Total Pageviews

Friday, December 26, 2008

Agricultural Finance 5: Sepuluh Langkah Dalam Menilai Pinjaman Perniagaantani

Pegawai kredit sesebuah institusi kewangan, dalam menilai permohonan pinjaman seseorang pelanggan, akan mengambilkira 10 langkah berikut dalam proses penilaian:

1. Borang permohonan pinjaman atau kertas kerja pinjaman
2. Menjalankan temuduga – semasa pemohon menghantar borang permohonan pinjaman, pegawai kredit institusi kewangan akan menemuduga bakal peminjam untuk mendapatkan maklumat yang tidak ditunjukkan di dalam borang permohonan pinjaman. Di antara perkara-perkara yang biasanya ditanya ialah: sama ada ia merancang projek perniagaan dengan betul atau tidak; orang yang memberi nasihat di atas projek yang dijalankan; kefahaman mengenai kredit; pengalaman, pendidikan dan latihan yang diterima berkaitan dengan projek yang hendak dijalankan; dan mengetahui risiko projek yang hendak dijalankan.
3. Membuat ‘homework’ (pengkajian) dari segi: mengenalpasti masalah yang masih perlu diselesaikan; mengetahui secara mendalam perlaksanaan projek; sumber maklumat dan bantuan; membuat ‘cash flow’ budget; dan mengetahui keadaan industri yang berkaitan dengan projek seperti permintaan dan penawaran, harga, persaingan, dan dasar kerajaan. Begitu juga keadaan tempat yang berlainan juga akan memberikan keadaan harga dan kedudukan permintaan yang berbeza – contohnya di antara Kuala Lumpur dan Kedah.
4. Melawat kawasan projek tersebut – ianya bertujuan melihat kedudukan kawasan; menyelesaikan persoalan-persoalan yang masih belum terjawab; membuat penyelidikan di kawasan projek dari segi pasaran, harga, harga input; melihat reputasi, daya inisiatif dan kejujuran bakal peminjam dengan perbincangan dengan penghulu, pembekal yang pernah menjalankan perniagaan dengannya, dan agen pasaran.
5. Penilaian projek – dengan melihat penyata aliran tunai (cash flow) projek – seperti mengkaji pengeluaran per unit dan harga yang dijangka; menggunakan analisis nisbah; melihat kedudukan kewangan tiga tahun yang lepas; dan cagaran yang boleh disediakan oleh pemohon pinjaman – dari segi nilai cagaran dan benda yang dicagarkan.
6. Analisis Penyata Kewangan – menganalisis Kunci Kira-kira dan Penyata Pendapatan (atau Penyata Untung Rugi); dan melakukan analisis nisbah seperti Nisbah Keberuntungan, Nisbah mudah tunai, dan kemampuan membayar tanggungan. (SILA RUJUK NOTA ANALISIS NISBAH)
7. Jaminan (security)
8. Laporan Penyiasatan Pinjaman (Loan investigation report)
9. Kelulusan Pinjaman (Loan approval)
10. Persediaan dan Proses menandatangani perjanjian (preparation and signing the agreement)

NASIHAT ILMU:

SURAH AN-NISSA' (Perempuan)

Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

1 comment:

Anonymous said...

Bolgspot Dr menjadi lebih bermakna dengan adanya nasihat ilmu. Nilai keagamaan yang penuh dengan keharmonian dan kesusilaan harus diselitkan dalam subjek Sains Sosial untuk menghadapi cabaran masa kini. Demi mengejar kebendaan, ada di antara manusia telah lupa nilai keagamaan sehingga wujudnya kes rasuah, penghasilan barangan tiruan yang menjejaskan kesihatan dan penyalah gunaan sumber ekonomi sehingga menghasilkan kesan esternaliti negatif kepada masyarakat. Sesebuah negara yang mempunyai kadar pertumbuhan KDNK yang tinggi tidak boleh dianggap negara maju kalau rakyatnya tidak beretika. Progam ekonomi tidak boleh dianggap berjaya kalau kita menghasilkan graduan yang hanya tahu mementingkan keuntungan berdasarakan teori dan keluk yang dia lakarkan tetapi melakasanakan aktiviti ekonomi yang bertentangan dengan ajaran agama. Nilai murni harus dijadikan amalan hidup di Institusi Pengajian Tinggi melalui aktiviti seperti ceramah kerohanian, kitar semula, tabung kebajikan, kerja amal seperti khidmat masyarakat. Ilmu intelek harus diimbangi dengan nilai kerohanian demi kesejahteraan hidup manusia sejagat