Total Pageviews

Friday, December 26, 2008

Agricultural Finance 4: Penilaian Pemberian Kredit dalam Perniagaantani

Dalam menilai permohonan untuk mendapatkan kredit, Institusi kewangan akan melihat kepada 5 C:

THE FIVE C's OF CREDIT:
CAPITAL (Modal),
CAPACITY (Keperibadian),
COLLATERAL (Cagaran),
CONDITIONS (Keadaan), dan
CHARACTER (Karektor).

1. CAPITAL
CAPITAL (modal) adalah faktor penting dalam menilai permohonan kredit (pinjaman). Terdapat dua jenis modal yang perlu dinilai, iaitu modal kerja dan modal ekuiti. Modal kerja adalah berkaitan dengan kecairan dan kemampuan firma memenuhi tuntutan jangka pendek kepada tanggungan kewangan dan operasi. Sebaliknya Modal Ekuiti ialah jumlah modal milik pemilik perniagaan yang dilaburkan di dalam perniagaan. Kekurangan modal ekuiti mengurangkan kemampuan perniagaan untuk bertahan apabila berada di dalam kerugian.

2. CAPACITY
CAPACITY
(kemampuan) merujuk kepada kemampuan peminjam membayar balik pinjaman yang dibuat. Keuntungan perniagaan adalah komponen penting dalam melihat CAPACITY. Begitu juga Penyata Aliran Tunai (Cash Flow) juga berkaitan dengan CAPACITY. Makalumat ini membolehkan pemberi pinjam menilai sama ada perniagaan mempunyai aliran tunai mencukupi untuk memenuhi tuntutan hutang jangka masa pendek, selain keuntungan untuk memenuhi tuntutan dalam jangka panjang.

3. COLLATERAL
COLLATERAL (Cagaran) ialah rangkaian keselamatan yang digunakan untuk mengatasi masalah ketidakmampuan peminjam membayar semula pinjaman yang dibuat. Cagaran dalam bentuk tanah dan bangunan adalah berguna kepada institusi kewangan yang hendak memberi pinjaman.

Nilai cagaran mestilah mencukupi untuk menampung baki pinjaman. Dalam kebanyakan kes cagaran ialah aset yang dibeli dari pinjaman yang dibuat. Cagaran tambahan diperlukan sekiranya nilai aset tidak mencukupi untuk digunakan sebagai cagaran kepada pinjaman.

4. CONDITIONS
CONDITIONS
(keadaan) merujuk kepada kedudukan ekonomi semasa dalam perniagaan yang berkaitan. Ianya juga meliputi prospek harga, masalah dalam industri pada masa kini, dan keadaan permintaan. Contohnya pinjaman untuk aktiviti pertanian berasaskan getah menghadapi keadaan penurunan harga komoditi, dan persaingan dari getah tiruan apabila harga minyak mentah berterusan merosot di pasaran antarabangsa. Faktor-faktor ini akan diambilkira oleh institusi kewangan dalam memberi pinjaman kepada pekebun yang hendak meminjam untuk membeli kawasan penanaman getah misalnya.

5. CHARACTER
CHARACTER
(keperibadian) peminjam. Pemberi pinjam sentiasa mengambil berat keperibadian peminjam wang dari institusi kewangan mereka. Persoalan yang selalu ditanya ialah adakah mereka jujur? Adakah mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membayar semula pinjaman yang telah diambil?

Di antara perkara yang boleh di tengok ialah individu itu sendiri, kebolehan peminjam menguruskan perniagaan, dan kemampuan perniagaan untuk terus berjalan (continuity of management). Di antara ciri-ciri yang boleh dilihat ialah dari segi ketepatan peminjam membayar bil-bil bulanan, maklumat diberikan betul atau tidak, dan jika ia menjadi pelanggan bank kita, boleh dilihat rekod ketepatan dari segi masa pembayaran pinjaman. Sesuatu yang pasti, orang yang bangkrap tidak akan dilayan permohonan pinjaman mereka.

Dari segi kebolehan peminjam menguruskan perniagaan, akan dilihat pengalamannya dalam perniagaan, keupayaan menguruskan kos dan jualan, kebolehan merancang dan mengawal perniagaan, sama ada ia terlibat secara serious dalam perniagaan yang dijalankan.

Akhir sekali dari segi kemampuan perniagaan untuk terus berjalan, dilihat dari segi ciri umur, latar belakang dan keadaan kesihatan peminjam.

NASIHAT ILMU:
Mulai hari ini, baik juga saya masukkan beberapa amalan baik yang patut diamalkan oleh orang-orang Islam. Diharapkan ia menjadi sebagai peringatan dan boleh diamalkan di dalam zaman moden yang serba mencabar ini. Begitu juga dalam buku “JANGAN BERSEDIH” yang saya dapati dari rakan saya, mengingatkan saya kepada sesuatu yang sangat berguna, di antara intipati dalam buku tersebut ialah: “Setiap sesuatu yang berlaku ada sebabnya dan jangan bersedih. Apa yang perlu disedihkan ialah apabila kita lupa akan siksaan Allah di akhirat nanti akibat dari kemungkaran yang kita lakukan semasa hidup di muka bumi ini”.

Amalan baik ini saya masukkan sebagai Nasihat Ilmu:

SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali di antara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya diperkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezekinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

No comments: