesesakan di tempat jualan dapat dielakkan dan volum urusniaga dapat ditingkatkan dari masa ke semasa kerana penjualan menjadi lebih pantas.

b) Projek Pengangkutan
Projek Pengangkutan melibatkan pembelian dua buah lori kecil yang digunakan untuk mengangkut air batu, ikan dan lain-lain peralatan yang menggunakan lori. Pada tahun 2008, Akaun Projek Pengangkutan telah disatukan di dalam Akaun Projek Pemasaran.

c) Projek Pemasaran Ikan
Urusniaga Pemasaran Ikan melibatkan aktiviti penjualan secara terus dan borong dengan mendapatkan bekalan daripada 88 buah bot ahli-ahli PN. Aktiviti pemasaran dibuat secara lelongan terbuka. Aktiviti jualan Pemasaran Ikan menghasilkan jualan sebanyak RM4.73 juta pada tahun 2008, berbanding dengan jualan sebanyak RM4.24 juta pada tahun 2002. Berbanding dengan jualan keseluruhan aktiviti Perniagaan ABC bernilai RM28.81 juta, bererti aktiviti pemasaran ikan menghasilkan 16.4 % dari hasil jualan Perniagaan ABC. Setelah ditolak kos jualan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain, keuntungan bersih dari aktiviti projek Pemasaran Ikan cuma RM23,631 setahun, atau RM1,969 sebulan (Jadual 7.5).

Jadual 7.5: Penyata Untung Rugi dari Aktiviti Projek Pemasaran Ikan di Perniagaan ABC
Perkara/Tahun (dalam RM)


2006 2007

Jualan 4,243,691 4,732,135
(-) Kos Barangan dijual 3,950,441 4,372,228
Untung kasar 293,250 359,907
(+) Lain-lain pendapatan 1,355 11,502
(-) Perbelanjaan 321,674 347,777
Keuntungan / Kerugian (27,070) 23,631
Sumber: Penyata Mesyuarat Agung Tahunan 2008, Perniagaan ABC

Untuk meningkatkan lagi aktiviti pemasaran ikan, Perniagaan ABC telah membina jeti-jeti pendaratan khusus untuk bot-bot nelayan tradisi (bot pukat hanyut dan tradisi) di luar kawasan jeti pendaratan kompleks ABC. Ini kerana saiz bot nelayan tradisi yang bersaiz kecil akan rosak sekiranya terpasa bersesakan dengan bot-bot pukat tunda dan pukat jerut di jeti pendaratan kompleks ABC. Begitu juga Perniagaan ABC telah membeli dua buah bangunan di Kuala Kedah berharga RM260,000 sebuah yang dicadangkan sebagai tempat untuk jualan terus hasil-hasil nelayan. Ini mungkin menjadi asas kepada membantu nelayan-nelayan terutama ahli-ahlinya menjual terus menerusi konsep Pasar Nelayan yang di cadangkan oleh pihak Kerajaan. Di negara maju seperti Jepun, pihak PN di beri hak untuk menjaga dan menyelia tempat jeti pendaratan ikan di mana nelayan dapat memasarkan terus hasil perikanan kepada orang ramai. Di samping itu ahli-ahli persatuan dapat menggunakan kemudahan bilik sejuk dan air batu untuk menempatkan ikan-ikan yang tidak habis di jual oleh nelayan. Perancangan juga telah dibuat untuk Perniagaan ABC membekalkan peralatan penangkapan ikan kepada ahli-ahli persatuan supaya nelayan mempunyai alat penangkapan ikan yang lebih baik.

d) Perniagaan Air Batu

Urusniaga projek air batu Perniagaan ABC dikhususkan kepada pembekalan ais kepada pemborong ikan di kompleks dan keperluan projek pemasaran ikan oleh ABC sendiri. Dari segi jualan, kilang air batu Perniagaan ABC telah menghasilkan jualan sebanyak RM64,002 pada tahun 2003, atau 0.2 peratus sahaja dari keseluruhan hasil jualan Perniagaan ABC. Setelah ditolak kos jualan dan perbelanjaan-perbelanjaan lain, keuntungan bersih dari aktiviti projek perniagaan airbatu ialah RM4,120 (Jadual 7.6). Suatu yang menarik dilihat ialah pada tahun 2006, jualan air batu ialah RM72,693, tetapi keuntungan bersih cuma RM784. Sebaliknya pada tahun 2007, jualan air batu ialah RM64,002. Ini kerana perbelanjaan jualan air batu pada tahun 2006 ialah RM21,044, sedangkan pada tahun 2007 perbelanjaan cuma RM10,946.

