Total Pageviews

Tuesday, August 4, 2009

Kesan Kemiskinan kepada Individu dan Masyarakat

Sebenarnya kemiskinan boleh disebabkan oleh faktor kebudayaan, personaliti, demografi dan kekurangan teknologi moden. Budaya tidak mahu bekerja kuat dan mencari peluang yang ada di sekeliling kita boleh mempengaruhi peluang mencari rezeki dan mengurangkan masalah kemiskinan. Begitu juga kesan demografi, sebagai contoh jika sekumpulan penduduk tinggal di kawasan terpinggir dari arus pembangunan dan tidak mempunyai tanah yang subur untuk bertani tentulah sukar untuk mendapatkan pekerjaan untuk memperolehi pendapatan berbanding dengan penduduk yang tinggal di kawasan yang maju dengan arus pembangunan dan mempunyai kawasan tanah yang subur. Ada juga sebahagian ahli ekonomi yang mengatakan hukum warisan di dalam pemilikan tanah juga boleh menyebabkan tanah masyarakat petani menjadi tidak ekonomik, kerana saiznya menjadi semakin kecil dari satu generasi ke generasi yang lain.

Di antara kesan kemiskinan yang ketara ialah wujudnya satu golongan masyarakat yang tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi, kekurangan kuasa sosial, kekurangan pendidikan dan ketidakupayaan memiliki faktor-faktor pengeluaran.

Kemiskinan Dari Perspektif Islam
Dalam Islam, hubungan yang berbentuk menegak di antara manusia dengan Penciptanya akan menentukan pula hubungan mendatar di antara manusia dengan manusia di muka bumi ini. Dengan cara inilah juga kejayaan (falah), iaitu kesejahteraan dan kemewahan di mukabumi dan di Akhirat akan kita nikmati.

Sistem Ekonomi Islam membahagikan golongan miskin kepada dua golongan iaitu fakir dan miskin. Golongan tersebut adalah 2 daripada 8 asnaf yang layak menerima hasil zakat. Mengikut Imam Shafie fakir ialah orang yang tidak mempunyai harta dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap; atau ia mempunyai sedikit harta dan juga mempunyai pekerjaan tetai pendapatannya hanya cukup untuk memenuhi separuh daripada keperluan asasnya. Jelaslah bahawa istilah golongan termiskin yang digunakan oleh Kerajaan sekarang iaitu mereka yang mempunyai pendapatan tidak lebih dari 50% dari Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sejajar dengan istilah fakir yang digunakan oleh Imam Shafie.

Kedua-dua kumpulan asnaf yang berhak menerima hasil zakat, iaitu fakir dan miskin mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. mereka yang tidak mempunyai sebarang harta atau sebarang sumber pendapatan;
2. mereka yang mempunyai harta atau sumber pendapatan tetapi tidak mencapai tahap memerlukan mereka membayar zakat;
3. mereka mempunyai pendapatan yang hanya cukup untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan-keperluan asas kehidupan;
4. mereka yang menghadapi kesusahan secara sementara atau secara berterusan dan tidak mempunyai sebarang keupayaan untuk menyara hidup yang secukupnya;
5. mereka yang tidak dapat bekerja disebabkan oleh kecacatan anggota atau akal atau sebab-sebab lain yang menyebabkan mereka tidak boleh bekerja.

Kesan Kemiskinan
Manusia di dalam keadaan kemiskinan tidak akan mampu melaksanakan tuntutan “amal ma’ruf” dan mengelakkan “nahi munkar’ sama ada untuk dirinya atau bagi kepentingan masyarakat. Islam dalam hal ini memberi perhatian yang berat terhadap kemiskinan yang menimpa umatnya. Di antara bahaya kemiskinan yang dapat dinyatakan ialah:

1. Akidah. Kemiskinan mungkin menimbulkan bahaya besar terhadap akidah terutama di dalam situasi dimana orang-orang miskin berada dalam keadaan tidak menentu sumber pendapatannya sedangkan orang-orang kaya pula tidak bersedia menghulurkan bantuan. Terdapat doa Rasulullah s.a.w yang memohon perlindungan dari Allah dengan ungkapan yang bermaksud:

“Ya Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari kekufuran dan kemelaratan”.

2. Etika dan Moral. Di dalam situasi seseorang yang miskin berada ditengah-tengah orang kaya boleh mengujudkan perasaan kecewa dan putus asa. Keadaan ini boleh mendorong mereka berhutang, berbohong, mencuri dan sebagainya.