Jadual 7.6: Penyata Untung rugi dari projek air batu di Perniagaan ABC
Perkara/Tahun (dalam RM)


2006 2007

Jualan 72,694 64,003
(-) Kos Barangan dijual 52,434 49,647
Untung kasar 20,260 14,355
(+) Lain-lain pendapatan - 712
(-) Perbelanjaan 21,045 10,946
Keuntungan / Kerugian 785 4,120
Sumber: Penyata Mesyuarat Agung Tahunan 2008, Perniagaan ABC


Projek Sosial Perniagaan ABC

Selain dari projek-projek ekonomi, Perniagaan ABC juga menjalankan projek-projek sosial seperti tabung pelajaran, tabung kebajikan, insurans, bantuan bencana alam dan tabung khairat kematian. Pada tahun 2007, Perniagaan ABC memberi peruntukan tabung pelajaran RM11,055, sumbangan dan derma sebanyak RM13,886, tabung khairat kematian RM27,000, kursus dan latihan RM9,329, dan bayaran zakat RM35,750.

19 comments:

Anonymous said...

salam Dr jamal...
105449

pada pendapat saya penggunaan penyata pendapatan penting bagi menunjukkan prestasi peniagaan dan untuk mengetahui untung rugi sesuatu perniagaan tersebut dan kita dapat meningkatkan prestasi jualan jika perniagaan kita mengalami rugi ataupun untung..hal ini dapat neningkatkan keuntungan sesebuah perniagaan.seperti kajian kes yang yang dr nyatakan dapat kita ketahui untung rugi dalam setiap perniagaan yang kita jalankan.Dalam penyata pendapatan semua maklumat perlu dicatatkan untuk menentukan berapa jumlah yang kita gunakan.Oleh itu penyata pendapatan penting dalam meningkatkan prestasi perniagaan.

Anonymous said...

salam dr, ( 106096 )

pada pandandan saya dr, penggunaan penyata pendapatan sangat penting dalam sesebuah syarikat. hal ini kerana penyata pendapatan akan memaparkan prestasi perniagaan dan melalui penyata pendapatan juga, kita akan dapat menilai sama ada perniagaan yang dilakukan sebenarnya membawa pulangan atau pun tidak.aeperti dalam kajian kes perniagaan ABC, kita dapat ketahui untung rugi dalam perniagaan yang dijalankan.oleh itu, benarlah bahawa penyata pendapatan sangat penting dalam mengukur sejauh mana prestasi kemajuan yang dicapai oleh sesebuah syarikat.

Anonymous said...

salam dr...(105829)
Pada pendapat saya,berdasarkan kajian kes bagi prestasi perniagaan ABC, perniagaan ini cekap dalam menggunakan sumbernya untuk menghasilkan jualan. Ini jelas dapat dilihat melalui keuntungan kasar dan keuntungan bersih yang diperolehi oleh perniagaan ABC. Bagi keuntungan kasar, perniagaan ABC memperolehi 9.6% manakala bagi keuntungan bersih perniagaan ini memperolehi 4.1%. Bagi setiap projek yang dijalankan oleh perniagaan ABC, ia menunjukkan keuntungan yang diperolehi adalah tinggi.

Anonymous said...

akum...penggunaan penyata pendapatan adalah penting bg setiap firma yang ada..penyata pendapatan dapat memaparkan prestasi sesebuah firma..seperti syarikat ABC, syarikat ini dapat melihat prestasi syarikat dengan menganalisis keuntungan mereka...105503

Anonymous said...

Melalui analisis kewangan yang dilakukan ke atas Perniagaan ABC,dapat di lihat prestasi sebenar perniagaan tersebut. Dengan itu, para palabur mahupun pesaing dapat menilai sejauh mana prestasi perniagaan ini dapat membuat keuntungan.
Berdasarkan article di atas dapat dilihat Perniagaan ABC dapat menjana keuntungan di setiap projek yang mereka jalankan. Ini boleh disimpulkan yang perniagaan ini mempunyai perancangan yang amat sempurna dan pihak oengurusan yang cekap.
-101007-

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM WBT

izinkan saya berkongsi apakah itu penyata pendapatan di sini..

WHAT IS INCOME STATEMENT?

The income statement reports the revenues and expenses for a period of time, based on the matching concept. This concept is applied by matching the expenses with the revenue generated during a period by those expenses.

The income statement also reports the excess of the revenue over the expenses incurred. This excess of the revenue over the expenses called net income or net profit. If the expenses exceed the revenue, the excess is a net loss.

(sumber: dipetik dari buku ACCOUTING, A MALAYSIAN PERSPECTIVE 3rd EDITION)


AMIR SYAFFIQ HAMZAH
105744
SAINS PENGURUSAN PERNIAGAANTANI

Anonymous said...

salam dr,
Berdasarkan kajian, keuntungan perniagaan ABC ini dapat ditigkatkan kerana ia merupakan sebuah perniagaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dengan modal yang dikeluarkan serta keutungan yang pelbagai yang diperolehi dari pernigaan yang dijalankan. Punca pendapatan yang pelbagai dari perniagaan ini dapat memastikan perniagaan berjalan lancar dan kekurangan dalam kewangan dapat ditampung dengan projek-projek lain yang dijalankan seperti pemasaran ikan dan sebagainya. Selain itu,syarikat ABC ini juga boleh menjalankan perniagaan restoran atau gerai makanan yang segar dari laut terus ke gerai seperti perniagaan ikan bakar yang memperoleh bahan ikan terus dari laut dan ini menjamin keaslian rasa ikan sebenar dan perniagaan ini kebiasaanya dijalankan di kawasan berhampiran jeti pendaratan ikan. Dengan ini perniagaan ABC akan terus beroperasi dengan lebih efisien...103721

Anonymous said...

103675
Pada pendapat saya,kedudukan kewangan bagi sesuatu perniagaan adalah penting untuk melihat samada perniagaan itu berada dalam keadaan yang kukuh atau sebaliknya. Analisis secara keseluruhan dan perbandingan pula perlu dilakukan untuk mengukur prestasi perniagaan. Analisis yang digunakan adalah melalui penyata pendapatan, kunci kira-kira, penyata aliran tunai dan sebagainya. Analisis perbandingan dapat membantu kita untuk mengenal pasti kelemahan sistem kewangan dalam perniagaan. Analisis arah aliran pula memerlukan data beberapa tahun untuk melihat samada perniagaan itu berkembang atau sebaliknya. Analisis ini dibuat melalui penyata aliran tunai. Oleh itu, analisis-analisis ini perlu bagi sesuatu perniagaan terutamanya untuk analisis kewangan kerana kewangan yang kukuh turut mempengaruhi prestasi perniagaan,

Anonymous said...

103675
Antara analisis seluruh ladang boleh dibuat ialah analisis kewangan, keberuntungan, saiz ladang, kecekapan dan bidang kuasa tetapi tidak semua perniagaan mampu untuk melakukan analisis ini terutamanya bagi perniagaan yang dilakukan secara kecil-kecilan. Penyata pendapatan atau penyata untung rugi adalah penting bagi sesuatu perniagaan. Namun begitu masalah yang mungkin dihadapi oleh sesuatu perniagaan ialah mereka kekurangan maklumat atau maklumat yang diperoleh tidak mencukupi untuk membuat analisis. Keadaan ini boleh menyumbang kepada ketidakcekapan dalam proses menganalisis seperti yang Dr katakan.

Anonymous said...

103675
Saya berpendapat bahawa penggunaan penyata kewangan iaitu penyata aliran tunai merupakan penyata yang penting. Ini kerana ia dapat menunjukkan aliran tunai yang masuk atau keluar bagi sebarang transaksi yang diurus secara tunai. Tiga elemen penting yang dinayatakan adalah sebagai garis panduan untuk membuat penyata ini dimana ia mengambilkira aliran tunai daripada aktiviti kendalian, pelaburan dan pembiayaan. Jumlah aliran masuk yang melebihi aliran keluar membolehkan pembayaran hutang dapat diselesaikan. Selain itu, aliran tunai ini dapat menggambarkan dengan lebih jelas lagi urusan urusniaga yang berlaku dalam sesuatu masa.