3. Pemikiran. Seseorangan yang berada dalam kemiskinan mudah terganggu pemikirannya dan tidak terteram emosinya.

4. Rumahtangga. Di dalam membina rumahtangga yang aman damai, tanggungjawab dari segi nafkah zahir dan (ekonomi) dan kerohanian amat diperlukan.

5. Masyarakat. Situasi kemiskinan juga mampu menggugat ketenteraman masyarakat serta kemajuan umat. Kecenderungan untuk berlakunya jenayah dan kekejaman akan meningkat sekiranya masalah kemiskinan tidak diatasi. Masyarakat yang ramai dikalangan mereka terdiri dari golongan miskin tidak akan dihormati.

14 comments:

801675 said...

Dr, ekonomi di malaysia sekarang adalah stabil.Tahap kemiskinan juga tidak tinggi tetapi masalah seperti samun, rompak,pecah rumah amat berleluasa. Mungkinkah faktor seperti peningkatan taraf hidup atau pun kebanjiran warga asing yang menyebabkan masalah-masalah itu wujud. Disebabkan ekonomi kita stabil warga asing ramai datang ke M'sia untuk mencari rezeki sehinggakan ramai pula orang tempatan tiada pekerjaan dan disebabkan itulah meningkatnya kadar jenayah.

SHAZRIA (801026) said...

Dr, baru-baru ini saya ke Jakarta. Saya dapati di sana wujud dua dunia yang berbeza iaitu golongan yang mewah dan yang miskin. Kepadatan penduduk Jakarta seramai 20 juta orang memeritkan lagi kehidupan mereka yang miskin. Jarak perbezaan antara yang kaya dan miskin amat ketara. Lihat saja anak-anak kecil yang cumpang camping meminta sedekah dari mobil ke mobil sambil mendukung adik mereka yang masih menyusu. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan tidur samada dalam kotak atau berbumbungkan langit dikaki-kaki lima. Alhamdulillah di Malaysia, perkara seperti ini tidak berlaku. System pungutan zakat dan baitulmal kita lebih teratur dan terancang untuk membantu golongan ini. Dimanakah silapnya sekiranya ada lagi yang masih tingal dipondok-pondok usang, terbiar dan tidak dibantu. .

Shahhiran Uthman said...

Salam! Dr,
Kesan demografi memaksa ramai penduduk luar bandar cenderung berhijrah ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan peluang kerja. Dengan keadaan tekanan ekonomi yang tidak meransang sekarang memburukan keadaan, pasti ramai di antara mereka gagal mencapai semua itu, mereka menjadi golongan miskin di bandar. Usaha untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan di kawasan bandar patut dilakukan serentak dengan usaha membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar. Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan dan langkah-langkah kerajaan yang dilakukan masih tidak mampu menangani masalah ini. Merujuk kepada kesan demografi, kekurangan sumber dan pendapatan di kawasan luar bandar, bagaimana mampu kerajaan menangani penghijrahan penduduk miskin ke kawasan bandar.

Shahhiran Uthman said...

801025 said...
Salam! Dr,
Kesan demografi memaksa ramai penduduk luar bandar cenderung berhijrah ke bandar untuk mencari kehidupan yang lebih baik dan peluang kerja. Dengan keadaan tekanan ekonomi yang tidak meransang sekarang memburukan keadaan, pasti ramai di antara mereka gagal mencapai semua itu, mereka menjadi golongan miskin di bandar. Usaha untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan di kawasan bandar patut dilakukan serentak dengan usaha membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar. Bagaimana masalah ini dapat diselesaikan dan langkah-langkah kerajaan yang dilakukan masih tidak mampu menangani masalah ini. Kekurangan sumber dan pendapatan kesan dari demografi ini, bagaimana mampu kerajaan menangani penghijrahan penduduk miskin ke kawasan Bandar dan membantu mereka meningkatkan pendapatan.

801043 (UUM MBA student-MMC, KL) said...