Anonymous said...

Perniagaan ABC mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana kecekapan pengurusan sumbernya untuk menghasilkan keuntungan. Selain itu rekod kewangan (penyata kewangan dan penyata untung rugi) mereka juga teratur dan agak lengkap.Analisis dapat dijalankan untuk menambah baik aktiviti perniagan dan menambahkan keuntungan. Setiap aktiviti dipantau dan direkodkan dan diketahui aktiviti perniagaan minyak diesel adalah pergantungan besar kepada Perniagaan ABC kerana ia memberi pulangan yang paling banyak.Ini tidak menghairankan kerana perniagaan ini membekalkan minyak diesel bersubsidi kepada 88 buah bot ahli koperasinya. disebabkan itu mereka membuat pelaburan besar di bahagian ini dengan menambahkanpenggunaaan teknologi yang lebih moden dan infrastruktur yang lebih lengkap untuk kemudahan ahlinya.

Anonymous said...

100849

Perniagaan ABC mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana kecekapan pengurusan sumbernya untuk menghasilkan keuntungan.

Selain itu rekod kewangan (penyata kewangan dan penyata untung rugi) mereka juga teratur dan agak lengkap.Analisis dapat dijalankan untuk menambah baik aktiviti perniagan dan menambahkan keuntungan.

Setiap aktiviti dipantau dan direkodkan dan diketahui aktiviti perniagaan minyak diesel adalah pergantungan besar kepada Perniagaan ABC kerana ia memberi pulangan yang paling banyak.Ini tidak menghairankan kerana perniagaan ini membekalkan minyak diesel bersubsidi kepada 88 buah bot ahli koperasinya.

Disebabkan itu mereka membuat pelaburan besar di bahagian ini dengan menambahkanpenggunaaan teknologi yang lebih moden dan infrastruktur yang lebih lengkap untuk kemudahan ahlinya.

Anonymous said...

102110

assalamualaikum dr,

bagi saya penggunaan penyata pendapatan adalah penting, ini kerana ia dapat menunjukkan prestasi peniagaan dan bagi mengetahui untung atau rugi sesuatu perniagaan. selain itu,pemilik perniagaan juga dapat mengenal pasti kelemahan-kelemahan yang ada pada perniagaan mereka dan seterusnya mengambil langkah-langkah tertentu bagi mengatasi masalah yang ada pada perniagaan tersebut. dengan cara ini, pemilik perniagaan dapat meningkatkan prestasi perniagaan malah juga prestasi penjualan perniagaan.
selain itu, bagi saya penyata pendapatan juga akan memaparkan prestasi sesuatu perniagaan dan melalui penyata pendapatan juga, kita akan dapat menilai sama ada perniagaan yang dilakukan sebenarnya membawa pulangan atau pun tidak.
bagi saya juga, jika saya sebagai pelabur. saya akan memilih syarikat yang meyakinkan saya untuk melaburkan duit saya untuk jaminan pelaburan yang saya buat. maka dengan melihat penyata serta prestasi syarikat itu, saya dapat memilih syarikat mana yang saya perlu laburkan.

Anonymous said...

jika dilihat secara terperinci tentang perniagaan ABC.., perniagaan ini melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi dalam menjana pendapatan kepada perniagaan tersebut. pengintergrasian aktiviti ekonomi ini telah menyebabkan perniagaan ABC terus kukuh khususnya dalam aset kewanganya dimana Perniagaan ABC tidak mempunyai masalah dalam membiayai hutang-hutang mereka. Persatuan mempunyai cukup wang tunai dan aset-aset lain untuk membayar hutang-hutang mereka sebelum hutang tersebut matang. Nisbah semasa ialah 3.1, bererti persatuan mempunyai aset semasa tiga kali lebih banyak berbanding dengan liabiliti (tanggungan) semasa. Maklumat dari nisbah kecairan 3.1 pula menunjukkan persatuan tidak menghadapi masalah kecairan, kerana diketahui sekiranya entiti perniagaan mempunyai nisbah kecairan lebih dari satu, bererti entiti perniagaan tidak menghadapi masalah kecairan. Penglibatan Perniagaan Abc dalam aktiviti Projek Sosial antaranya menjalankan projek-projek sosial seperti tabung pelajaran, tabung kebajikan, insurans, bantuan bencana alam dan tabung khairat kematian mampu terus memperkenal kepda masyarakat.

Anonymous said...

salam...
1o4o81

jika dilihat secara terperinci tentang perniagaan ABC.., perniagaan ini melibatkan pelbagai aktiviti ekonomi dalam menjana pendapatan kepada perniagaan tersebut. pengintergrasian aktiviti ekonomi ini telah menyebabkan perniagaan ABC terus kukuh khususnya dalam aset kewanganya dimana Perniagaan ABC tidak mempunyai masalah dalam membiayai hutang-hutang mereka. Persatuan mempunyai cukup wang tunai dan aset-aset lain untuk membayar hutang-hutang mereka sebelum hutang tersebut matang. Nisbah semasa ialah 3.1, bererti persatuan mempunyai aset semasa tiga kali lebih banyak berbanding dengan liabiliti (tanggungan) semasa. Maklumat dari nisbah kecairan 3.1 pula menunjukkan persatuan tidak menghadapi masalah kecairan, kerana diketahui sekiranya entiti perniagaan mempunyai nisbah kecairan lebih dari satu, bererti entiti perniagaan tidak menghadapi masalah kecairan. Penglibatan Perniagaan Abc dalam aktiviti Projek Sosial antaranya menjalankan projek-projek sosial seperti tabung pelajaran, tabung kebajikan, insurans, bantuan bencana alam dan tabung khairat kematian mampu terus memperkenal kepda masyarakat.

Anonymous said...

salam dr...
103118

penggunaan penyata pendapatan sangat penting kepada sesebuah syarikat. hal ini kerana penyata pendapatan akan memperlihatkan prestasi perniagaan dan melalui penyata pendapatan juga, kita akan dapat menilai sama ada perniagaan yang dijalankan itu mendatangkan pulangan ataupun tidak. seperti dalam kajian kes perniagaan ABC, kita dapat mengetahui untung rugi yang diperolehi hasil daripada perniagaan yang telah dijalankan itu. oleh itu, benarlah bahawa penyata pendapatan sangat penting dalam mengukur sejauh mana prestasi kemajuan yang dicapai oleh sesebuah syarikat.

Anonymous said...

104290
salam...dr,daripada artikel yang telah dinyatakan.maka jelaslah bahawa penyata pendapatan merupakan aspek yang penting dalam pernagaan ABC dalam memastikan segala urusan yang berkaitan kewangan dan perancangan syarikat berjalan dengan lancar.
104290

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr..

Penggunaan penyata pendapatan amat penting bagi menunjukkan prestasi peniagaan dan untuk mengetahui untung rugi sesebuah perniagaan. Kedudukan kewangan bagi sesuatu perniagaan penting untuk melihat sama ada perniagaan itu berada dalam keadaan yang kukuh atau sebaliknya. Perniagaan ABC mempunyai kedudukan kewangan yang baik kerana kecekapan pengurusan sumbernya. Bagi saya, penyata aliran tunai merupakan sesuatu yang paling utama di samping analisis secara keseluruhan dan perbandingan . Tiga elemen penting yang dinyatakan sebagai garis panduan untuk membuat penyata aliran tunai ialah mengambil kira aliran tunai daripada aktiviti kendalian, pelaburan dan pembiayaan. Maka, analisis yang berterusan penting bagi memastikan kejayaan syarikat yang berterusan.


102534 :-)

Anonymous said...

Salam Dr..

Melalui artikel Dr. mengenai pernaiagaan ABC, saya disini dapat memberikan pendapat bahawa perniagaan ABC menjalankan strategi perniagaan yang terancang dimana sisyem pentadbiran yang dijalankan teratur. Ini dapat diketahui apabila perniagaan ini tidak mempunyai masalah dari segi sumber kewangan kerana terdapat pelbagai projek yang dijalankan dan dapat menjana keuntungan kepada perniagaan.

Prestasi perniagaan ABC sentiasa meningkat kerana perancangan yang teratur, penggunaan sumber mentah yang baik, penyelarasan projek-projek perniagaan yang cekap dan sebagainya.Ini harus diambil sebagai rujukan dalam menjalankan perniagaan yang berjaya.

Wsslm.. 101371