Selepas 52 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan, kita dapat lihat masih adanya kemiskinan tegar dikalangan rakyat Malaysia terutamanya dikalangan masyarakat Bumiputera di kawasan luar bandar. Pengalaman saya sendiri semasa menjalankan aktiviti Bakti Siswa di sekolah menengah dan rendah di kawasan Kota Belud, Sabah. Amat menyedihkan kerana masih ada infrastruktur sekolah yang sgt usang. Ini secara tidak langsung boleh mengganggu proses pembelajaran pelajar-pelajar yang rata-ratanya adalah pelajar Bumiputera. Jadi, persoalannya mengapakah kemiskinan ini terlalu sinonim dengan masyarakat Bumiputera luar bandar. Adakah dasar ekonomi baru (DEB) yang telah sekian lama dijalankan oleh kerajaan telah gagal? Atau adakah kerajaan tidak memberikan bantuan yang sewajarnya? Hakikatnya jika kita lihat kaum bukan bumiputera lain terutamanya kaum cina, mereka sangat berjaya dan rata-ratanya menguasai ekonomi Malaysia. Kerajaan telah menyediakan banyak peluang kepada kaum bumiputera dlm usaha kerajaan untuk memastikan jumlah sekurang-kurangnya sebanyak 30% pengusaan ekonomi negara Malaysia adalah dimiliki oleh Bumiputera. Jadi mengapa ia masih gagal dicapai? Hakikatnya, kaum Bumiputera khasnya mestilah mengubah mentaliti dari mengharapkan bantuan orang lain semata-mata. Jika kaum Bumiputera bijak mencari peluang dan berdiri atas kaki sendiri serta menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang ada, tidak mustahil kemiskinan dikalangan kaum bumiputera dpt dikurangkan serta mampu berdiri sama tinggi dan rendah dengan bangsa-bangsa berjaya yang lain.

Anonymous said...

Mohd Hashim (801012)said...
Assalamualaikum Dr Jamal, pada pendapat saya, di Malaysia kini perbezaan harta antara yang miskin dengan yang kaya amat ketara. Yang kaya terlalu kaya sehingga mampu membeli rumah herga berjuta ringgit atau kereta mewah beratus ribu ringgit.Yang miskin pula terlalu miskin sehingga ade yang duduk dalam rumah macam reban ayam. Orang-orang kaya di malaysia yang beragama Islam seharusnya berbalik kepada agama Islam yang adil dengan membantu orang miskin seperti meyediakan peluang pekerjaan kepada orang miskin dan bersedekah kepada Baitulmal yang akan menyalurkan hasil kutipan kepada orang miskin yang memerlukan bantuan. Kita semua harus kembali ke ajaran Islam agar rezeki yang kita perolehi diberkati Allah. Sekian.

DromziMBA_Rezzen said...

Kemiskinan bangsa Melayu berpunca akibat amalan rasuah politik yang berleluasa dikalangan segelintir pemimpin kita.Amat mengaibkan bangsa dan agama.Kesan yang ditinggalkan amat dasyat terhadap masyarakat.Insiden ini saya lalui dan perhatikan secara terang-terangan sewaktu dalam perkhidmatan.Jutaan ringgit dibazirkan dalam sekelip mata diatas meja judi.Wang rakyat yang disalah gunakan.Tapi apakan daya,saya hanya insan kerdil yang hanya mampu melihat.Insyallah,dalam research proposal nanti..'Political Corruption' is my first choice of thesis.Any comment?

Anonymous said...

Dari Saiful 801829 (MBA Rezzen)

Salam Dr.,
Pada pendapat saya, masyarakat Melayu menjadi miskin adalah disebabkan sikap. Sikap malas dan terlalu memilih perkerjaan adalah antara faktor bangsa Melayu ketinggalan dari segala banyak aspek terutama dalam sektor ekonomi. Selain bekerja di ExxonMobil, saya juga mempunyai syarikat mengurus kantin kilang. Saya mempunyai banyak pengalaman apabila menemuduga warga tempatan untuk diambil bekerja. Antara contoh yang saya boleh kongsi bersama ialah seorang pemuda Melayu yang telah bersetuju hendak bekerja dengan syarikat saya. Namun, sehari sebelum bekerja, beliau telah menghantar SMS mengatakan datuknya meninggal dunia. Saya memberi 2 hari cuti tetapi beliau sehingga kini menghilangkan diri. Gaji permulaan yang saya janjikan ialah RM1,000 sebagai pembantu dapur. Jika saya buka tawaran tersebut kepada orang Indonesia, ramai yang akan berebut untuk mendapatkan pekerjaan tersebut. Saya bersetuju dengan ungkapan Dr bahawa orang Melayu tidak mahu bekerja kuat dan ambil mudah untuk tidak mengambil peluang yang ada di tanah air sendiri. Orang Indonesia menganggap rezeki bersepah-sepah di tepi jalan cuma orang Melayu sahaja tidak nampak. Saya berharap, ramai anak-anak Melayu yang bekerja kuat tanpa mengira penat dan masa demi masa depan yang lebih terjamin.

am.fauzi said...

salam semua,
saya ingin memetik sebuah article yg pernah sy baca mengenai kesan kemiskinan ini. di Indonesia perubahan KDNK sebanyak 12% pada tahun 1998 meningkatkan kadar kemiskinan dari 10.1% kepada 14.1%hanya dalam 1 tahun. dan kesan yg amat membimbangkan kerana jurang yang besar ini menyebabkan berlakunya pemberontakan golongan miskin yg sangat teruk dimana mereka sanggup menangkap, merogol dan membunuh anak2 orang kaya semata2 tidak puas hati dengan fenomena yg terjadi...
kesan lain di atas kemiskinan ini ialah 1. kesan ke atas guna tenaga kerja, dan 2. kesan ke atas pendidikan dan kesihatan.

Anonymous said...

(801014)Sebenarnya, apakah kegagalan asas kita dalam menangani penghijrahan warga asing khususnya Indonesia?

Dalam meneliti perkembangan penghijrahan warga asing, pihak berkuasa Malaysia seharusnya lebih serius untuk meneliti masalah kehadiran mereka dan bagaimana mengatasi masalah ini yang membolehkan keuntungan untuk kedua-dua belah pihak. Sungguhpun banyak pro dan kontra mengenai kenyataan tersebut tetapi kerajaan bagi saya harus bertindak lebih inovatif lagi dalam menangani isu pendatang tanpa izin.

Kita seolah tersekat dengan kepentingan minoriti dari kepentingan majoriti. Akui pertama sekali hakikat bahawa kehadiran pekerja asing khususnya Indonesia adalah perlu. Akui hakikat bahawa kerja-kerja kontrak binaan dan juga perkhidmatan lain banyak memerlukan warga asing. Setelah mengakui hakikat tersebut, pihak kerajaan harus membentangkan dasar - dasar untuk menjadikan kehadiran mereka satu pendapatan buat negara kita.

Permudahkan pendaftaran dan kenakan kutipan Simpanan Kerja Asing.

Anonymous said...

Salam Tahun Baru.

Dalam negara Malaysia yang makmur ini terdampar seribu satu bentuk pekerjaan. Cuma sesetengah manusia malas atau pura-pura malas untuk mencari peluang atau ruang untuk mencari rezeki. Tetapi dua dua pihak mesti memberi peluang atau ruang yang adil. Dua pihak itu ialah yang mencari peluang atau ruang dan yang menyediakan ruang atau peluang. Alasan majikan tidak mengambil pekerja tempatan ialah produktiviti. Malas, memilih atau memberi seribu satu macam alasan. Alasan pencari ruang ialah gaji kecil, tak glamour, panas, berhabuk dan sebagainya. Bidang pertanian dan perladangan menyediakan beribu-ribu ruang pekerjaan tetapi dinafi oleh kedua-dua pihak atas alasan yang telah dinyatakan. Dan dengan itu ruang dan peluang itu telah direbut oleh pekerja asing dari negara indonesia, vietnam dan bangladesh. Secara nyatanya berjuta-juta RM mengalir keluar dari Malaysia. oleh itu fikir dan renungkanlah sedalam-dalamnya wahai rakyat Malaysia.

Sekian

Mohd Syafrie Asis
ATC Seremban

Anonymous said...

good evernini dr. Jamal

I agree with syafrie.in a country like malaysia there should not be anyone with poverty level.it is only lazyness of our people.opportunity lies every where. it is only weather we want to tap it or not.it is not only foreigners come here to work and earn a living but there are many of them ventured in business here and so some of them are better off than the locals here.every malaysian should appreciate what we have here.
thank you

suresh atc seremban-804598

Rushdi Baharum said...

Pengagihan kekayaan, seperti projek-projek dan peluang-peluang perniagaan tidak diagihkan secara saksama. Maka inilah kesannya.

Anonymous said...

811081
Nor zahirah mat
masters of economics

saya bersetuju dengan saiful..
Kadar kemiskinan di negara terdiri daripada pelbagai faktor dalaman dan luaran.
tp sy ingin menyentuh satu faktor yg merupakan penyebab dalaman iaitu sikap yg menyebabkan kemiskinan berlaku di negara kita.
Sikap rakyat malaysia yang teralu memilih pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka menyebabkan hingga sekarang mereka masih lagi menganggur dan tidak mempunyai pendapatan tetap.
Pada pandangan saya..perusahaan pertanian lebih mendatangkan banyak hasil. Tetapi, disebabkan sikap yg terlau memilih kerja bidang ini hanya diusahakan oleh golongan tua . Lepasan universiti terutamanya yg mempunyai banyak tenaga dan berfikiran kreatif..boleh memajukan perniagaan tani dengan mendapat bantuan kewangan dan kemahiran melalui agensi-agensi berkaitan seperti TEKUN. Dengan ini..dapat membuka banyak peluang pekerjaan dan sekaligus dapat membantu golongan miskin dalam menaikkan taraf hidup mereka.Kesan positifnya, kadar kemiskinan dapat dikurangkan.